Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM

TITIAN KASIH
TARIKH:
2 APRIL 2015 (KHAMIS)

ANJURAN:
KELAB DOKTOR MUDA SK BATU KAWAN

BERSAMA:
RUMAH ANAK KESAYANGAN, BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

ISI KANDUNGAN
BIL.

PERKARA

MUKA SURAT

1.

Pengenalan

2.

Objektif

3.

Analisa Situasi

4.

Perancangan Projek

4-6

5.

Pelaksanaan Projek

7 - 11

6.

Penilaian Projek

12

7.

Kelestarian Projek

13

8.

Kewangan

14

9.

Kesimpulan

15

10

Rujukan Dan Apendiks

16

11.

Penghargaan

17

PENGENALAN
Program Titian Kasih

Projek Komuniti Kelab Doktor Muda merupakan projek utama yang dijalankan oleh Kelab
Doktor Muda SK Batu Kawan. Projek ini telah dirangka dan dinamakan sebagai Program
Titian Kasih. Program Titian Kasih dijalankan bersama-sama dengan anak-anak yatim dan
asnaf di Rumah Anak Kesayangan, Lebuh Bukit Jambul, 11900, Bayan Lepas, Pulau
Pinang. Kelab Doktor Muda memilih untuk menjalankan aktiviti komuniti bersama-sama
anak-anak yatim kerana ingin memupuk dari awal rasa sayang dan kasih sesama insan
yang kurang bernasib baik.
Projek ini dilakukan kerana memberi peluang kepada anak-anak yatim merasai
keseronokan bersama masyarakat luar. Tidak dinafikan banyak aktiviti kemasyarakatan
yang dilakukan bersama anak-anak yatim tetapi kebanyakan aktiviti sebegini dilakukan oleh
orang yang dewasa. Apabila aktiviti ini dilakukan bersama-sama, mereka berasa tidak
begitu malu dan takut untuk melibatkan aktiviti bersama. Hal ini kerana, faktor usia yang
lebih kurang sebaya dengan mereka membuatkan mereka lebih mudah untuk didekati.
Anak-anak yatim dan asnaf ini harus diberi perhatian memandangkan mereka merupakan
golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya
yang merupakan tempat mencurahkan kasih sayang. Di samping itu, rata-rata mereka
berasal daripada keluarga yang susah dan memerlukan perhatian.
Selain daripada itu, Kelab Doktor Muda SK Batu Kawan menyasarkan rumah anakanak yatim sebagai tempat melakukan khidmat komuniti kerana yakin mereka dapat
menerima kehadiran ahli-ahli Kelab Doktor Muda dan dalam usia awal remaja mereka
sebegini mereka amat memerlukan pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan untuk
meningkatkan kepada gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang dari peringkat awal.
Kesimpulannya, secara tidak langsung ahli Kelab Doktor Muda telah memberikan
khidmat masyarakat dan berperanan sebagai agen penyebaran maklumat dengan
berkongsi maklumat kesihatan seperti Pendidikan Pencegahan Nyamuk Aedes, Penyakit
Berjangkit dan Amalan Pemakanan Seimbang disamping dapat menggembirakan hati
mereka dan memenuhi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah serta
mengeratkan ukhwah dan silaturrahim.
1

OBJEKTIF
Program Titian Kasih

Mendidik rasa kasih dan sayang pada insan yang kurang bernasib baik dengan

membuat aktiviti amal kebajikan dan khidmat masyarakat


Menjadikan peranan sebagai agen penyebar maklumat kesihatan di mana-mana

sahaja berada.
Menyampaikan maklumat

kepentingan penjagaan kesihatan kepada masyarakat

luar.

Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta


mendekatkan diri dengan masyarakat.

Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan
yang positif.

Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu


sesama masyarakat serta berganding bahu dengan badan bukan kerajaan dalam
menjaga kebajikan anak-anak yatim.

ANALISA SITUASI
Program Titian Kasih

Kelab Doktor Muda SK Batu Kawan telah menganalisa tempat projek komuniti di
Rumah Anak Kesayangan kerana tempat tersebut didapati bersesuaian untuk menjalankan
aktiviti khidmat masyarakat seperti bergotong royong dan yang utamanya untuk
menyebarkan informasi kesihatan kepada masyarakat luar khususnya anak-anak yatim dan
asnaf yang secara lazimnya kurang terdedah dengan program-program berbentuk
kesihatan. Projek Komuniti tersebut telah dijalankan pada 2 April 2015, iaitu pada hari
Khamis. Lokasinya di Rumah Anak Kesayangan, Lebuh Bukit Jambul, Bayan Lepas, 11900
Pulau Pinang. Penguni tersebut terdiri daripada 21 orang. Manakala, ahli Kelab Doktor
Muda yang terlibat untuk projek ini seramai 30 orang.

PERANCANGAN PROJEK
Program Titian Kasih

Kelab Doktor Muda SK Batu Kawan telah merancang

projek komuniti bersama-sama

penghuni Rumah Anak Kesayangan berdasarkan aktiviti seperi berikut :1. Aktiviti Gotong Royong

Khidmat masyarakat akan dilakukan dengan bergotong royong membersihkan di


persekitaran kawasan Rumah Anak Kesayangan.

Setiap ahli Kelab Doktor Muda akan berkerjasama sesama ahli dalam memastikan
persekitaran Rumah Anak Kesayangan bersih, kemas dan bebas daripada nyamuk
Aedes.

Setiap ahli telah dibahagikan kawasan pembersihan iaitu dibahagian halaman depan
rumah, halaman belakang rumah dan di dalam rumah.

Selain itu, ahli Kelab Doktor Muda turut memeriksa kawasan-kawasan yang
mempunyai air seperti bekas pasu bunga. Mereka turut membawa serbuk pembunuh
jentik-jentik iaitu Abate.

2. Aktiviti Info Bersama Doktor Muda

Ahli Kelab Doktor Muda akan mengambil peranan dengan menyebarkan informasi
kepada penghuni-penghuni Rumah Anak Kesayangan mengenai penjagaan
kesihatan seperti Pendidikan Pencegahan Nyamuk Aedes, Penyakit Berjangkit dan
Amalan Pemakanan Seimbang.

Mereka bertindak sebagai agen penyebar maklumat kesihatan kepada masyarakat


luar.

4
3. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan Slot Kisah Kau & Aku dan Pulau Idaman

Aktiviti LDK akan dijalankan selepas selesai aktiviti gotong royong. Setiap ahli Kelab
Doktor Muda akan dibahagikan kumpulan bersama-sama dengan anak-anak yatim
dan asnaf.

Tujuannya adalah untuk, ukhwah dan silaturahim sesama ahli kelab dan penghuni
Rumah Anak Kesayangan.

Membina keyakinan diri, keberanian, keserasian, kesefahaman dan mengeratkan


kasih sayang antara mereka.
ATURCARA PROGRAM
MASA

PERKARA

8.00 pagi

Berkumpul di sekolah
Pendaftaran Ahli Kelab Doktor Muda
Taklimat oleh Guru Penasihat Kelab Doktor Muda iaitu Pn. Juraini
Hafida dan Pn. Wahiedah Yusof

8.30 pagi

Bertolak ke Rumah Anak Kesayangan

9.30 pagi

Tiba di Rumah Anak Kesayangan

10.00 pagi

Sesi beramah mesra bersama-sama penghuni Rumah Anak


Kesayangan

10.30 pagi

Aktiviti gotong royong

11.30 pagi

Info bersama Kelab Doktor Muda

12.30 tengahari

Latihan dalam Kumpulan : Slot Kisah Kau & Aku dan Pulau Idaman

1.30 ptg

Penyampaian Hadiah dan Sumbang Kasih

2.00 ptg

Makan bersama-sama anak-anak yatim

3.00 ptg

Bergerak pulang ke sekolah


5

Berikut adalah Jawatankuasa Pelaksana Program Titian Kasih:Pengerusi

: En. Hasli b. Mat Hasan (Guru Besar SK Batu Kawan)

Naib Pengerusi

: En. Mohd Azmi b. Abu Bakar (Penolong Kanan Kokurikulum)

Guru Penasihat

: Pn. Juraini Hafida bt. Samsani


Pn. Roziyah bt. Rosli

Pn. Ku Nor Fazlina bt. Ku Hamdan


Pn. Wahiedah bt. Yusof
En. Mohd Kamal b. Md.Desa
Ketua Projek

: Mohd Arif Iskandar bin Othman

Setiausaha Projek : Nur Aliah Natasha bt. Abdullah


Bendahari Projek

: Huda Najwa bt. Tholid

AJK Sumbangan

: Nur Hanani bt. Hasnizam


Sharuvin a/l Kodisweran

AJK LDK

: Mohd Afiq Danial b. Abd Rashid


Muhammad Azri Hakimi b. Hasnizam

AJK HADIAH

:Nur Alia Farisha bt. Razali


Siti Najwa Ezyanti bt. Ahmad Nawar

Anda mungkin juga menyukai