Anda di halaman 1dari 6

SMK ULU TIRAM

KERTAS KERJA PROGRAM JOM SIMPAN DAN LABUR 2013

ANJURAN KELAB PELABURAN BIJAK SMK ULU TIRAM

TARIKH 06 JULAI 2013 (SABTU)

DIKELOLAKAN BERSAMA OLEH: PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNB) AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

PROGRAM JOM SIMPAN DAN LABUR 2013 1.0 PROGRAM Program Jom Simpan dan Labur 2013 2.0 RASIONAL Program Jom Simpan dan Labur 2013 adalah satu cara ahli-ahli Kelab Pelaburan Bijak mempamerkan keupayaan dan kreativiti mereka dalam melaksanakan aktiviti pendidikan berteraskan pelaburan dan kewangan dengan kerjasama daripada Amanah Nasional Berhad (ASB) dan juga Perbadanan nasional Berhad (PNB).Program ini adalah merupakan program yang merangkumi pelbagai aspek keperluan pelajar yang harus diberi dan diteroka kerana ia meliputi bidang motivasi, bidang kerjaya dan bidang akademik. Program ini juga bertujuan untuk menambahkan pengalaman para pelajar untuk lebih bersedia dan matang dalam menempuh kehidupan realiti setelah mereka mengakhiri sesi persekolahan mereka selain menjadikan pelajar lebih berminat dan bersungguh-sungguh mencapai prestasi yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. 3.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk mendedahkan pelajar pengetahuan mengenai asasasas pelaburan dan kewangan serta kepentingan menyimpan duit pada usia muda. 4.0 OBJEKTIF 4.1 4.2 4.3 4.4 Menanam kesedaran dan memupuk minat dalam kalangan pelajar untuk menabung dan melabur pada usia muda Memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli kelab untuk mengendalikan sesuatu program. Membantu pelajar-pelajar membuat perancangan masa depan setelah tamat alam persekolahan. Memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan fungsi Pemodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional Berhad terhadap pelaburan dan kemajuan ekonomi negara. 5.0 TARIKH : 6 Julai 2013 (Sabtu) 6.0 TEMPAT: Kantin,SMK Ulu Tiram

7.0 KUMPULAN SASARAN 60 orang pelajar Kelab Pelaburan Bijak dan 200 Warga Sekolah SMK Ulu Tiram. 8.0 TENTATIF Lampiran (A) 9.0 JAWATANKUASA PROGRAM Lampiran (A) 10.0 KEWANGAN Lampiran (C) 11.0 PENUTUP Diharapkan program yang dirancang ini mendapat sokongan demi perkembangan para pelajar agar mampu menjalankan kehidupan sebagai seorang pelajar yang berdedikasi dan terbilang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

Disediakan oleh, ...................................... (DAHLIAH BINTI AMAT DARMAWI)

LAMPIRAN A TENTATIF PROGRAM SELANGKAH KE MENARA GADING 2013 TARIKH / HARI SABTU 06/0/2013

MASA 8.00 pagi - 10.00 pagi 10.00 pagi- 10.45 pagi 10.45 pagi 1.00 t/hari

AKTIVITI Kaunter Pendaftaran dibuka Rehat/Kudapan Kaunter Pendaftaran dibuka

LAMPIRAN B JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Pn. Hjh Zawiah binti Md. Amin (Pengetua SMK Ulu Tiram) Timbalan Pengerusi : En. Elango A/L Naciappan (Penolong Kanan Kokurikulum) Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa : : : Pn. Dahliah binti Amat Darmawi Pn. Marina bt Taib 1. Pn. Dahliah binti Amat Darmawi Penyediaan Kertas kerja 2. Pn. Marina bt Taib Jamuan 3. Cik Vimala a/p Veloo Promosi 4. Nur Zaritha Harisha bt Zaba (pelajar) Penyediaan dokumentasi/lapuran 5. Mohd Azrul bin Zambri (pelajar) Fotografi 6. Nur Farhana bt Hisyamuddin (pelajar) Penyediaan tempat

Lampiran B KEWANGAN (PERBELANJAAN & PENDAPATAN)


PENDAPATAN PERKARA 1.Peruntukan Pelaburan Nasional Berhad (PNB): RM 1000.00 PERBELANJAAN PERKARA 1. Jamuan : Makanan/minuman (RM4.50 x 2 00 orang ) 2. Promosi(banner/risalah) (RM100 X 1) RM 100.00

JUMLAH

KOS RM900.00

JUMLAH PENDAPATAN

RM 1000.00

JUMLAH PERBELANJAAN

RM 1000.00

Jumlah Pendapatan Jumlah kos Perbelanjaan = RM 1000.00 - RM 1000.00 = RM 0

Disediakan oleh, dahliah ......................................


(DAHLIAH BT AMAT DARMAWI)

Disemak oleh, ... .............................

Disahkan oleh, .............................

Anda mungkin juga menyukai