Anda di halaman 1dari 2

]\LANGKAH MENGATASI PONTENG SEKOLAH 1.

Peranan Ib Ibu bapa harus memainkan peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah anakanak mereka daripada ponteng sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerakgeri anak mereka, dengan siapa anak mereka berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg sekolah anak mereka sebagai bukti sama ada anakanak mereka menghadiri sekolah atau tidak. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak. 2. Peranan Sekolah Pihak sekolah pula memainkan peranan yang penting dalam kes ponteng sekolah. Pihak sekolah perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Oleh yang demikian, guru haruslah mengubahkan cara mendidiknya ataupun menambahkan sedikit hiburan supaya pelajar tidak dapat berasa bosan dan mereka dapat menikmati keseronokan dalam pelajaran. 3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Dengan menolong pelajar yang selalunya lewat ke sekolah, pihak sekolah haruslah memberi kaunseling kepada pelajar, bukannya merotan mereka sebagai denda kerana tindakan tersebut mungkin akan memberi kesan yang negatif padanya. Sebaliknya, jika pelajar dapat dikaunselingkan, pihak sekolah dapat tahu sebabnya dan dapat memberi nasihat yang sewajarnya. 4. Sikap Masyarakat Seharusnya masyarakat sekeliling mendukung konsep ummah atau kekitaan dalam menangani gejala ponteng sekolah, sikap mudah tegur-menegur, nasihat-menasihati apabila sesuatu kepincangan berlaku dalam masyarakat.

KESIMPULAN Gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung dengan berkesan jika pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingnya dalam pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya dapat membawa

kajayaan dalam masa depan, mereka tidak akan ponteng sekolah dan sebaliknya akan belajar bersungguh-sungguh. Oleh yang demikian, dengan mengatasi masalah ponteng sekolah, ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar memainkan peranan yang penting dan masalah ini harus dikenal pasti oleh mereka dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai