Anda di halaman 1dari 16

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE

SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH


Pada 25 Mei yang lalu, PIBG Sekolah Kebangsaan Serkam Darat telah
mengadakan satu Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Menengah Sains
Muzaffar Syah, Melaka Lawatan ini telah disertai oleh murid tahun 6
seramai 36 orang dan 6 orang AJK PIBG serta seorang guru pengiring.
Pihak persatuan telah berbincang dengan pihak sekolah tersebut dan
menyatakan tujuan lawatan ini diadakan. Pihak persatuan melalui Biro
Pendidikan telah mengambil tanggungjawab menguruskan lawatan ini.
Antara

tujuan

lawatan

ini

diadakan

adalah

untuk

memberikan

pendedahan, pengalaman sebenar dan meningkatkan motivasi muridmurid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan
September ini. Pihak persatuan amat berharap, murid-murid Tahun 6
akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memastikan kejayaan
menjadi milik mereka. Pihak persatuan juga berharap, melalui lawatan ini
murid-murid Tahun 6 telah jelas dan mendapat pendedahan mengenai
sekolah berasrama penuh yang perlu dijadikan impian dan cita-cita
dalam diri mereka apabila melangkahkan kaki ke sekolah menengah pada
tahun hadapan. Pada sesi lawatan ini murid-murid telah diberikan
taklimat

mengenai

sekolah

yang

telah

terbukti

cemerlang

dan

melahirkan ramai cerdik pandai. Murid-murid juga telah dibawa melawat


ke sekitar kawasan sekolah dan asrama. Pihak persatuan mengucapkan

terima kasih kepada pihak SM Sains Muzaffar Syah kerana sudi


menerima kunjungan dari SKSD. Berikut adalah gambar-gambar yang
dapat diambil sekitar lawatan ini berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai