Anda di halaman 1dari 1

b. Catatkan bahan dan sumber PsP yang mudah digunakan oleh murid?

 Bahan audio visual


 Nota yang sistematik
 Bahan berasakan komputer
 Tayangan video
 Aktiviti Permainan
 Aktiviti Hands-on dan Minds-on

c. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan


TMK?

Berdasarkan pemerhatian saya mendapati bahawa peluang murid-murid untuk


menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK adalah kurang kerana mereka
hanya menghadiri kelas komputer selama 1 jam setiap minggu dan pendedahan yang dapat
diberikan oleh guru amat kurang. Malah, bagi guru, mereka mempunyai lebih banyak peluang
untuk menggunakan sumber pembelajaran TMK dalam melaksanakan p&p dalam kelas seperti
LCD, POWERPOINT dan selainnya kerana setiap kelas telah dilengkapi dengan peralatan ICT.

d. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?

Melalui pemerhatian saya, murid sekolah yang saya menjalankan pbs banyak
digalakkan oleh guru supaya melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran.
Misalnya, semasa cikgu menyoal soalan dalam proses PdP, murid akan berbincang secara
kumpulan dan berkongsikan ilmu bersama rakan sekelas melalui pembentangan hasilan
perbincangan. Selain itu, sesiapa yang sudah bentang, tidak boleh membentang lagi dan setiap
murid mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat mereka. Semasa murid melibatkan
diri secara aktif dalam pembelajaran maka mereka akan menimba ilmu dengan lebih mudah.
Murid juga diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam penghasilan projek RBT.
Sebagai contoh, dalam kumpulan bertiga, menghasilkan sebuah litar yang dapat berfungsi. Hal
ini akan menyebabkan muridnya memahami konsepnya dengan mudah. Oleh itu, penglibatan
murid secara aktif terdapat di sekolah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai