Anda di halaman 1dari 10

BADMINTON

APA ITU BADMINTON


Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring.

SEJARAH BADMINTON
Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil.

Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.

KEMAHIRAN ASAS BADMINTON


Terdapat dua cara memegang raket:Pegangan hadapan Pegangan kilas Pukulan Servis Servis Rendah Servis Flik Servis Tinggi Pukulan Hadapan Pukulan Kilas Pukulan Lob Pukulan Smesy

Servis Rendah Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan. Ayun raket ke belakang. Siku bengkok hampir ke badan. Tangan kiri pegang bulu tangkis. Lepaskan bulu tangkis. Ayun raket pantas ke hadapan. Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri. Pandang ke sasaran. Ikut lajak.

Servis Flik Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri. Penerbangan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan. Servis Tinggi Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan. Ayun raket tinggi ke belakang. Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka. Lepaskan bulu tangkis. Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan. Pandang bulu tangkis. Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri dengan ayunan pantas. Ikut lajak.

Pukulan Hadapan Pandang bulu tangkis. Ayun raket ke belakang. Sebelah tangan lagi diluruskan. Ayun raket dengan tangan lurus. Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tertinggi. Ikut lajak. Pukulan Kilas Pandang bulu tangkis. Kaki kanan menyilang ke kiri. Kilas raket separas bahu. Pukul bulu tangkis. Ikut lajak.

Pukulan Lob Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob. Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang. Pukulan Smesy Pukulan smesy boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang kosong gelanggang lawan. Pandang bulu tangkis. Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan. Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok. Sebelah tangan lagi lurus ke atas. Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus. Pukul bulu tangkis pantas. Ikut lajak.

JAGUH TERKEMUKA
Lee Chong Wei Wong Chong Hann Koo Ken Kiet Tan Beng Hong Hafiz Hashim Wong Mew Choo Wong Pei Tye Chong Tan Fook Lee Wan Wah Chin Ee Hui

Anda mungkin juga menyukai