Anda di halaman 1dari 6

KISAH SI BUNGA

            Tersebutlah kisah pada suatu musim bunga. Ketika itu banyak bunga-bunga yang
cantik tumbuh mekar dan berkembang di kawasan sebelah lereng sebuah gunung. Bunga-
bunga yang indah dan berwarna-warni itu menarik perhatian kumpulan rama-rama yang
cantik dan lebah-lebah yang sibuk. Selain daripada bunga-bunga yang cantik itu, terdapat
sebatang pokok yang tua di lereng gunung itu. Pokok tua itu dipanggil Pak cik Pokok.

            Semasa musim bunga, semua bunga-bunga itu kelihatan lebih cantik dan indah
daripada biasa, Suatu hari, sekumpulan lebah madu terbang ke lereng gunung itu untuk
mencari madu. “Helo!” sapa bunga-bunga dengan mesra. “Terima kasih kerana datang
menziarahi kami.” “Bunga-bunga tumbuh dengan lebih berseri-seri pada musim bunga kali
ini. Ini satu tuaian yang baik.” Kata lebah madu dengan gembira.

            “Apa tujuan kamu semua datang ke sini?” tanya bunga-bunga merah yang kecil.
“Kami datang untuk mengambil madu,” jawab lebah madu. “Kenapa kamu tanya begitu?”
tanya lebah madu pula. Bunga matahari ketawa dan menerangkan kepada lebah madu,
“Janganlah kamu rasa tersinggung. Bunga-bunga merah yang kecil ini masih baru dan
muda. Mereka baru saja berkembang musim ini.” “Kami lebah madu yang menghisap dan
mengumpul madu daripada bunga-bunga. Pada masa yang sama kami menyebarkan
debunga kamu di merata tempat,” terang lebah madu kepada bunga-bunga merah.

            Suatu petang, sekumpulan budak lelaki yang nakal datang ke lereng bukit itu.
Mereka menggunakan jaring untuk menangkap rama-rama yang berterbangan dan memetik
bunga-bungaan di situ. Mereka memusnahkan keindahan alam semula jadi dan merosakkan
persekitaran di situ.

            Apabila budak-budak nakal itu meninggalkan lereng bukit, mereka membawa pulang
bunga-bunga yang dipetik. Mereka juga memijak bunga-bunga yang bertaburan di situ
ketika berjalan pergi dari situ. Pak cik pokok berasa sungguh sedih. Ia nampak bunga-bunga
yang cantik itu dipetik dan dibuang bertaburan di atas tanah. Budak-budak nakal itu juga
memijak tumbuh-tumbuhan rendah dan memusnahkan tangkai-tangkai bunga. “Semua ini
sungguh dahsyat,” keluh Pak cik Pokok dengan rasa kecewa.

            Keesokan paginya, lebah-lebah madu itu datang semula dan mendapati bunga-
bunga sudah tiada lagi di situ. “Ini sungguh teruk. Tanpa bunga-bunga, kita tidak boleh
mendapat madu!” kata lebah-lebah madu itu dengan sedih. “Bunga-bunga itu telah
dimusnahkan oleh sekumpulan budak nakal. Saya minta maaf. Saya tidak dapat berbuat
apa-apa untuk menghalang mereka,” kata Pak cik Pokok kepada lebah-lebah madu itu.
            “Jika tidak ada bunga, tidak akan adalah madu,” kata lebah-lebah madu itu dengan
sedih. “Kita terpaksa pergi ke tempat lain untuk mencari madu,” kata kumpulan lebah itu
sambil terbang pergi dari situ. Pak cik Pokok hanya dapat memandang lebah-lebah madu itu
terbang pergi. Ia berasa sungguh sedih.

            “Saya harap bunga-bunga itu akan mekar berkembang lagi pada musim bunga yang
akan datang,” fikir Pak cik Pokok sendirian
Soalan

1.     Bilakah bunga-bunga itu mekar berkembang?

2.     Mengapakah lebah-lebah madu datang ke lereng gunung itu?

3.     Siapakah yang merosakkan bunga-bunga di situ?

4.     Mengapakah lebah-lebah madu terbang pergi ke tempat lain?

5.     Apakah harapan Pak cik Pokok?

6.     Apakah pengarajaran yang dapat diperoleh berdasarkan cerita

ini?
CARA MENANAM POKOK

.
PAPAN GANJARAN TAHUN 4 HARMONI
HAFIZI

RIDZAIRIN

IRFAN

ANIS

FAZZURINA

FATIHAH

Anda mungkin juga menyukai