Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA SHOPPING RAYA 2013

ANJURAN PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA SEMALAYSIA

1.0 Pendahuluan.
Persatuan Kebajikan Projek IQRA SeMalaysia (PROJEK IQRA) adalah merupakan sebuah
persatuan yang telah bergerak aktif dalam projek kebajikan bermula pada tahun 2009.
Namun, pada masa tersebut aktiviti yang dijalankan adalah secara kecil-kecilan sahaja.
Bermula pada Januari 2013, PROJEK IQRA telah pun secara rasminya berdaftar dengan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM-006-14-25012013). Dengan berdaftarnya
PROJEK IQRA ini secara sah maka segala aktiviti yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan
lebih rancak dan teratur. Selain itu, PROJEK IQRA telah menjadi satu platform yang terbuka
luas untuk orang ramai iaitu rakyat MALAYSIA menggembleng tenaga dalam membantu
golongan orang yang kurang bernasib baik. Dengan cara ini konsep 1Malaysia untuk
menyatupadukan semua rakyat tanpa kira batas agama, budaya dan bangsa dapat
direalisasikan. Fokus utama PROJEK IQRA pada masa kini adalah membantu anak-anak
yatim dalam bidang pendidikan. Secara amnya, telah banyak program pendidikan yang telah
dijalankan oleh PROJEK IQRA bagi membantu anak-anak yatim ini.
2.0 Matlamat
Membantu anak-anak yatim merasai kemeriahan berhari raya di samping membuka
peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.

Persatuan Kebajikan Projek Iqra SeMalaysia (PPM-006-14-25012012)


No 2741-A Jalan Changkat Permata, Taman Permata , 53300 Kuala Lumpur
info@projekiqra.com www.projekiqra.com facebook.com/projekiqra

3.0 Objektif.
3.1 Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
3.2 Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
3.3 Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
3.4 Menghayati konsep 1Malaysia agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam
membantu golongan yang kurang bernasib baik.
3.5 Memeriahkan sambutan Eidul Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.
4.0 Latarbelakang Shopping Raya 2013
Aktiviti Shopping Raya 2013 adalah cetusan idea ahli PROJEK IQRA sendiri. Aktiviti ini
adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim untuk bersama-sama dengan para
sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri. Melalui
cara ini, aktiviti ini dapat mengembirakan hati anak-anak yatim di samping membantu
mengurangkan beban keluarga mereka. Shopping Raya ini telah menjadi satu aktiviti wajib
bagi PROJEK IQRA. Bermula dengan 2 buah rumah anak yatim pada tahun 2012, pada tahun
ini PROJEK IQRA telah memperluaskan kepada 4 rumah anak yatim bagi 4 buah negeri iaitu
Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kedah.

Persatuan Kebajikan Projek Iqra SeMalaysia (PPM-006-14-25012012)


No 2741-A Jalan Changkat Permata, Taman Permata , 53300 Kuala Lumpur
info@projekiqra.com www.projekiqra.com facebook.com/projekiqra

5.0 Senarai Pertubuhan Anak-Anak Yatim yang menyertai


5.1 Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak Yatim Daerah Sik (ADIK/ Rumah GEMILANG)
Rumah Gemilang adalah terletak di daerah Sik, Kedah. Penghuni rumah Gemilang ini dihuni
seramai 88 orang. Pada bulan Mac 2013, PROJEK IQRA telah mengadakan program Bijak
Belajar bersama penghuni Rumah Gemilang dan disertai penghuni 3 buah rumah lain di
Kedah iaitu Bela Didik Anak-Anak Yatim Islam (Kulim), Badan Usaha Didikan Anak-Anak
Yatim (Yan) dan Pusat Jagaan Pertubuhan Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia
(Kulim). Justeru, pada kali ini PROJEK IQRA telah memilih Rumah Gemilang sebagai sebuah
rumah bagi projek Shopping Raya ini. Bagi rujukan Rumah Gemilang bolehlah melayari
http://www.facebook.com/rumahgemilang.adik
5.2 Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi, Kuala Lumpur
Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi diasaskan oleh Puan Azizah Saad dan suaminya iaitu En.
Omar Ab. Gani. Pertubuhan ini memberi perlinudngan kepada anak-anak yang kurang
bernasib baik seperti anak-anak yatim dan fakir miskin. Baitul Ehsan telah mula didaftarkan
sebagai pertubuhan pada Mac 2012. Sebelum ini, Baitul Ehsan lebih dikenali sebagai
Madrasah Tahfiz Baitul Ehsan / Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Ehsan. Terletak di dua lokasi
yang berbebza iaitu di Taman Maluri yang menempatkan 21 orang anak-anak perempuan
dan di Sungai Tua, Sri Gombak yang menempatkan 38 orang anak-anak lelaki. Bagi sebarang
rujukan bolehlah melayari http://www.facebook.com/pages/Pertubuhan-Baitul-Ehsan-AlKhairi

Persatuan Kebajikan Projek Iqra SeMalaysia (PPM-006-14-25012012)


No 2741-A Jalan Changkat Permata, Taman Permata , 53300 Kuala Lumpur
info@projekiqra.com www.projekiqra.com facebook.com/projekiqra

5.3 Rumah Anak Yatim Putra Perdana


Ruma Anak Yatim Putra Perdana terletak di No 1, Jalan Putra Perdana 6/10, Taman Putra
Perdana, Puchong , Selangor. Bagi sebarang rujukan bolehlah melayari
http://www.facebook.com/putraperdana.anakyatim
5.4 Pertubuhan Anak Yatim, Semarak
6.0 Tarikh , Tempat, Masa, Sasaran
Tarikh : 20 Julai 2013
Masa : 10 pagi 3 petang
Tempat : Tesco, Alor Setar
Sasaran : Penghuni Rumah Anak Yatim Sik (ADIK/Rumah Gemilang)
Jumlah Penghuni : 80 orang
Tarikh : 27 Julai 2013
Masa : 10 pagi 3 petang
Tempat : Pasaraya Mydin USJ ( At-Taqwa Putra ), Pasar Besar Tesco Ampang ( Rumah Anak
Yatim Baitul Ehsan) dan Pasar Besar Tesco Nilai ( Semarak )
Sasaran : Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan, Rumah Anak Yatim Putra dan
Rumah Anak Yatim Semarak.
Jumlah Penghuni : 186 orang

Persatuan Kebajikan Projek Iqra SeMalaysia (PPM-006-14-25012012)


No 2741-A Jalan Changkat Permata, Taman Permata , 53300 Kuala Lumpur
info@projekiqra.com www.projekiqra.com facebook.com/projekiqra

7.0 Tentatif Program


8.00 pagi

: Berkumpul di dewan rumah anak yatim yang terlibat.

8.30 pagi

: Ucapan aluan pengetua rumah anak yatim,


Presiden Persatuan Projek Iqra.
Taklimat kepada para sukarelawan

10.00 pagi

: Bertolak ke tempat membeli-belah

10.30 pagi

: Tiba di tempat membeli belah

11.00 pagi

: Taklimat dari pihak pengurusan pusat membeli-belah.

11.30 pagi

: Shopping Raya 2013

1.00 Petang

: Berkumpul semula/solat zohor

2.00 petang

: Bertolak balik ke rumah anak yatim

3.00 petang

: Dijangka tiba dan sesi pemulangan anak-anak yatim.

Persatuan Kebajikan Projek Iqra SeMalaysia (PPM-006-14-25012012)


No 2741-A Jalan Changkat Permata, Taman Permata , 53300 Kuala Lumpur
info@projekiqra.com www.projekiqra.com facebook.com/projekiqra

8.0 Senarai Sumbangan yang diperlukan.


8.1 Wang Shopping Raya 2013
NO

RUMAH

(L)

(P) Jumlah

Anggaran
Kos (RM)

Rumah Anak Yatim Gemilang

31

49

80

12000

Rumah Anak Yatim At-Taqwa

24

29

53

7950

Rumah Anak Yatim Semarak

29

15

44

6600

Baitul Ehsan Al-Khairi

33

31

64

9600

IBU TUNGGAL

25

25

1250

266

37400

Jumlah

Anggaran RM188 tajaan untuk seorang

8.2 Pengangkutan
2 buah bus untuk pengangkutan anak-anak yatim Rumah Gemilang Sik, Kedah ke
Tesco Alor Setar.

9.0 Penutup

Persatuan Kebajikan Projek Iqra SeMalaysia (PPM-006-14-25012012)


No 2741-A Jalan Changkat Permata, Taman Permata , 53300 Kuala Lumpur
info@projekiqra.com www.projekiqra.com facebook.com/projekiqra

Adalah diharapkan agar program ini akan mendapat sambutan dari orang ramai. Semoga
program Shopping Raya 2013 untuk anak-anak yatim Rumah Gemilang, Sik ini dapat
direalisasikan. Sesungguhnya, anak-anak yatim adalah kesayangan junjungan besar kita Nabi
Muhammad s.a.w maka sewajarnya mereka menjadi kesayangan kita semua juga.

Disediakan oleh ,

Disahkan oleh,

Noor Suhaila Wahid

Mohd Solleh Mahfuz

Setiausaha

Pengerusi

Persatuan Kebajikan Projek Iqra SeMalaysia (PPM-006-14-25012012)


No 2741-A Jalan Changkat Permata, Taman Permata , 53300 Kuala Lumpur
info@projekiqra.com www.projekiqra.com facebook.com/projekiqra

Anda mungkin juga menyukai