Anda di halaman 1dari 4

4.

0 HALANGAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT BAGI GOLONGAN


IBU TUNGGAL

Ibu tunggal ialah wanita yang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anak-anak
mereka, dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan
seharian dan bertindak sebagai ketua keluarga kerana tidak mempunyai suami disebabkan
bercerai dengan suami, suami yang telah meninggal dunia ataupun mempunyai anak tanpa
melalui pernikahan yang sah.

Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak mereka ini, terdapat banyak halangan dan
rintangan yang perlu dilalui oleh ibu tunggal ini untuk memastikan segala keperluan, makan dan
minum cukup tanpa mengabaikan anak-anak dari segi emosi dan pelajaran namun masih mampu
untuk membawa kesenangan, kemakmuran dan kegembiran dalam kehidupan mereka sama
seperti keluarga yang mempunyai ahli yang lengkap iaitu ada ibu dan bapa.

Halangan yang terbesar dalam kehidupan seorang ibu tunggal adalah sumber kewangan.
Mungkin sebelum ini ibu tunggal tersebut tidak bekerja ataupun bekerja tetapi ada suami yang
boleh berkongsi rezeki. Namun setelah kehilangan atau kematian suami, ibu tunggal ini, terpaksa
bekerja dengan lebih kuat malah terpaksa bersengkang mata untuk bekerja lebih masa atau
membuat lebih daripada satu kerja. Dalam mendapatkan sumber kewangan yang baik tahap
pendidikan ibu tunggal itu sendiri juga menjadi halangan sekiranya mereka mempunyai tahap
pendidikan yang rendah dan lagi besar lagi halangannya apabila ibu tunggal itu tidak
berpendidikan. Selain daripada itu, halangan untuk ibu tunggal bekerja juga timbul apabila
terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk membayar perkhidmatan penjagaan anak-anak
mereka.

Halangan yang seterusnya adalah bagaimana seorang ibu tunggal mengurus emosi
mereka sendiri. Apabila ibu tunggal ini terpaksa bekerja dua kali lebih kuat, kemungkinan
tekanan perasaan akan menyumbang kepada ketidakstabilan emosi. Selain daripada itu,
ketidakstabilan emosi juga disebabkan oleh hilangnya tempat bergantung, kehilangan orang yang
dicintai bagi ibu tunggal yang kehilangan suami akibat daripada kematian. Bagi yang bercerai
hidup atau ditinggalkan suami, tuntutan nafkah dan tuntutan harta sepencarian yang tidak dibayar
oleh suami ataupun proses mahkamah terlalu lama dan mungkin ibu tunggal terpaksa
mengeluarkan kos untuk itu, keadaan ini juga boleh membuat emosi seorang ibu tunggal itu tidak
stabil. Oleh itu, ibu tunggal mesti menguatkan mental untuk menghadapi situasi sebegini dan
pengurusan emosi yang baik perlulah dipelajari dan dititik beratkan supaya masalah-masalah
seperti ini dapat ditangani dan tidak melemahkan semangat ibu tunggal dan anak-anaknya.
Dari segi sosio dan budaya masyarakat setempat juga merupakan halangan buat ibu
tunggal untuk memiliki kehidupan yang aman dan tenang supaya pengurusan emosi ibu tunggal
untuk melalui halangan-halangan yang sukar itu, lebih baik. Tanggungjawab ibu tunggal itu
teramatlah berat dan membawa gelaran ibu tunggal itu sendiri pun cukup berat ini kerana dalam
masyarakat kita menganggap ibu tunggal itu sebagai sesuatu yang negatif dan dipandang hina.
Keadaan ini akan menghalang daripada ibu tunggal untuk bergerak dengan bebas dan aman di
dalam masyarakat dan ini akan menyababkan ibu tunggal tidak dapat berkawan dan seterusnya
mencari kawan yang baik. Seperti yang kita sedia maklum, berkongsi masalah dengan kawan-
kawan juga merupakan salah satu pengurusan emosi yang berkesan. Pandangan masyarakat yang
negatif juga akan mengakibatkan ibu tunggal gagal mendapatkan pertolongan dengan segera jika
terjadi sesuatu kecemasan di dalam kawasannya.

Kos hidup yang tinggi terutamanya di kawasan bandar juga merupakan halangan buat ibu
tunggal untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada anak-anaknya dann juga menjadi
halangan buat ibu tunggal untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Keadaan ini
mungkin terjadi kepada ibu tunggal yang mempunyai lebih daripada dua orang anak, dimana
salah seorang anaknya terpaksa berhenti sekolah kerana berniat untuk membantu ibu mereka.
Apabila anak mereka terpaksa bekerja dalam usia yang muda, mereka senang terpengaruh
dengan gejala yang tidak sihat dan sikap yang negatif.

Akhir sekali, halangan kepada golongan ibu tunggal ini adalah gagal untuk mencari ruang
untuk diri sendiri kerana terlalu sibuk mencari rezeki dan menguruskan anak sebagai seorang
manusia, ibu tunggal ini juga tidak dapat bersosial dengan rakan-rakan dan rakan istimewa.
Walaupun terlalu sibuk, ada ketika dan waktunya ibu tunggal ini pasti merindui untuk berbual
dengan orang dewasa dan ianya adalah sokongan emosi yang diperlukan oleh orang dewasa
seperti ibu tunggal ini.

Walau apa pun halangan dan rintangan yang seorang ibu tunggal ini lalui pastinya anak
lah yang menjadi sumber kekuatan dan inspirasi untuk terus bertahan dan melalui setiap
halangan dengan penuh rasa sabar dan berserah kepada Tuhan agar ada sinar kejayaan dan
kebahagian untuk mereka rasai.
RUJUKAN

 https://siraplimau.com/cabaran-ibu-tunggal-membesarkan-anak/
 https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/10/332201/fahami-cabaran-
kesukaran-ibu-tunggal
 http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0731&pub=Utusan_Mala
ysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm
 http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemIV/PERKEM2009-1-21.pdf

Anda mungkin juga menyukai