Anda di halaman 1dari 3

NILAI MASA WANG

Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam analisis pelaburan ialah nilai masa
wang. Ia membentuk asas celik kewangan dan menjadi asas untuk memahami
penilaian dan pelaburan.Warren Buffett, salah seorang pelabur paling berjaya sehingga
kini, amat mempercayai nilai masa wang, lebihgemar memilih untuk melaburkan semula
wang yang dijana daripada perniagaan daripada menggunakannya untuk membayar
dividen kepada pemegang saham syarikatnya. Dengan cara ini, wang itu terus
berkembang.Begitu juga, nilai pelaburannya akan berganda mengikut masa, sama
seperti bagaimana bakteria membiak, dan kesannya, pulangan akan datang meningkat
lebih tinggi. Inilah yang dikatakan kuasa masa terhadap nilai wang. Apabila Buffett
menerajui syarikat pelaburannya, Bershire Hathaway pada tahun 1964, nilai bukunya
hanyalah $19.46 dan nilai intrinsiknya lebih rendah lagi. Hari ini, nilai bukunya bagi
sesaham lebih daripada $20,000 manakala nilai intrinsiknya pula jauh lebih tinggi.
Kadar pertumbuhan nilai buku sesaham dalam tempoh ini melebihi 25% yang
terkompaun secara tahunan. Sesiapa yang membeli saham Bershire pada tahun 1964
menjadi kaya hari ini! Dalam modul ini, konsep nilai masa pada wang akan diterangkan
dan dijelaskan melalui pelbagai contoh.
Nilai masa depan berbanding nilai kini
Nilai dan keputusan kewangan boleh dinilai menggunakan sama ada teknik nilai masa
depan atau nilai kini.Walaupun kedua-dua teknik ini jika diaplikasikan dengan betul,
akan menghasilkan keputusan yang sama,kedua-duanya dilihat secara berbeza. Teknik
nilai masa depan digunakan untuk mencari nilai masa depan, yang masih diukur secara
tipikal pada penghujung pelaburan tersebut, manakala teknik nilai kini digunakan
untukmencari nilai kini nilai pelaburan pada hari ini (sekarang).Teknik nilai masa
depan menggunakan pengkompaunan untuk mencari nilai masa depan aliran tunai;
manakala teknik nilai kini menggunakan pendiskaunan untuk mencari nilai kini aliran
tunai masa depan.


Konsep nilai masa depan
Nilai jumlah kini, contohnya RM100 pada masa depan diperoleh melalui faedah
terkompaun bagi satu tempohmasa. Apabila bercakap mengenai faedah terkompaun,
yang dimaksudkan ialah jumlah yang diperoleh daripadadeposit tertentu (faedah)
menjadi sebahagian daripada jumlah prinsipal pada penghujung tempoh yang
telahditentukan. Jumlah prinsipal ini ialah jumlah wang yang kemudiannya akan dibayar
faedah. Bezakan ini denganfaedah biasa, yang faedahnya akan hanya dibayar atas
jumlah prinsipal sahaja.
Contoh
Jumlah prinsipal sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam akaun bank memperoleh
faedah 8% setahun selamadua tahun.




Konsep nilai masa depan
Nilai jumlah kini, contohnya RM100 pada masa depan diperoleh melalui faedah
terkompaun bagi satu tempohmasa. Apabila bercakap mengenai faedah terkompaun,
yang dimaksudkan ialah jumlah yang diperoleh daripadadeposit tertentu (faedah)
menjadi sebahagian daripada jumlah prinsipal pada penghujung tempoh yang
telahditentukan. Jumlah prinsipal ini ialah jumlah wang yang kemudiannya akan dibayar
faedah. Bezakan ini denganfaedah biasa, yang faedahnya akan hanya dibayar atas
jumlah prinsipal sahaja.
Contoh
Jumlah prinsipal sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam akaun bank memperoleh
faedah 8% setahun selamadua tahun.
Faedah Ringkas:
Jumlah faedah ke atas RM100 pada akhir tempoh dua tahun ialah sebanyak RM16,
iaitu RM8pada akhir tahun pertama dicampurkan RM8 pada penghujung tahun kedua.
Oleh itu, nilai masa depan RM100pada akhir tahun pertama ialah RM108, dan RM116
pada akhir tahun kedua
PV (1+i)
n
=10000 (1+0.08)
1
=10 800

Anda mungkin juga menyukai