Anda di halaman 1dari 26

JULAI 2013

NO 22, JALAN CHANGGAI 6/22, 46000, PETALING JAYA, SELANGOR . TEL : 03-79584021 , FAX : 03-79584031

Yayasan Salam Malaysia

Find Us On Facebook
www.facebook.com/ MiniLibraryProject

www.facebook.com /pages/My-Ole-Ole

www.facebook.com/ pages/Salam-Sarawak

www.facebook.com/ SIG.CommKids
www.facebook. com/pages/Salam -Utara
SALAM SARAWAK

SALAM UTARA

SIG MY OLE-OLE

SIG CK

SUPERSTAR PROJECT

Yayasan Salam Malaysia No 22 Jalan Changgai 6/22, 46000, Petaling Jaya, Selangor.

Volunteers
Tel : 03-79584021 Fax : 03-79584031 Web : www.salam.org.my Where would we be without volunteers Who quickly respond when a need appears? This is the way you have chosen to serve; What appreciation you deserve! There are very many things to do And YOUR time can only be given by YOU! So without complaint and without demands You offer the labor of your hands. The world is a better place to live When people like you are so willing to give. With this attitude of love and of care You will find a welcome anywhere. You may not always know when someone Is especially blessed by a kindness youve done: As you freely share your hours and days, May you also be blessed in many ways.

Md. Ghani Ibrahim Ketua Pegawai Operasi Yayasan Salam Malaysia

Hantarkan komen anda


Jika anda ingin menghantarkan komen kepada editor, sila emailkan kepada arif@salam.org.my. YAYASAN SALAM MALAYSIA (SALAM) merupakan sebuah badan bukan kerajaan dan tidak berunsurkan keuntungan. Yayasan Salam memfokuskan untuk mempromosi semangat kesukarelaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami juga menyediakan peluang bersukarela untuk masyarakat di dalam dan luar negara. Keahlian Yayasan Salam terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas. Untuk maklumat lanjut berkaitan Yayasan Salam Malaysia, sila ke laman web kami di www.salam.org.my

Kandungan
Minggu Sukarelawan Kebangsaan Kem Kreatif Superstar

07 13 14

05 11

Mencari Bintang Serendah Ziarah Amal Hospital Serdang My Ole-Ole Back to School

09 12

Lawatan Ke Surabaya

SUKARELAWAN MENCORAK DUNIA


Home Repair Alam Sekitar - SIGAS Perasmian ENHANCE

Perasmian Pusat Latihan Pebangunan Usahawan Kuala Pilah

16 17

15 18 22

Mengapa Bersukarela?
Faedah Bersukarela Bagi Golongan Muda

19 21

Kembara Motivasi Jiwa

Dunia SUKARELA

Jerebu yang melanda negara baru-baru ini tidak menghalang lebih dari 150 sukarelawan
Yayasan Salam Malaysia melaksanakan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat. Bermula seawal 7.30 pagi, mereka telah berkumpul di empat lokasi yang menjadi lokasi pilihan untuk melakukan pelbagai aktiviti berbentuk sukarelawan. Inisiatif ini merupakan agenda utama sambutan Minggu Sukarelawan Peringkat Kebangsaan 2013 oleh Yayasan Salam Malaysia. Minggu Sukarelawan merupakan sambutan yang disambut bukan sahaja di Malaysia, malah turut disambut di negara Barat dan Eropah. Lazimnya disambut pada minggu pertama bulan Julai, Yayasan Salam memilih untuk menyambutnya sedikit awal iaitu pada 26 Jun 2013, bagi memberi laluan kepada bulan Ramadhan yang bermula pada awal bulan Julai. Menurut Ketua Pegawai Operasi Yayasan Salam, En. Md Ghani Ibrahim. Yayasan Salam telah menganjurkan sambutan ini sejak awal penubuhannya lagi pada tahun 1997. Ia bagi menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan dalam kalangan rakyat Negara ini. Sambutan tahun ini dilaksanakan dengan mengadakan 4 inisiatif sukarela di lokasi-lokasi yang berlainan. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada sukarelawan tentang isuisu berbeza yang dihadapi oleh masyarakat. Rata-rata sukarelawan begitu teruja dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Selain dapat membantu golongan yang memerlukan, mereka juga dapat mengenali dengan lebih lanjut golongangolongan tersebut. Sambutan minggu sukarelawan ini diakhiri dengan mengadakan sebuah majlis ringkas bagi menghargai sukarelawan dan keempat-empat pihak dimana lokasi kerja-kerja amal tersebut dijalankan. Diharapkan Sambutan Minggu Sukarelawan Peringkat Kebangsaan 2013 ini dapat memberi impak yang baik kepada golongan yang dibantu dan paling penting berupaya memangkinkan keinginan untuk bersukarela dalam kalangan rakyat Malaysia. Pihak Yayasan Salam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada organisasi-organisasi yang terlibat, penaja-penaja individu dan korporat serta kepada sukarelawan kami.

Menjana Perubahan Bermakna


Minggu Sukarelawan Kebangsaan 2013.
Bersempena dengan Sambutan Hari Sukarelawan Kebangsaan yang disambut pada Julai setiap tahun, SALAM telah mengadakan beberapa aktiviti bersukarela bersama organisasi dan badan kerajaan terpilih. Objektif sambutan ini adalah untuk menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan dalam kalangan sukarelawan, organisasi yang terlibat serta masyarakat Malaysia secara amnya. Sambutan telah dijalankan pada hari Sabtu, 29 Jun 2013. Bersempena dengan sambutan ini, kami telah melakukan 4 projek berbentuk kemasyarakatan secara serentak. SALAM telah memilih empat organisasi yang dibantu iaitu : 1. 2. 3. 4. Asrama Darul Falah (ASDAF) Malaysian Association of Blind (MAB) Spastic Children Of Association of Selangor and Wilayah Persekutuan (SCAS @FT) Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Hutan Pendidikan Bukit Gasing.

Aktiviti yang dijalankan ialah:


1. Asrama Darul Falah (ASDAF) : Gotong-royong menceriakan perpustakaan ASDAF bagi kegunaan penghuninya. 2. Malaysian Association of Blind (MAB) : Menaip buku @ bacan bacaan di perpustakaan sebagai bahan bacaan bagi orang-orang kelainan upaya penglihatan yang datang ke perpustakanan MAB. Buku-buku yang telah ditaip semula ini kemudiannya akan ditukarkan kepada format Braille. 3. Spastic Children Of Association of Selangor and Wilayah Persekutuan (SCAS @FT) : Gotong-royong membersihkan dewan yang dijadikan kelas bagi kanak-kanak kelainan upaya. 4. Hutan Pendidikan Bukit Gasing : Aktiviti menanam pokok dari pelbagai jenis di 5 zon terpilih oleh pihak MBPJ sekitar Hutan Bukit Gasing serta membersihkan kawasan sekitarnya. Aktiviti ini diadakan bersempena dengan pemilihan kawasan Hutan Pendidikan Bukit Gasing (Seksyen 5) sebagai kawasan yang diwartakan sebagai Zon Bersih Petaling Jaya.

Pelbagai isu masih membelenggu Kaum Orang Asli di Malaysia. Antaranya adalah isu pendidikan, kemiskinan dan sebagainya. Bermula dari tahun 2010, sukarelawan Yayasan Salam Malaysia melalui kumpulan yang dinamakan Nukleus Superstar Project telah menyahut cabaran untuk membantu kaum Orang Asli ini mencapai potensi diri yang lebih baik, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Kumpulan sasar projek ini adalah kira-kira 400 kanak-kanak dan belia yang tinggal di Kg. Ulu Melaka, Serendah. Masyarakat orang asli di sini adalah dari golongan kaum Temuan yang populasinya agak ramai di negeri Selangor. Dengan misi utama untuk membangunkan bakat dan menambah keyakinan diri dalam kumpulan sasar yang digelar sebagai SUPERSTAR ini, sebuah Kem Kreatif telah dianjurkan bermula dari 29 Mei hingga 2 Jun 2013. Perlaksanaan program ini merupakan salah satu daripada 15 projek yang telah diaturkan sepanjang tahun. Kem kreatif yang berbentuk latihan intensif selama 4 hari ini adalah sebagai persediaan kepada sebuah persembahan gala yang dipersembahkan kepada umum pada 2 Jun 2013. Seramai 26 kanak-kanak dan belia dari Kampung Ulu Melaka Serendah telah menyertai program ini. Menurut ketua pengarah program kem kreatif superstar, saudara Aznam Zakaria, program ini adalah kesinambungan kepada kem kreatif pertama yang diadakan pada tahun lepas. Berbeza dengan perancangan kem yang terdahulu, kali ini Projek Supertstar telah mendapatkan khidmat dari tenaga profesional iaitu dari pihak Akedemi Seni Kebangsaan (ASWARA) sebagai tenaga pengajar. Seramai 4 orang tenaga profesional yang merupakan pensyarah dan penggiat teater tanah air telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka bagi menjayakan persembahan berbentuk teater musikal ini. Antara cabaran terbesar tenaga pengajar adalah untuk membentuk perkembangan watakwatak yang perlu dilakonkan oleh para peserta. Kebanyakan dari peserta masih mempunyai sikap malu yang menebal dan tahap keyakinan diri yang rendah. Walaubagaimanapun melalui kaedah pembelajaran dan latihan yang berbentuk kreatif dan menyeronokkan, perkembangan peserta dapat dilihat dari hari ke hari. Pada hari persembahan gala, mereka telah berupaya menghayati dan melakonkan watak masing-masing dengan cemerlang sekali.

! ! ! ! s u Tik

Tik

us!

!!!

h a d n e Ser ! ! ! s u k i T

Kem Kreatif sebegini merupakan kaedah yang dirasakan paling sesuai bagi menambah keyakinan diri peserta. Melalui pendekatan yang menyeronokkan dan diselitkan elemen yang diminati oleh mereka seperti nyayian dan lakonan, mereka diberi peluang untuk menunjukkan bakat dan potensi masing-masing. Paling istimewa adalah apabila ibubapa peserta turut hadir ke Dewan Auditorium Maktab Kerjasama Malaysia untuk menyaksikan persembahan anak-anak mereka. Jelas terpancar perasaan bangga dan gembira kerana jarang-jarang sekali anak-anak mereka diberi peluang untuk melakukan aktiviti seperti ini. Diharapkan juga ibubapa sedar tentang potensi anak-anak mereka dan berasa bangga dengan pencapaian itu seterusnnya dapat menggalakkan anak mereka untuk meneruskan pelajaran mereka. Perlaksanaan program Kem Kreatif Superstar tahun 2013 telah mendapat bantuan dari pelbagai pihak. Antara pihak yang menyumbang adalah ASWARA sebagai tenaga pengajar, Pihak Maktab Koperasi Malaysia yang menaja lokasi persembahan dan pengangkutan serta penaja korporat lain seperti HSBC dan ACCENTURE. Anda boleh menonton mereka di link tersebut : persembahan gala

http://www.youtube.com/watch?v=KL8xNfyeaj4 Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan inisiatif Projek Superstar, layari laman web mereka di www.superstar.salam.org.my.

g n a r e s i h d

Mencari

Bintang
Serendah.

Ilmu adalah kunci utama dalam membuka


pintu peluang, seterusnya keluar dari belenggu kemiskinan dan kemunduran. Berlandaskan prinsip tersebut sekumpulan sukarelawan Yayasan Salam Malaysia yang dikenali sebagai Projek Superstar telah bertungkus lumus untuk membina sebuah perpustakaan desa di Kg. Ulu Melaka bagi masyarakat Orang Asli Temuan di Serendah, Selangor. Inisiatif yang menelan belanja lebih dari RM40 ribu ini diwujudkan bagi menangani isu keciciran pendidikan yang banyak dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di Malaysia. Banyak kes dimana pelajar berhenti bersekolah sebelum masanya. Bangunan yang dahulunya merupakan sebuah balai raya lama yang dibina pada awal tahun 1970-an telah diubahsuai dan dibaiki untuk dijadikan sebuah perpustakaan yang memuatkan lebih dari 1300 judul buku dan kelengkapan lain.

Proses rekabentuk dan perancangan membina perpustakaan ini telah diketuai oleh sukarelawan profesional Yayasan Salam Malaysia yang terdiri daripada Arkitek, Pereka Hiasan Dalaman, Juruukur Bahan dan sebagainya. Apa yang menariknya, masyarakat setempat terutamanya kanak-kanak turut diberi peluang untuk memberikan input mereka dalam proses rekabentuk awal perpustakaan tersebut. Sebuah bengkel kreatif bagi mendapatkan idea dan konsep awal telah diadakan di Janda Baik, Pahang pada penghujung tahun lalu. Ia dihadiri oleh ahli JKKK dan juga remaja serta kanak-kanak yang mewakili kumpulan sasar projek ini. Kerja-kerja ubahsuai dan baik pulih telah bermula dari bulan Januari 2013 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 2013. Projek Superstar Mini Library telah mendapat penajaan dari pihak Accenture dan HSBC International.

LAWATAN BAND

HUJAN

BANGUNAN

SEBELUM

ZIARAH AMAL HOSPITAL SERDANG

2012

Program Ziarah Amal Hospital Serdang telah diadakan pada 20 Oktober 2012. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan keceriaan kepada pesakit kanak-kanak di wad tersebut agar melupakan sementara kesakitan dan kesedihan. Selain itu, ia juga membolehkan pesakit belajar mengawal emosi di samping menggalakkan mereka untuk berkawan, berinteraksi serta saling mendapat sokongan mereka. sesama

Program bermula pada jam 10 pagi dengan sesi taklimat yang diberikan oleh ketua jururawat Wad Pediatrik. Seramai 16 orang sukarelawan termasuk 2 orang staf SALAM terlibat semasa sesi penyerahan beg cenderahati kepada pesakit-pesakit di Wad Pediatrik, Wad Dewasa serta penjaga pesakit. Sebanyak 150 beg disediakan oleh sukarelawan yang mengandungi air kotak, roti, muffin, Nescafe, Milo, air mineral serta buah epal.

Jururawat hospital turut membantu membawa sukarelawan melawat ke wad-wad pesakit terbabit bagi memudahkan perjalanan program. Sekitar jam 12 tengahari para sukarelawan selesai menyerahkan penerima. daripada beg cenderahati ini mendapat & Crafts kepada tajaan serta Program YMY

berbentuk barangan makanan dan wang tunai Chocolicious beberapa orang perseorangan.

My Ole-Ole
SALAM
My Ole-Ole telah dijalankan oleh sukarelawan SALAM bermula pada tahun 2010. Program ini bertujuan membantu mengumpulkan makanan kering (tahan lama) untuk diedarkan kepada golongan-golongan terpinggir. Matlamat program ini adalah untuk menanamkan budaya prihatin masyarakat untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Ia juga memupuk semangat menderma dalam kalangan masyarakat, memberi kepuasan kepada individu yang memberi sumbangan serta membantu dan meringankan beban komuniti terpilih terutama ketika musim perayaan. Pada tahun 2012 sebanyak 153 keluarga terpilih telah menerima sumbangan tersebut. Mereka terdiri daripada pesakit-pesakit dari Hospital Sungai Buloh dan Hospital Serdang, Rumah Anak-Anak Yatim Nur Syahirah dan Rumah Anak-Anak Yatim Al-Kauthar di Bangi, mangsa banjir di Hulu Langat, keluarga OKU, ibu tunggal dan fakir miskin sekitar Kuala Kubu Baru, Klang, PPRT Kota Damansara, Rawang, Parit Buntar, Sri Damansara, Keramat, Chow Kit dan keluarga Orang Asli Sg Rekom, Gua Musang Kelantan. My Ole-Ole telah mendapat kerjasama daripada Hypermarket Giant, Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Audit Negara, Team Gunung Online, badan korporat dan orang perseorangan.

O T K C A B L O O H C S
Program CSR ini ditaja oleh Syarikat Phillip Morris (M) Sdn.Bhd. dengan kerjasama SALAM sebagai rakan NGO semenjak dari tahun 2008 lagi. Program ini turut mendapat kerjasama dari pejabat Parlimen Alor Setar iaitu Dato Seri Chor Chee Heung selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program penyerahan telah diadakan pada 7 Disember 2012 di Alor Setar, Kedah. Ia merupakan pemberian bantuan barangan persekolahan kepada pelajar-pelajar sekolah yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah. Antara barangan yang diberikan adalah pakaian seragam sekolah, beg dan kasut. Philip Morris telah memperuntukkan sebanyak RM155,083.11 bagi menaja barangan keperluan persekolahan tersebut. Seramai 467 orang pelajar dari 33 buah sekolah rendah terpilih sekitar Bandar Alor Setar telah menerima sumbangan yang merangkumi pelajar-pelajar dari sekolah kebangsaan, sekolah cina dan sekolah tamil.

Ke Surabaya
Pusat Pelatihan Kewirausahaan Sampoerna
Yayasan Salam Malaysia dan Philip Morris (M) Sdn. Bhd. telah menjalinkan kerjasama untuk membantu para usahawan kecil dan bakal usahawan menimba ilmu dan pengalaman bersama rakan organisasi iaitu Pusat Pelatihan Kewirausahaan Sampoerna (PPKS) di Surabaya, Indonesia. Program yang berlangsung dari 20-24 Februari 2012 ini bertujuan untuk memperkasakan usahawan kecil dan bakal usahawan dari Kota Kinabalu dan Ranau, Sabah dengan asas perniagaan seperti kira-kira (untung dan rugi), pemasaran (penjenamaan dan pembungkusan), pemprosesan makanan, pengurusan tenaga dan sebagainya.

Latihan Keusahawanan

Program yang dihadiri seramai 25 orang peserta ini telah berakhir dengan jayanya. Majlis penyampaian sijil latihan telah disempurnakan oleh Datuk Philip Lasimbang, Setiausaha kepada YB Tan Sri Bernard Dompok selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Datuk Freezailah Che Yeom, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Salam Malaysia bertempat di Hotel Concord Inn, KLIA.

HOME

REPAIR
2012

hillip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (Phillip Morris) atas rasa tanggungjawab sosialnya sekali lagi telah bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi usaha membaiki rumah melalui program HOME REPAIR 2012. Kali ini sebanyak 34 buah rumah di kawasan Kampung Bachok, Kelantan telah terpilih untuk menerima bantuan ini. Keluarga yang dipilih adalah daripada senarai yang dikenalpasti belum mendapat bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun syarikat korporat yang lain. Untuk program kali ini, Phillip Morris sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan Salam Malaysia (SALAM) membantu penduduk

kampung tersebut yang rata-ratanya berpendapatan isi rumah kurang dari RM800.00 sebulan. Berikutan kesempitan hidup yang mereka alami, Phillip Morris yang merupakan rakan kerjasama SALAM sejak tahun 2008 lagi, telah melakukan inisiatif untuk memberi bantuan kepada mereka. Melalui program ini Yayasan Salam Malaysia dan pihak penaja berharap agar program bantuan yang diberikan dapat membantu menaiktarafkan kehidupan keluarga yang terbabit agar lebih sempurna. Program yang sudah pun menjengah negeri Sabah dan Sarawak ini diharap dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang agar lebih banyak isi rumah dapat menerima manfaat melalui program murni ini.

Interest Group Alam Sekitar yang terlibat dalam aktiviti berasaskan alam sekitar. Sehingga kini, SIGAS sangat aktif dalam program-program seperti aktiviti kitar semula 3R, pembersihan sungai, menanam pokok, eksplorasi gua dan lain-lain aktiviti. Bagi tahun 2012, sebanyak lapan program telah dijalankan oleh sukarelawan SIGAS. Pada awal tahun telah diadakan Volunteering de Zoo Negara yang memberi peluang kepada sukarelawan untuk membersihkan kawasan zoo selain memberi makan kepada haiwan-haiwan di sana. SIGAS turut bekerjasama dengan The Organizing Committee Shah Alam Rivers & Trees For Life untuk menjayakan program penanaman pokok di Sungai Renggam dan di Sungai Damansara, Shah Alam. Selain itu, tahun 2012 turut menyaksikan SIGAS Ekspresi terlibat Alam satu dalam : program-program Flashmob ataupun 2012 tarian seperti yang untuk Green gerakan

memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan menghargai alam sekitar. Program Brown IGAS merupakan singkatan kepada kumpulan sukarelawan Special Bag Session Kitar Semula Sisa Minyak Masak 2012 pula diadakan bagi mengumpul dana untuk perlaksanaan aktiviti kebajikan bagi jadual aktiviti sepanjang tahun 2012. Program ini menampilkan wakil dari KRIS BIOFUELS SDN. BHD. dan juga HELWANI AMPANG sebagai penasihat. Pada bulan Ogos turut dijalankan program Pelita Ramadhan yang Ke-2. Program ini melibatkan sukarelawan SIGAS dan juga anak yatim Rumah Kasih Harmoni, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Kertas, Batu Caves dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel. Program 2 hari 1 malam ini dijalankan di Nur Laman Bestari termasuk aktiviti berbuka puasa, bersolat Terawih berjemaah dan juga bersahur. Ia melibatkan anak-anak yatim dan golongan ASNAF dari rumah kebajikan yang terpilih di kawasan Lembah Klang. Diharapkan segala usaha sukarelawan SALAM akan terus memberi impak yang positif terhadap alam sekitar.

merupakan

MAJLIS PERASMIAN
PUSAT PEMBANGUNAN PENDIDIKAN & NUTRISI KANAK KANAK
Majllis Perasmian Pusat Pembangunan Pendidikan Dan Nutrisi Kanak-Kanak (ENHANCE) di Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor telah diadakan pada 1 Julai 2013. Majlis telah disempurnakan oleh En. David Ross, Pengarah Urusan Fonterra Brands (M) Sdn. Bhd. bersama Dato Saifuddin Abdullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah SALAM. ENHANCE merupakan program kerjasama antara Fonterra Brands, SALAM, Jabatan Kemajuan Orang Asli Hulu Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ia bertujuan untuk membantu masyarakat orang asli di Kampung Pertak bagi mendapatkan kemudahan pendidikan dan khasiat pemakanan sejak dari kecil lagi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan pembelajaran kanak-kanak di situ. Program terdiri daripada dua komponen iaitu

kesihatan dan nutrisi serta pendidikan. Antara rutin harian mereka adalah kelas pra-sekolah, tuisyen, aktiviti kebudayaan, permainan interaktif dan aspek penjagaan diri. SALAM turut menempatkan dua orang sukarelawan sepenuh masa yang bertindak sebagai tenaga pengajar. Bagi komponen pendidikan, ENHANCE menyediakan kemudahan pendidikan dengan persekitaran yang kondusif bagi memberikan keselesaan kepada para pelajar. Komponen kesihatan dan nutrisi pula melibatkan pemakanan berkhasiat dan seimbang serta persekitaran yang bersih.

PERASMIAN
PUSAT LATIHAN PEMBANGUNAN USAHAWANAN
KUALA PILAH
Tanggal 2 Julai 2013 Pusat Latihan Pembangunan Keusahawanan Kuala Pilah telah sempurna dirasmikan oleh YAM Tunku Zain Al - Abidin Ibni Tuanku Muhriz. Ia merupakan projek kerjasama antara Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd dan Yayasan Salam Malaysia (Salam). Objektif penubuhan Pusat Latihan Pembangunan Usahawanan Kuala Pilah adalah:-

Menyediakan latihan kemahiran vokasional kepada golongan berminat. Memberi latihan dan tunjuk ajar tentang memulakan perniagaan. Membuka peluang kepada golongan remaja -belia menimba ilmu dan kemahiran selepas alam persekolahan Pusat perniagaan mikro untuk pelatih

Pusat latihan Pembangunan Usahawan Kuala Pilah juga menyediakan:-

1 mesin embroidery (4head) untuk sulaman


1 mesin jahit / jahit tepi 10 buah komputer (24jam internet dan wifi) Latihan asas komputer Latihan pengendalian mesin embroidery (sulaman ) Rekabentuk grafik Pengenalan perniagaan

Pusat latihan ini juga memberi peluang kepada remaja, ibu tunggal dan kepada penduduk sekitar Kuala Pilah yang berminat. Projek ini bertujuan memberi kemahiran berniaga, asas komputer, jahitan, sulaman dan perisian grafik kepada peserta dalam meningkatkan taraf hidup dan sosial. Di pusat latihan ini juga pihak SALAM menyediakan kakitangan dan sukarelawan yang terlatih dalam memastikan kumpulan sasaran mendapat manfaat jangka masa panjang.

MENGAPA SIKAP INGIN BERSUKARELA ITU PENTING?


Sukarela sering ditafsirkan sebagai satu perkara yang baik untuk dilakukan. Sudah tentu ada kebenarannya, tetapi apakah sebenarnya implikasi sikap sukarela itu terhadap sukarelawan dan pihak yang mendapat manfaatnya?

BAGAIMANA MELAKSANAKANNYA??
Sukarelawan sememangnya dapat memberikan impak maksima terhadap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat sedunia. Mereka menjalankan kerja-kerja sukarelawan dari pelbagai cara atas dasar kesukarelaan, antaranya: Perkhidmatan kritikal : Sukarelawan Bomba dan Penyelamat. Mengedarkan makanan kepada gelandangan. Terlibat dalam mengendalikan talian telefon berkaitan aduan keganasan rumah tangga atau gangguan seksual di pusat-pusat aduan.

Membantu dalam menjadikan kawasan kejiranan, jalan, parkir kereta, sungai, hutan dan punca air bersih dan selamat untuk semua. Perkhidmatan mengajar, tuisyen, mentor, melatih dan menyokong golongan muda dari pelbagai segi ter masuklah masalah krisis individu. Membantu memelihara kucing/anjing,membersihkan kandang/sangkar selain menyumbang kepakaran dalam bidang veterinar seperti di pusat perlindungan haiwan dan pusat pemulihan hidupan liar. Menyebarkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan dan keselamatan. Terdapat pegawai-pegawai perubatan yang meluangkan masa, tenaga dan pengetahuan dalam bidang perubatan secara percuma kepada mereka yang memerlukan melalui program-program yang dijalankan. Membina/membaiki rumah dan sekolah, menggali perigi/telaga di kawasan- kawasan yang memerlukan pemuliharaan.

UKUR MELALUI ANGKA


Satu lagi cara bagaimana untuk mengukur impak yang dilakukan oleh sukarelawan adalah dengan mengambil kira statistik yang merangkumi jam sukarelawan berkhidmat dan nilai ekonomi masa sukarelawan itu sendiri.

Menurut Corporation for National and Community Service, pada tahun 2008, sebanyak 61.8 juta individu di Amerika Syarikat telah menyumbangkan lapan juta jam untuk kerja-kerja sukarelawan. Ini bermakna nilai ekonomi masa yang disumbangkan oleh sukarelawan itu ialah US$162 bilion.

IMPAK SEKIRANYA SUKARELAWAN TIADA


Cuba kita bayangkan dunia tanpa sukarelawan. Apa agaknya yang mungkin terjadi? Sebagai contoh, katakan kita berhadapan dengan bencana alam, dan tidak seorang pun sanggup untuk membantu orang lain dan hanya mahu menjaga diri sendiri?

Apa akan terjadi kepada bandar-bandar kita, sekolah-sekolah kita, tempat kita beribadat dan perpustakaan kita jika tiada individu yang bergelar sukarelawan? Banyak tempat lagi berkemungkinan akan lesu sekiranya individu ini tiada. Hakikatnya, kita berkemungkinan akan bertembung dengan golongan ini dalam kehidupan seharian kita

FAEDAH BERSUKARELA BAGI GOLONGAN MUDA


Terdapat pelbagai kebaikan dalam menjalankan kerja sukarela. Antaranya adalah:

Berpeluang untuk berseronok di tempat aktiviti dijalankan Berpeluang untuk membuat perubahan dalam kehidupan seseorang Berpeluang untuk menjalani cara hidup yang sihat Mendapatkan peluang-peluang pendidikan - mempelajari mengenai sesuatu yang akan dilakukan Berpeluang memperoleh kemahiran atau melibatkan diri dalam latihan Memperoleh pengalaman kerja Berpeluang mendapatkan kelayakan dalam kejurulatihan, pengadilan, kepimpinan dan pengurusan Meningkatkan pembangunan peribadi dan sosial Membantu meningkatkan harga diri dan keyakinan diri Berpeluang untuk bertemu dengan kenalan baru dari pelbagai kumpulan umur Membuatkan seseorang itu berasa bangga, diperlukan dan dihargai

KEMBARA MOTIVASI JIWA


Kembara Motivasi Jiwa dengan kerjasama 1MDB dan JAKOA memilih tema Memperkasakan Jiwa yang merupakan fokus utama dalam program ini. Program ini bertujuan untuk mengiktiraf sukarelawan sebagai entiti yang bermakna dalam masyarakat, di samping menyediakan ruang saling mengenali dan saling mencontohi dalam usaha mewujudkan peribadi yang bermotivasi, proaktif, dan dinamik. Selain itu, program ini bertujuan menyediakan ruang ujian ketahanan spiritual, mental, emosional dan fizikal dalam kalangan sukarelawan yang terlibat. Program berlangsung dari 24-27 Januari 2013 dan disertai oleh 25 orang sukarelawan SALAM, 5 orang urus setia (Kakitangan dan sukarelawan SALAM), 7 moderator (Kakitangan JAKOA dan Orang Asli ) dan 6 orang sukarelawan JPAM. Program ini diljalankan di sekitar perkampungan orang asli Kampung Sungai Tekam, Kampung Pulau Tujuh dan Empangan Temenggor, Gerik Perak. Ia telah mendapat tajaan sepenuhnya dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta mendapat kerjasama dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Modul Kembara Motivasi ini adalah garapan antara modul bercorak survival ( kelangsungan hidup ) dan pengkayaan nilai kendiri. Secara ringkasnya ia dilaksanakan dalam 6 Gerak Kerja Survival, 3 Sesi Diskusi, 7 Refleksi Diri dan 3 Aktiviti Sukarela. Antara Gerak Kerja Survival penyediaan logistik sepanjang program, berburu, memasang pukat dan jerat, menjala, menangkap dan memancing ikan, mencipta dan mengemudi rakit, mengenali khazanah hutan dan memanfaatkannya.

Kami Di Yayasan Salam Malaysia Mengucapkan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Kepada Seluruh Sukarelawan Kami Yang Menyambutnya

Sukarelawan
February 13, 2012 @ 10:16am

Sukarelawan... Bukan suka-suka mencari kawan Tetapi mencari kemuafakatan Sukarelawan... Lebih banyak melihat tangisan Daripada satu senyuman Sukarelawan Bukan mahu menjadi jagoan Hanya ingin membaja kebajikan Sukarelawan Setia menyelit semangat menepis keluhan Agar langkah tetap di teruskan Sukarelawan Sentiasa memberi tidak pernah mengharap balasan Menjadi perantaraan kepada yang memerlukan Sukarelawan Berdirinya di sini bukan mencari publisiti murahaan Hanya melestarikan erti sebenar keikhlasan....

kejora.mawaddah

Yayasan Salam Malaysia No 22 Jalan Changgai 6/22, 46000, Petaling Jaya, Selangor.

DONATE DONATE DONATE


Please help us help others. There are several ways to make a financial donation to Yayasan Salam Malaysia so we may continue our humanitarian services down the street, across the country and around the world. A financial contribution is always the most helpful and efficient support we can receive from our donors. Please consider making a monetary gift today.

Tel : 03-79584021 Fax : 03-79584031 Web : www.salam.org.my

TO DONATE

<<< Go to

www.salam.org.my

If at any time you have questions about donation opportunities, please contact Arif Hakim, Fundraising Officer at arif@salam.org.my or call 03-79584021. Thank you for your Support to Yayasan Salam Malaysia! Other Ways to Donate: Donate by Mail Please mail a check or money order payable to : Yayasan Salam Malaysia For acknowledgment and tax purposes, please include: - Your name - Address - Telephone number - Email address

Anda mungkin juga menyukai