Anda di halaman 1dari 8

Tajuk : UJIAN PRESTASI

Disediakan oleh :
1.

SARIMAH BINTI CHE OMAR ( 815584 )

2.

HADLIWATI BINTI DAUD ( 815416 )

3.

NORITA BINTI OMAR ( 815606 )

PENGENALAN UJIAN :
Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk
memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang
berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia
penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu
peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsi untuk memilih dan menempatkan calon
dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan murid.
DEFINISI UJIAN :
Standard for Educational and Psychological Test (1980) pg 2 : .... Satu set
tugasan atau soalan-soalan bertujuan utk mengenalpasti jenis-jenis tingkahlaku bila
dibuat di dalam situasi yang standard dan untuk mendapat skor-skor yg akan
mempunyai harta psikometrik yg dikehendaki seperti reliabiliti dan validiti yang
tinggi. Anne Anastasi ( Psychological Testing, 1976) menyatakan bahawa ujian pada
dasarnya merupakan sesuatu pengukuran yang objektif dan standard terhadap
sampel tingkahlaku. Frederick G. Brown ( 1976 ) menyatakan bahawa ujian adalah
prosuder yang sistematik untuk mengukur sampel tingkahlaku seseorang.
UJIAN PRESTASI :
Ujian yang digunakan untuk mengukur keupayaan atau kecekapan murid
melakukan sesuatu tugasan. Ia juga melibatkan manipulasi objek konkrit dan
penglibatan penggunaan bahan konkrit, radas, gambar dan sebagainya. Murid juga
dikehendaki membuat tugasan lain sebagai tambahan. Guru kemudiannya membuat
penilaian terhadap pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri efektif murid.
1

Ujian kebolehan atau kecekapan murid melakukan sesuatu aktiviti / tugasan /


amali Murid bebas memilih cara atau langkah yang bersesuaian dengan
kebolehanya ketika menjalankan tugasan. Tidak banyak menggunakan bahasa /
pertuturan atau kertas pensel. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada
kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan. Dalam konteks ujian prestasi,
tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik atau buruk.
Penilaian prestasi adalah salah satu alternatif kepada kaedah tradisional
menguji pencapaian pelajar. Walaupun ujian tradisional memerlukan pelajar untuk
menjawab soalan dengan betul (selalunya pada ujian aneka pilihan ), penilaian
prestasi memerlukan pelajar untuk menunjukkan pengetahuan dan kemahiran,
termasuk proses di mana mereka menyelesaikan masalah. Prestasi kemahiran
langkah

penilaian

seperti

keupayaan

untuk mengintegrasikan

pengetahuan

merentas disiplin , menyumbang kepada kerja-kerja kumpulan, dan membangunkan


pelan tindakan apabila berhadapan dengan situasi yang baru.Penilaian prestasi juga
sesuai bagi menentukan sama ada pelajar mencapai standard yang lebih tinggi yang
ditetapkan oleh negeri-negeri untuk semua pelajar.
DEFINISI UJIAN PRESTASI
Azizi Ahmad (2009), ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk
mengukur keupayaan atau kecekapan murid melakukan sesuatu tugasan yang
melibatkan manipulasi objek yang konkrit.
Valencia, Hiebert & Afflerback ( 1994 ) : ujian prestasi ialah tugasan yang
perlu

dibuat

oleh

murid

untuk

mempamirkan

tahap

kompetensi

atau

pengetahuannya dengan membina satu hasil atau memberi respon yang


tertentu.Menurut Feuer & Fulton (1993)pula, ujian prestasi cuba mengaitkan
kesahan dengan meletakkan murid dalam situasi sebenar dan menilai prestasinya
berdasarkan kriteria yang disediakan.
MENGAPA UJIAN PRESTASI ?
Terdapat 2 trend pendidikan yang menyebabkan ujian prestasi diberikan
penekanan semula dalam aspek menilai murid. Pertama perkaitan dengan
perubahan penekanan daripada ujian rujukan norma kepada ujian rujukan kriteria
dalam penilaian murid dan penilaian bilik darjah yang memerlukan pengukuran yang
2

lebih langsung tentang prestasi murid-murid Sekiranya kita hendak menjelaskan


kecekapan pelajar-pelajar dalam melakukan sesuatu aktiviti atau kemahiran , maka
penaksira prestasi biasanya digunakan.Teori pembelajaran moden menekankan
kepada perlunya memberikan tumpuan kepada hasil pembelajaran yang lebih
kompleks

(kemahiran

menakkul

dan

berfikir)

Teori

pembelajaran

moden

menekankan kepada perlunya memberi tumpuan kepada hasil pembelajaran yang


lebih kompleks iaitu berasaskan kepada masalah sebenar.
Ujian prestasi menyediakan cara yang sistematik untuk menilai kemahiran
berfikir dan menaakul serta hasilnya. Tidak dapat diukur oleh ujian objektif /esei
yang biasa. Contoh : Sains diuji dengan kemahiran hipotesis & ujian makmal.
Matematik diuji dengan soalan penyelesaian masalah dan secara praktikal. Atau
latihan bertulis. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diuju dengan

kemahiran

komunikasi,atau kertas pensel membina peta, membuat karangan atau esei ,melikis
graf dan sebagainya.
Ujian prestasi sebagai amalan ketika menjalankan penilaian formatif. .
Dijalankan secara berterusan dalam tempoh sesuatu pengajaran.. Bentuk bentuk
penilaian yang menggunakan ujian prestasi, antaranya ialah penilaian kompetensi
,penilaian proses dan produk .
CIRI-CIRI UTAMA UJIAN PRESTASI :
Penaksiran prestasi ini mempunyai beberapa ciri sepeti berikut.
Tugasan-tusagan yang berkait rapat dengan dunia sebenar.
Tugasan-tugasan yang lebih kompleks dan kurang berstruktur yang
menggalakkan keaslian dan kemahiran berfikir serta mempunyai
pelbagai cara penjelasannya.
Masa yang lebih

diperlukan untuk menilai , ini berkaitan dengan

kesukaran merekabentuk tugasan , bentuk tugaan yang komprehensif


dan masa yang lebih diperlukn untuk menilai hasil-hasil tugasan.
Lebih banyak menggunakan judgment dalam memeriksa tugasan
murid . Ini disebabkab tugasan yang kompleks,keaslian tugasan yang

dihasilkan , dan dalam kes-kes tertentu terdapat pelbagai kemungkinan


cara penyelesaian yang dikemukakan.
KRITERIA UJIAN PRESTASI :
Menilai murid pada tugas dalam disiplin khusus yang ditetapkan. Menilai
pencapaian murid secara menyeluruh. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran
secara holistic berbanding secara dipecah asingkan. Mengambil kira proses dan
hasil pengajaran dan pembelajaran. Melatih murid cara membuat penilaian terhdap
pencapaian dan membantu menilai kerja orang lain. Mempastikan murid berupaya
membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya secara lisan di
khalayak ramai.
CONTOH UJIAN PRESTASI :
Dalam pendidikan Jasmani, murid diuji keupayaan mereka dalam teknik
menggunakan alatan

Pendidikan Jasmani yang

pelbagai dan

salah satu

daripadanya ialah teknik pass baton yang betul. Kemudian senarai semak diberikan
kepada murid dan murid sendiri boleh menilai prestasi mereka sendiri. Guru
selalunya bertindak sebagai pemerhati dan pembimbing sahaja dan ujian ini dinilai
berdasarkan pemerhatian oleh guru kepada murid.
Projek kumpulan membolehkan beberapa pelajar untuk bekerja bersamasama pada masalah yang kompleks yang memerlukan perancangan , penyelidikan ,
perbincangan dalaman, dan persembahan kumpulan. Esei menilai kefahaman
pelajar dalam mata pelajaran melalui penerangan bertulis , analisis, penjelasan, atau
ringkasan .Eksperimen menguji sejauh mana pelajar memahami konsep sains dan
boleh menjalankan proses saintifik.
Portfolio membenarkan pelajar untuk memberikan potret yang luas prestasi
mereka melalui fail yang mengandungi koleksi kerja murid. Kaedah ini digunakan
untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa.Refleksi murid,
penilaian kendiri. Ianya juga merupakan cara untuk membolehkan penilaian kepada
murid dibuat secara keseluruhannya. Dapat membuktikan kepada murid dan
ibubapa kepentingan perkembangan dan pertumbuhannya.

Kaedak pentafsisira berpusat (simulasai berdasarkan situasi sebenar) .


Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan
penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.
Mengukur berdasarkan keupayaan, penaksiran ini dapat dinilai seperti bahan
contoh daripada murid seperti Bahan penulisan, persembahan dan gerak keja
projek.
Pendidikan seni visual berbeza daripada mata pelajarn sekolah yang lain
kerana ianya melibatkan kandungan visual juga kandungan verbal dan hasil kerja
kreatif murid maka terdapat pelbagai kaedah dan alat sama ada secara tradisional
atau alternatif boleh digunakan secara komprihensif untuk pengumpulan maklumat
penilaian.
ELEMEN YANG DIUJI:
Kualiti hasil kerja murid seperti bahan hasil kerja murid dalam pendidikan seni
visual . Kemahiran menggunakan peralatan / bahan seperti hasilan dari mata
pelajaran kemahiran hidup (kotak tisu , jahitan). Kebolehan menganalisa tugasan /
merancang prosuder kerja kerja kumpulan dalam mata pelajaran sivik dan
kewarganegaraan ( program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah
selepas carnival hari kantin). Kepantasan membaca / menterjemah arahan seperti
aktiviti kelab bahasa melayu dalam program mencungkil bakat untuk pemilihan
pertandingan resensi peringkat sekolah).

Kebolehan membuat keputusan dalam

aktiviti kuiz dan penutup tiap kali PdP berjalan.


BENTUK-BENTUK TUGASAN :
Biasanya bentuk tugasan melibatkan ;
Menyelesaikan masalah yang realistic (contoh; bagaimana mencegah
penyalahgunaan dadah di Malaysia, membasmi masalah merokok
dikalangan murid sekolah, membasmi masalah ponteng sekolah,
menyelesaikan masalah malas membuat kerja rumah dan lain-lain)
Kemahiran-kemahiran lisan dan psikomotor dengan produk dan tanpa
produk

(contoh;

memberi

ucapan,

bertutur

bahasa

asing

menggunakan mikroskop, menggunakan glope, menggunakan kamus


5

dewan,

menggunakan

ensaiklopidea

dan

mencari

buku

di

perpeustakaan, kemahiran menulis laporan kajian, menulis cerita


pendek, membuat folio ,membina kotak tisu, tempat letak buku)

KATEGORI UJIAN PRESTASI :


Jenis tugasan penaksiran prestasi boleh dibahagikan kepada dua katagori
berdasarkan kepada objektid pengajaran yang dicakupinya. Bagi usasan ang terhad
dan mencukupi objektif pengajaran yang spesifik, penilaian ini dipanggil sebagai
penaksiran prestasi terhad. Namun begitu terdapat juga tugasan yang komprihensif
yang mencakupi beberapa objektif pengajaran penilaian yang dipanggil penaksiran
prestasi terbuka (extended)
Penaksiran prestasi terhad ;
Penaksiran prestasi terhad aalah lebih berstruktur dan terhad skopnya. Dengan
menghadkan skop tusagan . memudahkan untuk dikaitkan dengan objektif objektif
tertentu , mentadbirnya dan menilainya.
Contohnya;
Tulis satu muka surat laporan tentang lawatan ke muzium.
Bina graf daripada data-data yang diberikan.
Tunjukkan bagaimana menyediakan alat makmal.
Penaksiran prestasi terbuka;
Penaksiran prestasi terbuka pula mempunyai skop tugasan yang tidak begitu
berstruktur. Ini bagi membolehkan murid mempersembahkan kebolehannya dalam
membuat tugasan atau menyelesaikan masalah yang berkait rapat dengan dunia
sebenar. Penaksiran prestasi terbuka ini membolehkan kita menentukan bagaimana
murid

dapat

mensepadukan

beberapa

kemahiran-kemahiran

spesifik

bagi

melakukan pergerakan yang komplek ataupun menghasilkan produk yang lebih baik
dan canggih.Sesetengah projek penaksiran prestasi terbuka menggabungkan

ketiga-tiga kemairan penyelesaikan masalah, komunikasi dan psikomotor bagi


menghasilakan sesuatu produk Antara contoh-contoh tugasn adalah seperti berikut;
Reka bentuk dan jalankan eksperiment keatas topic-topik yang disediakan
dan persembahkan serta perahankan dapatan kajian.
Baca sebuah novel tidak kurang seratus muka surat dan tulis resensi buku
tersebut.
Reka bentuk dan bina tempat letak buku dan tulis satu penilaian sama ada ia
menepati kritera-kriteria yang diberi.
Projek penaksiran terbuka

akan memberikan pelajar lebih kebebasan dalam

memilih projek, bagaimana menjalankannya , membuat penilaian

kendiri dan

mempertahankan kualitinya. Perbincangan hasil kerja pelajar dengan guru biasanya


menumpukan kepada kualiti projrk serta penilaian kendiri yang dibuat oleh pelajar.

Norita sambung ya

LANGKAH MELAKSANAKANNYA :
Langkah pertama ialah menetapkan hasil prestasi yang ingin dicapai.
Kemudian memilih fokus. Disini, guru seperti menetapkan objektif pencapaian bagi
ujian yang hendak dijalankan Langkah ketiga, guru perlu memilih darjah realisme
yang sesuai. Langkah keempat, guru perlu memilih situasi tugasan yang ingin
dijalankan dan seterusnya memilih metod pemerhatian, merekod dan memeriksa.
KELEBIHAN UJIAN PRESTASI:
Kejayaan seseorang murid akan bergantung kepada sikap dan tabiat mental
terhadap penggunaan maklumat dan kemahiran berfikir yang sesuai.Ujian prestasi
7

membenarkan kedua-dua murid dan guru berpeluang untuk melihat sikap dan
tingkahlaku berkembang baik ketika menjalankan tugasan
Antara kebaikan ujian prestasi ialah dapat menunjukkan tanggungjawab
individu ketika bekerja berkumpulan. Murid juga dengan sendirinya akan belajar
menghargai kerja berpasukan selain mempunyai inisiatif dan menjadi semakin rajin.
Ketika melalui proses, murid berpeluang mempunyai integriti dan berkelakuan
beretika disamping menunjukkan keyakinan diri. Murid juga akan lebih menghargai
penilaian sendiri sebagai satu cara untuk meningkatkan kekuatan dan kelemahan
kendiri mereka.
Satu contoh teknik yang banyak digunakan dalam mentaksir pembelajaran
murid ialah melalui portfolio. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama
ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian. Secara umumnya,
fotfolio adalah proses mendokumentasi pembelajaran merentas masa bagi
menunjukkan progres murid serta mengajar mereka melalui pentaksiran kendiri,
penyuntingan dan penambaikan tugasan.
RUMUSAN :
Ujian

prestasi

adalah

ujian

yang

memerlukan

murid

menunjukkan

pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti
seharian. Melalui ujian prestasi ini juga dapat memberi rangsangan kepada murid
untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka
berasaskan kepada kurikulum yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai