Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERSHIP 2014

Disediakan oleh: Farhaliza bt Hassim


Program Internship merupakan latihan di lapangan yang bertujuan untuk
menghubungkaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan
amalan sebenar sebagai seorang guru baru. Sebagai seorang guru pelatih, saya
dikehendaki untuk merancang, melaksana dan menilai sesebuah projek atau aktiviti
yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik
darjah. Sepanjang program Internship ini dilaksanakan, guru pelatih akan
didedahkan dengan sifat kepimpinan dan pengurusan sekolah dan dibimbing oleh
seorang mentor.
Sebelum menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Bandar Tangkak
selama sebulan, satu taklimat telah dilaksanakan oleh unit praktikum yang telah
disampaikan oleh Encik Ismail. Sepanjang taklimat tersebutm saya telah didedahkan
apa itu internship dan projek yang boleh dilakukan di sekolah berkenaan. Pelbagai
input telah diperoleh sebagai satu persediaan untuk memastikan guru pelatih dapat
menjalani program Internship dengan lancar.
Berdasarkan taklimat tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu
dilakukan seperti penyediaan portfolio, menyediakan kertas kerja bagi setiap projek
atau program yang telah dirancang serta cara menguruskan program dengan lancar
dan berkesan. Pernyediaan portfolio adalah wajib bagi guru pelatih sebagai bahan
bukti dan proses pendokumentasian sepanjang menjalankan Internship. Sebelum
menjalankan Internship, saya dan rakan- rakan saya telah merancang beberapa
projek yang boleh dilakukan sepanjang menjalani praktikum fasa 3 di SK Bandar
Tangkak. Pada kali ini, projek harus dilakukan secara individu dan setiap individu
perlu melaksanakan 3 projek.
Selain itu, semasa di sekolah nanti, saya juga perlu menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Namun, waktu pengajaran pada kali ini
telah dikurangkan kepada dua hingga empat waktu sahaja untuk memberi ruang
masa melaksanakan dan menyiapkan segala projek yang telah dirancang sebelum
memulakan Internship di sekolah masing-masing. Penyediaan rancangan
pengajaran pada kali ini juga adalah lebih ringkas kerana saya hanya perlu menulis
ringkasan rancangan mengajar dalam bentuk bertaip. Tujuannya adalah untuk
menjimatkan masa bagi membolehkan saya dan rakan-rakan menjalankan projek
dengan baik dan lancar. Sepanjang menjalani Internship, saya juga telah bercadang
untuk mengumpul data bagi Kajian Tindakan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran selama empat minggu di sekolah.
Melalui program Internship ini, saya berharap agar dapat menimba
pengalaman sebanyak mungkin terutama dalam aspek pengurusan sesuatu
program atau aktiviti yang akan menjadi kebiasaan kepada saya apabila menjadi
bakal guru yang sebenar kelak. Saya juga berharap agar dapat memperbaiki segala
kelemahan yang ada sepanjang menjalani praktikum pada semester yang lalu
terutama dari aspek komunikasi antara saya dengan murid serta guru-guru.
Akhirnya, saya berharap agar program Internship ini dapat memberi peluang
dan membuka ruang kepada saya dalam usaha untuk meningkatkan tahap
keyakinan diri, ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran sebagai
seorang bakal guru kelak, membentuk sifat kepemimpinan serta akhlak yang baik
serta dapat memupuk dan menerapkan nilai profesionalisme keguruan dalam usaha
melahirkan bakal guru yang produktif serta efektif kepada bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai