Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN KG TUN RAZAK

KOD SEKOLAH : MBA2047

1. Nama Guru SYAHROM BIN ABD KADIR

2. Judul WAWASAN PENDIDIKAN: 3. Bidang : 3. Bidang:Kemahiran


AGENDA PENGISIAN Profesionalisme (Kepimpinan)
4. Tarikh Pembentangan 7 NOVEMBER 2019 5. Masa : 1.30 Petang

6. Tempat Pembentangna SK KG.TUN RAZAK

7.
Sinopsis :
Tema buku ini adalah berkaitan dengan perlunya semua warga kerja pendidikan bersedia dan
menerima perubahan akibat daripada perubahan-perubahan yang berlaku dalam pelbagai bidang
seperti sosial, politik, ekonomi dan teknologi. Perubahan ini menjanjikan masa depan yang tidak
menentu dan keadaan dunia sekarang yang dianggap sebagai global village begitu memerlukan kita
bersedia menghadapi pelbagai bentuk persaingan dengan negara-negara luar. Justeru, kita perlu
meramal apakah yang akan berlaku pada masa akan datang dan mengubah sikap ”asal buat” atau
”asal siap” dan digantikan dengan budaya kerja cemerlang yang bersendikan ilmu dan akhlak.
Pengarang cuba mengajak para pembaca memikirkan bagaimana kita sebagai bangsa Malaysia yang
dianggap kerdil mampu bersaing dengan negara-negara kuasa besar. Dalam buku ini juga, ada
membincangkan bagaimana jika kita terus berpegang kepada pengurusan pendidikan cara tradisional
akan menyebabkan kita terus ketinggalan. Sebenarnya, apa yang hendak ditekankan ialah usaha kita
membina bangsa Malaysia yang maju bukan sahaja dari segi pembangunan malahan seimbang dari
segi keharmonian rohani, jasmani dan emosi serta berketrampilan sesuai dengan matlamat Wawasan
2020 dan Falsafah Pendidikan Negara.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Begitu banyak persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini berkisar tentang cara kita hendak
menghadapi dan melaksanakan perubahan. Antaranya berkait rapat dengan budaya kerja. reflective
rationality merupakan satu cara pengurusan yang mana kuasa mentadbir dan menjalankan sebarang
program di sekolah diberi kepada guru-guru dan pihak JPN atau Kementerian hanya menyelia semua
aktiviti tersebut. Sistem ini mungkin akan menghilangkan status quo yang telah lama dikuasai oleh
para pegawai atasan sebelum ini. Ini mungkin menyebabkan mereka rasa tidak selesa. Sementara
budaya kerja berorientasikan technical rationality adalah mereka yang konservatif, anti perubahan
dan suka kepada red tape. Bagi saya, kedua-dua kaedah ini perlu kerana kaedah yang pertama akan
membawa kepada perasaan dihargai dan diperlukan dalam kalangan pendidik di sekolah. Mereka
tidak lagi perlu menunggu arahan untuk menjalankan sebarang perubahan. Walau bagaimanapun,
kaedah kedua masih perlu terutamanya dalam perkara-perkara seperti kursus pengajian, kandungan
kurikulum, kewangan dan kehadiran
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Apabila disebut tentang perubahan, seorang pemimpin di sekolah haruslah bersikap mempunyai
imaginasi yang tinggi, melangkaui batas kebiasaan dan rutin agar hasil yang ditampilkan adalah
dalam bentuk inovasi dan imaginative. Mereka harus sedar bahawa kebiasaan dan pengulangan kerja
yang serupa akan menghasilkan keluaran yang stereotaip dan imitative. Kita lihat sahaja lepada
pengurusan jadual waktu di bilik darjah. Sudah berdekad-dekad ia disusun sebegitu rupa sehingga ia
menjadi penlaziman dalam mengukur proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Akibatnya,
guru-guru yang mengajar akan merasakan bahawa tidak ada perubahan yang perlu dilakukan kerana
itu sájala cara jadual kerja yang paling baik. Begitu jugalah denga buku rancangan mengajar yang
mana antara isi kandungan yang sering kali ada di dalamnya ialah rancangan pengajaran tahunan dan
sukatan pelajaran yang sama dibuat salinan semula setahun demi setahun tanpa sebarang perubahan.
Instrumen penilaian bukan lagi bergantung kepada senarai semak, manual prosedur kerja, jadual
waktu, daftar kehadiran dan sukatan pelajaran. Tetapi sebaliknya dilihat dari segi keanjalan jadual
waktu, perencanaan buku rekod mengajar, susun atur bilik darjah dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan haruslah ke arah pencapaian wawasan, misi dan objektif
kecemerlangan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Anda mungkin juga menyukai