Anda di halaman 1dari 21

JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM

PULAU PINANG 2014

MODUL SUKSES SEJARAH 940/2


PENGGAL 2

SEJARAH ISLAM
[500 – 1918]
PENASIHAT:
EN. AHMAD ZAKI BIN MOHD NOOR
PENOLONG PENGARAH, SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG
PENYELARAS :
EN. RIZUAN BIN ABDULLAH
PENOLONG PENGARAH (TINGKATAN 6 – AKADEMIK)
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG
EN. YEE TEIK HUAT PN. ANIZA BINTI ISMAIL
SMK (L) METHODIST SMK BAKTI

PN. SURIYANI BINTI LAMIN PN. SITI HAJAR BINTI ISMAIL


SMK SUNGAI ARA SMK SERI BALIK PULAU

PN. HALIJAH BINTI ISMAIL PN. VIMALA A/P KRISHNASAMY


SMK MUTIARA IMPIAN SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR

PN. MAZANAH BINTI YUSOFF PN. MAZANAH BINTI YUSOFF


SMKA AL-MASHOOR [P] SMKA AL-MASHOOR [P]

PN. NOOR AISHAH BINTI ABU HASSAN PN. SUZANA BINTI JAAFAR
SMK BAKTI SMK DATUK HJ.ABDUL KADIR

PN. NORIZAN YUSOFF PN. SARASWATHY A/P THERUMALAI


SMK SIMPANG EMPAT SM TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN

PN. FUZIATI BINTI OMAR EN. MOHAMAD ALI BIN MOHAMAD TAIB
SMK SEBERANG JAYA SMK ST MARK

1
TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN [EKONOMI]
Soalan 1
Huraikan perkembangan institusi Baitul Mal pada zaman pemerintahan khualafa al-
Rasyidin.

Pengenalan
- Baitul mal dapat didefinisikan sebagai perbendaharaan negara atau institusi yang bertanggung
jawab menyelengarakan pendapatan dan perbelanjaan negara. Institusi ini berperanan
menguruskan harta umum, tempat menyimpan barangan berharga dan barangan amanah
seperti harta wakaf
- sejarah penubuhan baitul mal dikatakan bermula sejak zaman Nabi Muhamad SAW tetapi
pada masa itu, pendapatan negara sedikit iaitu hanya diperoleh melalui, zakat, sedekah, dan
harta rampasan perang. Oleh itu, Nabi Muhamad SAW mengagihkannya kepada sesiapa yang
layak menerimanya. Oleh itu, peranan baitul mal ketika itu tidak ketara
- sumber baitul mal boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu harta masyarakat, harta
negara dan harta umum

Isi-Isi
1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
- pada zamanKhalifah Abu Bakar telah wujud baitul mal. Buktinya ada dinyatakan bahawa Abu
Ubaidah merupakan pemegang kunci baitul mal pada zaman tersebut
- ketika Khalifah Abu Bakar al-Siddiq hampir meninggal dunia, beliau berpesan kepada Umar
al-Khattab supaya mengambil hartanya sebanyak 8000 dirham untuk dikembalikan kepada
baitul mal
- namun, apa yang dapat dikatanya, pelaksanaanya ketika itu agak terhad dan tidak menyeluruh

2. Khalifah Umar bin al-Khattab


- ramai sejarawan berpendapat bahawa institusi baitul mal ditubuhkan secara rasmi pada zaman
beliau kerana berlaku perluasan kuasa dan kejayaan dalam ekspedisi ketenteraan. Antara
sumber pendapatan negara Islam ketika itu ialah zakat, al-fay’, jizyah, sedekah, kharaj, usyur
dan ghanimah
- beliau melaksanakan pengurusan baitul mal secara sistematik. Beliau telah menyediakan buku
kira-kira negara bagi mengetahui aliran wang keluar dan masuk dari segi pendapatan dan
perbelanjaan negara. Beliau melantik Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal dan Jubair
bin Mut’am untuk mengendalikan institusi baitul mal yang dikenali sebagai Diwan atau
Khazanah
- Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran baitul mal. Cawangan baitul mal
kemudiannya telah ditubuhkan di setiapwilayah Islam. Pegawai-pegawai akan dilantik secara
khusus dan bertanggungjawab kepada baitul mal peringkat pusat
- Beliau melaksanakan fungsi baitul mal sebagai wakil dalam mengurus segala harta dan
membelanjakan demi kepentingan rakyat dan negara dengan bersandar akidah, syarak dan
akhlak Islam
- Khalifah al-Rasyidin dan para sahabat tidak membenarkan kemasukan sesuatu ke dalamnya
dan pengeluarannya yang bertentangan dengan syarak dan mengharamkan sebarang tindakan
untuk kepentingan peribadi kerana harta berkenaan merupakan amanah Allah SWT
- Beliau telah mengisytiharkan peraturan iaitu para tentera tidak dibenarkan memiliki tanah dan
rumah sebagai rampasan perang sebaliknya membiarkan tanah-tanah di negeri yang
ditaklukinya diusahakan oleh pemilik asalnya
2
- sebagai balasan, tentera Islam mendapat elaun atau gaji daripada baitul mal. Perkara ini
dilakukan bagi mengelakkan timbulnya perselisihan faham sesama anggota tentera Islam yang
boleh mengugat kestabilan negara di samping menurunkan disiplin anggota tentera berkenaan
- pada masa beliau juga, wang baitul mal dikhaskan kepada jaminan sosial bukan hanya kepada
masyarakat Islam sahaja tetapi juga kepada bukan Islam. Contohnya seseorang yang uzur dan
berusia lanjut sehingga tiada upaya menyara hidupnya akan diberikan elaun sara hidup dari
baitul mal

3. KhalifahUthman bin Affan


- pada zaman beliau, timbul kontroversi mengenai baitul mal
- beliau dituduh menyalahgunakan harta baitul mal untuk kepentingan diri dan keluarganya
kerana mengerah rakyatnya membayar cukai yang lebih, tidak mengagihkan harta rampasan
perang, dan berbelanja boros
- sebenarnya apa yang dituduh itu tidak tepat dan merupakan pandangan orentalis. Hal ini
kerana beliau memang terkenal dengan kekayaan dan sifatnya yang dermawan. Malahan bagi
menambah harta baitul mal, beliau sebenarnya telah menyerahkan perdagangan yang besar
kepada kaum keluarganya dan menjadikan rumahnya sebagai baitul mal sebelum kerajaan
Islam menubuhkan baitul mal yang sebenarnya

4. Khalifah Ali bin AbiTalib


 beliau meneruskan sistem baitul mal sebagai perbendaharaan untuk menyimpan harta. Beliau
meneruskan kehidupanya yang sederhana dan dibayar gaji yang sama seperti yang diterima
oleh Khalifah Abu Bakar dan Khlaifah Umar
 ketika peperangan, pengikutnya menggesa agar mengambil sebahagian daripada harta baitul
mal untuk menguatkan tenteranya bagi menangani tentera Mu’awiyah. Namun beliau menolak
dengan alasan harta berkenaan adalah amanah Allah SWT
 beliau juga menunjukkan kejujurannya apabila enggan mematuhi permintaan saudaranya, iaitu
Aqil bin Abi Talib supaya meminta sedikit sumber daripada baitul mal kerana kesederhanan
hidupnya, beliau menolak dengan menyatakan ‘Adakah engkau mengkehendaki agar Allah swt
membakar diriku di neraka jahanam kerana memberimu sesuatu daripada harta milik kaum
muslimin’

Kesimpulan
- penubuhan baitul mal pada zaman Khulafa al-Rasyidin dapat menjamin pembangunan
ekonomi negara dan wilayah Islam serta membantu golongan yang tidak bernasib baik di
samping memastikan harta yang dimiliki dijaga sebaik mungkin berdasarkan syariat yang
ditetapkan
- Kewujudan institusi ini juga menggambarkan kehebatan kerajaan Islam dalam mengurus
‘amanah’ Allah SWT dan memanfaatkan sumber yang ada untuk digunakan bagi menjana
ekonomi umat Islam

3
TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN [EKONOMI]
Soalan 2
Huraikan prinsip ekonomi Islam yang berkaitan dengan pemilikan harta dan aktiviti ekonomi
yang dilarang oleh Islam.

Pengenalan
- Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras
dengan tuntutan syariah Islam sama ada diperingkat perolehan, penggunaan atau pengurusan
sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi
mendapatkan keredhaan Allah SWT
- Ekonomi Islam merupakan sebahagian daripada cara hidup Islam yang menyeluruh
merangkumi aspek rohani dan jasmani
- Kerangka pemikiran Islam jelas mengatakan tidak ada pemisahan antara agama dan ekonomi
kerana asas ekonomi Islam berbentuk segi tiga iaitu Allah S.W.T. sebagai pencipta dan
penguasa, manusia sebagai hamba dan harta kekayaan yang mesti dimanfaatkan menurut
hukum dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T
- Umat Islam dibenarkan menjalankan kegiatan ekonomi bagi memperoleh pendapatan selagi
cara yang digunakan tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran
dan Al-Sunnah

PRINSIP ASAS YANG BERKAITAN DENGAN EKONOMI ISLAM.


 Konsep uluhiyyah yang menjelaskan tentang sifat Allah SWT. sebagai Penguasa yang
membuat peraturan-peraturan bagi menjaga dan menampung kehidupan makhluk untuk
mencapai kesempurnaan Islam.
 Konsep rububiyyah yang menjelaskan tentang hubungan manusia dengan pencipta-Nya dan
hubungan manusia sesama manusia berasaskan konsep Tauhid.
 Konsep tazkiyyah yang menjelaskan tentang pembentukan atau penyucian jiwa melalui
amalan seperti zakat dan sedekah.
 Konsep manusia sebagai khalifah yang menjelaskan tentang manusia sebagai pemegang
amanah yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi berdasarkan hukum syarak dan
tidak melakukan sebarang kerosakan.
 Konsep persaudaraan dan pengorbanan yang merupakan amalan yang menandakan
keimanan seseorang melibatkan kasih sayang, hormat menghormati , bertanggungjawab dan
rela bekorban.
 Konsep al-Falah yang merujuk kepada kejayaan atau pun kebahagian yang diperoleh sama
ada di dunia dan di akhirat berlandaskan amalan-amalan yang berteraskan syarak.

ISI-ISI :

 Dalam Islam, hak milik terbahagi kepada dua iaitu hak milik individu dan hak milik
masyarakat atau negara (umum).

4
Hak milik individu :

 Pemegang hak milik sebenar ialah Allah SWT. Manusia hanya diberikan hak mengurus dan
mengambil manfaat daripada harta yang dianugerahkan Allah SWT. Hak milik dalam Islam
adalah tidak mutlak tetapi terikat kepada hukum dan peraturan Allah.
 Islam mengiktiraf pemilikan harta secara individu. Pada masa yang sama Islam
mensyaratkan pemilik harta supaya menjaga dan memelihara agama, jiwa, kehormatan dan
keselamatan harta serta melarang memperoleh harta secara haram.
 Pemilikan harta individu yang tidak terkawal dan terarah boleh mendatangkan gangguan
terhadap orang lain dan kebajikan umum. Demi kesejahteraan dan keharmonian hidup
masyarakat, Islam telah menentukan cara-cara pemilikan harta. Dalam agihan harta
hendaklah dielakkan daripada berlaku jurang pendapatan yang terlalu besar atau melakukan
pembaharuan harta sehingga orang lain tidak dapat menikmati hasil daripada
pengembangan harta yang banyak.
 Umat Islam diingatkan supaya perolehan harta yang banyak boleh mendatangkan kecintaan
yang berlebihan terhadap harta dan seterusnya melalaikan manusia daripada melakukan
ibadat dan mengingati Allah SWT. serta boleh terjerumus ke lembah kehinaan dan
kekufuran.
 Pemilik harta juga harus membelanjakan harta ke jalan Allah SWT. dengan
menderma,membuat amal jariah dan mengeluarkan zakat. Jika seorang hartawan tidak
mengeluarkan zakat,nasib orang miskin tidak akan terbela dan mereka akan terus berada
dalam kemiskinan dan kemelaratan.

Hak milik umum :

 Harta yang dikhususkan kepada kepentingan umum atau masyarakat merangkumi harta
umum yang sedia ada atau ciptaan Tuhan dan harta hasil usaha manusia seperti pembinaan
jalan raya, talian air paip, tempat rekreasi dan seumpamanya. Harta ini perlu dipelihara dan
dikongsi bersama.
 Harta milik umum ini pada kebiasaannya diurus oleh pihak pemerintah dan diagihkan
secara adil dan saksama kerana ia merupakan hak milik bersama.
 Melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Barangan pengeluaran mestilah yang
diharuskan oleh Islam iaitu yang bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan.
 Dalam proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa sebarang penipuan,
penganiayaan, penindasan serta menjaga hak dan kebajikan pekerja.
 Mesti dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil. Sebaliknya digalakkan sifat berjimat
cermat, berhemat dan bantu membantu serta menggunakannya dalam perkara-perkara yang
diharuskan sahaja.

5
Aktiviti ekonomi yang diharamkan :

Riba :
 Islam mengharamkan aktiviti perniagaan atau ekonomi yang berasaskan riba. Pengamalan
riba yang bermaksud pembayaran kembali kepada peminjam yang dilakukan oleh individu
atau berkumpulan terhadap modal kewangan dengan melibatkan tambahan nilai melebihi
daripada asal sesudah selesai tempoh pembayaran yang dipersetujui bersama. Riba jelas
diharamkan di dalam Islam berdasarkan firman Allah SWT. dalam surah al-Baqarah yang
bermaksud “…Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. Oleh itu, riba
jelas hanya akan menyusahkan peminjam dan dianggap sebagai penindasan kepada
golongan yang benar-benar memerlukan.

Rasuah :
 Islam turut mengharamkan amalan rasuah kerana akan melibatkan unsur penipuan dan dapat
meruntuhkan nilai moral sehingga menjatuhkan nilai agama dan kestabilan negara. Kesan
pengamalan rasuah amat ketara iaitu melibatkan penyalahgunaan kuasa, melemahkan
pentadbiran dan ekonomi negara akan turut terjejas.

Judi :
 Islam juga mengharamkan judi kerana mendatangkan kerosakan akhlak dan moral manusia.
Orang yang mengusahakan perjudian dan melibatkan diri dalam perjudian akan
menanggung dosa. Allah SWT. telah berfirman dalam surah “ al-Maidah yang bermaksud
“…Sesungguhnya (minum) arak ,berjudi,….adalah perbuatan keji daripada perbuatan
syaitan.” Malahan , judi boleh menyebabkan seseorang itu bersikap malas dan sentiasa
mengharapkan belas ihsan daripada orang lain sahaja.

Pelacuran :
 Kegiatan pelacuran juga adalah sumber ekonomi yang diharamkan oleh Islam. Kegiatan ini
melibatkan perkhidmatan untuk mendapatkan wang menerusi penzinaan. Jelasnya, amalan
ini akan merosakkan masyarakat, merendahkan moral serta menjejaskan keturunan.

Mencuri dan merompak :


 Kegiatan mencuri dan merompak juga merupakan aktiviti ekonomi yang diharamkan oleh
Islam. Allah SWT. telah berfirman dalam surah al-Maidah yang bermaksud “ Lelaki dan
wanita yang mencuri potonglah tangannya sebagai balasan kejahatan yang dilakukannya
dan seksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. Hal ini
membuktikan bahawa Islam amat tegas dalam hukum mencuri kerana kegiatan ini bukan
sahaja meruntuhkan moral individu malahan turut mengancam keharmonian masyarakat dan
negara.

Kesimpulan :
- prinsip ekonomi Islam lebih mementingkan pemilikan harta untuk dikongsi bersama dan
mengharamkan ekonomi yang menjurus kepada kemusnahan diri, agama, masyarakat dan
negara

6
- pihak berkuasa atau pemerintah wajib melaksanakan sistem ekonomi yang adil dan
membanteras sebarang penyelewengan demi mewujudkan keadilan dan keseimbangan dari
segi agihan harta antara individu di satu pihak dan masyarakat dipihak yang lain

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN [EKONOMI]


Soalan 3
Huraikan pelaksanaan jizyah pada zaman khulafa al-Rasyidin.

Pengenalan
- jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang-orang kafir
dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda
mereka
- walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya
mereka yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh,
berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta

Isi-Isi
1. Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
- pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, jizyah dilaksanakan sebagaimana zaman Nabi
Muhammad s.a.w. Buktinya, ketika menghantar ekspedisi ke Byzantine dan Parsi, Sebelum
berperang panglima Islam telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima Islam, berperang
ataupun membayar jizyah
- pemimpin kawasan Hirah telah bersetuju membayar 19 000 dirham setahun, manakala
penduduk kawasan Anbar serta Ain al-Tamar bersetuju membayar satu dinar per individu
sewaktu ekspedisi ke Daumat al-Jandal

2. Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab


- sumber pendapatan daripada jizyah semakin meningkat pada zaman khalifah Umar bin al-
Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan
- pemimpin Baitulmuqaddis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan khalifah Umar bin al-
Khattab dengan menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu
memberikan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka
- penduduk Qibti di Mesir menjemput Amru Bin al-As menghalau orang-orang Rom dan
mereka bersetuju membayar jizyah dua dinar per individu setahun, di Syam pula dikenakan 1 –
4 dinar per individu bergantung kepada status individu
- penduduk Azerbaijan pula walaupun diberikan kelonggaran membayar jizyah pada tahun 22H,
namun pada tahun berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu

3. Zaman Khalifah Uthman bin Affan


- susulan kejayaan menguasai Mesir, beberapa kawasan di Utara Afrika berjaya dikuasai pada
zaman ini
- jizyah dikenakan ke atas wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan
setelah termeterainya perjanjian damai

4. Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib

7
- Walaupun berlaku kegawatan politik, jizyah tetap dilaksanakan. Buktinya, surat Ali kepada al-
Asytar al-Nakhai supaya beliau tidak menolak perjanjian damai yang dihulurkan oleh orang
kafir dhimmi yang bersetuju membayar jizyah

Kesimpulan
- Peningkatan sumber jizyah yang dikumpul pada zaman ini telah dimanfaatkan untuk
memajukan negara seperti penyediaan infrastruktur dan juga membantu golongan yang tidak
bernasib baik sekaligus berjaya mewujudkan iklim politik yang stabil.

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN [PENDIDIKAN]


Soalan 4
Terangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam.

Pengenalan
- pendidikan dapat didefinisikan sebagai usaha menyerapkan ilmu pengetahuan samada secara
teori atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang individu
- tiga falsafah yang kaitkan dengan pendidikan Islam ialah akidah, ilmu dan amal
- pendidikan merupakan satu proses abadi yang membawa perkembangan mental dan fizikal
serta kesedaran manusia terhadap Tuhan. Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah
seperti tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu, ta’lim iaitu proses
pemindahan ilmu, ta’dib iaitu proses pembentukan sahsiah sebagimana yang kehendaki oleh
Islam dan irsyad iaitu petunjuk berasaskan syariah

Isi-Isi
1. Merupakan satu proses sepanjang hayat dan bersifat dinamis
- setiap individu diberi kebebasan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa mengira jantina,
warna kulit, kedudukan atau kekayaan
- sebagai satu proses sarwajagat pendidikan mestilah dibiarkan mengalir tanpa sekatan
- sehubungan dengan itu, sememangnya menjadi kewajipan setiap individu untuk menuntut ilmu
kerana Islam memandang tinggi dan menghormati orang yang berilmu

2. Sumber utama ialah al-Quran dan sunnah


- al-Quran dan sunnah merupakan sumber dalam falsafah pendidikan Islam. Sumber al-Quran
ialah sumber yang sah dan hakiki diikuti oleh sunnah.
- selain itu pendidikan Islam juga berpandukan sumber akal, iaitu ijtihad dan qias. Sumber ini
dapat menerangkan perkara-perkara yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh sumber al-
Quran dan sunnah.
- sumber-sumber ini telah menonjolkan prinsip-prinsip yang ideal demi membentuk insan
sempurna yang mengabdikandiri kepada Allah SWT untuk mendapat keredaanNya

3. Mewujudkan pembangunan yang seimbang


- pembangunan yang seimbang ialah dari aspek naqliah dan aqliah supaya dapat mengenali
penciptaNya dan seterusnya mentaati segala perintahNya.
- penekanan diberi kepada semua aspek pertumbuhan manusia agar sentiasa seimbang supaya
dapat melaksanakan tugas-tugas sebagai khalifah Allah di bumi ini.

8
- pembelajaran yang diterima oleh seseorang individu dapat membawa kesedaran kepadanya
tentang tujuan dia dicipta. Kesedaran ini akan mendorongnya membangunkan dunia mengikut
ajaran agama Islam

4. Menekankan nilai dan keikhlasan manusia


- Pendidikan akan merangsang seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pendidikan
dapat memimpin manusia ke arah kemajuan hidup yang lebih ideal
- Pendidikan juga merupakan penilaian bagi kejayaan atau kegagalan seseorang dalam
kehidupannya

5. Melahirkan golongan pelajar yang bersikap positif


- Pendidikan dapat mempertingkat daya pemikiran dan kreativiti seorang individu agar dapat
menjalankan pelbagai pekerjaan

6. Menjadi teras kepada pembentukan insan soleh


- falsafah pendidikan bertujuan melahirkan insan yang beriman dan beramal. Insan seperti ini
akan bersifat takwa, memiliki sifat-sifat kemanusian yang tinggi dan berkeperibadian mulia.
- dengan kekuatan akhlak yang terpuji dan ilmu yang mendalam, seseorang individu akan
mengetahui baik dan buruk tindakannya

Kesimpulan
- Secara amnya, pendidikan Islam bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah supaya merasai
kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Menurut al-Farabi, objektif utama falsafah
Islam adalah untuk mendapatkan ilmu demi mentauhidkan Allah SWT.

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN [PENDIDIKAN]


Soalan 5
Huraikan perkembangan institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.

Pengenalan
 Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali. Pendidikan
menjadi sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan satu ibadat yang
penting.
 Pertapakan Islam di Mesir bermula pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-
Khattab. Atas permintaan penduduk Mesir sendiri, Amru bin al-As telah dihantar bagi
menamatkan pemerintahan Rom yang kejam.
 Kejayaan Amru al-As memulakan era pertapakan dan perkembangan agama Islam.
 Terdapat beberapa institusi pendidikan yang dijadikan sebagai pusat pengajian Islam di
Mesir.

Isi-Isi Penting

 Masjid
- Menjadi pusat kegiatan agama di Mesir
- Khalifah Umar bin al-Khattab telah mengarahkan Amru bin al-As, supaya mendirikan
masjid dalam kawasan yang dikuasai kerajaan Islam.
9
- Peranan masjid sebagai pusat ibadat, pusat kemasyarakatan dan institusi pendidikan.
- Masjid terawal ialah Masjid Amru al-As, berkembang sehingga terdapat 40 buah kelompok
majlis pengajian yang sentiasa dipenuhi pelajar bagi menimba ilmu pengetahuan dan
membuat kajian.
- Pengajian tertumpu kepada pelajaran ilmu fardu ain (al-Quran, hadis, tauhid, fiqah) dan
ilmu kifayah (ilmu hisab, ilmu bintang dan perubatan)
- Antara kelompok utama ialah kelompok Imam Shafie yang dikenali juga sebagai
‘Zawiyah’. Terdapat juga kelompok yang dikenali sebagai al-Majdiah, yang diwujudkan
oleh Majduddin Abu al-Asybal. Beliau telah menempatkan Abdul Wahab al-Bahnasi di
Mesir.kelopok al-Shibiah pula diusahakan oleh al-Sahib Muhammad Bin Fakhruddin.
Beliau telah menempatkan dua orang tenaga pengajar yang masing-masing daripada
Mazhab Shafie dan Maliki.
- Masjid Ahmad bin Tolun, ramai ulama dan ahli fikah berkhimat sebagai guru. Kurikulum
merangkumi ilmu tafsir, hadis, fikah, membaca, ilmu hisab dan perubatan.
- Masjid awal yang menjadi asas kepada terdirinya masjid tersohor di Mesir ialah Masjid al-
Azhar, didirikan oleh Jauhar al-Siqili. Masjid ini mempunyai ruang khas untuk mengajar al-
Quran kepada anak-anak yatim.kemudahan penginapan juga disediakan.
- Pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung di masjid disampaikan dalam bentuk
halaqah serta dalam bentuk kuliah, para guru membaca, menghurai dan menjelaskan isi
kandungan sesuatu kitab. Mana-mana permasalahan yang timbul diajukan kepada seseorang
guru dalam majlis halaqah.
- Para pelajar juga digalakkan menghafal sesuatu pelajaran kerana melalui halafan
pengukuhan ilmu pengetahuan dapat dimilki dengan mudah.

 Kuttab
- Tempat belajar yang merupakan bangunan yang berasingan daripada masjid
- Tempat bagi kanak-kanak belajar pada peringkat permulaan.
- Mata pelajaran yang diajar ialah al-Quran dan menulis ayat-ayat yang hendak dibaca dan
dihafaz di atas luh atau papan batu.
- Turut diajar tatabahasa Arab, kesusasteraan dan sejarah.
- Ilmu pengetahuan diberi percuma dan secara berasingan antara kanak-kanak lelaki dengan
perempuan.

 Sekolah
- Guru-guru terdiri daripada para sahabat.
- Menggunakan buku-buku hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat.
- Pelajar mempelajari ilmu hadis menggunakan kaedah hafalan dan menulis kembali hadis.

Kesimpulan

- Tidak dinafikan masjid merupakan institusi pendidikan Islam terpenting bagi umat Islam
Mesir. Contohnya kewujudan Masjid al-Azhar yang kemudiannya telah berkembang
menjadi Universiti al-Azhar.

10
Pada keseluruhannya perkembangan ilmu pengetahuan di Mesir adalah dalam bentuk ilmu fardu
ain dan ilmu fardu kifayah

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN [PENDIDIKAN]


Soalan 6
Huraikan faktor perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Abbasiyah.

Pengenalan
• Pendidikan merupakan suatu keperluan bagi segenap lapisan masyarakat dan menjadi asas
untuk menggerakkan ketamadunan bangsa
• Pendidikan dalam perspektif Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat
• Kerajaan Abbasiyah (750-1258M) ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan
terhadap pemerintahan kerajaan Umayyah.
• Pendidikan telah berkembang pesat di zaman kerajaan Abbasiyah sama ada ilmu agama
mahupun ilmu-ilmu keduniaan

Isi-Isi
. Usaha dan galakan para khalifah
 Khalifah mendirikan pusat-pusat pengajian
 Khalifah Harun al-Rasyid membina perpustakaan yang ulung iaitu Baitul Hikmah di
Baghdad
 Khalifah al-Makmum menghimpunkan setiap kitab dari daerah taklukannya seperti Syria,
Afrika dan Mesir untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
 Khalifah al-Mukhtadid Billah menyelia sudut-sudut dan tempat tertentu di istananya untuk
majlis ilmu
 Khalifah memberi pelbagai kemudahan untuk menetap di Baghdad, perbelanjaan tetap dan
kedudukan istimewa kepada golongan cerdik pandai
 Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Harun al-Rasyid dan al-Makmum menggalakkan kegiatan
penterjemahan

2. Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu


 Bidang penterjemahan bermula dengan ilmu mantik sehingga tertubuhnya Sekolah Tinggi
Penterjemahan yang pertama di dunia
 Penterjemahan dipimpin oleh Hunain bin Ishak dan 90 orang murid-muridnya
 Penterjemah lain seperti Ishak bin Hunain, Hubaisy dan Thabit Qurrah
 Buku-buku falsafah, sains, matematik, perubatan dan astronomi daripada pelbagai bahasa
diterjemah ke dalam bahasa Arab
 Kesannya lahirlah pelbagai ilmu pengetahuan dan tokoh-tokoh dalam bidang tersebut

3. Kemunculan golongan ulama/tokoh ilmu


 Lahirnya tokoh-tokoh atau golongan ulama yang menjadi tenaga pengajar
 Abul Ali al-Hussein ibn Abdullah ibn Sina atau dikenali sebagai Ibn Sina menghasilkan
berpuluh-puluh karya dalam bidang falsafah dan perubatan
 Abu Hamid al-Ghazali atau dikenali sebagai al-Ghazali yang mengarang lebih kurang 300
buah buku merangkumi falsafah, keagamaan, dan politik
 Maskuih yang menghasilkan buku sejarah yang menyentuh hal-hal kemasyarakatan
khususnya bidang ekonomi.

11
 Beliau menulis dengan lengkap sejarah permulaan Bani Buwayh dan hal ehwal
pemerintahan Bani Abbasiyah
 Tokoh-tokoh lain seperti al-Kindi, al-Farabi, Abu Hanifah, Malik bin Anas, Ahmad bin
Hanbal al-Bukhari dan lain-lain pakar dalam hadis dan fikah
4. Kewujudan prasarana pendidikan yang baik
 Terdapat institusi pendidikan seperti masjid, surau, kuttab dan istana yang dijadikan sebagai
pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan
 Pusat pengajian yang lengkap dan moden didirikan di seluruh negara seperti di Baghdad,
Madinah, Kufah, Kaherah, Balk dan lain-lain
 Pusat pengajian yang terkenal ialah madrasah yang mencakupi pengajian peringkat rendah,
menengah, dan tinggi
 Masjid dijadikan tempat utama bagi mempelajari al-Quran, hadis, fikah, tafsir dan kesihatan
 Di masjid diadakan majlis perbincangan dan perbahasan antara para ulama, sarjana, ahli
fikir dan lain-lain berkenaan isu semasa
 Istana khalifah dipenuhi golongan cendekiawan dan cerdik pandai
 Istana lebih berfungsi sebagai gedung ilmu pengetahuan daripada pusat pemerintahan
 Madrasah menyediakan kemudahan fizikal pembelajaran
 Madrasah an-Nizamiyah dianggap sebagai institusi pengajian tinggi yang pertama bertaraf
universiti.
 Pembinaan perpustakaan yang berperanan sebagai tempat membaca, membuat rujukan,
menyelidik, dan belajar secara halaqah
 Antara perpustakaan terkenal ialah Baitul Hikmah, Dar al-Hikmah, dan Khizanat sabur (Dar
al-Ilm)

5. Sistem pendidikan yang tersendiri


 Terdapat tiga peringkat pengajian iaitu rendah, menengah dan tinggi
 Peringkat permulaan atau rendah yang bertempat di kuttab atau pondok
 Kurikulum peringkat rendah ialah mempelajari al-Quran, sirah Rasulullah s.a.w. , membaca,
menulis, puisi dan ilmu hisab
 Di peringkat menengah, ilmu yang diajar ialah ilmu tafsir, hadis, kalam, tasawwuf, bahasa,
usul fiqah, sejarah, geografi dan sebagainya
 Peringkat tinggi ialah pengajian di universiti yang memberi tumpuan kepada pengkhususan
ilmu
 Antaranya ialah matematik, astronomi, geometri, kimia, zoologi dan perubatan

.6. Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Abbasiyah


 Keadaan politik yang stabil membolehkan prasarana pendidikan disediakan
 Sumber kewangan untuk pembinaan kebanyakan pusat pengajian ketika itu diambil
daripada hasil tanah-tanah wakaf atau perbendaharaan negara

Kesimpulan
 Sistem pendidikan pada zaman Abbasiyah merupakan titik peralihan penting ke arah
mewujudkan sistem pendidikan yang lebih tersusun
 Kedudukan guru mula mendapat tempat dengan disediakan segala kemudahan dan
kemudiannya dibayar gaji
 Seterusnya murid-murid telah ditempatkan di sekolah mengikut aras pembelajaran masing-
masing
 Pada zaman pemerintahan al-Makmum, kota Baghdad dikatakan telah mencapai puncak
kegemilangannya serta mendapat jolokan sebagai pusat kebudayaan antarabangsa

12
TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN [PERKEMBANGAN
INTELEKTUAL]
Soalan 7
Jelaskan idea-idea al-Khawarizmi dalam bidang matematik.

Pengenalan
- Latar belakang al-Khawarizmi (ceritakan secara terperinci tentang al-Khawarizmi)

Isi-Isi
Bidang Matematik
1. Memperkenalkan sistem nombor
- memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0.1,2, hingga 9
- individu pertama yang memperkenalkan huruf sifar dalam matematik
- operasi pengiraan matematik dapat diperluaskan kepada operasi kuasa, log dan kosinus

2. Mempelopori ilmu algebra


- memperkenalkan jurusan arimetik iaitu al-jabar
- idea beliau dapat menyelesaikan masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam

3. Mencipta ilmu-ilmu baharu


- memperkenalkan pelbagai Istilah baharu iaitu pemboleh ubah(x), pemboleh ubah kuasa
dua(x2) dan pemalar(c)
- meliputi pelbagai topik seperti pengiraan darab, timbangan, ukuran, keluasan bulatan
dan segi tiga

4. Penyelesaian permasalahan
- iaitu dalam pengiraan harta pusaka dan pembahagian harta pusaka

5. Bidang geometri dan trigonometri


- ciri dan hubungan antara titik dan garis, sudut,permukaan dan pepejal dalam ruang

Bidang Astronomi
- memperkenalkan bidang falak pada zaman kerajaan Abbasiyah.
- menyediakan Takwim Islam
- menentukan kedudukan matahari, bulan dan planet-planet.
- membuat semakan dan kemaskini ilmu astronomi
- membuat hitungan isi padu dan ukur lilit bumi, mencipta alat pentu kedudukan bintang,
sukatan masa dan jam matahari
- diambil dari Sarjana Barat
- dihasilkan semasa beliau menjalankan tugas dibalai cerap di Baghdad
- berkaitan pergerakan bintang dilangit

Kesimpulan
- jasa dan sumbangan beliau disanjung oleh umat Islam

13
TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN [PERKEMBANGAN
INTELEKTUAL]
Soalan 8
Bincangkan peranan Ibnu Khaldun dalam bidang pensejarahan.

Pengenalan
- nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin
al-Hasan
- beliau dilahirkan di Khalduniyah, Tunisia pada 1 Ramadan 732H atau 1332M
- berketurunan Arab Hadramaut @ Arab Yaman
- meninggal dunia pada 808H atau 1406 M di Kaherah,Mesir ketika berumur 87 tahun
- mempunyai perwatakan yang tekun sejak kecil, kuat ingatan, berjiwa pemimpin, kreatif dan
bijak berpidato
- Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith,
perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik serta ilmu aqli seperti
falsafah, matematik dan sejarah
- beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli persuratan di Istana Faz, Hajib di Bougie dan
Hakim mahkamah-mahkamah Raja di Mesir
- sarjana Barat seperti G.Sarton menyatakan bahawa Ibnu Khaldun merupakan ahli sejarah dan
falsafah agung sepanjang zaman

Isi-Isi
1. Kitab al-Ibar
- kitab ini merupakan sumbangan utama beliau
- kitab agung dalam bidang pensejarahan
- kitab ini merupakan ensiklopedia sintesis tentang metodologi sains kebudayaan
- terbahagi kepada 3 bab dan diasingkan dalam tujuh bab terdiri daripada bahagian asasi dan
bukan asasi
- kitab ini banyak membantu ahli-ahli sejarah menghasilkan karya atau kajian yang benar dan
berbentuk ilmiah

2. Muqaddimah Ibnu Khaldun


- merupakan pengenalan kepada kitab Al-Ibar
- mengandungi 700 muka surat yang membahaskan isu-isu tentang sejarah dan pensejarahan
- dalam pendahuluan beliau membincangkan aspek sejarah,tema-tema dan kesalahan dalam
meriwayatkan peristiwa sejarah
- kitab ini cuba memahami pola perubahan kepada organisasi politik dan sosial manusia
- kitab ini turut menjelaskan peristiwa sejarah harus dikaji dan difahami
- merupakan sumbangan agung dalam bidang pensejarahan
- kitab ini diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Perancis,Turki,Jerman,
Inggeris,Sepanyol dan Melayu
- hasil pemikirannya dijadikan asas panduan kepada perkembangan ilmu sosiologi di Eropah
- menjadi rujukan semua pelajar di dunia dan rujukan utama sehingga kini

3. Bidang pengkajian sejarah


- beliau mengutarakan beberapa konsep dan prinsip pengkajian sejarah
- beliau menekankan konsep sejarah yang merangkumi keseluruhan kegiatan manusia
- beliau telah meluaskan ruang lingkup kajian sejarah,iaitu aspek geografi dan sosiologi
- prinsip utama yang beliau kemukakan ialah prinsip hubungan antara sebab dan akibat
- sejarah manusia ditentukan oleh manusia sendiri kecuali jika melanggar hukum Tuhan
14
4. Mengkaji sejarah daripada perspektif sosiologi
- pendekatan ini digunakan untuk mengumpulkan maklumat berhubung dengan kehidupan sosial
umat Islam
- menurutnya ,sejarah menentukan peristiwa-peristiwa luaran manakala ilmu sosiologi
menerangkan aspek dalaman iaitu sifat-sifat semula jadi

5. Penekanan kepada aspek-aspek dalaman


- kaedah penyelidikan beliau mirip kepada kaedah sosiologi
- beliau menghasilkan sejarah khas yang mengandungi dua kualiti,zahir dan batin
- penjelasan dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu peristiwa dan sebabnya diberikan
dalam aspek batin
- sejarah berkait rapat dengan latar belakang masyarakat

6. Bidang teori dan pendekatan sejarah


- beliau memperkenalkan pendekatan multidisciplinary dalam pengkajian sejarah
- disiplin ilmu lain seperti geografi dan sosiologi digunakan
- penggabungan ilmu atau disiplin ini membantu dalam memberikan satu penilaian yang kritis
terhadap peristiwa sejarah

7. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sikap berat sebelah


- tokoh sejarah yang dapat menjelaskan sebab ahli-ahli sejarah berat sebelah dan tidak ada
tafsiran yang jujur
- ini disebabkan wujud semangat kepartian yang menghalang pertimbangan yang waras
- selain itu ahli sejarah juga gagal dalam memahami sumber kerana tidak mengesahkan sumber
tersebut
- ahli sejarah juga gagal menempatkan seuatu kejadian dalam hubungan yang sebenarnya

8. Perkara yang perlu dilakukan untuk menganalisis laporan sejarah


- Ibnu Khalidun menegaskan pentingnya perbandingan peristiwa sejarah berdasarkan kaedah
dan sebab musabab
- kajian terhadap peristiwa lalu harus dilakukan lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa
yang sedang berlaku
- Ibnu Khaldun juga mengambil kira iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku
- beliau juga mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku

Kesimpulan
- peranan dan sumbangan Ibnu Khaldun tidak ternilai
- ketokohannya dalam bidang pensejarahan juga tidak dapat dinafikan
- hasil karyanya memberikan sumbangan besar kepada peradaban manusia
- beliau merupakan pelopor kepada pemikiran moden khususnya dalam bidang pensejarahan
- Ibnu Khaldun telah meletakkan asas bagi perkembangan sejarah bercorak saintifik.

15
TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN [PENEROKAAN]
Soalan 9
Al-Mas’udi telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang intelektual dan pelayaran.
Bincangkan pernyataan tersebut.

Pengenalan
- nama sebenarnya Abu al-Hassan Ali bin Husayn bin. Ali al-Masudi
- dilahirkan pada 283 Hijrah dan beliau berketurunan Arab
- ajaran Islam sememangnya menggalakkan umatnya menjelajah dengan tujuan untuk
menambahkan keimanan, menyebarkan dakwah dan menambahkan ilmu pengetahuan
- penjelajahan yang dilakukanoleh al-Masudi telah memberikan sumbangan yang yang besar
dalam bidang intelektual dan pelayaran

Isi-Isi
1. Hasil karya al-Masudi
- pelayaran al-Masudi meliputi China, India, Sri Lanka, Alam Melayu dan Indocina
- hasil pelayarannya telah dibukukan dalam karya Muruj al-Dhahab dalam 9 jilid
- catatan-catatan yang terdapat dalam buku ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada
perkembangan bidang geografi
- beliau telah berjaya menggabungkan disiplin geografi dengan sejarah dalam karya ini
- beliau berjaya menjelaskan kejadian gempa bumi dan perairan Laut Mati
- hasil karya lain ialah akhbar al-Zaman sebanyak 30 jilid dan kitab al-Tanbihwa al-Ishraf
- hasil-hasil karya ini telah berjaya meningkat keintelektualan Islam dan perkembangan tamadun
dunia

2. Teori Determinisme Alam Sekitar


- iklim dan persekitaran mempengaruhi perkembangan tingkah laku manusia
- hasil penyelidikannya adalah mendalam sehingga dapat mengaitkan penduduk di kawasan
lintang tinggi dipengaruhi oleh bulan dan penduduknya dikatakan panjang umur
- perwatakan dan gaya hidup orang Badwi ada kaitan dengan persekitaran padang pasir yang
memerlukan ketegasan, kearifan dan kecergasan tubuh badan

3. BidangGeografi
- beliau menekankan nama-nama tempat dan kedudukannya, jarak antara satu dengan yang lain
dan keadaan tempat tersebut
- maklumat ini amat berguna kepada peneroka lain dan memberikan pengetahuan yang lengkap
kepada sesiapa sahaja tentang sesuatu tempat
- di India pula, beliau menganalisa fauna dan flora. Nama diberikan kepada pelbagai binatang
yang terdapat di India. Antaranya gajah, burung kakak tua dan burung merak
- catatan ini sangat berguna kepada bidang keintelektualan

4. Bidang Pelayaran
- beliau telah menjelaskan dengan tepat arah dan haluan pelayaran
- beliau telah menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para
- pelaut dan ahli pelayaran tentang kekeliruan mereka dengan nama-nama sungai yang mereka
lalui dalam pelayaran
- beliau juga membetulkan kesilapan pelaut-pelaut yang menyatakan setiap laut adalah
berasingan. Sebenarnya setiap laut adalah bersambungan seperti Lautan Hindi, Laut China,
Laut Parsi
- beliau telah memperbetulkan tanggapan orang Arab Bahasa Laut Kaspia dan Laut Hitam
bersambungan. Kedua-dua laut ini tidak bersambungan
16
- beliau telah berjaya menganggarkan jarak di antara benua Eropah dengan benua China iaitu
bersamaan dengan separuh daripada lingkungan bumi
- penemuan-penemuan ini telah memberikan maklumat yang berguna kepada pelaut-pelaut
yang melakukan pelayaran

Kesimpulan
- sememangnya hasil-hasil penerokaan al-Masudi telah memberikan sumbangan besar dalam
bidang intelektual dan pelayaran
- penyelidikan yang dilakukannya telah berjaya memperkenalkan kepada penduduk di Tanah
Arab kepada dunia luar. Seterusnya dapat menambahkan keimanan umat Islam

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN [PENEROKAAN]


Soalan 10
Huraikan sumbangan Ibnu Battutah terhadap perkembangan tamadun manusia.

Pengenalan
-

- nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdullah al-Lawati


- dilahirkan pd tahun 730 Hijrah (1304 Masihi) di Tanjah, Maghribi
- bapa dan datuknya terdiri daripada ulama
- beliau menerima pendidikan agama Islam sejak kecil
- sumbangan terpenting dalam bidang pelayaran melalui karya Tuhfat al-Nazar
- pengembaraan beliau meliputi 4 peringkat iaitu:-
a) peringkat 1 : merentasi Afrika Utara ke Makkah
b) peringkat 2 : dari Makkah ke selatan Iraq (Baghdad) dan balik semula ke Makkah
c) peringkat 3 : dari Makkah menuju ke Yaman, Oman, Bahrain, Syria, Sudan dan Turki
d) peringkat 4 : dari Makkah ke selatan Rusia, India, Jawa, Sumatera, China dan Andalusia
- sarjana Barat menggelarkan Ibnu Battutah sebagai The Prince of Muslim Travelers

Isi-Isi
1. Hasil karya menjadi sumber sejarah abad pertengahan
- beliau seorang tokoh pengembara dan sejarawan Islam yang terkenal pada abad pertengahan
- terkenal dalam kalangan masyarakat antarabangsa
- hasil pelayaran beliau banyak memberikan pendedahan kepada masyarakat dunia dalam
pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan kebudayaan
- di India : beliau memfokuskan tentang:
a) kepelbagaian kepercayaan masyarakat Hindu seperti adat suttee (adat membakar diri oleh
balu-balu yang beragama Hindu)
b) kepentingan Sungai Ganges kepada masyarakat di India untuk upacara penyucian diri
- dari aspek yang lain : beliau mengupas isu kedudukan dan perkembangan agama Islam di
beberapa negara di Asia Tenggara, China dan lain-lain

2. Gambaran umum tentang negara Islam


- beliau banyak membuat catatan sejarah negara India semasa pemerintahan Muhammad Tughliq
(era Kesultanan Delhi), Anatolia, Afrika Timur dan Barat serta negara Maldives
- catatan pengembaraan beliau juga menyentuh kota-kota terkenal seperti Iskandariah, Damsyik,
Makkah, Konstantinople, Syiraz dan Isfahan
17
- beliau turut mencatat sejarah perkembangan tempat yang dilawati di Makkah seperti Masjidil
Haram, Kaabah, makam para imam
- hasil pelayaran ini memberikan gambaran perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam

3. Kepentingan karya al-Rihlah


- beliau telah merekodkan pengembaraannya dalam kitab Tuhfat al-Nazar
- kitab ini lebih dikenali sebagai al-Rihlah Ibnu Battutah
- hasil catatan beliau telah mendapat perhatian dan menjadi rujukan oleh sarjana sejarah di
seluruh dunia
- karya ini diterjemah ke dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Perancis, Belanda,
Jerman dan sebagainya
- karya beliau yang diterjemah dalam bahasa Inggeris oleh Profesor H.A.R. Gibb dikenali sebagai
The Travels of Ibn Battutah

4. Motivasi kepada pelayar lain


- kejayaan beliau dalam pelayaran telah menjadi dorongan kepada pelayar Islam yang lain untuk
mengikut jejak langkahnya
- hasilnya : muncul beberapa tokoh baharu seperti Ibnu Hawqal dan Sulayman al-Mahri
- contoh : pada tahun 947 – 973 Masihi : Ibnu Hawqal telah belayar ke Afrika Utara, Sepanyol,
selatan Sahara, negara-negara Arab, Armenia, Azerbaijan dan Sicily

5. Sumbangan dalam bidang geografi


- sumbangan beliau juga meningkatkan pengetahuan dalam disiplin ilmu geografi
- beliau gemar mencatat keadaan geografi kawasan yang dilawati
- antara catatan beliau yang penting ialah keadaan iklim khatulistiwa yang tidak sepanas iklim di
Afrika Utara
- catatan ini dapat mempengaruhi saudagar ketika memilih pangkalan pelabuhan untuk
disinggahi oleh mereka

6. Sumbangan dalam bidang sejarah


- beliau banyak menulis kisah pensejarahan sesebuah negara yang dilawati
- ketika sampai di negara tersebut : beliau berjumpa dengan pemerintah, wazir dan pegawai
tinggi
- dalam catatan beliau : banyak dimasukkan fakta yang sahih dan tepat serta disokong dengan
sumber-sumber lain yang berkaitan
- di Kota Konstantinople : beliau mencatat keindahan kota itu yang dilengkapi dengan pasar,
jalan raya yang dibina daripada batu, kewujudan gereja besar seperti St Sophies
- di Pasai, Sumatera pula beliau gambarkan sebagai kawasan yang amat subur dan dipenuhi
dengan pokok kelapa, cengkih dan gaharu

Kesimpulan
- kejayaan beliau selama 28 tahun yang merentasi sejauh 120 000 km telah meletakkan beliau
sebaris dengan ahli pelayaran yang terkemuka seperti Marco Polo
- yang paling penting ialah catatan beliau telah menjadi sumber rujukan ilmuwan yang
berikutnya
- sumbangan beliau telah membantu mencorakkan perkembangan intelektual sejagat

18
TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN [SENI BINA]
Soalan 11
Huraikan ciri-ciri seni bina Islam pada zaman kerajaan Moghul di India sehingga abad ke-17
Masihi.

Pengenalan
- maksud seni bina: bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang
dibina oleh manusia
- seni bina islam merupakan satu daripada cabang kebudayaan dan kesenian Islam
- merupakan hasil usaha serta kreativiti orang Islam untuk memenuhi keperluan jasmani dan
rohani
- zaman kekuasaan kerajaan Mughul di India memperlihatkan perkembangan seni bina yang
menggabungkan seni bina Islam dengan seni bina tempatan dan Parsi

Isi-Isi
1. Istana
- istana yang terkenal ialah Taj Mahal yang dibina oleh Syah Jehan sebagai tanda cinta terhadap
isterinya iaitu Mumtaz Mahal
- didirikan di Agra dihujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk
awan
- binaan bangunan ini terdiri daripada batu mamar merah, batu mamar biru dan putih sebagai
bahan binaannya
- di sekeliling bangunan tersebut terdapat tembok yang dihiasi dengan takukan-takukan
- di bangunan tersebut juga didirikan masjid yang mempunyai seolah-olah tiga hingga tujuh
buah mihrab yang dibina bersebelahan
- terdapat juga masjid-masjid lain yang berdinding tebal tanpa jendela serta memmpunyai kubah
yang runcing
- istana lain ialah terletak di Fathpur Sikri yang diperbuat daripada batu merah dan dihiasi
dengan pintu gerbang
- istana ini dikelilingi dengan tembok batu yang mempunyai tempat bersemayam pemerintah

2. Masjid
- masjid penting sebagai tapak kemunculan kerajaan dan tamadun Islam
- dilengkapi dengan menara dan kubah serta mihrab
- menara yang dibina dihiasi indah dengan kaligrafi Arab (seni khat)
- binaan kubah menggabungkan gaya Parsi dan tempatan
- contoh, Masjid Lapan Mutiara di Agra yang didirikan di dalam kompleks
- contoh, Masjid Lama di Delhi yang mempunyai ruang solat yang luas, dinding dan mihrabnya
dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran

3. Makam Diraja
- merupakan lambing kemegahan seni bina yang dihasilkan oleh kerajaan Moghul di India
- diturap dengan menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama
- dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus yang terpisah daripada bangunan
induknya
- contoh, makam Humayun (pemerintah kedua kerajaan Moghul) dibina hasil gabungan seni
bina India-Parsi, terdiri daripada batuan merah, bata putih, mamar hitam dan putih, tamannya
dihiasi pancutan air, dikelilingi oleh tembok

19
4. Kubu
- kubu yang terkenal dikenali sebagai Kota Merah yang merupakan istana dan pusat pentadbiran
kerajaan Moghul
- terdiri daripada kubu sepanjang 2 kilometer yang berfungsi sebagai tembok pertahanan Kota
Delhi
- merupakan campuran seni bina Parsi dan India
- dibina menggunakan batu mamar yang dihiasi corak flora dan dilengkapi pembinaan dua buah
kubah

5. Taman bunga
- didirikan pada zaman pemerintahan Syah Jehan seperti Taman Bunga Shalamah di Lahore,
Taman Dara Shikoh di Kashmir dan Taman Shalamar Bagh di Delhi
- terdiri daripada hiasan flora yang berwarna-warni serta pohon-pohon yang
menghijau

Kesimpulan
- seni bina yang terdapat pada zaman kerajaan Moghul banyak mengadunkan seni bina tempatan
dan Parsi yang mementingkan keindahan
- kewujudan seni bina tersebut membuktikan bahawa agama Islam tidak menolah bidang
kesenian

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN [SENI BINA]


Soalan 12
Huraikan ciri utama yang terdapat dalam seni bina Islam di Andalus pada ke-13 Masihi.

Pengenalan
- abad ke13 menyaksikan kemunculan kerajaan Naasriyyah atau Bani al-Ahmar sebagai
kerajaan Islam yang terakhir di Andalus
- kerajaan ini diasaskan oleh Muhammad bin Nasr atau Ibn al- Ahmar
- kerajaan ini memberikan sumbangan yang membanggakan khususnya berkaitan pembinaan
dan perkembangan seni bina
- terdapat beberapa ciri- ciri utama seni bina Andalus iaitu: pembinaan menara, ruangan khas,
katogai seni bina dan nilai keindahan

Isi-Isi
1. Pembinaan menara
- terdapat dua buah menara (tower) yang tinggi dan berkilau yang dibina di ata banjaran Sierra
Nevada
- tujuan binaan menara untuk melihat keindahan kota Granada yang dikelilingi taman-taman
bunga dan pohon buah-buahan yang menghijau
- istana didirikan menara untuk memantau sebarang pergerakan yang mencurigakan iatu untuk
keselamatan

2. Ruangan khas
- ruangan khas atau bilik yang mempunyai fungsi tersendiri

20
- contohnya istana al- Hamra’ yang mempunyai beberapa bilik khas, dewan besar dan halaman
yang dihiasi kolam air pancut dan taman, 128 batang tiang bulatdaripada marmar, ruang duta,
ruang persalinan permaisuru, ruang persiraman diraja dll
- berfungsi untuk keselesaan dan keindahan

3. Mempunyai nilai keindahan


- ukiran khaligrafi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, puji-pujian, gelaran pemerintah dsb
- contohnya binaan Masjid al- Mulk yang didirikan oleh Sultan Muhammad II
- di pintu masuk tertulis tulisan Arab ‘Azza Maulana al-Sultan Abdillah.’ Dan di bawahnya
terdapat syair yang menyentuh kemurniaan agama Islam
- dibahagian dinding masjid diukir hiasan yang berselang dengan ayat al-Quran
- mihrab masjid pula dipenuhi hiasan berwarna emas dan struktur mihrab bertahtakan permata
zamrud, yaqut dsb

4. Kategori keseniaan
- terdapat dua jenis keseniaan di Granada iaitu keseniaan yang lahir di Granada dikenali sebagai
keseniaan Granada dan keseniaan di luar Granada dikenali sebagai Mudejar
- kesenian di luar Granada dihasilkan oleh orang Islam dan bukan Islam abad ke-13 dan
14.contohnya Alcazar di Seville
- keseniaan di Granada pula melambangkan seni bina dan reka bentuk Islam kerana dihasilkan
oleh seniman-seniman Islam. Contohnya istana al – Hamra’

Kesimpulan
- kemampuan kerajaan Islam Nasriyyah membina bangunan yang mempunyai nilai keseniaan
yang unik yang menggabungkan seni Islam denganseni-seni tempatan asing menggambarkan
nilai ketamadunan yang tinggi
- bangunan-bangunan ini telah dimanafaatkan oleh orang kristian apabila kerajaan Islam
Andalus dihancurkan oleh tentera Kristian selepas itu

21

Anda mungkin juga menyukai