Anda di halaman 1dari 7

Tutorial

a) Nyatakan SEMUA kemahiran asas yang ada dalam permainan badminton daripada
link yang diberikan

MEMEGANG RAKET
Cara raket badminton dipegang adalah sangat penting. Raket perlu dipegang dengan betul
untuk mendapatkan pukulan yang tepat dan berkesan.

GENGGAMAN
Berikut ialah cara-cara untuk memperoleh genggaman raket yang baik bagi pemain tangan
kanan:

Cara 1: Raket dipegang pada bahagian leher raket di tangan kiri bersudut tepat dengan
lantai. Pemain meletakkan tangan kanan dengan jari-jari terbuka ke atas tali raket. Pemain
menggerakkan tangan kanan dari atas raket melalui tangkai atau shaft raket ke bawah
pemegang raket atau handle. Jari-jari pemain akan menggenggam di sekeliling pemegang raket
apabila bahagian bawah tangan kanan sampai ke penghujung pemegang raket.

Cara 2: Jurulatih atau seorang pemain memegang kepala raket dengan kedudukan
selari dengan lantai. Hujung pemegang atau handle raket dihulur kepada seorang pemain yang
akan menerima raket itu secara berjabat tangan.

Cara 3: Raket diletak di atas lantai dengan hujung batang raket dalam kedudukan sudut
tepat dengan permukaan lantai. Pemain akan mengambil raket tersebut seperti beliau hendak
membuat potongan ke atas kayu dengan menggunakan hujung batang raket.

Genggaman asas yang betul mesti mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Pembentukan V oleh ibu jari dan jari telunjuk di bahagian pemegang atau handle raket.
2. Jari-jari terbuka sedikit dan bahagian pemegang atau handle raket rehat di atas bahagian
sebelah bawah jari-jari.
3. Perlu diberi ruang di antara bahagian pemegang atau handle raket dan tapak tangan
supaya raket digenggam dengan hujung jari-jari pemain.
4. Keseluruhan bahagian pemegang atau handle raket tidak melepasi tangan.
5. Pastikan raket adalah sebahagian daripada tangan pemain.
GENGGAMAN KILAS
Untuk memperoleh genggaman kilas atau backhand yang betul, pemain perlu:
1. Pegang raket seperti genggaman asas.
2. Genggaman mestilah relaks dan dipusingkan bahagian pemegang atau handle raket
dengan jari-jari dalam anggaran 30° ke kanan.
3. Letakkan ibu jari di atas bahagian pemegang atau handle raket di bahagian belakang
raket yang leper. Kedudukan ibu jari ini memberi daya kepada pukulan dan mengawal
raket.

MEMBUAT PUKULAN ASAS

Pergerakan membuat pukulan dalam badminton adalah serupa dengan pergerakan


membuat balingan secara bebas. Permainan pergelangan tangan memainkan peranan yang
penting dalam membuat pukulan asas dalam sukan badminton. Pergelangan tangan yang boleh
bertukar arah dari kanan dan kiri atau bengkok ke belakang atau ke hadapan menentukan arah
bulu tangkis akan bergerak di udara. Dengan memusingkan tapak tangan, pergelangan dan
forearm permukaan raket akan sentiasa bersudut tepat dengan bulu tangkis.

Pukulan atas kepala adalah sama seperti membaling bola kriket dari sempadan.
Pukulan sisi lengan adalah sama seperti membaling seketul batu supaya ia bergerak meluncur
di atas permukaan air di sungai. Pukulan bawah tangan pula adalah seperti membuat lambung
bola tenis kepada pemain yang baru belajar memukul bola.

Kawasan Membuat Pukulan

Kawasan pukulan atau stroke areas adalah berdasarkan posisi bulu tangkis dan arasnya ketika
ia dipukul. Pukulan dalam badminton bolah dibahagikan kepada tiga kawasan pukulan iaitu:

1. Pukulan atas kepala atau overhead stroke.

2. Pukulan sisi lengan atau sidearm stroke.

3. Pukulan bawah tangan atau underarm stroke.


Ketiga-tiga pukulan atau stroke ini boleh dilakukan secara:

1. Pukulan hadapan (forehand):Ini adalah kedudukan apabila bulu tangkis berada lebih ke
ruang di sebelah tangan raket.
2. Pukulan kilas (backhand): Ini adalah kedudukan apabila bulu tangkis adalah lebih ke
ruang di sebelah tangan bebas.

Oleh itu, kedudukan pemain dan arah pergerakan bulu tangkis akan mempengaruhi
jenis pukulan dalam permainan badminton.

Pergelangan Tangan

1. Sebelum melakukan sesuatu pukulan atau stroke, pergelangan tangan perlu dibengkok
ke belakang atau mencekah.
2. 55 cm hingga 65 cm sebelum membuat sentuhan dengan bulu tangkis, pergelangan
tangan perlu berada dalam keadaan relaks dan tidak mencekah. Ini adalah untuk
menambahkan lagi kelajuan pergerakan pergelangan tangan dan seterusnya kelajuan
pergerakan lengan memukul. Jika mengatur masa dengan betul, tindakan ini akan
menghasilkan kuasa pukulan yang kuat.
3. Untuk pukulan yang ada kuasa, memperdayakan dan curam, maka penggunaan
pergelangan tangan perlu dibengkok dengan tiba-tiba dan betul serta tepat mengatur
masa.

AYUNAN RAKET

Semasa membuat sesuatu pukulan atau stroke dalam badminton, terdapat empat fasa
yang penting, iaitu fasa ayunan raket ke belakang, fasa ayunan ke hadapan, fasa semasa
konteks dan fasa ikut lajak. Fasa-fasa ini merupakan keseluruhan pergerakan yang
dilakukan oleh semua pukulan dalam badminton.

Ayunan ke Belakang

Apabila bulu tangkis berada pada ketinggian yang paling tinggi, raket akan diayun ke
belakang secara teguh. Dengan membengkokkan siku, kepala raket akan dibawa ke bawah
tulang belikat bahu kanan. Pada masa yang sama, pergelangan tangan berada dalam
keadaan mencekah. Tindakan tersebut meletakkan pemain dalam keadaan posisi sisi
dengan berat badan pemain di belakang kaki dan lututnya bengkok sedikit.
Ayunan ke Hadapan

Apabila bulu tangkis mula turun, kepala raket dibaling ke atas untuk menemui bulu
tangkis. Pergerakan di bawah akan menunjukkan bagaimana tubuh badan pemain bergerak
semasa melakukan ayunan ke hadapan:

1. Pangkal tapak tangan akan mendahului dalam pergerakan.


2. Bahagian lengan akan diluruskan secara tiba-tiba.
3. Lebih kurang 0.5 m sebelum membuat sentuhan, pergelangan tangan tidak akan
mencekah.
4. Badan pemain akan ditolak ke atas supaya berat pemain akan digunakan dalam
pukulan.
5. Badan dan lengan adalah rapat dan dalam satu garis lurus. Ini bertujuan untuk memberi
kuasa dan kawalan dalam pukulan.

Lengan kiri bergerak dalam arah yang bertentangan dalam tindakan ayunan ke hadapan
atau ke belakang. Ini bertindak sebagai mengimbang balas pergerakan. Lengan kiri juga
digunakan oleh beberapa pemain sebagai panduan memperlihatkan bulu tangkis semasa
melakukan pukulan ‘hadapan atas kepala’

Kedudukan Semasa Konteks atau Sentuhan

Kedudukan semasa konteks atau sentuhan adalah di sebelah kanan dan di hadapan kepala
pemain. Pada ketika itu, lengan yang membuat pukulan perlu lurus untuk memastikan konteks
berlaku pada ketinggian yang paling tinggi. Kepala raket dipukul menuju dan melalui bulu
tangkis dan muka raket adalah bersudut tepat dengan pangkal bulu tangkis.

Pukulan Ikut Lajak

Dalam pukulan ikut lajak:

1. Kepala raket akan terus melalui garisan lurus penerbangan bulu tangkis selama yang
boleh.
2. Kepala raket ditujukan ke arah kawasan yang ditetapkan.
3. Raket di bawah melintangi badan sehingga ketinggian pada aras pinggang.
4. Bagi kawalan yang baik, bulu tangkis dan kepala raket berkonteks seberapa lama yang
boleh mengikut aliran bulu tangkis.
Tindakan memindahkan berat badan ke hadapan kaki supaya tubuh badan adalah bersudut
tepat dengan jaring.

Pemulihan

Raket diayun ke bawah melintangi badan dan berat badan dipindah ke hadapan kaki.
Pemain yang mempunyai imbangan baik akan bergerak dengan licin dan lancar ke tengah
gelanggang atau pusat operasi bersedia untuk mengmbil pukulan pihak lawan sebelum pihak
lawan dapat melakukan pukulan bulu tangkis.

b) Huraikan kaedah / teknik amali kemahiran asas permainan badminton langkah demi
langkah dengan betul

Pukulan Servis
- Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
- Ayun raket ke belakang.
- Siku bengkok hampir ke badan.
- Tangan kiri pegang bulu tangkis.
- Lepaskan bulu tangkis.
- Ayun raket pantas ke hadapan.

Servis Rendah
- Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri.
- Pandang ke sasaran.
- Ikut lajak.

Servis Flik
- Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri.
- Penerbangan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan.
Servis Tinggi
- Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
- Ayun raket tinggi ke belakang.
- Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka.
- Lepaskan bulu tangkis.
- Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan.
- Pandang bulu tangkis.
- Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri dengan ayunan pantas.
- Ikut lajak.

Pukulan Hadapan
- Pandang bulu tangkis.
- Ayun raket ke belakang.
- Sebelah tangan lagi diluruskan.
- Ayun raket dengan tangan lurus.
- Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi.
- Ikut lajak.

Pukulan Kilas
- Pandang bulu tangkis.
- Kaki kanan menyilang ke kiri.
- Kilas raket separas bahu.
- Pukul bulu tangkis.
- Ikut lajak.

Pukulan Lob
Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob. Pukulan ini
digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang.
Pukulan Smesy
Pukulan smesy boleh dilakukan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia digunakan
untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang kosong
gelangang lawan.
- Pandang bulu tangkis.
- Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
- Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
- Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
- Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.
- Pukul bulu tangkis pantas.
- Ikut lajak.

c) Refleksi kendiri.

Melalui vedio yang ditonton, saya dapat mengetahui kemahiran asas yang profesion. Hal ini
kerana sebelum ini, saya juga mempunyai pengalaman dalam bermain badminton, tetapi tidak
pakar seperti permainan badminton yang lain. Dengan itu, melalui vedio tersebut, saya dapat
mengetahui kemahiran-kemahiran asas seperti kemahiran memegang raket dan sebagainya.
Saya juga dapat mempelajari teknik-teknik yang pakar seperti the notorious flick serve, the
kevin serve dan the punch service. Jika masih mendapat peluang untuk belajar kemahiran asas
dan latihan badminton di IPG, saya akan mencuba teknik-teknik tersebut. Saya berasa vedio
tersebut memberikan banyak manfaat kepada saya. Cara ini juga amat sesuai kepada saya
dalam pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai