Anda di halaman 1dari 3

Bincangkan pentaksiran alternatif Pentaksiran alternatif OMalley dan Valdez Pierce mendefinisikan pentaksiran alternatif sebagai "...

.mana-mana cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan kanak-kanak dan pengajaran terurus dikatakan sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional terutama ujian soalan aneka pilihan (Stiggins 1991)...." Satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional Antara pentaksiran alternatif ialah melalui projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar Tujuan pentaksiran alternatif Mengenalpasti kebolehan murid mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi Memberi peluang kepada murid membuat refleksi kendiri terhadap tahap perkembangan pembelajarannya Membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dalam PNP Fasa Pentaksiran Alternatif Fasa permulaan - Fasa ini melibatkan menetapkan matlamat, menentukan keperluan pembelajaran, dan menyediakan data asas mengenai apa yang murid boleh lakukan dengan apa yang dipelajari, bagaimana mereka berfikir dan apa yang murid mahu lakukan dengannya Fasa berterusan - Fasa ini melibatkan penyemakan dan kemajuan dokumentasi pada tahap-tahap tertentu dalam proses pembelajaran dan penilaian bilik darjah dan aktivitiaktiviti yang dijalankan" Fasa penamat - Fasa ini melibatkan pentaksiran refleksi mengenai pembelajaran, pengajaran, kurikulum dan rekabentuk program pada penghujung proses

Ciri-ciri pentaksiran alternatif Berorientasikan proses Autentik Menyokong Bersifat dua hala Dijalankan bersama murid Kualitatif Sistematik Bersifat ujian terbuka

Kelebihan pentaksiran alternatif Lebih autentik (asli) Memberi perspektif yang jelas dan berterusan tentang kemajuan murid Dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna Pertingkatkan kemahiran berfikir secara analitikal, kritikal dan kreatif Mempertingkatkan kemahiran komunikasi

Kelemahan pentaksiran alternatif Perlu masa yang banyak Sesetengah alat , kaedah atau strategi perlu kos yang tinggi Kesukaran dalam pemilihan alat dan aktiviti yang sesuai Sukar untuk dilaksanakan Masih terdapat ketidakadilan

Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian formal dan penilaian tidak formal? Penilaian formal Melibatkan penggunaan instrumen seperti ujian Perbandingan boleh dilakukan antara individu Mempunyai format piawai yang tertentu Disediakan oleh pihak-pihak tertentu Memudahkan sesiapa yang ingin menggunakannya Mungkin tidak berkaitan dengan kurikulum Mungkin tidak sesuai dengan kanak-kanak

Penilaian Tidak formal Kebanyakannya terdiri daripada analisis sampel bahasa yang spontan ke tugasan bahasa yang distrukturkan Digunakan untuk menilai tahap kefungsian semasa kanak-kanak Boleh diubahsuai oleh guru terutamanya dalam menilai aspek bahasa Boleh direka cipta mengikut keperluan individu Memerlukan banyak persediaan Berkaitan dengan kurikulum Sukar untuk membanding antara individu

Klasifikasikan penilaian formatif, sumatif dan pentaksiran alternatif kepada penilaian formal dan tidak formal Penilaian formal penilaian sumatif, penilaian formatif yang menggunakan kertas dan pensel Penilaian tidak formal penilaian formatif, pentaksiran alternatif

Anda mungkin juga menyukai