Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (KUMPULAN)

NAMA PELAJAR : Christy Anak Dau

PROGRAM : PISMP TESL JAN 2012

NAMA SEKOLAH : SK Sacred Heart Semeba

NAMA PROJEK/AKTIVITI: Melatih murid untuk persembahan Bicara Berirama /

Choral Speaking (projek kumpulan)

TEMPOH PELAKSANAAN: 28 September 2015 23 Oktober 2015

OBJEKTIF :

1) Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru pelatih.


2) mengisi masa lapang guru pelatih.
3) mengeratkan hubungan sosial antara guru pelatih dengan guru sekolah.
4) Mendedahkan cara mengendalikan sesuatu perancangan.

STRATEGI PELAKSANAAN:

1) Menyediakan kertas kerja.


2) Menghantar kertas kerja untuk mendapatkan pengesahan dari pihak
sekolah.
3) Mengadakan mesyuarat pembahagian tugas di kalangan ahli kumpulan.
4) Perlaksanaan tugas secara berperingkat.
5) Sesi latihan bicara berirama bersama kumpulan koir sekolah.
6) Raptai persembahan bersama guru dan murid.

REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek/Aktiviti:

Kebanyakkan guru pelatih memiliki pengalaman dalam


mengendalikan pasukan koir sekolah semasa menghadiri sesi
perlaksanaan praktikum 1 hingga 3 sebelum ini. Kelebihan ini
memudahkan kami untuk melaksanakan sesi latihan dengan lebih mudah.
Kebanyakkan peserta koir juga pernah menyertai koir sebelum ini.
Kelebihan ini meringankan beban kami untuk memberikan penerangan
tentang bagaimana untuk mempersembahkan bicara berirama / choral
speaking.
Projek ini memberikan lebih pendedahan kepada guru pelatih dan
para peserta yang belum pernah mendapat pendedahan serta
pengalaman tentang bicara berirama ini. Guru pelatih juga kebanyakkan
opsyen Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Hal ini memudahkan kami
untuk menyediakan skrip untuk persembahan berirama ini.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Masa adalah kelemahan dan kekangan utama kami untuk


melaksanakan projek ini. Hal ini adalah kerana masing-masing memiliki
waktu mengajar yang berbeza. Selain itu juga, para peserta juga perlu
menghadiri proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di
dalam kelas masing-masing. Hal ini menyebabkan kami perlu
membahagikan masa yang sesuai supaya tidak mengganggu masa
pengajaran dan pembelajaran masing-masing.
Selain itu juga, perbezaan pendapatan dikalangan guru pelatih juga
menjadi kelemahan projek ini. Ini adalah kerana masing-masing
mempunyai pendapat yang berbeza terutama semasa menyediakan skrip
persembahan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Cadangan penambahbaikkan yang telah kami ambil adalah mengadakan sesi


latihan pada waktu petang untuk menangani kekangan masa latihan. Oleh itu, kami
telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah dan memaklumkan kepada pihak
ibubapa melalui para peserta persembahan untuk mengadakan sesi latihan pada waktu
petang. Hal ini adalah untuk tujuan keselamatan para peserta agar mereka tidak
terdedah kepada bahaya semasa pulang ke rumah setelah menghadiri sesi latihan
yang kami adakan. Selain itu, hal ini adalah untuk memaklumkan kepada ibubapa
bahawa anak-anak mereka menghadiri latihan bicara berirama disekolah supaya
mereka sedia maklum akan pergerakkan anak-anak mereka.
KESIMPULAN :

Persembahan bicara berirama ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran


kepada masyarakat tentang pentingnya menangani bahaya denggi daripada berlaku.
Projek ini juga adalah untuk memupuk dan melatih bakat para peserta dalam menyertai
persembahan seperti bicara berirama ini. Sehubung dengan itu, adalah diharapkan
agar segala nilai-nilai murni yang diperolehi daripada projek ini akan dapat
dimanfaatkan sebaik mungkin agar boleh dijadikan teladan, pedoman dan kegunaan
pada masa kelak.

LAPORAN PROJEK

INTERNSHIP merupakan satu jangka masa yang diberikan kepada para


pelajar semester 8 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan seluruh Negara untuk
mengalami keadaan sebenar ketika berada di sekolah selepas menamatkan program
akademik di kampus pendidikan selama 5 tahun setengah. Program ini ujga bertujuan
untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk memberikan khidmat bakti kepada
pihak sekolah. Sumbangan yang diberikan adalah usaha untuk bersama-sama
mengembangkan kecemerlangan sekolah dari segi prasarana, akademik dan
perkembangan fizikal pelajar.

Matlamat projek kami ini adalah bertujuan untuk memupuk dan mencari bakat
baru di kalangan para peserta. Matlamat ini akan dapat dicapai dengan menggilap
bakat murid-murid yang dikenal pasti pernah menyertai persembahan seumpama ini
sebelum ini. Kami juga memberikan peluang kepada murid-murid yang belum pernah
menyertai persembahan seumpama ini untuk melibatkan diri mereka secara rela bagi
mencari bakat baru yang mungkin berpotensi untuk pergi jauh dalam bicara berirama ini
kelak.

Kami juga memilih projek ini sebagai projek kumpulan kami adalah untuk
memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru-guru pelatih. Seperti yang sedia
maklum, kami berasal daripada Institut Pendidikan Guru yang berbeza-beza. Kami juga
tidak begitu rapat kerana tidak mengenali sesama kami. Oleh itu, kami bersepakat
untuk menjadikan projek ini sebagai projek berkumpulan untuk memberikan peluang
kepada kami untuk berkenalan sesama kami dan bekerjasama sebagai satu kumpulan
untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kami.

Objektif projek ini juga adalah untuk mengisi masa lapang guru-guru pelatih.
Seperti yang kami sedia maklum, bilangan kami agak ramai di sekolah tersebut dan
masa pengajaran dan pembelajaran yang diperuntukkan kepada kami adalah agak
sedikit berbanding dengan guru-guru sekolah yang lain. Hal ini menyebabkan kami
memiliki maa lapang yang lebih berbanding guru-guru biasa walaupun pada hakikatnya
kami memiliki jadual waktu yang berbeza. Dengan adanya projek seumpama ini, kami
dapat mengisi masa lapang kami dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti melatih
para peserta persembahan bicara berirama ini. Projek seumpama ini akan memberikan
pengalaman dan pendedahan baru kepada segelintir daripada kami yang belum pernah
mengendalikan projek seumpama ini sebelum ini.
Selain itu juga, projek ini juga membantu kami untuk mengeratkan hubungan
sosial antara guru pelatih dan guru sekolah. Peluang ini kami gunakan sebaik mungkin
untuk menimba ilmu dan pengalaman tentang bagaimana untuk mengendalikan dan
memperbaiki projek kami ini. Pertukaran pendapat dan idea ini memberi peluang
perkembangan kepada hubungan kami sebagai guru pelatih dengan guru-guru di
sekolah. Hubungan yang baik ini akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak pada
masa kelak.

Projek ini juga bertujuan untuk mendedahkan untuk cara mengendalikan sesuatu
perancangan. Pendedahan melibatkan diri secara langsung ini akan memberikan
pengalaman berharga buat para guru pelatih yang belum pernah melibatkan diri dalam
mengendalikan sesuatu perancangan. Selain itu, projek ini juga mampu menambahkan
lagi ilmu pengetahuan kepada para guru pelatih yang pernah mengendalikan sesuatu
perancangan. Hal ini juga akan memberikan mereka peluang untuk berkongsi
pengalaman dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain.

Strategi pelaksanaan projek ini yang pertama adalah menyediakan kertas kerja.
Kertas kerja adalah hasil perbincangan dengan kesemua ahli kumpulan yang terlibat.
Kami bekerjasama untuk menyediakan kertas kerja tersebut. Kemudian, kami telah
menghantar kertas kerja untuk mendapatkan pengesahan dari pihak sekolah. Setelah
mendapatkan pengesahan barulah kami boleh melaksanakan projek tersebut. Kami
telah mengadakan mesyuarat pembahagian tugas di kalangan ahli kumpulan. Masing-
masing diagihkan dengan tugas masing-masing dalam menjayakan projek ini.
Perlaksanaan tugas telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sesi latihan
bicara berirama bersama kumpulan koir sekolah telah diadakan mengikut sesi yang
telah kami sediakan setelah meneliti jadual pelbagai pihak. Selepas itu, raptai
persembahan bersama guru dan murid telah diadakan setelah para peserta betul-betul
bersedia untuk mempersembahkan persembahan mereka. Raptai ini bertujuan untuk
memberikan pendedahan kepada para peserta tentang perjalanan majlis nanti. Selain
itu, raptai ini memberikan kami peluang untuk mengenal pasti kesilapan yang perlu
diperbetulkan dengan kadar segera supaya persembahan akan dapat dipersembahkan
dengan sempurna pada masjlis nanti.
Kekuatan projek kami adalah kebanyakkan guru pelatih memiliki pengalaman
dalam mengendalikan pasukan koir sekolah semasa menghadiri sesi perlaksanaan
praktikum 1 hingga 3 sebelum ini. Kelebihan ini memudahkan kami untuk
melaksanakan sesi latihan dengan lebih mudah. Kebanyakkan peserta koir juga pernah
menyertai koir sebelum ini. Kelebihan ini meringankan beban kami untuk memberikan
penerangan tentang bagaimana untuk mempersembahkan bicara berirama / choral
speaking.

Projek ini memberikan lebih pendedahan kepada guru pelatih dan para peserta
yang belum pernah mendapat pendedahan serta pengalaman tentang bicara berirama
ini. Guru pelatih juga kebanyakkan opsyen Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Hal
ini memudahkan kami untuk menyediakan skrip untuk persembahan berirama ini.

Kelemahan yang paling nyata sekali bagi projek kami adalah masa. Masa adalah
kelemahan dan kekangan utama kami untuk melaksanakan projek ini. Hal ini adalah
kerana masing-masing memiliki waktu mengajar yang berbeza. Selain itu juga, para
peserta juga perlu menghadiri proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung
di dalam kelas masing-masing. Hal ini menyebabkan kami perlu membahagikan masa
yang sesuai supaya tidak mengganggu masa pengajaran dan pembelajaran masing-
masing.
Selain itu juga, perbezaan pendapatan dikalangan guru pelatih juga menjadi
kelemahan projek ini. Ini adalah kerana masing-masing mempunyai pendapat yang
berbeza terutama semasa menyediakan skrip persembahan.

Cadangan penambahbaikkan yang telah kami ambil adalah mengadakan sesi


latihan pada waktu petang untuk menangani kekangan masa latihan. Oleh itu, kami
telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah dan memaklumkan kepada pihak
ibubapa melalui para peserta persembahan untuk mengadakan sesi latihan pada waktu
petang. Hal ini adalah untuk tujuan keselamatan para peserta agar mereka tidak
terdedah kepada bahaya semasa pulang ke rumah setelah menghadiri sesi latihan
yang kami adakan. Selain itu, hal ini adalah untuk memaklumkan kepada ibubapa
bahawa anak-anak mereka menghadiri latihan bicara berirama disekolah supaya
mereka sedia maklum akan pergerakkan anak-anak mereka.
Secara kesimpulannya, persembahan bicara berirama ini adalah bertujuan untuk
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menangani bahaya
denggi daripada berlaku. Projek ini juga adalah untuk memupuk dan melatih bakat para
peserta dalam menyertai persembahan seperti bicara berirama ini. Sehubung dengan
itu, adalah diharapkan agar segala nilai-nilai murni yang diperolehi daripada projek ini
akan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin agar boleh dijadikan teladan, pedoman dan
kegunaan pada masa kelak. Selain itu, projek seumpama ini juga diharap agar mampu
melahirkan guru yang serba boleh bukan sahaja di dalam kelas malahan di luar kelas
juga.

Galeri Foto
Memperkenalkan choral speaking/bicara berirama

Sesi latihan choral speaking oleh saudara Thaddaeus.


Sesi latihan bicara berirama oleh saudara Terrence.

Anda mungkin juga menyukai