Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN KG TUN RAZAK

KOD SEKOLAH : MBA2047

1. Nama Guru SYAHROM BIN ABD KADIR

2. Judul WAWASAN PENDIDIKAN: 3. Bidang : 3. Bidang:Kemahiran


AGENDA PENGISIAN Profesionalisme (Kepimpinan)
4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa :

6. Tempat Pembentangna TIADA

7.
Sinopsis :
Tema buku ini adalah berkaitan dengan perlunya semua warga kerja pendidikan bersedia dan
menerima perubahan akibat daripada perubahan-perubahan yang berlaku dalam pelbagai bidang
seperti sosial, politik, ekonomi dan teknologi. Perubahan ini menjanjikan masa depan yang tidak
menentu dan keadaan dunia sekarang yang dianggap sebagai global village begitu memerlukan kita
bersedia menghadapi pelbagai bentuk persaingan dengan negara-negara luar. Justeru, kita perlu
meramal apakah yang akan berlaku pada masa akan datang dan mengubah sikap ”asal buat” atau
”asal siap” dan digantikan dengan budaya kerja cemerlang yang bersendikan ilmu dan akhlak.
Pengarang cuba mengajak para pembaca memikirkan bagaimana kita sebagai bangsa Malaysia yang
dianggap kerdil mampu bersaing dengan negara-negara kuasa besar. Dalam buku ini juga, ada
membincangkan bagaimana jika kita terus berpegang kepada pengurusan pendidikan cara tradisional
akan menyebabkan kita terus ketinggalan. Sebenarnya, apa yang hendak ditekankan ialah usaha kita
membina bangsa Malaysia yang maju bukan sahaja dari segi pembangunan malahan seimbang dari
segi keharmonian rohani, jasmani dan emosi serta berketrampilan sesuai dengan matlamat Wawasan
2020 dan Falsafah Pendidikan Negara.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Begitu banyak persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini berkisar tentang cara kita hendak
menghadapi dan melaksanakan perubahan. Antaranya berkait rapat dengan budaya kerja. reflective
rationality merupakan satu cara pengurusan yang mana kuasa mentadbir dan menjalankan sebarang
program di sekolah diberi kepada guru-guru dan pihak JPN atau Kementerian hanya menyelia semua
aktiviti tersebut. Sistem ini mungkin akan menghilangkan status quo yang telah lama dikuasai oleh
para pegawai atasan sebelum ini. Ini mungkin menyebabkan mereka rasa tidak selesa. Sementara
budaya kerja berorientasikan technical rationality adalah mereka yang konservatif, anti perubahan
dan suka kepada red tape. Bagi saya, kedua-dua kaedah ini perlu kerana kaedah yang pertama akan
membawa kepada perasaan dihargai dan diperlukan dalam kalangan pendidik di sekolah. Mereka
tidak lagi perlu menunggu arahan untuk menjalankan sebarang perubahan. Walau bagaimanapun,
kaedah kedua masih perlu terutamanya dalam perkara-perkara seperti kursus pengajian, kandungan
kurikulum, kewangan dan kehadiran
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Anda mungkin juga menyukai