Anda di halaman 1dari 5

a) Apakah yang anda faham tentang worldview/pandangan semesta Islam

 Pandangan semesta Terkandung dlm ajaran Al-Quran & Al-Hadith kerana itu tamadun islam
tertegak & berkembang atas asas yg kukuh berbeza dgn tamadun yg bersandarkn falsafah
materialistik
 Tidak terbatas kpd ssuatu bangsa, suku, kaum,warna kulit, & lain2
 Meliputi seluruh aspek kehidupan manusia & alam
 Meliputi tiga konsep iaitu konsep keimanan, konsep kekuasaan dan konsep kemanusiaan

1) Keimanan
- Beerti Allah adalah pencipta manusia & manusia adalah hamba-Nya
 Beriman kpd tuah yg esa iaitu Allah mnjadi asas pembinaan tamadun islam
 Ia terkandung dlm suatu konsepsi tauhid
 Konsep tauhid berdiri tegak mengikut lunas2 Al-Quran yg mmnuhi stiap ruang, kaedah, &
kehidupan org islam
 Aspek kepercayaan dlm tamadun islam tidak sama dgn aspek kepercayaan yg trdpt pd
agama lain
 Konsep kepercayaan, ketundukan, & kepatuhan kpd Allah swt adalah dlm linkungan
mnurut sgala perintah & meninggalkn segala larangan-Nya.

2) Konsep Kekuasaan
- Manusia adalah pemegang amanah & penggerak tamadun
 Al-Quran menjelaskan Allah adalah pencipta, penguasa, & pemilik mutlak alam ini
termasok manusia
 Manusia hanya sebagai khalifah
 Manusia mesti patuh mengikut ketetapan hukum2 Allah & prinsip2 syariat
 Pelanggaran hukum akan membawa manusia kpd kebinasaan

3) Konsep Kemanusiaan
- Manusia adalah makhluk Allah
 Manusia mukallaf yg diberi tanggungjawab kewajipan yg diamanahkan
 Tinggi berbanding makhluk lain
 Dicipta dprd unsur kejadian Nabi Adam A.S.
 Dibina atas dasar taqwa
 Kedudukan manusia lebih tinggi berbanding makhluk lain
b) Huraikan tentang konsep dan asas-asas Tamadun Islam

Tamadun Islam boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian atau kemajuan umat Islam
dalam pelbagai aspek ketamadunan seperti duniawi atau kerohanian.

Secara ringkasnya, konsep tamadun Islam menekankan aspek-aspek kehidupan meliputi:

 Menjadi hamba Allah S.W.T. yang sebenar


 Berorganisasi atau asas akidah taulid
 Mementingkan nilai kerohanian berbanding nilai kebendaan
 Berfungsinya nilai-nilau kebaikan yang menyebabkan berkembangnya sifat kemabusiaan
dan akhlak yang mulia, bukan sifat kebinatangan
 Kesucian institut keluarga
 Melaksanakan tugas khalifah di bumi Allah S.W.T. dengan mengikut panduan al-Quran dan
al-Sunnah
 Mematuhi syariah islam dalam semua urusan kehidupan

c) Apakah sumber-sumber utama Tamadun Islam


 Al-Quran

Al-Quran bermaksud kalam Allah (perkataan Allah) yang diwahyukan kepada Nabi
Muhammad s.a.w secara mutawatir selama 23 tahun untuk disampaikan kepada seluruh
manusia. Ia merupakan mukjizat kepada baginda yang berkekalan sepanjang hayat.

Al-Quran sebagai kitab yang tidak mengandungi keraguan yang menjadi pedoman dan
petunjuk bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kepada seluruh manusia dan membacanya
adalah satu ibadah.

