Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN LAWATAN AJK PIBG (IBU BAPA) KE KELASKELAS ANGKAT PIBG UNTUK PROJEK KEBERSIHAN &

KECERIAAN KELAS SERTA LAWATAN KE TAPAK


PEMBINAAN TEMPAT MURID MENUNGGU IBU BAPA DI
PINTU PAGAR BELAKANG SEKOLAH
Pada 23 April yang lalu, AJK PIBG dari kalangan ibu bapa telah
mengadakan lawatan ke kelas-kelas yang akan dijadikan kelas angkat
PIBG SKSD sesi 2016-2018. Lawatan ini turut dihadiri oleh Tuan Guru
Besar SKSD iaitu Encik Azman bin Janudin. AJK PIBG yang menyertai
lawatan ini telah berbincang dan bersetuju untuk memilih kelas 4 Aktif,
4 Kreatif, 4 Inovatif dan 5 Inovatif sebagai kelas angkat PIBG untuk
projek kebersihan dan keceriaan kelas. Usaha murni ini dilakukan
sebagai tanda sokongan padu pihak persatuan kepada pihak sekolah yang
memainkan peranan besar menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang
cemerlang dalam pelbagai aspek. Pihak persatuan telah menetapkan
untuk mengecat dan menceriakan kelas-kelas ini bermula pada hari
Sabtu hadapan dari jam 8:30 pagi hingga jam 12:00 tengah hari. Selain
itu juga, AJK PIBG turut dibawa melawat ke bilik yang akan dijadikan
Bilik PIBG SKSD. Lawatan pada hari tersebut berakhir dengan tinjauan
ke tapak yang akan dijadikan tempat murid-murid menunggu ibu bapa
mereka di pintu pagar belakang sekolah pada waktu pulang dari sekolah.
Berikut adalah gambar-gambar yang dapat diambil sekitar lawatan ini
berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai