Anda di halaman 1dari 7

Soalan 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


25. Orang dewasa yang menggunakan alat permainan di taman permainan kanak-kanak akan
dikenakan denda.
A. Orang dewasa yang merosakkan alat permainan kanak-kanak akan dikenakan denda.
B. Denda akan dikenakan kepada orang dewasa yang menggunakan alat permainan di taman
permainan kanak-kanak.
C. Kanak-kanak yang dibenarkan orang dewasa menggunakan alat permainankanak-kanak
akan didenda.
D. Kanak-kanak yang menggunakan alat permainan orang dewasa akan didenda.

Soalan 26
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.
26. Bolehkah kamu membawa adik saya yang sakit ini ke klinik?
A. Sudah tentu. Memang ada klinik dibuka 24 jam.
B. Sudah tentu. Saya pun memang hendak pergi ke sana.
C. Boleh juga. Adik kamu pernah dirawat di klinik itu.
D. Boleh juga. Saya kenal jururawat di klinik itu.
Soalan 27
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.
27. Kami akan singgah di Taiping.
A. Kenapakah kalian singgah di Taiping?
B. Di manakah kalian bercuti selepas ini?
C. Siapakah lagi akan menyertai kalian ke Taiping?
D. Ke manakah destinasi kalian selepas melawat Pulau Pinang?

Soalan 28
Pilih ayat-ayat yang betul
28. I Demi untuk negara dia rela berkorban apa saja.
II Luka di kakinya belum baik-baik lagi.
III Dia menyapa gurunya dengan sopan.
IV Ana menari sambil mendengar lagu-lagu rancak.
A.
B.
C.
D.

I dan II sahaja
I dan IV sahaja
II dan III sahaja
III dan IV sahaja

Soalan 29-30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
29. Siti membawa sedikit

untuk diberikan kepada anak saudaranya nanti.

A. buah hati
B. buah mulut
C. buah fikiran
D. buah tangan
30. Setiap kerja yang dilakukan akan menjadi sekiranya semua orang mengamalkan sikap
.
A.
B.
C.
D.

Bagai tikus membaiki labu


Bagai enau dalam belukar
Bagai aur dengan tebing
Bagai wau putus tali

Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Wah,
34900 Pantai Remis,Perak.
____________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Bintang,
34900 Pantai Remis,
Perak.

2 MEI 2009.

Tuan,
Memohon untuk Meminjam Khemah
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan, Persatuan Pengakap sekolah kami
akan mengadakan perkhemahan di Pantai Teluk Batik selama tiga hari iaitu dari 23 Mei 2009
hingga 25 Mei 2009.
2.

Sekolah kami kekurangan khemah. Jadi, kami ingin meminjam tiga buah khemah

daripada sekolah tuan bagi memastikan tujuan ini dapat dilaksanakan.


3.

Kami sangatlah berharap sekiranya pihak tuan meluluskan permohonan ini.Kerjasama

dan perhatian daripada pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih dan secara tidak langsung
dapat menjayakan hasrat sekolah kami.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
Cindy Law
(CINDY LAW MEI KUAN)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Wah

31. Siapakah penulis surat ini?


A. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bintang
B. Setiausaha Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Bintang

C. Setiausaha Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Wah


D. Guru Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Wah
32. Apakah tujuan surat ini ditulis?
A. Untuk mengadakan perkhemahan di Pantai Teluk Batik
B. Untuk meminjam khemah dari Sekolah Kebangsaan Taman Bintang
C. Untuk memberitahu tarikh perkhemahan itu akan diadakan
D. Untuk meminjam khemah dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Wah
33. Bilakah tarikh perkhemahan itu akan diadakan?
A. 21 Mei 2009 hingga 23 Mei 2009
B. 22 Mei 2009 hingga 24 Mei 2009
C. 23 Mei 2009 hingga 25 Mei 2009
D. 24 Mei 2009 hingga 26 Mei 2009
34. Apakah harapan penulis pada akhir suratnya?
A. Supaya perkhemahan pengakap di Pantai Teluk Batik berjalan lancar
B. Supaya permohonannya untuk meminjam khemah diluluskan
C. Supaya perkhemahan di Sekolah Kebangsaan Taman Bintang dapat diteruskan
D. Supaya khemah itu dapat disiapkan
35. Pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas ialah
A. surat ini ditulis oleh Setiausaha Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong
Wah
B. perkhemahan pengakap ini akan diadakan di Pantai Teluk Batik
C. surat ini bertarikh 2 Mei 2009
D. persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Bintang meminjam khemah daripada
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Wah

Soalan 36 hingga Soalan 40.

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

NASIB BUMIKU
Bumi yang kusayangi,
Tandus dirimu dirobek insan rakus,
Menebal rinduku,
Pada keindahanmu yang ternoda,
Kehijauan yang lenyap,
Kesegaran yang lesap.
Bumi yang kukasihi,
Khazanah hartamu dirampas keras,
Kecacatan dirimu kekayaan mereka,
Namun, kemurahanmu tak dihirau mereka,
Kemenangan mereka kekecewaanku.
Bumi yang kusayangi,
Azam kupasakkan di sanubari,
Tak mungkin dirimu kubiarkan merana,
Kerana baktimu masih ada,
Dengan hijaunya pepohon merimbun,
Dengan serinya berbunga wangi.

36. Apakah yang dirindui oleh penyajak?


A Keindahan warna hijau yang telah lenyap.

B Keindahan warna hijau yang menyegarkan.


C Keindahan yang telah dinodai alam semula jadi.
D Keindahan alam semula jadi yang telah diterokai manusia.

37. Apakah jenis puisi di atas?


A Syair
B Sajak
C Seloka
D Pantun

38. Apakah khazanah yang dimiliki oleh bumi dalam puisi di atas?
A Sumber mineral dan bahan galian
B Harata karun yang amat banyak
C Tanah dan bekalan kayu balak
D Kehijauan yang menyegarkan

39. Apakah tekad penyajak?


A Mencintai alam semula jadi
B Menghiasi alam semula jadi
C Memelihara alam semula jadi
D Menyegarkan alam semula jadi
40. Jelaskan pengajaran daripada sajak Nasib Bumiku.
A Hargai bumi yang menghijau dengan menebang pokok untuk dijual
B Jangan mempersia-siakan khazanah alam disebabkan ketamakan
C Bersyukur dapat meneroka hasil bumi
D Majukan industri pembalakan dan penerokaan bumi

Anda mungkin juga menyukai