H.Zainuddin dan Fachruddin menyatakan kitab suci Al-Quran berisi ilmu, hikmah dan
petunjuk berkenaan dengan kepercayaan, peribadatan, kemasyarakatan, pemerintahan,
hukum, cerita kehidupan manusia yang mendapat pendidikan dan bimbingan daripada Al-
Quran atau wahyu akan mendapat satu kekuatan yang luar biasa dan akan dapat
menghasilkan kemajuan atau tamadun Islam yang gemilang.
 Al-Sunnah
As-Sunnah juga dinamakan Al-Hadith. Dari segi bahasa bererti perjalanan samada
perjalanan baik atau buruk. Dari segi istilah, As-Sunnah bererti sesuatu yang disandarkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada dari segi perkataan, perbuatan atau pengakuan
(persetujuan), sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya sebelum dan sesudah baginda
dilantik menjadi rasul.

Contoh sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:


 “Bersolatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat.”
 “Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu melainkan apabila dia mencuri lebih dari
seperempat dinar dan tangan yang dipotong hingga pergelangannya."
 “Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

 Al-Ijmak
Takrif al-Ijmak
Di sisi istilah para usuliyyun, ijmak adalah: Kesepakatan para mujtahid dari kalangan
umat islam pada suatu zaman tertentu terhadap suatu hukum syar’ie selepas kewafatan
Nabi S.A.W. Lihat al-Ihkam fi Usul al-Ahkam (4/115).

Keautoritian Ijmak
Apabila sesuatu ijmak itu berlaku dengan menepati syarat-syaratnya maka ia menjadi
suatu dalil yang qath’ie ke atas hukum permasalahan yang disepakati ke atasnya tersebut.
Tidak boleh diperselisihi dan dibantah kerana ia hujah yang qath’ie serta menjadi
kelaziman buat orang islam.
Di antara dalil yang menunjukkan kepada keautoritian ijmak adalah sabda Nabi S.A.W
yang bermaksud: Umatku tidak akan berhimpun di atas kesesatan.

Jenis-jenis Ijmak
Ijmak terbahagi kepada dua:

Ijmak Soreh (jelas): Iaitu para mujtahid membentangkan pendapat-pendapat mereka


secara jelas, kemudian mereka bersepakat ke atas suatu pendapat tanpa ada sebarang
bantahan. Maka ijmak seperti ini merupakan hujah yang qath’ie. Tidak boleh dibantah dan
diperselisihi.
Ijmak Sukuti: Iaitu seorang mujtahid mengeluarkan pendapatnya berkenaan sesuatu
permasalahan. Pendapat ini diketahui, tersebar luas, dan sampai kepada mujtahidin yang
lain. Kemudian mereka diam dan tidak mengingkari pendapat ini secara jelas dan tidak
pula mereka menyetujuinya secara jelas.

 Al-Qiyas
Definisi al-Qiyas dari sudut istilah sebagaimana yang disebutkan oleh para usuliyyuun
adalah: Menghubungkan apa-apa yang tidak warid padanya nas atas hukumnya dengan
apa-apa yang telah warid ke atasnya nas hukum disebabkan persamaan illah di antara
keduanya.

d) Apakah dasar Tamadun Islam

Pemeliharaan agama

Pemeliharaan jiwa

Pemeliharaan akal

Pemeliharaan keturunan

Pemeliharaan Harta

e) Refleksi Kendiri.
Melalui video tersebut, saya telah memahami berkaitan Tamadun islam dari segi
pandangan semesta, sumber islam, dasar tamadun dan konsep asas tamadun islam.
Dengan itu, saya berasa ini amat berkesan kepada saya kerana isi kandungan yang
disampaikan telah saya fahamikan. Hal ini dikatakan demikian kerana video yang
ditayangkan amat jelas, padat dan menyebabkan saya mudah untuk memahami dan tidak
perlu menguangi video tersebut. Saya juga berasailmu yang dipelajari dalam kursus TITAS
pada hari ini sangat bermanfaat kepada saya kerana dapat mempelajari Tamadun Islam
secara menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai