Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

Isu Bahasa Ibunda Dalam Pengajaran. Isu yang turut menjadi perbualan dalam pendidikan di negara kita adalah isu penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi bahasa ibunda adalah bahasa sendiri yang digunakan sejak kecil. Bahasa ibunda juga merupakan bahasa leluhur sesuatu kelompok etnik. Contohnya terdapat pelbagai bahasa ibunda di Malaysia seperti bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Dialek pula wujud apabila sekelompok manusia mengubah suai bahasa mengikut budaya tempatan. Misalnya terdapat pelbagai dialek dalam bahasa Melayu seperti dialek Kelantan, dialek Kedah dan dialek Negeri Sembilan. Antara dialek yang terdapat dalam bahasa Cina ialah dialek Kantonis, Hokkien, Hakka, Teochew dan Foochow. Manakala kaum India pula menggunakan bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu. Kepentingan Bahasa Ibunda Antara kepentingan bahasa ibunda dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah sebagai kaedah untuk meningkatkan kualiti pendidikan dengan membina pengetahuan pelajar serta pengajar. Hal ini adalah kerana pengajaran dalam bahasa ibunda amat penting bagi pendidikan awal kanak-kanak dan seharusnya diperluaskan kepada peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Kecemerlangan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar telah mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan merupakan kelaziman yang diamalkan oleh dunia sejagat. Maka matapelajaran-matapelajaran ilmu, termasuk Sains dan Matematik hanya akan disampaikan secara berkesan melalui bahasa ibunda. Laporan pakarpakar pendidikan luar negara dan UNESCO menunjukkan bahawa perubahan bahasa pengantar dalam keadaan kanak-kanak masih belum menguasai bahasa ibunda akan memburukkan prestasi pelajaran mereka. Kata Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova, kanak-kanak akan cemerlang jika didedahkan dengan pelajaran menggunakan bahasa ibunda

khususnya di peringkat rendah. Menurut beliau, terdapat bukti menunjukkan kanak-kanak di seluruh dunia seperti di Mexico dan Peru yang mendapat pendidikan peringkat rendah dalam bahasa ibunda akan cemerlang dalam bilik darjah. Selain itu, melalui penggunaan bahasa ibunda dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan komunikasi sesama kaum dan seterusnya secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan. Hal ini berlaku disebabkan mereka sering berkomunikasi sesama mereka dengan menggunakan bahasa ibunda, bahasa yang dapat difahami oleh mereka. Bahasa ibunda juga tidak akan lapuk ditelan zaman jika bahasa ibunda kerap digunakan oleh generasi muda pada zaman kini. Penguasaan bahasa ibunda oleh anak-anak muda amat penting kerana mereka bertanggungjawab dalam meneruskan bahasa tradisi nenek moyang mereka ini kepada generasi-generasi seterusnya agar tidak terus dilupakan. Bahasa ibunda juga adalah medium warisan budaya bangsa. Cara menyebar dan mewariskan budaya melalui bahasa boleh mengambil pelbagai bentuk. Antaranya termasuk lagu, puisi, cerita dan seni. Dalam hal ini, bahasa ibunda sebenarnya adalah wahana penting untuk memastikan elemen budaya seperti sejarah, sistem nilai, kepercayaan dan sosial, terus tersebar dan diwarisi. Oleh itu, langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa ibunda haruslah diaksanakan. Antara inisiatif yang telah dan sedang dilakanakan ialah penubuhan Hari Bahasa Ibunda Sedunia. UNESCO, sebuah badan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal pendidikan, sains dan budaya telah mengisytiharkan 21 Februari sebagai Hari Bahasa Ibunda Sedunia. Hari ini diperkenal untuk memperingati selain menegaskan betapa pentingnya peranan bahasa sebagai warisan bangsa. Selain itu, seminar dan kempen mengenai kepentingan bahasa ibunda juga boleh dilaksanakan seiring dengan tindakan oleh pihak media massa yang menyiarkan rancanganrancangan televisyen atau siaran radio yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
3

Faktor Wujudnya Isu Bahasa Ibunda Dalam Pengajaran Faktor utama wujudnya bahasa ibunda dalam pengajaran di Malaysia adalah terdapat tiga kaum yang majoriti iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga kaum ini menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri dan akan memberi kesan positif apabila bahasa ibunda digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah disebabkan ramai guru yang lebih berpengalaman untuk mengajar dalam bahasa ibunda dan seterusnya akan meningkatkan keyakinan guru tersebut untuk mengajar di dalam kelas kerana telah lama menggunakan bahasa ibunda. Secara tidak langsung, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna. Proses pengajaran dan pembelajaran juga mudah difahami oleh pelajar apabila guru dapat menerangkan dengan berkesan dan pada masa yang sama pelajar mampu memahami pengajaran melalui penggunaan bahasa ibunda. Malah, komunikasi antara guru dan pelajar juga berjalan dengan lebih lancar. Walaupun banyak kesan positif hasil daripada penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran, namun terdapat juga kesan negatif yang perlu diambil kira. Kesan negatif yang paling ketara dapat dikenalpasti adalah isu kekeliruan memilih bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sering berlaku di sekolah harian yang mempunyai murid berbagai kaum. Keadaan ini akan menimbulkan kesukaran bagi guru untuk memilih bahasa ibunda yang sesuai sebagai bahasa pengantar untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, isu penggunaan bahasa campur atau rojak dalam pengajaran juga antara implikasi negatif yang dapt dikenal pasti. Keadaan seperti ini akan berlaku apabila guru tidak dapat menyebut sesuatu istilah dalam bahasa Melayu contohnya, guru tersebut akan menggunakan istilah bahasa Inggeris. Bagi pelajar yang kurang memahami isi pelajaran, hal ini akan lebih mengelirukan mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga hanya cenderung untuk menguasai bahasa ibunda mereka sahaja tanpa menggunakan bahasa lain iaitu bahasa Inggeris sedangkan bahasa Inggeris adalah bahasa
4

antarabangsa yang perlu dikuasai agar tidak ketinggalan dalam meniti arus globalisasi. Selain itu, kaedah pengajaran guru juga akan terjejas apabila guru keliru dalam memilih bahasa ibunda untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya turut mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar di dalam kelas. Langkah Penyelesaian Oleh itu, banyak tindakan-tindakan penyelesaian telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini. Antaranya ialah menubuhkan tiga sekolah mewakili setiap kaum majoriti di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Dengan tertubuhnya sekolah ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa ibunda masing-masing dan tiada pertelingkahan antara murid-murid kerana hanya terdapat satu kaum di sebuah sekolah. Namun, perpaduan tidak akan tercapai kerana para pelajar tidak dapat bergaul dengan kaum yang berlainan. Kajian juga menunjukkan di alam kampus, para pelajar lebih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam segala hal. Langkah kedua adalah menubuhkan satu jenis sekolah sahaja di mana bahasa pengantar yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik adalah bahasa Melayu. Dengan tertubuhnya sekolah ini, perepaduan antara kaum dapat dicapai. Walau bagaimanapun, pelajar bukan Melayu akan menghadapi masalah dalam memahami isi pengajaran bagi pelajar yang kurang fasih berbahasa Melayu. Pelajar kaum Cina dan India juga mungkin rasa tergugat kerana guru lebih cenderung berbahasa Melayu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai kesimpulannya, penyelesaian terbaik adalah dengan menubuhkan satu jenis sekolah sahajadi peringkat rendah dan menengah yang terdiri daripada berbilang kaum bagi menyelaraskan bahasa pengantar dalam subjek Sains dan Matematik. Penubuhan satu jenis sekolah telah mencetuskan penubuhan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan adalah sekolah
5

rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung atau link-way. Sekolah Wawasan ini ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang selain memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran. Selain itu, matlamat penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Utama sekali, ia adalah untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Rumusan Bahasa memainkan peranan penting dalam mendidik negara bangsa kerana bahasa merupakan alat komunikasi yang paling berkesan dan penggunaan bahasa yang tepat dan betul perlu dititikberatkan kerajaan agar rakyat di negara ini tidak ketinggalan dalam mencapai arus globalisasi. Bahasa pengantar yang berkesan akan menjadikan sesuatu komunikasi itu sangat bermakna kerana kedua-dua pihak mampu memahami dan dapat mencapai persetujuan bersama. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan dapat membantu kita untuk berkomunikasi dengan lebih baik kerana semua rakyat di negara ini boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik walaupun terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Rujukan

http://abihulwa.blogspot.com/2011/05/isu-bahasa-bahasa-ibunda-bantu.html http://razak.wordpress.com/2011/10/10/bahasa-ibunda-wadah-terbaik-pendidikan/

Anda mungkin juga menyukai