Anda di halaman 1dari 12

NILAI MASA WANG Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam analisis pelaburan ialah nilai

masa wang. Ia membentuk asas celik kewangan dan menjadi asas untuk memahami penilaian dan pelaburan.Warren Buffett, salah seorang pelabur paling berjaya sehingga kini, amat mempercayai nilai masa wang, lebihgemar memilih untuk melaburkan semula wang yang dijana daripada perniagaan daripada menggunakannya untuk membayar dividen kepada pemegang saham syarikatnya. Dengan cara ini, wang itu terus berkembang.Begitu juga, nilai pelaburannya akan berganda mengikut masa, sama seperti bagaimana bakteria membiak, dan kesannya, pulangan akan datang meningkat lebih tinggi. Inilah yang dikatakan kuasa masa terhadap nilai wang. Apabila Buffett menerajui syarikat pelaburannya, Bershire Hathaway pada tahun 1964, nilai bukunya hanyalah $19.46 dan nilai intrinsiknya lebih rendah lagi. Hari ini, nilai bukunya bagi sesaham lebih daripada $20,000 manakala nilai intrinsiknya pula jauh lebih tinggi. Kadar pertumbuhan nilai buku sesaham dalam tempoh ini melebihi 25% yang terkompaun secara tahunan. Sesiapa yang membeli saham Bershire pada tahun 1964 menjadi kaya hari ini! Dalam modul ini, konsep nilai masa pada wang akan diterangkan dan dijelaskan melalui pelbagai contoh. Nilai masa depan berbanding nilai kini Nilai dan keputusan kewangan boleh dinilai menggunakan sama ada teknik nilai masa depan atau nilai kini.Walaupun kedua-dua teknik ini jika diaplikasikan dengan betul, akan menghasilkan keputusan yang sama,kedua-duanya dilihat secara berbeza. Teknik nilai masa depan digunakan untuk mencari nilai masa depan, yang masih diukur secara tipikal pada penghujung pelaburan tersebut, manakala teknik nilai kini digunakan untukmencari nilai kini nilai pelaburan pada hari ini (sekarang).Teknik nilai masa depan menggunakan pengkompaunan untuk mencari nilai masa depan aliran tunai; manakala teknik nilai kini menggunakan pendiskaunan untuk mencari nilai kini aliran tunai masa depan.

Konsep nilai masa depan Nilai jumlah kini, contohnya RM100 pada masa depan diperoleh melalui faedah terkompaun bagi satu tempohmasa. Apabila bercakap mengenai faedah terkompaun, yang dimaksudkan ialah jumlah yang diperoleh daripadadeposit tertentu (faedah) menjadi sebahagian daripada jumlah prinsipal pada penghujung tempoh yang telahditentukan. Jumlah prinsipal ini ialah jumlah wang yang kemudiannya akan dibayar faedah. Bezakan ini denganfaedah biasa, yang faedahnya akan hanya dibayar atas jumlah prinsipal sahaja. Contoh Jumlah prinsipal sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam akaun bank memperoleh faedah 8% setahun selamadua tahun.

Konsep nilai masa depan Nilai jumlah kini, contohnya RM100 pada masa depan diperoleh melalui faedah terkompaun bagi satu tempohmasa. Apabila bercakap mengenai faedah terkompaun, yang dimaksudkan ialah jumlah yang diperoleh daripadadeposit tertentu (faedah) menjadi sebahagian daripada jumlah prinsipal pada penghujung tempoh yang telahditentukan. Jumlah prinsipal ini ialah jumlah wang yang kemudiannya akan dibayar faedah. Bezakan ini denganfaedah biasa, yang faedahnya akan hanya dibayar atas jumlah prinsipal sahaja. Contoh Jumlah prinsipal sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam akaun bank memperoleh faedah 8% setahun selamadua tahun. Faedah Ringkas:

Jumlah faedah ke atas RM100 pada akhir tempoh dua tahun ialah sebanyak RM16, iaitu RM8pada akhir tahun pertama dicampurkan RM8 pada penghujung tahun kedua. Oleh itu, nilai masa depan RM100pada akhir tahun pertama ialah RM108, dan RM116 pada akhir tahun kedua PV (1+i)n = 10000 (1+0.08)1= 10 800

LATIHAN ANALISIS KEWANGAN


Syarikat A 2012 NISBAH SEMASA
mengukur keupayaan perniagaan untuk membayar pembiayaan jangkapendek menunjukkan kemampuan syarikat yang sebenar dalam memeuhi liabiliti semasa Secara rumusnya: Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa

Syarikat A 2013 2.8X


Utk setiap RM1 LS, SyA ada RM2.80 AS

Indus tri 4.2X

Catatan

3.2X
Utk setiap RM1 LS, SyA ada RM3.20 AS

Darjah keupayaan SyA semakin merosot dalam tahun 2013 berbanding 2012 tetapi masih mampu membayar balik hutang jangka pendeknya. Nisbah cepat Sy.A masih rendah berbanding dengan nisbah semasa industri

Syarikat A 2012 NISBAH CEPAT


mengukur keupayaan perniagaan untuk membayar pembiayaan jangkapendek & memenuhi tunai yang dijangkakan menunjukkan kemampuan syarikat yang sebenar dalam memeuhi liabiliti semasa. tanpa bergantung kepada jualan inventori Secara rumusnya: Nisbah Cepat = (Aset Semasa - Inventori) (Liabiliti Semasa) 1.2X Utk setiap RM1 LS, SyA ada RM1.20 ACepat

Syarikat A 2013
1.8X Utk setiap RM1 LS, SyA ada RM1.80 ACepat

Indus tri 2.1X

Catatan

Syarikat A masih mempunyai baki RM0.20 pada tahun 2012 dan RM0.80 pada tahun 2013 selepas setiap obligasi semasa. Nisbah cepat Sy.A masih rendah berbanding dengan nisbah cepat industri

NISBAH HUTANG
Mengukur sejauh mana aset firma dibiayai melalui hutang Menunjukkan peratus modal hutang yang digunakan bagi membiayai jumlah aset syarikt. Secara rumusnya: Nisbah Hutang = (Jumlah Hutang) (Jumlah Aset)

53.2%
53.2% dpd jum. Aset SyA dibiayai oleh hutang

55%
55% dpd jum. Aset SyA dibiayai oleh hutang

40%

Pembiayaan aset oleh Sy.A melalui hutang agak tinggi berbanding dengan industri untuk kedua-dua tahun

NISBAH HUTANG PER EKUITI


Mengukur pembiayaan yang dating daripada hutang dan ekuiti pemegang saham Secara rumusnya: Nisbah Hutang per ekuiti = (Jumlah Hutang) (Jumlah Ekuiti Pemegang Saham)

3.1X
Modal hutang SyA adalah 3.1 kali lebih besar dpd modal ekuiti

3.45X
Modal hutang SyA adalah 3.45kali lebih besar dpd modal ekuiti

2.0X

NISBAH PERLINDUNGAN FAEDAH


Mengukur keupayaan syarikat dalam memenuhi pembiayaan faedah hutang dengan menggunakan Untung Sebelum Cukai & Faedah (EBIT) Secara rumusnya: Nisbah Perlindungan

3.2X
EBIT atau Utg Operasi SyA adalah 3.2 kali lebih besar dpd

3.0X
EBIT atau Utg Operasi SyA adalah 3.0kali lebih besar dpd

6.0X

Nisbah ini agak tinggi dibandingkan dengan industri. Sy A terlalu banyak berhutang dibandingkan dengan modal yang disalurkan oleh pemegang saham Nisbah ini semakin meningkat pada tahun 2013 Nisbah ini agak rendah dibandingkan dengan industri. Walaupun demikian, SyA tiada masalah dalam memenuhi tuntutan faedah ke atas modal

Syarikat A 2012
Faedah = EBIT . Jumlah Belanja Faedah belanja faedah

Syarikat A 2013
belanja faedah

Indus tri

Catatan

hutangnya bagi kedua-dua tahun dan jumlah perlindungan tahun 2013 berkurangan dari 2012

NISBAH PULANGAN ATAS ASET (ROA)


Mengukur keberkesanan syarikat mengurus asetnya bagi menjana keuntungan dengan mengawal perbelanjaannya. Secara rumusnya: Nisbah Pul. Atas Aset = Pendapatan Bersih . Jumlah Aset

6.44%
Untuk setiap RM1 pemilikan aset, SyA memberi pulangan hampir 6.5 sen kpd pelabur

7.66%
Untuk setiap RM1 pemilika n aset, SyA memberi pulanga n hampir 7.7sen kpd pelabur

14%

Nis pulangan SyA adalah rendah dibandingkan dengan nisbah industri. Ini menggambarkan SyA kurang berkesan dalam pengurusan asetnya dalam menjana jualan dan mengawal perbelanjaannya Tempoh kutipan dalam industri adalah 36 hari sahaja. Tempoh kutipan SyA lebih tinggi dpd industri dan SyA mesti mengambil langkah mengurangkan tempoh ini untuk mengurangkan masalah kecairan Tempoh bayaran dalam industri adalah 40 hari. Tempoh kutipan SyA lebih rendah dpd industri dan SyA mesti mengambil langkah menambahkan tempoh ini untuk mengurangkan masalah kecairan Pusing ganti inventori dalam industri adalah 9

NISBAH PURATA TEMPOH KUTIPAN (TEMPOH PUNGUTAN PURATA)


Menunjukkan tempoh purata yang diambil oleh syarikat bagi mengutip Akaun Belum Terima (ABT) (Penghutang) Secara rumusnya: Nisbah Purata Tempoh Kutipan = ABT . Purata Jualan Sehari

46 hari
SyA mengam bil masa 46 hari atau 1 bulan bagi memung ut ABT

36 hari

NISBAH PURATA TEMPOH PEMBAYARAN


Menunjukkan tempoh purata yang diambil oleh syarikat bagi membayar Akaun Belum Bayar (ABB) (Pemiutang) Secara rumusnya: Nisbah Purata Tempoh Bayaran = ABB . Purata Belian Sehari

30X
SyA mengam bil masa 30 hari atau 1 bulan bagi membay ar ABB

40X

NISBAH PUSING GANTI INVENTORI


Menunjukkan bilangan kali

4.9X
SyA ganti inventori

9X

Syarikat A 2012
inventori digantikan dalam sesuatu tempoh masa. Secara rumusnya: Nisbah Pusing Ganti Inventori = Kos Barangan Dijual . Inventori Purata sebanyak 5 kali dalam tahun 2012

Syarikat A 2013

Indus tri

Catatan

kali dalam tahun 2012 (agak laris) Menunjukkan penjualan produk SyA kurang laris atau menyimpan terlalu banyak inventori yang merugikan dari segi kos menyimpan

1. Apakah yang diukur oleh setiap nisbah di atas? 2. Apakah maksud angka-angka yang ditunjukkan oleh setiap nisbah syarikat? 3. Berdasarkan nisbah perlindungan faedah dan nisbah hutang per ekuiti terjemahkan prestasi syarikat berdasarkan analisis arah aliran. Mengapa keadaan demikian boleh berlaku? 4. Jelaskan kaedah yang boleh digunakan untuk menganalisis maklumat kewangan. Asas intrasyarikat membandingkan item-item di dalam penyata kewangan bagi dua atau lebih tahun yang berlainan untuk syarikat yang sama. Contohnya, dengan membandingkan hasil jualan dan untung bersih tahun 2013 dengan hasil jualan dan untung bersih tahun 2012 bagi Syarikat Bestari Berhad akan dapat menunjukkan peningkatan atau penurunan hasil jualan dan untung bersih tahun 2013 berbanding dengan tahun 2012.

LATIHAN NILAI MASA WANG: Rumus-rumus untuk NMW:


Bil
1. 2. 3. 4. 5.

Ukuran
Kompaunan Tahunan Kompaunan Bukan Tahunan Anuiti Biasa (PMT - Bayaran pada akhir tempoh) Anuiti Matang (PMT - Bayaran pada awal tempoh) Perpetuiti

Nilai Kini Wang (PV)


PV = FV(PVIF i,n) PV = FV(PVIF i , mn)
m

Nilai Depan Wang (FV)


FV = PV(FVIF i,n) FV = PV(FVIF i , mn)
m

PVA = PMT (PVIFA i,n) PVA = PMT (PVIFA i,n) (1+i)


PV PERPUITI = PMT i

FVA = PMT (FVIFA i,n) FVA = PMT (FVIFA i,n) (1+i)

1. Asmah menyimpan sejumlah RM500 pada setiap akhir tahun selama 3 tahun ke dalam sebuah bank yang memberikan kadar pulangan sebanyak 8 peratus setahun. Berapakah jumlah simpanan yang terkumpul pada akhir tahun ke tiga? Penyelesaian: Soalan ini melibatkan Anuiti Biasa kerana simpanan RM500 pada akhir tahun Diberi PMT =RM500, i = 8%, n = 3 Maka: PVA = PMT (PVIF i,n) PVA = PMT (PVIF 8%, 3) PVA = 500 (3.2464) PVA = RM1623.20 2. Yazid mempunyai peluang pelaburan. Yazid hanya perlu melabur sebanyak RM20 000 pada hari ini dengan pulangan sebanyak RM4000 setiap tahun untuk tempoh lima tahun. Berapa nilai kini jika kadar diskaun 10 peratus setahun? Penyelesaian: Soalan ini melibatkan Anuiti Biasa kerana pulangan tetap RM4000 setiap tahun Diberi PMT =RM400, i = 10%, n = 5 Maka: PVA = PMT (PVIFA i,n) PVA = PMT (PVIFA 10%, 5) PVA = 4000 (3.6048) PVA = RM14419.20 Nilai kini lebih rendah daripada amaun pelaburan RM20000, maka pelaburan ini tidak menguntungkan

3. Siva berhasrat menyambung pengajian yang memakan masa empat tahun. Yuran pengajian tahunan adalah dianggarkan sebanyak RM3000 setahun. Berapakah jumlah wang yang perlu disimpan hari ini sekiranya Siva memilih bank yang memberikan kadar faedah 6 peratus setahun yang dicaj enam bulan sekali? Penyelesaian: Soalan ini melibatkan Anuiti Biasa kerana melibatkan pulangan tetap RM3000 setahun dan bayaran faedah 2 kali setahun (m=2) Diberi PMT =RM3000, i = 6%, n = 4, m = 2 Maka: PVA = PMT (PVIFA i , mn)
m

PVA = PMT (PVIFA 3%, 8) PVA = 3000 (7.0197) PVA = RM21059.10 4. Pada awal tahun 2013, Mei Ling menyimpan RM15000 dalam sebuah bank yang memberikan faedah 9 peratus setahun untuk tempoh tiga tahun. Bayaran faedah diberi empat bulan sekali. Berapa jumlah terkumpul pada akhir 2015? Penyelesaian: Soalan ini melibatkan FV Kompaunan Bukan Tahunan kerana melibatkan bayaran faedah 4 bulan sekali atau 3 kali setahun Diberi PV =RM15000, i = 9%, n = 3, m = 3 Maka: FV = PV (FVIF i , mn)
m

FV = PV (FVIF 3%, 9) FV = 15000 (1.3048) FV = RM19572 5. Encik Danial berhasrat untuk mencarum RM 20000 ke dalam satu pelaburan berbentuk perpetuiti yang memberikan kadar faedah 10 peratus. Berapakah amaun tahunan yang akan diterima Encik Danial? Penyelesaian: Soalan ini melibatkan perpuiti Diberi PMT =RM20000, i = 10%, Maka: PV Perpuiti = PMT i PV Perpuiti = 20000 0.10 PV Perpuiti = RM200 000

6. Ruby menyimpan sebanyak RM100 setiap akhir tahun. Berapa nilai pelaburan pada akhir tahun ke lima sekiranya kadar pulangan yang ditawarkan adalah 5 peratus setahun? Jumlah yang sama disimpan oleh adik Ruby pada setiap awal tahun. Berapa jumlah simpanan adik Ruby pada akhir tahun ke 5? Penyelesaian: Bah I soalan ini melibatkan FVA Anuiti Biasa kerana simpanan RM100 pada akhir tahun Diberi PMT =RM100, i = 5%, n = 5 Maka: FVA = PMT (FVIFA i,n) FVA = PMT (FVIFA 5%, 5) FVA = 100 (5.5256) FVA = RM552.56 Bah II soalan ini melibatkan FVA Anuiti Matang kerana simpanan RM100 pada awal tahun Diberi PMT =RM100, i = 5%, n = 5 Maka: FVA = PMT (FVIFA i,n)(1+i) FVA = PMT (FVIFA 5%, 5) (1+0.05) FVA = 100 (5.5256)(1.05) FVA = RM580.19

7. Dua buah bank yang berlainan telah mempelawa Zul untuk melabur dengan kos pelaburan bernilai RM 40000 untuk tempoh 6 tahun. Bank A menawarkan kadar pulangan 6 peratus yang dibayar dua kali setahun manakala Bank B menawarkan kadar pulangan 4 peratus yang dibayar empat kali setahun. Bank mana menjadi pilihan Zul? Penyelesaian: Soalan ini melibatkan FV Kompaunan Bukan Tahunan kerana melibatkan bayaran faedah lebih dari sekali dalam setahun Bank A: Diberi PV =RM40000, i = 6%, n = 6, m = 2 Maka: FV = PV (FVIF i , mn)
m

FV = PV (FVIF 3%, 12) FV = 40000 (1.4258) FV = RM57032 Bank B: Diberi PV =RM40000, i = 4%, n = 6, m = 4 Maka: FV = PV (FVIF i , mn)
m

FV = PV (FVIF 1%, 24) FV = 40000 (1.2697) FV = RM50788 Zul harus memilih pelaburan dengan Bank A kerana pulangan masa depan yang lebih tinggi

8. Rancho bercadang untuk membeli kereta terpakai idamannya lima tahun akan datang. Bank pilihan Rancho telah menawarkan kadar faedah sebanyak 7 peratus setahun. Rancho bertekad untuk menyimpan sebanyak RM6000 setahun. Berapakah yang akan Rancho dapat pada penghujung tahun ke 5? Kira dengan menggunakan kaedah garis masa. Penyelesaian: Soalan ini melibatkan FV Kompaunan Tahunan kerana melibatkan bayaran faedah sekali setahun Diberi PV =RM6000, i = 7%, n = 5 Maka: FV = PV (FVIF i , n) FV = PV (FVIF 7%, 5) FV = 6000 (1.4026) FV = RM8415.60 9. Anda mempunyai peluang pelaburan yang menjanjikan pulangan sebanyak RM60000 pada penghujung tahun ke lima dengan kadar faedah 10 peratus setahun. Tentukan wang yang perlu dilaburkan hari ini. Bank alternatif menawarkan kadar faedah yang sama tetapi dibayar dua kali setahun. kirakan wang pelaburan asal yang diperlukan. Penyelesaian: Kedua-dua bahagian dalam soalan ini melibatkan pengiraan PV Bank Pertama: Diberi FV =RM60000, i = 10%, n = 5 Maka: PV = FV (PVIF i,n) PV= FV (PVIF 10%, 5) PV = 60000 (0.6209) PV = RM37254 Bank Alternatif: Diberi FV =RM60000, i = 10%, n = 5 , m =2 Maka: PV = FV (PVIF i , mn)
m

PV = FV (PVIF 5%, 10) PV = 60000(0.6139) PV = RM36834 Pelaburan dengan Bank Alternatif lebih menguntungkan kerana pelaburan asal adalah rendah tetapi menjanjikan pulangan sebanyak RM60 000.

10.Jelaskan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan nilai masa wang. i Kadar bunga atau kadar faedah ii Tempoh masa pelaburan iii Bilangan digandakan dalam setahun iv Jumlah pelaburan 11.Mengapakah konsep nilai masa wang penting kepada pengurus kewangan?

Perubahan keadaan ekonomi akan menentukan jumlah jualan yang dapat dilakukan oleh sesebuah syarikat di masa hadapan 12.Apakah yang dimaksudkan dengan nilai masa depan wang? Nilai masa kini yang dikompaunkan pada satu kadar faeadah dalam satu tempoh masa

Anda mungkin juga menyukai