Anda di halaman 1dari 6

2019062340014 EDUP3053

Soalan 1

Perkembangan teknologi informasi dan internet dewasa kini sangat pesat


sehingga mempengaruhi dunia pendidikan terutama dalam metode
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Google Classroom merupakan aplikasi
digital pembelajaran yang memanfaatkan internet sebagai media digital
(Swita Amallia Hapsari & Heri Pamungkas 2019). Persoalannya, sejauh
manakah keberkesanan aplikasi ini dalam mencapai aspirasi PdP di mana-
mana sahaja dan pada bila-bila masa?
Google Classroom merupakan aplikasi pendidikan yang mesra pengguna.
Ia boleh dimuat turun atau diakses secara percuma dan boleh digunakan oleh
setiap lapisan umur. Di samping itu, pengendalian aplikasi ini juga tidak rumit
dan mudah difahami. Ini kerana, ikon atau fitur di dalam aplikasi tersebut
tersusun dan mudah digunakan.
Seterusnya, aplikasi Google Clasroom memudahkan penyampaian,
penerimaan, penghantaran sera pemeriksaan soalan dan jawapan.
Contohnya, guru boleh memanfaatkan fitur Create Assignment, Create
Question dan Create Material dengan menggunakan file berbagai format
seperti word, power point, pdf dan bentuk lainnya untuk menyampaikan
soalan.
Berikutnya, mudah mendapatkan notifikasi atau peberitahuan. Sebarang
pengumuman dan tugasan akan masuk dalam bentuk notifikasi di telefon
pintar dan juga email murid secara segera. Dengan itu, murid tidak
ketinggalan atau terlepas dengan sesi PdP pada setiap masa.
Selain itu, fleksibel untuk diakses di mana sahaja menggunakan pelbagai
peranti. Google Classroom boleh dibuka pada peranti seperti komputer,
telefon pintar dan tab. Peranti-peranti tersebut pada masa kini sering dibawa
oleh majoriti individu hampir setiap masa dan di mana-mana. Oleh itu, guru
atau murid boleh memasukkan gmail sebagai ID mereka untuk digunakan
pada peranti-peranti tertentu.
Di samping itu, Google Classroom juga menyediakan kemudahan
persidangan video. Di dalam aplikasi ini, terdapat fitur yang
menghubungkannya pada aplikasi Google Meet. Google Meet merupakan
salah satu aplikasi persidangan atau panggilan video percuma dimana
2019062340014 EDUP3053

sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Google boleh mengadakan


mesyuarat atau kelas secara atas talian.
Guru juga boleh memberikan perhatian khusus kepada murid melalui
Google Clasroom. Setiap murid adalah unik dan mempunyai perbezaan
individu tertentu. Dengan Google Classroom, guru boleh menghantar mesej
secara peribadi kepada mana-mana murid. Hal ini sangat membantu guru
dalam memberikan perhatian khusus kepada murid-murid tertentu. Setiap
murid juga ada senarai semua tugasan dan rekod markah yang tersusun
untuk kemudahan guru.
Walaupun perlaksanaan PdP adalah secara atas talian, penyemakan
atau penyeliaan pentadbiran juga dapat dijalankan melalui Google Clasroom.
Dengan adanya akses pentadbir sebagai guru bersama bagi setiap kelas,
maka pentadbir dapat menyelia perjalanan, tugasan dan komunikasi setiap
kelas di sekolah.
Google Clasroom juga memboehkan guru membuat pentaksiran dengan
mudah. Dengan beberapa tugasan yang diberikan dan disiapkan oleh murid,
guru mudah membuat pentaksiran kerana ada pengredan dan rekod
tersusun. Tidak dapat dinafikan bahawa penyelengaraan bagi dokumen atau
fail dalam bentuk soft copy lebih mudah berbanding dalam bentuk hard copy.
Akhir sekali, pengumunam atau perbincang mudah untuk dijalankan.
Pada bahagian Class Stream, guru boleh membuat sebarang pengumuman
dan murid juga boleh memberikan respon melalui fitur Comment. Dengan ini,
sebarang maklumat penting yang perlu dibincangkan bersama boleh dibuat
melalui Class Stream.
Kesimpulannya, Google Clasroom merupakan salah satu aplikasi yang
relevan dan sangat bermanfaat dalam dunia pendidikan. Aplikasi ini secara
amnya mengetengahkan teknologi komunikasi dan informasi dalam proses
PdP (Soni & Afdhil Hafid 2018). Pelbagai kemudahan yang telah disediakan
sebagai inisiatif bagi menggantikan perlaksanaan PdP secara bersemuka.
Aplikasi ini sememangnya dapat merialisasikan PdP di mana-mana sahaja
dan pada bila-bila masa.
2019062340014 EDUP3053

Soalan 2

Perkembangan pesat teknologi maklumat telah menimbulkan pelbagai


masalah kepada masyarakat amnya. Penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan mendatagkan pelbagai cabaran
kepada murid-murid seperti isu harta intelek, undang-undang siber, plagiat,
keaslian dan keselamatan. Namun begitu perkara ini masih boleh dibendung
jika setiap individu mengambil tindakan yang serius untuk mengatasinya. Hal
ini secara langsung menjadi tanggungjawab kepada guru untuk mengamalkan
dan membantu murid mengatasi cabaran tersebut.
Sebagai seorang guru, kawalan dalaman serta kawalan luaran perlu
dilaksanakan kepada murid-murid. Kawalan secara dalaman kepada murid
merujuk kepada usaha menyemaikan penghayatan nilai moral, etika, budaya
serta agama dalam diri mereka. Ini akan membawa kepada pengukuhan
falsafah dan prinsip kehidupan murid-murid dengan menanamkan niat untuk
membawa kebaikan kepada alam sejagat dan juga kekuatan rohani dalam
menempuh sebarang cabaran. Kawalan secara luaran pula dilaksanakan
dalam bentuk penguatkuasaan etika dan peraturan yang berkaitan dengan
penggunaan komputer. Walau bagaimanapun, kawalan luaran hanya dapat
dilaksanakan semasa pelajar berada di sekolah sahaja manakala kawalan
dalaman berlaku secara berterusan tanpa mengira masa dan tempat. Ini jelas
menunjukkan bahawa kawalan dalaman perlu diutamakan dalam membantu
murid mengatasi cabaran-cabaran yang mendatang.
Seterusnya, guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran baru
supaya professional dalam mengendalikan dan menggunakan teknologi
maklumat dengan berkesan di sekolah. Daripada kajian Zolkefli bin Bahador
dan Nordin bin Othman (2017), telah menunjukkan tahap pengetahuan dan
kemahiran penggunaan komputer masih kurang dalam kalangan guru.
Tindakan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) menerusi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi penekanan khusus terhadap
penggunaan ICT dengan menyediakan kursus jangka pendek dalam latihan
guru oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) perlu dimanfaatkan
sepenuhnya. Di samping itu, guru sendiri hendaklah bersikap proaktif dengan
berusaha belajar sendiri supaya mempunyai kemahiran yang diperlukan
2019062340014 EDUP3053

untuk membantu murid-murid mengatasi cabaran penggunaan teknologi ini.


Hal ini demikian kerana, tanpa kemahiran yang cukup, guru bahkan tidak
dapat membantu muridnya daripada terlibat dengan pengaruh buruk
teknologi.
Berikutnya, guru menjalankan pemantauan yang berkesan terhadap
aktiviti murid-murid semasa menggunakan teknologi dalam PdP. Tanpa
pemantauan, murid-murid akan berasa bebas untuk melakukan tindakan-
tindakan mengikut kehendak mereka yang mungkin menyalahi undang-
undang. Dengan adanya pemantauan oleh guru, kebarangkalian untuk
berlakunya masalah-masalah daripada murid akan berkurangan. Oleh itu,
guru perlu berusaha bagi memastikan tiada masalah yang berlaku sewaktu
keberadaannya bersama murid-murid. Guru boleh mengawal tingkah laku
murid-murid dengan adanya pemantauan yang sistematik.
Selain itu, didikan awal dan penerapan nilai-nilai murni adalah penting
untuk melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral. Sekolah merupakan
tempat yang banyak memberikan impak serta membentuk individu daripada
pelbagai aspek seperti mentaliti dan tindakan dalam mengambil keputusan.
Guru memainkan peranan yang sangat penting dengan melakukan pelbagai
usaha seperti menjadi teladan, memberikan nasihat, membantu membezakan
baik buruk dan sebagainya. Secara singkatnya, penghayatan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) perlu dipregiatkan oleh semua guru.
Sekiranya didikan nilai-nilai murni telah ditanam dalam jiwa murid-murid, tidak
akan berlaku kesalahan atau jenayah komputer yang membimbangkan
generasi akan datang.
Di samping itu, guru sewajarnya mendedahkan etika dan undang-undang
menggunakan komputer kepada para muridnya. Akta Jenayah Komputer
1997 yang telah wujud ini boleh membantu guru dalam mengadakan etika
penggunaan komputer pada peringkat sekolah bagi membendung pengaruh
negatif internet kepada pelajar (Muhamad Asyraf Ahmad Termimi 2013).
Pengetahuan sebegini sememangnya sangat bermanfaat dan penting kepada
murid-murid. Tanpa pengetahuan asas, adalah lebih mudah kepada seorang
murid itu untuk terjebak dalam isu-isu penggunaan teknologi. Dengan adanya
pengetahuan yang disampaikan oleh guru, ia akan menjadi perisai kepada
mereka sepanjang menggunakan teknologi.
2019062340014 EDUP3053

