Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN PRA 3016 DRAMA KREATIF KANAK-KANAK SEMESTER 3 NAMA : NOR HASIMAH BINTI ISMAIL NO KP : 780129 02 5752 KELAS

S : PPG 3R (PRASEKOLAH)

Skrip Drama "KISAH SI BUNGA"

WATAK dan PERWATAKAN

Bunga Matahari Bunga Mawar Bunga Kertas Bunga Orkid Danial Aiman Pakcik Pokok

cantik dan baik hati wangi dan cantik berwarna warni dan comel cantik dan muda berusia dalam lingkungan 6 tahun. Sangat nakal berusia dalam lingkungan 6 tahun. Kawan baik Danial. tua dan sudah uzur.

MASA Waktu pagi

SETTING Di kawasan taman bunga.

SUARA Mempunyai encho iaitu kicauan burung. Deruan angin sepoi-sepoi bahasa serta bunyi unggas-unggas.

Scene 1 Kelihatan banyak bunga-bunga yang cantik tumbuh mekar dan berkembang di taman bunga. Bunga-bunga yang indah dan berwarna-warni itu sangat menarik perhatian lebah. Terdapat juga sebatang pokok yang tua di lereng bukit itu.

Bunga Matahari Bunga Mawar

: Oh ! Cantiknya pagi ini. Nyaman dan sejuk : Ya, betul tu...( menganggukkan kepalanya )

Bunga Orkid

: ( sambil mencium kelopak Mawar ) Emmm..harumnya kelopak kamu, Mawar.

Bunga Mawar Bunga Kertas

: Terima kasih, kamu pun sangat cantik dan berseri pagi ini. : ( sambil memaut tangan kawan-kawannya ) Mari kita bermain.

Bunga Matahari

: ( sambil menuding jari ) Kawan-kawan tengok tu tu.....ada lebah datang.

Bunga Orkid

: Mesti dia akan datang menghampiri kita kawan-kawan.

Scene 2 Seekor lebah datang menghampiri Bunga Matahari dan kawan-kawannya.

Bunga Matahari dan rakan-rakan Lebah : ( menyapa lebah tersebut ) Hai lebah.... : ( sambil berterbangan dan bergembira ) Wah ! Bunga-bunga tumbuh cantik dan berseri-seri. Harum baunya. Bunga Orkid Lebah Bunga Matahari dan rakan-rakan Lebah : ( terbang rendah sambil menghisap madu bunga dan apabila sudah kenyang ia terbang pulang ). Terima kasih. Bunga Matahari Dan kawan-kawan : Sama-sama. : Kenapa kamu datang ke sini ? : Saya datang untuk mengambil madu. : Oooo..ambillah..

Scene 3 Dua orang budak nakal kelihatan berlari-lari datang ke taman bunga. Mereka membuang sampah merata-rata. Mereka datang menghampiri Bunga Matahari dan kawan-kawannya. Danial : ( sambil memegang kelopak bunga ) Cantik sungguh bungabunga di sini. Jom kita petik. Aiman : ( memandang sekeliling ) Jangan ! Kita tidak boleh sesuka hati memetik bunga. Danial Aiman : ( sambil mencebik bibir) Ala...bukan ada orang nampak. : ( masih takut-takut ) Aku tak mahulah. Nanti orang nampak.

Danial

: ( sambil menarik tangan Aiman ) Jomlah..bukan ada orang pun.

Aiman

: ( mengikut arahan Danial ) Ok..jomlah..cantik jugak kan bungabunga di sini.

Danial & Aiman

: ( bergembira tanpa rasa bersalah memetik bunga di taman. Mereka juga memijak pokok-pokok bunga ketika berjalan pergi dari situ ).

Pakcik Pokok

: ( sedih melihat tingkah laku dua orang sahabat yang nakal itu ) Semua ini sungguh dahsyat. ( keluh Pakcik Pokok )

Scene 4 Keesokkan pagi, lebah datang semula untuk menghisap madu. Tetapi lebah mendapati bunga-bunga sudah mati.

Lebah

: ( sedih dan menyoal Pakcik Pokok ) Kenapa semua bunga mati ?

Pakcik Pokok

: ( sambil memandang lebah ) Bunga-bunga itu telah dimusnahkan oleh budak-budak nakal. Mereka pijak dan petik semua bunga. Saya tidak dapat berbuat apa-apa.

Lebah

: ( sedih dan kecewa ) Jika tidak ada bunga, tidak adalah madu. Saya terpaksa pergi ke tempat lain untuk mencari madu. ( sambil terbang pergi dari situ )

Pakcik Pokok

: ( hanya memandang lebah madu terbang pergi. Ia berasa sungguh sedih) Saya harap bunga-bunga itu akan mekar berkembang sekali lagi.

TAMAT

PENGAJARAN DARIPADA DRAMA INI

Kita harus menjaga keindahan alam semulajadi. Sikap merosakkan alam semulajadi adalah satu sikap yang tidak baik.

Anda mungkin juga menyukai