Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN

PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT BAGI PELAJAR MRSM


MERSING
Spesifikasi telefon bimbit yang dibenarkan digunakan oleh pelajar adalah
seperti berikut :

i.
ii.
iii.

Telefon bimbit hanya berfungsi untuk membuat panggilan, menerima


panggilan, menghantar sistem mesej singkat (SMS), dan menerima SMS.
Telefon bimbit tidak mempunyai sistem kamera dan memori kad
Telefon bimbit yang mempunyai keupayaan minimum serta tidak
berfungsi untuk menyimpan bahan-bahan bergambar dan video.

Peraturan penggunaan berkaitan waktu dan lokasi.

i.

Penggunaan telefon bimbit bagi pelajar hanya dibenarkan BUKAN PADA


WAKTU AKADEMIK dan KELAS PERSEDIAAN. Berikut adalah ketetapan
waktu penggunaan telefon bimbit :
HARI
Ahad hingga Khamis
Jumaat
Sabtu dan cuti umum

MASA
4.30 petang hingga 6.30 petang
11.00 malam hingga 12.00 tengah
malam
1.00 tengahari hingga 11.30
malam
7.00 pagi hingga 6.30 petang
11.00 malam hingga 11.30 malam

a. Penggunaan telefon bimbit hanya DIBENARKAN DI LUAR BLOK


AKADEMIK sahaja seperti di asrama, dewan selera dan kawasan
terbuka yang lain.
Penetapan bayaran pendaftaran dan kos elektrik

i.

Pelajar diwajibkan membayar RM10 kepada pihak pengurusan maktab


sebagai wang pendaftaran dan kos elektrik.

ii.

Pembayaran hanya berkuatkuasa selama setahun dan telefon bimbit akan


dilabelkan.

Etika dan tertib penggunaan telefon bimbit

i.
ii.

iii.
iv.
v.

Pelajar hanya dibenarkan menggunakan telefon bimbit atas keperluan


menghubungi ibubapa, keluarga, guru atas tujuan yang positif serta hanya
pada waktu dan lokasi yang telah ditetapkan sahaja.
Pelajar DILARANG menggunakan telefon bimbit bagi tujuan menjalin
hubungan yang negatif seperti hubungan cinta, hubungan terlarang,
sesuatu yang berunsur budaya kuning, menimbulkan ancaman,
mencetuskan pergaduhan atau provokasi (sama ada melalui panggilan
telefon atau sms).
Pelajar DILARANG menggunakan telefon bimbit sehingga menjejaskan
prestasi akademik dan menjejaskan tumpuan pelajar di dalam kelas.
Pelajar-pelajar dikehendaki bersama-sama menjaga kemudahan
keselamatan elektrik ketika proses mengecas telefon masing-masing.
Kehilangan dan kerosakan telefon bimbit pelajar adalah tanggungjawab
pelajar sendiri. Pihak pengurusan maktab tidak akan bertanggungjawab di
atas kerosakan dan kehilangan tersebut.

Tatacara penggunaan dan hukuman pelanggaran penggunaan

i.

ii.

iii.
iv.

Pihak pengurusan MRSM menetapkan penggunaan telefon bimbit secara


sistem kontrak dalam tempoh 3 bulan. Pematuhan pelajar kepada
peraturan dan etika penggunaan dalam tempoh 3 bulan pertama ( Januari
Mac 2014), membolehkan penggunaan telefon bimbit kepada pelajar
dilanjutkan kontraknya dalam tempoh 3 bulan yang berikutnya. Sekiranya
ada segelintir pelajar yang melanggar peraturan dan etika penggunaan
serta menimbulkan masalah / rekod disiplin, pihak maktab akan menarik
balik kebenaran penggunaan telefon bimbit kepada semua pelajar .
Sekiranya didapati mana-mana pelajar melanggar peraturan telefon
bimbit berdasarkan perkara 1, 2, 3 dan 4 yang tersebut, telefon bimbit
pelajar pelajar berkenaan akan dirampas oleh guru asrama, guru, dan
pihak pengurusan maktab.
Telefon bimbit yang dirampas perlulah dilabel nama, kelas, tarikh dan
sebab dirampas.
Prosedur tuntutan telefon bimbit hanya dibenarkan pada akhir tahun
sahaja.

Anda mungkin juga menyukai