Anda di halaman 1dari 1

Kata Alu-aluan Yang DiPertua PIBG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan izinNya dapat saya mengutuskan sepatah dua kata dalam
ruangan Sekapur Sirih Seulas Pinang ini sempena Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-41 bagi tahun 2019
Sebagaimana yang kita sedia maklum, PIBG mempunyai objektif dalam
membantu dan bekerjasama dalam mendokong misi dan visi gemilang
sekolah. PIBG juga ingin bersama-sama dengan pihak sekolah dalam
melonjakkan pencapaian yang gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum
dan sebagainya. Di samping itu, PIBG juga merupakan medium untuk
bersama-sama mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul secara
dalaman ataupun luaran.
Saya selaku Yang Di Pertua PIBG sekolah ini bagi sesi 2017/2018 amat
berterima kasih atas segala kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang telah
diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru serta kakitangan sekolah
dalam menjayakan aktiviti anjuran PIBG. Setinggi-tinggi penghargaan juga
kepada ibu bapa dan penjaga yang menyumbangkan tenaga, memberi
kerjasama dan komitmen bagi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah ini.
Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 ini. Saya amat berharap
Ahli Jawatankuasa yang dilantik akan dapat membantu pihak sekolah dalam
menjalankan aktiviti bagi meningkatkan prestasi anak-anak kita di SK Guar
Nangka ini. Mudah-mudahan pengorbanan serta niat murni kita dapat
memangkin kejayaan anak-anak kita agar cemerlang, gemilang dan terbilang.
Akhir kata, saya memohon kemaafan sekiranya ada salah, silap dan
kelemahan saya semasa menerajui PIBG SK Guar Nangka. Semoga
kerjasama erat PIBG dan pihak sekolah akan terus berkekalan demi kejayaan
anak-anak kita, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

(DATO’ OTHMAN BIN CHE JUSOH)


Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Guar Nangka
Mata Ayer, Perlis.

Anda mungkin juga menyukai