Anda di halaman 1dari 9

TITAS

HAK ASASI MANUSIA


(HAM)

OLEH:
MOHD HARIZ ARIP BIN JUHANIN
BONNY VENTURE PAUKIN
APA ITU HAK ASASI MANUSIA?

• Hak asasi manusia adalah hak-hak bagi manusia yang dianggap asas
dan penting yang tidak boleh dinafikan serta sebagai suatu yang
mendasar.
• Tanpa hak-hak ini, kehidupan manusia akan terjejas. Manusia tidak
dapat mengembangkan potensi kemanusiaannya.
• Hak asasi merangkumi pelbagai aspek, sama ada dari segi hak
fizikal seperti hak untuk hidup dan bekerja, ataupun dari segi hak
rohani seperti hak beragama.
JENIS HAK ASASI MANUSIA

1) Hak untuk hidup – hak yang menjadi asas kepada hak-hak asasi
yang lain. Termasuk juga hak untuk mencari sara hidup dan hak
mendapatkan pendidikan.
2) Hak pengadilan – setiap manusia berhak akan keadilan ke atas
dirinya. Setiap manusia berhak diadili dengan saksama tanpa
prejudis.
3) Hak untuk bersuara - manusia berhak bersuara untuk menyatakan
pendapat tentang sesuatu perkara. Tidak ada sesiapa yang boleh
menafikan hak tersebut walaupun salah sekalipun.
4) Hak untuk bergerak – bebas bergerak ke mana saja yang manusia
mahu.
5) Hak beragama – bebas untuk anuti apa-apa agama yang manusia
mahu. Tapi ini tidak mutlak bagi penganut agama Islam.
PERKEMBANGAN HAK ASASI
MANUSIA ANTARABANGSA
1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR)
2) Konvenan hak-hak sivil & politik 1966 (ICCPR)
3) Kovenan Antarabangsa Hak-hak ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
1966 (ICESCR)
PERKEMBANGAN HAK ASASI
MANUSIA ANTARABANGSA
1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR)
- Diamalkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu pada 10 Disember 1948 di Palais De Chaillot, Paris.
-Terdiri daripada 30 perkara yang menggariskan pandangan
perhimpunan agung terhadap hak asasi manusia yang dijamin ke
semua rakyat.
-1966, Perhimpunan Agung mengamalkan dua Perjanjian terperinci
yang melengkapkan rang Undang-undang Hak Asasi Manusia
Antarabangsa
-1976, setelah perjanjian-perjanjian tersebut ditandatangani sebilangan
negara individu yang mencukupi, maka rang Undang-undang ini
memegang kuasa perundangan antarabangsa
PERKEMBANGAN HAK ASASI
MANUSIA ANTARABANGSA
2) Konvenan hak-hak sivil & politik 1966 (ICCPR)
-Konvenan ini dicadangkan pada tahun 1954 dan ditandatangani pada
tarikh 16 Disember 1966 dan terlaksana pada 23 Mac 1976.
-Bilangan keanggotaan negara bagi kovenan ini adalah sebanyak 74.
-Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul
dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan
kesaksamaan di bawah undang-undang
PERKEMBANGAN HAK ASASI
MANUSIA ANTARABANGSA
3) Kovenan Antarabangsa Hak-hak ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
1966 (ICESCR)
-Konvenan ini dicadangkan pada tahun 1954 dan ditandatangani pada
tarikh 16 Disember 1966 dan terlaksana pada 3 Januari 1976.
-Bilangan keanggotaan negara bagi kovenan ini adalah sebanyak 164.
-Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati
perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal
serta persekitaran yang selamat
Pemakaian Undang-undang
Hak Asasi Di Malaysia
Dalam perlembagaan persekutuan Malaysia terdapat 9 kebebasan atau
hak digolongkan sebagai asasi. Antaranya ialah:
1. Kebebasan diri
2. Keabdian dan kerja paksa dilarang
3. Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke
belakang dan prosiding berulang
4. Kesamarataan
5. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
6. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan
7. Kebebasan beragama
8. Hak berkenaan dengan pendidikan
9. Hak terhadap harta
KESIMPULAN

Walaupun hak asasi bersifat global dan universal, tidak semua negara
mampu menerima dan menyesuaikan kesemua hak-hak tersebut.

Anda mungkin juga menyukai