Akhir sekali, guru perlu memberikan kesedaran kepada murid-murid


tentang cabaran penggunaan teknologi dalam pendidikan. Sebahagian
dariapada murid mempunyai sikap sukar untuk menerima larangan dan
nasihat. Oleh itu, usaha yang boleh dilakukan oleh guru adalah memberikan
maklumat berkaitan isu-isu semasa seperti jenayah siber agar murid-murid
mendapat kesedaran. Sebagai contoh, memperlihatkan berita-berita berkaitan
isu penggunaan teknologi supaya murid-murid melihatnya sebagai
pengajaran. Guru perlu bijak dalam memberikan kesedaran secara tidak
langsung kepada murid-murid yang degil bagi mengelakkan mereka terjebak
dalam isu-isu tersebut.
Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam
membantu murid-murid dalam mengatasi cabaran yang timbul dalam
penggunaan teknologi pada masa kini. Perkembangan ICT menyebabkan
peranan guru akan berubah daripada pengajar dan pendidik kepada
pemudahcara, tutor, perancang dan penilai (Kurnia N. 2015). Oleh itu, guru
mestilah memaksimakan intup yang boleh diberikan kepada murid selaras
dengan perkembangan teknologi. Dalam era kemodenan ini, perkembangan
pesat teknologi maklumat telah menimbulkan pelbagai masalah. Setiap
masalah ada jalan penyelesaiannya. Bergantung kepada usaha dan inisiatif
kita untuk membendung masalah ini dan menggunakan teknologi sebaik
mungkin.
2019062340014 EDUP3053

RUJUKAN

Muhamad Asyraf Ahmad Termimi. (2013). Jenayah Siber: Pengelasan Di


Antara Al-Jaraim Dan Al-Jina’I Menurut Sistem Perundangan Islam.
International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society.

Swita Amallia Hapsari & Heri Pamungkas (2019) Pemanfaatan Google


Classroom Sebagai Media Pembelajaran Online Di Universitas Dian
Nuswantoro. Print ISSN:1412-7873; Online ISSN: 2598-7402WACANA,
Volume 18 No. 2, Desember 2019, hlm. 225 - 233

Soni & Afdhil Hafid. (2018). Optimalisasi Pemanfaatan Google Classroom


Sebagai Media Pembelajaran Di Smk Negeri 1 Bangkinang. Jurnal
Pengabdian Untuk Mu NegeRI, Vol.2 No.1, Mei 2018

Kurnia N. (2015). Perkembangan Teknologi Komunikasi dan Media Baru:


Implikasi terhadap Teori Komunikasi. Mediator, 6(2), 291–296. Dilayari
daripada:
http://mediator.fikom.unisba.ac.id/index.php/mediator/article/view/272

Zolkefli bin Bahador, Nordin bin Othman. (2017). Faktor-Faktor yang


Mempengaruhi Pengintegrasian Teknologi Pengajaran Berdasarkan
Model TPACK dalam Kalangan Guru Matematik. Proceedings of the
ICECRS, Volume 1 No 2 (2017) 66-73 ISSN. 2548-6160 ICIGR 2017,
24-25 November 2017, Universitas Muhammadiyah Sidoarjo, Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai