Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT

BLOK H 2018 SESI 1


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR.

TARIKH: 10 Jan 2018


MASA: 9.00 MALAM
TEMPAT: BILIK REHAT BLOK H

HADIR: 46/46

1. UCAPAN WARDEN BLOK H ( EN. RAZALI BIN OTHMAN )

Warden blok H iaitu Encik Razali Bin Othman memulakan ucapan dengan mengucapkan
salam kepada semua penghuni blok H. Seterusnya, beliau merasmikan majlis pembubaran
AJK Blok H tahun 2017 dan majlis pelantikan AJK Blok H tahun 2018.

Makluman

2. MAJLIS PEMBUBARAN AJK BLOK H SESI 2017

Encik Razali Bin Othman iaitu warden blok H telah merasmikan majlis pembubaran AJK
blok H sesi 2017. Majlis pembubaran AJK blok H telah tamat dengan ucapan Ketua Blok H
iaitu Brandon Liaw Ah Kim. Ketua Blok H mengucapkan terima kasih kepada semua
penghuni atas kerjasama yang diberi.

Makluman

3. MAJLIS PELANTIKAN AJK BLOK H SESI 2018

Majlis pelantikan AJK blok H baru dimulakan dengan pemilihan ketua sementara. Salah
seorang penghuni blok H iaitu Darrel mencadangkan Anjus Yussally untuk menjadi ketua
sementara. Pemilihan AJK baru blok H telah mula dengan jawatan Ketua Blok. Ketua
sementara meminta semua penghuni untuk mencadangkan Ketua Blok yang baru. Selepas
berbincang dengan semua penghuni blok H, ketua sementara mencadangkan Anjus Yussally
dari opsyen 4 Pismp Pemulihan 2 untuk menjadi Ketua Blok. Cadangan tersebut disokong
oleh semua penghuni blok H dan cadangan tersebut ditutup oleh saudara Kartik. Seterusnya,
pemilihan Penolong Ketua Blok diteruskan dengan calon iaitu Fong. Warden blok H telah
memilih Penolong Ketua Blok melalui undian. Selepas proses undian, Saudara Fong Ji Jing
telah menjadi Penolong Ketua Blok dengan undian 24 dan disokong oleh saudara Darshan
Untuk Jawatan Setiausaha Leo Miranda A/L Daniees dari opsyen 4 Pismp Bimbingan Dan
Kaunseling dicadangkan oleh Chun 7 Pismp TESL. Cadangan tersebut disokong oleh saudara
Saravanan.
Di samping itu, Saudara Basil mencadangkan saudara Ee Seng untuk memegang
jawatan Bendahari. Cadangan tersebut disokong dan ditutup oleh saudara Uva. Setelah
memilih ahli majlis tertinggi En.Razali mengarahkan AJK baru untuk meneruskan majlis
tersebut. Ketua Blok baru memilih ketua aras untuk setiap aras. Bagi aras 2 saudara Basil
Wee dipilih sebagai ketua aras 2 dan disokong oleh saudara Kanaga Prabu A/L
Kanagambaram. Bagi aras 3 saudara Chin Min Yew dipilih sebagai ketua aras 3. Cadangan
tersebut disokong dan ditutup oleh saudara Johnson. Akhir sekali, saudara Danneld dan Revin
dipilih sebagai AJK Keselamatan, saudara Kanagaprabhu dan Adam telah dipilih sebagai
AJK Kebersihan, Keceriaan dan Gotong-royong. Pemilihan AJK Blok H baru tamat dengan
ucapan Ketua Blok Baru iaitu saudara Anjus Yussally. Jadual 1 menunjukkan senarai AJK
blok H sesi 2018.

No Nama Jawatan
1 Anjus Yussally Ketua Blok
2 Fong Ji Jing Pen.Ketua Blok
3 Leo Miranda A/L Daniees Setiausaha
4 Yap Ee Seng Bendahari
5 Basil Wee Ketua Aras 2
6 Chin Min Yew Ketua Aras 3
7 Danneld Eku AJK Keselamatan 1
8 Revin A/L Alagasen AJK Keselamatan 2
9 Kanagaprabhu A/L S. Kanagambaram AJK Kebersihan/ Keceriaan/
Gotong-Royong 1
10 Adam Luh Tze Sheng AJK Kebersihan/ Keceriaan/
Gotong-Royong 2

Makluman

4. UCAPAN PENGARAH ( TUAN ZAIN BIN BADUI )


 Pengarah telah memberi ucapan aluan kepada semua penghuni blok H dan telah memberi
pendapat dan pengalaman yang lalu sebagai seorang warden di asrama blok H.

5. ISU – ISU YANG DIBANGKITKAN

 Aduan yang telah diadukan tidak mengambil tindakan oleh pihak berkuasa :
Penghuni tidak selesa dengan kemudahan lampu, pili paip dan sebagainya dan aduan
yang dibuat perlu mempunyai bukti gambar yang kukuh supaya aduan tersebut diterima.
( Choo )
Tindakan: Ketua Blok

 Isu Kemudahan Televisyen: Penghuni membuat aduan bahawa televisyen yang rosak
yang terdapat di bilik rehat perlu dibaiki dan digantikan dengan yang baru. ( Danneld )
Tindakan: Ketua Blok

 Isu bilik mandi dan tandas: Bilik mandi dan tandas di setiap aras tidak berfungsi
dengan penuh dan rosak. Penghuni tidak dapat menggunakan tandas dan bilik mandi
dengan keadaan aman. ( Danneld )
Tindakan: Ketua Aras

 Isu Jalan ke Tempat Letak Motorsikal: Jalan ke tempat letak motorsikal perlu dibaiki.
( David )
Tindakan: Ketua Blok

Disediakan oleh; Disemak oleh;

....................................... ..............................................
( LEO MIRANDA A/L DANIEES ) ( ANJUS YUSSALLY )
SETIAUSAHA KOLEJ KEDIAMAN BLOK H, KETUA KOLEJ KEDIAMAN BLOK H,
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR. IPG KAMPUS TEMENGGONG
IBRAHIM, JOHOR.

TARIKH: 11 hb Januari 2018

Anda mungkin juga menyukai