Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

PENTAKSIRAN DAN
PENILAIAN RBT
SEKOLAH RENDAH
DEFINISI PENGUJIAN,
PENGUKURAN DAN
Pengujian PENILAIAN
 Pengetahuan satu kaedah, tugas, atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh
pemerhatian yang sistematik tentang sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek
pendidikan dan psikologi. (Mokhtar,1995)
 Cronbach (1970) mendefinisi pengujian sebagai satu prosedur sistematik untuk memerhati
tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan sekala bernombor atau satu
sistem berkategori.
 Pengujian juga merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya
pemerhatian tepat dibuat terhadap penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran di
sekolah.
 Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.
PENGUKURAN
 Mokhtar (1995) mendefinisi pengukuran sebagai langkah untuk menentukan tahap
sejauh mana seorang memiliki sifat tertentu.
 Menurut Aziz dan Mohd Isha (2008) pula, pengukuran bermaksud suatu proses
mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana
individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan
instrumen.
 Reynolds, Livingston dan Wilson (2010) mengutarakan pengertian pengukuran yang
selari dengan pengkaji-pengkaji lain. Menurut mereka, “Measurement is a set of
rules for assigning numbers to represent objects, traits, attributes, or behaviors.”
 Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai satu proses di mana nombor-nombor
diberi (biasanya dikenali sebagai skor) untuk menunjukkan kuantiti ciri atau atribut
seseorang atau sesuatu objek, mengikut rukun-rukun tertentu.
 Nombor-nombor yang diberi itu mengekalkan pertalian sebenar yang terdapat antara
orang-orang daripada segi atribut yang diukur itu.
PENILAIAN
 Proses menentukan mutu, kualiti, harga, atau nilai sesuatu benda. (Mokhtar,
1995)
 Penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif
pengajaran telah dicapai oleh para murid.
 Penilaian berlaku apabila guru menggunakan keputusan ujian bersama-sama
dengan maklumat lain bagi menilai prestasi muridnya.
 Terdapat dua aspek yang penting dalam penilaian iaitu proses sistematik di
mana terdapat peraturan yang perlu dipatuhi dan terdapat objektif pengajaran
yang telah dikenal pasti terlebih dahulu.
STANDARD PRESTASI
 Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran
murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan
murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya.
 Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan
secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (TP).
 Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik
Pentaksiran Sekolah.
TAHAP PENGUASAAN
 Tahap Penguasaan (TP) ialah kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan
dan standard pembelajaran yang ditetapkan.

TP HURAIAN TP

1 Tahu

2 Tahu dan Faham

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali


 Tafsiran TP Secara Umum

TP TAFSIRAN
1 Murid tahu perkara asas atau boleh
melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa
yang telah dipelajari.
3 Murid menggunakan pengetahuan untuk
melaksanakan sesuatu kemahiran pada
suatu situasi.
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dengan beradab iaitu mengikut prosedur
atau secara sistematik.
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
pada situasi baru dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik serta
tekal dan bersikap positif.
6 Murid mampu menzahirkan idea yang
kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk
mengadaptasi permintaan serta cabaran
dalam kehidupan seharian serta boleh
berbicara untuk mendapatkan dan
menyampaikan maklumat menggunakan
ayat yang sesuai secara bertatasusila
dan menjadi contoh secara tekal.
 Tafsiran TP Mata Pelajaran RBT

TP TAFSIRAN
1 Mengetahui tentang kemahiran asas dalam
bidang teknikal, teknologi pertanian dan
sains rumah tangga.
2 Mengetahui dan memahami tentang
kemahiran asas dalam bidang teknikal,
teknologi pertanian dan sains rumah
tangga.
3 Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang kemahiran asas dalam
bidang teknikal, teknologi pertanian dan
sains rumah tangga.
4 Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang kemahiran asas dalam
bidang teknikal, teknologi pertanian dan
sains rumah tangga secara sistematik.
5 Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang kemahiran asas dalam
bidang teknikal, teknologi pertanian dan
sains rumah tangga secara berinisiatif.
6 Mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman tentang kemahiran asas dalam
bidang teknikal, teknologi pertanian dan
sains rumah tangga secara kreatif dan
inovatif.
JENIS-JENIS PENILAIAN
Penilaian Formatif
 Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid dalam unit-
unit pelajaran yang diajar.
 Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan murid telah menguasai setiap unit pelajaran
sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya.
 Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan
murid dapat dikesan.
 Penilaian formatif dapat menentukan samada murid telah bersedia untuk mengikuti pelajaran
berikutnya yang lebih tinggi dan rumit.
 Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar.
Penilaian Sumatif
 Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan murid
dalam keseluruhan mata pelajaran.
 Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi atau semester. Contoh
penilaian sumatif ialah ujian akhir semester.
 Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir semester, skor-skor dari
penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan
murid daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan
pembelajaran murid.
 Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan
penempatan murid.
Penilaian Diagnostik
 Penilaian diagnostik dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada murid
sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya.
 Sekiranya murid belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan
kekuatan murid agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh
dilakukan.
 Penilaian diagnostik juga adalah berkaitan kesukaran pembelajaran yang
wujud secara berulang yang tidak dapat diperbaiki melalui penilaian formatif.
 Matlamatnya adalah untuk menentukan punca masalah pembelajaran dan
menyediakan perancangan untuk tindakan pemulihannya.
Penilaian alternatif
 Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu
alternatif kepada pengujian tradisional yang menggunakan kertas dan pensil.
 Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil
pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid.
 Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap portfolio, penilaian
berasaskan ketrampilan dan penilaian berasakan projek.
 Sebagai contoh, guru boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam
sesuatu mata pelajaran melalui portfolio yang disediakan oleh murid.
 Penilaian alternatif ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus.
Penilaian portfolio
 Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti
pencapaian murid dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
 Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza.
 Portfolio bertujuan untuk memberi peluang murid mendokumentasi kemahiran dan
pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan,
menggalakkan murid menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik
dan menyediakan ruang bagi murid membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.
 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio. Sesebuah portfolio mengandungi:
a. senarai semak yang disediakan oleh guru
b. nota-nota yang disediakan oleh guru
c. catatan jurnal
d. buku log
e. refleksi kendiri murid
f. gambar dan foto
Penilaian berasaskan projek
 Menurut Wiggins (1989), penilaian berasakan projek merupakan aktiviti-aktiviti yang
memerlukan murid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi
sebenar.
 Penilaian ini melibatkan banyak gabungan aktiviti, mereka, menyelesaikan masalah, membuat
siasatan, dan membuat keputusan sama ada secara kerja kumpulan atau individu.
 Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Projek:

a. Projek atau tugasan yang dilaksanakan mempunyai pelbagai reka bentuk sama ada lisan,
visual atau kinestetik
b. Projek yang dijalankan selalunya berbentuk jangka panjang
c. Projek yang dilaksana menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar
d. Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat jawapan
yang benar
e. Pelajar dikehendaki terlibat secara aktif dalam membuat projek secara koperatif.
KONSEP PENTAKSIRAN
DAN PENILAIAN
Definisi dan konsep pentaksiran
 Adakah penilaian dan pentaksiran merujuk kepada perkara yang sama? Ramai
dalam kalangan kita menganggap penilaian dan pentaksiran merupakan dua
istilah yang boleh saling ditukarganti.
 Banks (2005) mendefinisikan pentaksiran sebagai the total sets of information
gathered about students in the classroom.
 Pentaksiran juga bermaksud proses mengumpulkan dan mentafsir maklumat
tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan
pembelajaran dan pengajaran.
 Tujuan umum pentaksiran di bilik darjah ialah untuk membantu meningkatkan
mutu pembelajaran murid dan pengajaran guru.
Definisi dan konsep penilaian
 Apakah itu penilaian pendidikan?
 Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenal pasti,
memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan
mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
 Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan
“apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan.
 Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang
membolehkan seseorang membuat keputusan.
 Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal
pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat.
PROSEDUR PENILAIAN
 Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisan dan penyimpulan prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan
dalam lima peringkat.

Anda mungkin juga menyukai