Anda di halaman 1dari 51

Bila sebut tentang pari pari pada orang , mereka akan membalasnya dengan perkataan mengarut, bohong, tahyul

dan lain lain lagi. Mereka tidak tahu yang sebenarnya pari pari itu boleh wujud jika mereka mahu.

Zine ini buktinya.

Hakcipta terpelihara @ ZineSatuMalam Desain muka hadapan yang kool adalah milik Lucifer, tulisan tulisan yang power milik penulisnya masing masing dan siapa buat perangai nokhorom main copy copy gua hantar pari pari pondan simbah asid.

Ke hadapan pembaca Zine Satu Malam, Mari lah kita sama sama meraikan imaginasi kurniaan Tuhan ini dengan membaca dan menghayati nukilan nukilan kreatif yang telah dikumpulkan dalam satu buku penuh magis ini. Berimaginasilah seperti kalian berada dalam dunia kanak kanak. Yang benar,

Pezoul Pan.

5 Nombor.

nombor 1: saya beranggapan bahawa "Pari-pari Di Bawah Angin" yang dimaksudkan oleh kumpulan Meet Uncle Hussein berasal dari Sabah kerana Sabah ialah Negeri Di Bawah Bayu. bayu itu angin, bukan? nombor 2: pari-pari itu jika jantinanya lelaki maka akan dipanggil Para-para. dan jika dia berasa dari Jepun maka akan diberi nama Para-para Sakura. nombor 3: saya bingung kenapa nama mereka pari-pari. adakah bentuk mereka seperti ikan pari? nombor 4: pari-pari yang menukarkan gigi kepada wang (cerita dongeng) mengajar kanak-kanak bahawa mereka boleh mendapatkan wang dengan tubuh badan mereka. jadi janganlah ajarkan dongeng ini kepada anak-anak anda. nombor 5: sebenarnya saya tidak tahu apa itu pari-pari jadi saya harap selepas zine ini keluar saya akan lebih memahami tentang pari-pari. sekian terima kasih

Oleh Zuliza

There is someone like an angel.

There is someone like an angel, Who sat beside me and say, Dear, why are you crying?

There is someone like an angel, Who sat beside me and say, Dear, please say something to me.

There is someone like an angel, Who sat beside me and say, Dear can you smile for me?

There is someone like an angel, Who sat beside me and say, Dear, share it with me when you felt burden.

There is someone like an angel, Who sat beside me and say, Dear, do you have any extra for me?

There is someone like an angel, Who sat beside me and say, Dear, please be strong, we learned from experience that we gained.

There is someone like an angel, Who sat beside me and say, Dear, can you promise that after this you will value your tears?

There is someone like an angel, Who I sat beside her too, And I only can said,

Dear angle Thanks for the calming words Thanks for your concern

Please take care of yourself too There is someone like an angel, Who I sat beside her too, And I only can said, Dear angle Watch me from far Dont come near to me Or else you will get hurt too...

There is someone like an angel, Just a simple word from me to you my angel.. Ill always smile for you - by Isha Idiaz

Anamilla, si pari comel Anamilla, sang pari-pari kecil sedang seronok berterbangan di antara mekar bungabunga di taman. Seperti selalu, dia mengingkari arahan Aroha, ayahandanya supaya tidak ke dunia manusia. Bahaya kononnya. Selama dia ke dunia manusia, tidak pernah lagi dia ditimpa bahaya. Dia suka bermain disini. Tiada gangguan. Kamal memerhatikan makhluk bersayap itu di balik tingkap biliknya. Sudah beberapa kali dia perasan akan kehadiran makhluk itu. mulanya, dia menyangka itu adalah si rama-rama yang riang beterbangan di taman yang menghadap biliknya itu. Kamal tersenyum sendiri. Kali ini, dia ingin mendapatkan makhluk itu. walau apa cara sekalipun. Anamilla, si pari-pari kecil tidak menyedari bahawa dia diperhatikan. Dengan riang, dia terbang. Singgah dari kuntum ke kuntum bunga yang sedang mekar. Menghirup madu yang manis dan wangi. Sesekali dia menari kegembiraan di kuntuman bunga matahari yang besar. Rama-rama dan kupu-kupu juga ikut menari bersamanya. Dari dalam rumah, Kamal menyediakan beberapa kuntum bunga segar. Dibawanya keluar rumah. Berhati hati supaya makhluk kecil itu tidak terkejut lalu lari. Perlahan dia menapak menghampiri rimbunan bunga-bunga segar. Kamal melutut dengan tangannya memegang jambangan bunga. Menanti. Kehadirannya masih belum disedari Anamilla. Anamilla yang leka bermain dengan bunga-buangaan, tiba di jambangan bunga yang di pegang Kamal. Dia masih menari riang. Kamal tersenyum sambil memandang keayuan wajah Anamilla. Hello si kecil yang cantik. Sapa Kamal. Berhati-hati. Anamilla yang leka dengan bunga-buangaan tersentak. Lantas kepalanya di dongakkan. Manusia!! Anamilla terkejut lalu terjatuh di atas tanah. Dia cuba untuk lari. Namun di tahan Kamal. Tunggu. Saya bukan ingin apa-apakan kamu. Manusia jahat. Saya tidak percaya pada kamu. Kalau begitu, kenapa kamu ke sini? Anamilla terdiam. Dia begitu takut. Manusia di depannya berpuluh kali lebih besar daripadanya. Saya hanya ingin berkawan dengan kamu. Sudah beberapa kali saya melihat kamu bermain di taman ini. Jangan risau saya tidak berniat jahat. Terang Kamal.

Be..betul kamu tak akan apa-apakan saya? Anamilla mula yakin bahawa Kamal tidak akan mengapa-apakan dia. Ya, saya ikhlas. Nama saya Kamal, apa nama kamu? Dan dari mana kamu datang? Saya Anamilla. Dari dunia pari-pari yang bernama Skirodes. Saya anak kepada pemerintah Skirodes yang bernama Aroha. Jawab Anamilla. Anamillasedap nama itu. Jadi kamu adalah pari-pari? Wow!! Selama ini saya sangka pari-pari hanyalah dongeng. Dongeng pada mereka yang tidak tahu kewujudan kami. Lagipun, memang kami menghindarkan diri dari di ketahui oleh manusia.

Kenapa? Sejak dulu, kami selalu di beritahu bahawa manusia itu jahat dan akan menyebabkan bangsa kami dalam bahaya jika mereka tahu kewujudan kami. Tidak semua manusia itu jahat, wahai Anamilla. Saya tidak tahu. Tidak mengapa. Mari, ikut saya ke dalam rumah sana. Kita mengenali lebih lanjut mengenai diri masing-masing. Tambahan pula, saya ada madu yang lebih istimewa. Mesti kamu mahu cuba bukan? Errmadu istimewa? Anamilla teruja. Ya, mari. Ajak Kamal. Dia merendahkan tapak tangannya dan mengisyaratkan Anamilla supaya naik ke atasnya. Kamal membawa Anamilla yang duduk di atas tapak tangannya masuk ke dalam rumah. Anamilla terpegun melihat keadaan dalam rumah Kamal. Segala perabut yang ada adalah asing baginya. Anamilla ditempatkan di atas meja makan milik Kamal. Kamu tahu, Anamilla, saya tinggal di sini keseorangan. Tanpa ayah dan ibu. Hidup sya sunyi. Luah Kamal tanpa dipinta. Sambil itu, dia meletakkan sesudu madu lebah di dalam sebuah piring untuk Anamilla. Mereka semua di mana? Tanya Anamilla. Dia teruja dengan bau madu lebah yang diberikan Kamal. Mereka sudah meninggal.

Meninggal? Mati. Oherrini madu apa? Madu lebah. Sedap? Sedap. Anamilla tersenyum comel. Habis sepiring madu di makannya. Perutnya terasa amat kenyang. Kamal, saya harus pulang. Pulang? Kenapa? Tinggallah di sini dulu. Tidak boleh. Saya khuatir ayahanda saya akan sedar akan ketiadaan saya di Skirodes. Saya harus pulang segera. Jangan!! Temanilah saya di sini. Saya perlukan teman. Saya akan temani kamu di lain waktu. Sekarang saya harus pulang dulu. Saya janji akan kembali. Kamu janji Anamilla? Ya. Baiklah. Esok, saya akan menunggu kamu di taman. Anamilla tersenyum. Lantas dia terbang mendekati Kamal, lantas pipi lelaki itu di cium. Kamal kaget. Namun dalam hatinya terbit rasa bahagia. Anamilla terbang lalu, hilang dari pandangan. *** Keesokan harinya Kamal menunggu Anamilla di taman seperti yang dijanjikan. Dan, tidak lama kemudian Anamilla tiba. Kamal tersenyum senang. Hai, Anamilla. Saya tahu kamu akan menepati janji. Sudah saya katakan, saya akan datang. Membawa lebih kegembiraan pada kamu. Dan saya akan menghapuskan kesunyian kamu itu. Kamal ketawa. Anamilla tersenyum. Betapa gembiranya saya mendengarnya, Anamilla.

Kerana itu, saya datang membawa kawan-kawan saya. Kamal medongak ke langit. Terkejut apabila melihat jumlah pari-pari yang amat ramai. Beribu!! Anamilla yang perasan riak cuak di wajah Kamal lantas berkata. Memandangkan kamu sudah mengetahui akan kewujudan saya dan kaum saya, maka kamu harus dihapuskan. Apa?!! Kenapa Anamilla? Saya tidak menyakiti kamu bukan!! Kamal terkejut. Ya, saya tahu. Malangnya setiap manusia yang pernah mellihat kami akan dihapuskan. Tidak!!! Serentak dengan itu, ribuan pari-pari menyerbu ke arah Kamal. Taring yang selama ini di sembunyikan, terbenam di setiap inci tubuh Kamal. Kering darah di hisap. Tubuh kaku Kamal rebah ke bumi.Hanya tinggal kulit yang menyelaputi tulang. **** sebelum itu Ada mangsa terbaru yang sudah aku perangkap. Esok, ada makanan untuk kamu semua. Bosan bukan asyik menikmati madu? Kata Anamilla kepada kaumnya.kedengaran sorakan dari rakyat Skirodes. Aroha, pemerintah Skirodes hanya tersenyum bangga. Bangga dengan Anamilla, pewaris tahta Skirodes. Negara pari-pari penghisap darah!

Oleh Lieyanna Esmeralda

Nukilan Buat Puteri Cahaya mimpi mu malam ini ku harap indah. seindah di saat bunga kembang merekah. ditaman mimpi mu bertemankan pari-pari. merasakan keharuman bunga-bunga tak berduri. ku teman malammu dengan nukilanku. ku harap berubah menjadi kupu-kupu. jika kau lihat kupu-kupu itu. biarkan ia hinggap di mimpimu. semoga esok dikau bangun dengan ceria. menyambung kehidupan di alam nyata. Selamat malam Puteri Cahaya.

Oleh Mya Amira

Pari pari.

aku harap ada sang pari-pari supaya dunia ini indah. aku harap ada sang pari-pari supaya tiada anak kecil yang mati aku harap ada sang pari-pari agar cinta kita sampai syurga aku harap ada sang pari-pari yang bisa peluk aku saat aku jatuh

Oleh Faiqah

Pari-pari itu wujud Didi berlari ke tandas yang terletak di bahagian belakang tadika sambil menahan kecing. Tiba-tiba, kaki Didi terberhenti tatkala memandang dua makhluk kecil yang sangat comel di kawasan semak yang terletak betul-betul di hadapannya. Dalam jarak dekat itu, Didi terpukau melihat gelagat dua makhluk berupa perempuan kecil bersayap sedang berterbangan. Satu memakai kostum berwarna ungu kehitaman dan satu lagi memakai kostum berwarna hijau. Keduanya lengkap berkasut. Didi sangat pasti akan makhluk yang dilihatnya benar-benar wujud. Didi tidak dapat menahan kencingnya lagi kemudian terus berlari ke tandas. Setelah selesai, Didi berlari ke semak tadi kembali. Mereka sudah hilang. Imej dua makhluk comel berterbangan itu tidak pernah terpadam dari mindanya sehingga sekarang. Setelah meningkat dewasa baru Didi tahu yang makhluk yang dilihatnya adalah paripari. Didi percaya yang pari-pari mememangnya wujud. Walaupun ramai rakannya yang tidak percaya akan ceritanya itu. Malah ada juga yang mengatakan kejadian itu hanya halusinasi mindanya.

- oleh Amalina & benda kecil

Lucy Si Peri Comel Cakk cakk! Bunyi tetakan daging bergema dalam dapur kecil milik Sara. Ini stok makanan terakhir buat peri yang selalu menemani hari-hari sunyi Sara, Lucy. Hihihihi, Lucy si peri comel berterbangan girang sambil mengelilingi Sara yang sedang asyik menyediakan makanan buat Lucy. Setelah siap, daging cincang itu disantap penuh berselera oleh Lucy. Sara senyum nipis, terhibur dengan aksi comel Lucy si peri comel. Usai makan, Lucy terlentok manja dipangkuan Sara sambil bernyanyi kecil. Kerana terlalu asyik mendengar suara merdu Lucy, Sara pun terlena. Begitu juga dengan Lucy. Keesokan hari-nya, Sara mula bersiap untuk mencari stok makanan buat Lucy, peri comel kesayangan-nya. Destinasi yang dituju adalah sebuah taman rekreasi di pinggir bandar. Hari itu hujung minggu, jadi pengunjung agak ramai. Sara duduk disebuah bangku menghadap tasik. Lucy yang sedari tadi bersembunyi di dalam beg mula menjengah keluar. Pandangan ditumpukan pada seorang anak kecil yang sedang berjalan sendirian di tepi tasik. Segera Sara bangun menghampiri anak kecil itu. Dengan muka terpaling suci dan comel, Sara menyapa anak kecil itu. Lalu diberi gula-gula lolipop. Anak kecil itu tersenyum girang. Lalu diajak anak kecil itu berjalan-jalan. Namanya Hisyam. Baru berumur 4tahun tapi sangat petah berbicara. Lucy yang menjengah dari dalam beg, segera meniup dedebu halus kearah Hisyam. Seketika kemudian, Hisyam mengadu mengantuk. Sara dengan senang hati menawar untuk mendukung Hisyam. Hisyam ketiduran. Sara segera pulang. Sesampai dirumah, Hisyam dibaringkan diatas katil. Lucy segera keluar dari dalam beg. Berterbangan bebas sambil terkinja-kinja gembira melihat Hisyam yang terlena. Piring hitam The Ramones diputarkan. Bersenandung lagu Baby I Love You memecah kesunyian. Sara menari-nari kecil bersama Lucy. Bahagia. Malam itu, Hisyam yang masih belum sedar, diletak dalam sebuah periuk besar berisi air. Saat api dihidupkan, Hisyam mula sedar. Dia merontaronta sambil berteriak minta tolong, tapi kaki dan tangannya sudah diikat. Hisyam menggeletik perlahan bila air mula menggelegak mengeluarkan buihbuih besar. Tiada lagi suara. Dia sudah nyawa-nyawa ikan. Lucy segera menabur serbuk perasa sambil tertawa riang, hihihihihi. Sara tersenyum senang. Cakk cakk!! Sara menetak-netak Hisyam kepada beberapa bahagian. Semuanya diletak dalam satu beg plastik dan disimpan dalam petisejuk. Cuma bahagian kaki sahaja ditinggalkan buat santapan Lucy, peri comel peneman Sara yang berhati iblis. Hihihihihihi Oleh Lavender Harum Wangi

Pari pari Malam ini aku sendiri. Di ruang kamar kelam, berlampu suram, berdinding hitam. Bagaikan tiada serinya lagi. Seolah aku hidup dalam perkabungan. Seolah aku bernafas di dalam kubur selebar 2 meter, setinggi 4 meter. Kegelapan ini menyesakkan nafas, menghimpit ruang trakea, menyukarkan udara memasuki paru paruku yang sakit dan uzur dek kerana kandungan nikotin, tar, plumbum dan racun tikus yang sudah lama menjadi penghuni tetap di situ. Aku seakan mati di dalam kesesakan kegelapan ini. Tiada satu pun cahaya yang sudi menjadi tetamu malam ku. Bulan langsung tidak memandang aku, apatah lagi bintang, sombong sekali. Aku hampir melepaskan nafas terakhir, tiba tiba dummm! Pintu terkuak. Cahaya terang menyinari setiap pelusuk ruang kamarku. "Kau siapa?!!" Aku kaget dengan kehadiran makhluk misteri bercahaya itu. "Akulah pari parimu, akan menemani malam malam mu." Aku tersenyum, kembali bernafas, Oleh Perempuan.

Pari pari yang terkurung.

Oleh Amalina & benda kecil

Angel Si Pari Pari "Celaka, mana aku letak sarung kepak aku ?" Bisik perlahan suara Angel yang terpacak tegak di dalam petak bilik dan bujurnya katil. Malam ini dia ada rancangan. Seminggu sekali akan ada masa untuk Angel terbang keluar pada larutnya malam. Kesejukan pekat malam bukan suatu yang asing lagi buat Angel yang menetap di sebuah pangsapuri tujuh puluh tingkat melintang. "Sejuknya malam ni. Nak pakai sweater ke tak nak ?" Persoalan yang sering dijawab sendiri oleh diam mulutnya. Tak pasti sama ada betul atau tidak keputusan itu. Tak siapa pun yang faham. Hanya Angel dan hidupnya. Malam itu Angel terbang perlahan sebaris dengan bangunan berkembar betul-betul terletak di tengah kota bandaraya. Negeri yang sangat terkenal dengan zalimnya zombi dan alimnya pontianak. Peristiwa dua tahu lepas telah mengubah suasana putih kota itu. Yang dahulunya seri dengan gelak ketawa muda mudi zombi, kini penuh dengan sundalnya puaka ego masing-masing yang tamak dengan kuasa dan hak memimpin. Kota yang dulu hingar dengan suara laungan cinta, kini pudar dengan kata puki mencalar panji. Sambil terbang Angel ke mesin transaksi duit, tak sah jika lagu Creep daripada Radiohead tak dipasang pada pemain musiknya. Kumpulan yang paling dia minati. Penuh dinding pangsapurinya dengan poster dan contengan gambar kumpulan itu. "Sial, tinggal dua ratus setengah ringglo saja ? Mana cukup aku nak belanja untuk bulan depan" Keluh Angel seorang diri dihadapan mesin itu. Dia risau tentang hidupnya yang kian sempit sejak peristiwa dua tahun lepas itu berlaku. Hidupnya tak seperti dahulu. Kini makin terkawal dan terdesak. Sedih selang sebak matanya menahan. Pasrah. Destinasinya malam ini masih jauh. Ada banyak lorong yang perlu dia terbang dan perlu dia perhati setiap sudut. Takut-takut ada yang menyerang. Pasti habis nyawa betinanya. Mati dikokang taring zombi yang meminjam hatinya syaitan dari neraka tingkat ketujuh. Intai-intai mungkin ada pahlawan pontianak yang berada dekat dengan radius atmosferanya. Namum hampa. Dia masih perlu berjaga-jaga. "Dushhhh" Dari jauh kedengaran bunyi itu. Namun masih belum jelas dek pendengaran telinga Angel. Dia masih cuba menajamkan derianya. Takut-takut ada bahaya mendatang.

"Dangggg" "Dushhhhhh" Sekali lagi. Bunyi hentakan selang bunyi rengekan. Angel mula panik. Dia menghampiri bunyi tersebut. Dia mula terbang rendah mencari arah tuju rengekan itu. Seperti suara perempuan. Dia tergamam. Melihat sekumpulan zombi dan seorang manusia. Anak gadis belasan tahun berbaju uniform sekolah. Berbogel telanjang dia disana. Rambut perang habis berguguran selerak diatas jalan tar. Darah banyak keluar daripada puki anak gadis itu. Terkena pada sebuah topeng berwarna merah biru. Rengekan terus dihidangkan buat deria Angel yang jauh bersembunyi disebalik bungkusan sampah. Meninggalkan tanpa membantu. Angel meneruskan perjalanan. Meninggikan semula terbangannya ke udara. Kali ini dia betul-betul tinggi. Sama tinggi dengan skrin besar yang tergantung dibangunan pencakar langit. Siaran berita saluran 666 Ostra Owina. Sambil itu dia memesan Burger Ayam Pedas Mak Dulaks yang terletak berhampiran dengan kedai menjual DVD. "Berita tergempar, mayat seorang lelaki yang dipercayai ditikam dengan kejam telah dijumpai di suatu lorong tadi. Mayat berpakaian warna merah biru dan terdapat logo lebah-labah pada hadapan bajunya." Selang beberapa saat kemudian, suatu lagi berita disampaikan. Kali ini berita baik buat semua penduduk kota itu. Presiden pertubuhan gusti iaitu Vince McMahon telah dilantik suruhanjaya tinggi majlis dewa-dewa zombi dan pontianak sebagai Presiden baru negeri kota ini. "Merdeka !" Lebih 4000 mata-mata liar memandang satu sama lain. Mereka ada yang takut, ada yang ketawa, dan ada yang mula bertempiaran lari meninggalkan segala yang dikendong. Darah dua tahun lepas terpercik sekali lagi, hari ini. Tepat selepas laungan "Merdeka" oleh salah seorang pontianak. Vince McMahon masih tersenyum di layar skrin dengan taringnya yang tajam. Sambil dia menikmati segelas bir merah pekat. Dia masih lagi tersenyum. Burger ayam pedas terpijak dan sausnya meleleh disekeliling roti. Angel kini, menjadi pari-pari.

Oleh Xalleh Razaz

Sang Mimpi

Hari ini mungkin sama dengan hari-hari yang lain. Hujan lebat terus-terusan membanjiri bumi Bangi. Dhil Sukarna dari semalam masih nyenyak berdengkur. Sekejap-sekejap tubuhnya dialihkan ke kanan. Ke kiri. Ke atas. Ke bawah. Dhil Sukarna seperti di rasuk sang mimpi. *** Ruang itu terlalu asing. Dhil Sukarna keseorangan terpinga-pingga kebinggungan. Dia melihat langit tidak berbintang, ada pari-pari dari Jeli turun menemaninya. Membawa Dhil Sukarna terbang jauh ke dalam hutan bakau. Ada lorong disitu. Cantik. Ada kolam dihujungnya. Bergembiralah Dhil sukarna berkubang bersama pari-pari dari Jeli hingga keakhir hayatnya.

Sang Tekukur Jantan

Wahai Pari-Pari. Wahai Pari-Pari kenapa kau terpilih jadi tema ZineSatuMalam? Wahai Pari-Pari siapa pencipta kau yang sungguh seksi ini? Wahai Pari-Pari kau tak ada duit nak beli kain lebih sikit buat tutup lurah dada ke? Wahai Pari-Pari kenapa dalam sinetron bila kau muncul mesti ada kesan bunyi pelikpelik? Wahai Pari-Pari kau bersenggama bagaimana? Wahai Pari-Pari korang ade sistem pendidikan yang bagaimana? Wahai Pari-Pari kenapa tidak pernah ku lihat versi dikau yang kerepot? Wahai Pari-Pari kau tak rasa sungguh gay ke kerana kau punya sayap warna warni yang sungguh berkilauan? Wahai Pari-Pari payu dara kau tu lahir-lahir terus tumbuh ke? Wahai Pari-Pari kau tahu pakai kain pelikat atau kain batik tak? Wahai Pari-Pari apa pendapat kau mengenai ZineSatuMalam? Wahai Pari-Pari adakah sistem politikal dunia kamu umpama dunia politik Malaysia? Wahai Pari-Pari kamu punya pari-pari versi Ibrahim Ali tak? Wahai Pari-Pari tak perlu jawab soalan yang tadi kerana saya tahu katak seperti beliau tidak mungkin sesekali menjadi pari-pari. Wahai Pari-Pari kenapa golongan pari-pari gemuk didiskriminasi dan kurang disiarkan di layar perak? Wahai Pari-Pari kalau kau boleh mati dimanakah perkuburan kau kerana raya haritu aku tidak sempat melawat? Wahai Pari-Pari aku tahu kau tak wujud kerana dalam Al-Quran tiada menyebut perihal dikau. Wahai Pari-Pari aku dah penat bertanya tanpa jawapan.

Oleh Eszol RAAR

Pari-pari SMS Lenanya tidurku malam ini. Aku rasa amat bahagia sekali Tiba-tiba ku didatangi makhluk. Aku bingung sama ada hendak menggunakan penjodoh bilangan seekor atau seorang. Hendak kukatakan seekor, bentuknya persis manusia. Hendak kukatakan seorang, bersayap indah seperti rama-rama. Serabut kepala aku. Aku pari-pari. Dia memperkenalkan dirinya Hei pari-pari. Kenapa kacau aku? Apakah Alya sudah berjaya membunuh Siska? Sebab itu kau tak membantu dia lagi? Aku merujuk kepada sinetron yang terkenal di Malayisia itu. Kedatanganku hanya untuk memberi khabar gembira sahaja. Esok, bukan kau, malahan seluruh rakyat di negara kau akan menerima perkhabaran gembira itu. Celik sahaja mata kau, lihatlah telefon bimbit mu. Itu sahaja. Pesan pari-pari lalu hilang ditelan kegelapan malam. Tunggu!!! Jeritku. Eh, aku berada di atas tilam. Adakah aku bermimpi? Handset! Mana dia? Yeah.. Ada SMS baru masuk. Mungkin ini perkhabaran gembira yang dikatakan itu. Aku membacanya:

RM0.Pelanggan dihargai, mulai 15/9/2011,semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yang berkenaan. CELCOM
. Tak guna pari-pari. Grr~ Oleh Iqbal Zarin

Pari pari biru. Ditepi tebing tinggi... cantik pemandangan dari atas sini dari jauh semuanya nampak kecil seperti semut langit cerah membiru kepulan awan bagaikan gula kapas hembusan angin nyaman dan damai berburung yang berkicauan riang sekali rama-rama indah cantik berwarna warni serta bunga-bunga mekar harum mewangi inilah dunia indah! *pejam mata dan senyum ini tidak cukup indah semua ini palsu belaka kau tertipu hati kau mendustakan kenyataan bukalah mata mu segera bangkit dari khayalan ini dunia durjana penuh dengan parasit busuk dengan bangkai-bangkai hidup penuh dengan hipokrasi dan penindasan tiada tempat untuk kau di sini ini dunia manusia syaitan! *buka mata tangan bergenggam suara siapa? siapa kau mengapa gertak aku kenapa kau memaki dunia begitu tidakkah kau lihat di sana ada cahaya indah tidakkah kau lihat di sana ada bahagia yang penuh dengan harapan? keluarlah kenapa tidak kau tunjukkan rupa? aku di sini aku di sini merah! aku bukan memaki tidak sekali gertak kau aku cuma beri peringatan untuk kau sedar tentang hakikat dan kebenaran jangan kau alpa dan leka dengan kepalsuan yang terzahir di depan mata sedarlah merah! kau pari-pari biru boleh berkata-kata bahasa manusia? apa kau ini malaikat?

ya,aku pari-pari biru hanya kau saja tahu aku bukan malaikat cuma "jelmaan" *terbang hinggap di bahu merah siapa kau sebenar dan dari mana kau tahu nama aku? kenapa kau bercakap tentang dunia? siapa aku kau tak perlu tahu aku hanya mahu jadi pelindungmu dari ancaman! ancaman dari siapa yang kau maksudkan? siapa mereka yang kau takutkan? dari parasit pemakan bangkai! mahukah kau aku tunjukkan jalan? jalan ke mana wahai pari-pari biru? jalan menuju abadi... jalan menuju abadi? adakah ia seindah mimpi fantasi? ya,sangat indah malah lebih indah dari mimpi mu,merah . lebih indah dari mimpi ku? jika begitu,aku mahu tolong bawakan aku ke sana teringin benar aku mahu melihatnya. Mari,ikut aku merah sama-sama melangkah ikut belakang aku akan ku bawa kau ke sana dan amanlah selamanya * merah melangkah dengan teruja mara kedepan merah

teruskan berjalan ke depan jangan kau toleh lagi semua yang kau telah tinggalkan berjalanlah dengan tenang baiklah pari-pari biru akan aku turuti ini impian aku mahu mengejar hidup yang indah ingin ku tenang sampai bila-bila aku langkah satu-satu * merah terus melangkah ke hadapan tanpa sedar kakinya sudah tidak berpijak lagi pada tanah bersedialah merah pejam rapat matamu untuk melihat dunia baru. mata di pejam rapat dan tangannya di depakan. dan merah sampai juga ke dunia abadinya buat selama-lamanya tanpa jasad sempurna. Oleh Rose Merah.

Kenapa Kau Pari-pari? Pari-pari Hanyalah khayalan semata-mata Tidak wujud di dunia yang nyata Pari-pari Tiada insan yang pernah melihat kau Tiada insan yang pernah mendengar suara kau Tiada insan yang pernah membuktikan kewujudan kau Tapi Kau sungguh istimewa Segelintir manusia sayang pada kau Mereka mencipta lagu untuk kau "Syair Si Pari-Pari" Filem tentang kau "Duhai Si Pari-Pari" Aku sebagai insan biasa yang tidak pernah merasai kewujudan kau Tapi aku cemburu akan dikau Ya aku cemburu pada kau pari-pari Kerana tiada lagu mahupun filem yang menceritakan tentang diriku Kenapa kau yang dipilih, wahai pari-pari? Kenapa kau pari-pari? Kenapa bukan aku?

Oleh ThePhyscoDeeDean

Kerana engkau adalah pari pari ku.

Diam tanpa bicara, Kau datang mengungkap kata-kata, Mengisi ruang hening antara kita.

Saat aku dirundung pilu, Air mata menambah sendu, Kau datang memeluk aku, Membuang semua kenangan lalu.

Saat aku kehilangan kata,Saat aku riang gembira, Di pinggir bibir terhias tawa, Kau datang menceriakan lagi suasana, Hilang semua memori duka.

Kerana engkau adalah pari-pariku, Kerana kau bersamaku selalu, Takkan aku melupakanmu, Biar masa ditelan waktu, Kerana hanya engkau pari-pari ku nan satu.

- oleh Isha Idiaz

BikiniFairy 2000.. Sara sedia untuk tidur yang sebenar selepas mendengar lullaby yang diceritakan oleh Mak Senah bibik janda anak tiga. Entah kenapa malam itu dia susah betul mencari pintu tidur yang selalunya pabila dibuka akan membuaikan mimpi-mimpi riangnya, seorang cilik berusia 4 tahun. Dia pejamkan mata, difikir yang indah-indah dan tibatiba terlihat cahaya keputihan teramat, silau, pedih, menusuk sehingga kerut kelopak mata menahan. Mata masih terpejam. Kepedihan mata kini maksimum sehingga cahaya putih terus hilang. Mata dibuka. Ia terus saja disilaukan lagi. Tangan diangkat meredupkan pandangan.Terlihat wanita kecil umpama miniature bersayap datang menghampiri. "awak siapa?" "jangan risau Sara sayang, saya fairy awak" "saya tak mintak awak datang. awak keluar sebelum saya nangis jerit panggil mama...atau polis!" "awak takkan boleh sayang. saya punya kuasa untuk buat apa saja pada awak. tapi saya fairy awak, saya akan jaga awak sehingga tiba masa nanti. saya ini cantik, comel kan. macam puteri yang awak suka. Sara sayang, saya akan ajar awak bagaimana menjadi cantik macam ni" "heee. nak! nak! Sara nak jadi princess" "Iya.tidurlah sayang, Sara ada sepenuh masa dalam hidup ni untuk jadi macam Fairy.." terus saja dihembus angin magik bling-bling ke muka Sara. separuh saat, Sara terus lelap. Keesokan hari,bulan dan tahun terus dinikmati Sara bersama Fairy. Ajaran Fairy bukan kepalang, Sara pula memang seorang kanak-kanak cemerlang. Apa yang disuruh, tiada satu pun yang tidak berjaya dipatuh. "Fairy fairy, kenapa awak pakai macam tu? apa nama pakaian tu? cantik sangat" "ini bikini namanya sayang. tengok, tutup buahdada dan vagina saja. Sara pakailah begini selalu. boleh jadi cantik dan disukai ramai lelaki" "ramai orang suka? bestnyeerr!" 2011

Sara kini 15 tahun dan macam-macam sudah dipelajarinya. Semua Fairy yang ajarkan. Kawan-kawan lain menelaah video pelajaran sains, dia gian untuk menonton video "biologi". Kata Fairy, ini yang penting bila besar nanti. Ilmu lain tak berguna. Zina sudah jadi benda biasa bagi dia. Dah ramai lelaki yang merasa kewanitaannya. Mulamula dia bingung apa yang pentingnya, tapi Fairy yakinkan. Sara perlu buat macam tu dengan lelaki, barulah nanti bila besar akan jadi pujaan di mata lelaki. Juara antara semua wanita! Sara bukan menurut secara dipaksa dera, dia malahan suka menjadi demikian. Semakin lama semakin sedap, semakin sangap. Di bilik, tiada lain pakaiannya selain bikini. Lelaki nafsu durjana menelefon, panggilan video yang Sara lebih idamkan. Sambil berbikini dia menaikkan nafsu sedap sendiri, mengerang sendiri, merasa geli-geli badan sendiri dengan bantuan jantan nafsu durjana. Bila berjumpa setan topeng manusia bergelar jantan, turn-on yang dipilih Sara ialah berbikini di awal "peperangan dua galaksi". Fairy kini bersandar di kerusi malas, goyang kaki diamkan sayap. Sara 90% pass, katanya dalam hati. 2014 Sara sudah 18. Lesen P kini sudah sah bertukar CDL. Tak perlu lagi cop merah di badan yakni pantauan ibubapa bila hendak ke mana-mana. Dia remaja. Bebas dan terus lemas. Fairy cuma menunggu detik dan tika. Sara cuma 10% sahaja lagi sebelum dia boleh berkata "mission accomplished!" Suatu malam Sara tidur terlentang setelah penat 3 round dengan boyfie baru. Dalam lenanya yang letih melempias nafsu, datangnya mimpi tak dijangka sedang membawa misi. Cahaya merah menyala seperti api terbakar marak. Sara menjerit dalam mimpinya sendiri. Muncul ribuan Fairy-fairy yang lain. Setiap seekor berwajah hodoh, bersayap tajam bergerigi, bertaring sampai ke bawah gusi. "Sara. masanya kini tiba. Kau adalah Kami. kini Fairy merekrut ahli baru iaitu Kau, MVP antara ribuan pelapis yang lain. menjadi Fairy yang bakal melatih kanak-kanak cilik yang lain" Sara cuba meronta. Tak berdaya. Bingung habis lunak fikiran. Dimana BikiniFairy yang katanya pelindung di kala bahaya menghimpit. Fairy bermuka paling hodoh datang dan menyeru.. "Tidurlah Sara....tidurlah sayang................." HAAAAHHHHH!!!! Sara terjaga dari tidur. Dipandangnya badan sendiri. Bersayap, bling-bling, tak berpakaian cuma BERBIKINI! Oleh Nub Mohd Tahir

Pari-pari

Aku orang kaya disini. Bagiku dialah pari-pariku. Pari-pariku yang menyelamatkan aku dari kemiskinan ini. Sudah begitu lama ku dibelenggu kesusahan hidup. Sudah begitu lama ku berada di bawah. Kini, aku ingin berada di atas selamanya. Terima kasih Pari-pariku. Dapat lah aku menolong orang yang susah.

Aku orang teraniaya. Celaka manakah yang telah mencuri hartaku. Bertahun ku menyimpan, kini lesap. Lesap tak berjejak. Celaka! Nasiblah ada orang kaya membantuku. Moga Allah merahmatimu.

Aku anak orang kaya. Bapak, itu bukan pari-pari! Mana ada pari-pari warna hijau!

Oleh Superhero AL

Oleh Akid Evererest

Oleh Isaac Ismael

Labyrinth Hati Harry

Pertama kali dia buka pintu, aku sudah terkulat-kulat memandang ruang dapur. Pintu utama di ruang dapur? Diisyaratkan supaya aku berganjak, agar pintu tadi dapat ditutup semula. Aku lihat sahaja dia memanjat anak tangga berparkir perlahan-lahan, tinggalkan aku yang masih jakun dengan keadaan sekeliling. Comel dapurnya. Kemas. Membuktikan anggapan aku tentang keadaan sebuah rumah bujang salah semata-mata. Barangkali aku gemar membuat anggapan sendiri. Pertama kali melangkah ke sebuah penthouse, aku agak teruja. Sedikit sebanyak, penyesalan yang aku rasa sepanjang perjalanan dari Petaling Jaya ke Sri Kembangan beransur pudar. Entah bila muzik trance mula memenuhi saluran pendengaran. Aku mula menaiki tangga ke tingkat atas, mencari sebarang kelibat manusia tapi gagal. Setibanya ke anak tangga terakhir, pemandangan sebuah ruang tamu moden menyambut aku hambar. Lampu bolong kertas Ikea memberi warna oren samar untuk ruang itu. Aku jejaki muzik tadi kerana aku tahu sumbernya boleh membawa aku kepada jiwa yang aku cari. Bilik sederhana di hujung sudut menjadi tujuan, perlahan aku masuk. Asap berkepul-kepul memenuhi ruang bilik. Kipas siling yang berkelajuan lima pun tidak mampu menolak asap keluar dari tingkap di hujung bilik mahupun melalui pintu bilik yang ternganga luas. Lelaki muda itu duduk di atas beanie hitam, membelakangkan aku, sedang kusyuk melakukan sesuatu, sambil menggoyangkan kepala mengikut alunan muzik yang mula melebihi decibel pendengaran yang sihat. Aku rapati lelaki yang ternyata tidak mengendahkan wujudnya aku tetapi setibanya aku di sisi, ditarik sebuah lagi beanie kecil dari bawah meja, memberi arahan bisu supaya aku duduk. Akur. Kini aku tahu dari mana datangnya asap berkepul-kepul. Bong ungu di tangannya merungkaikan misteri aku tadi. Meja kecil di hadapannya penuh dengan rokok Dunhill yang digunting, bertaburan tembakau kering jatuh atas kertas hitam pamphlet Ministry of Sound. Tangan berjari gemuk itu mencapai bukuan daun kering mampat dari belakang meja, berhati-hati membahagikannya lalu diletakkan bersama tembakau tadi. Kautan pertama diletakkan di paip kecil bong ungu. Nyala. Sedut. Hembus. Puas. Ulang. Ketika habisnya dedaun kering di atas pamphlet itu barulah dia beralih memandang aku. Menarik kepalaku turun ke ribanya, sambil tangan sedikit ketar itu mengusap rambut hitam aku.

Kenapa? soalnya kepada aku. Aku pusingkan muka agar memandang muka lelaki muda itu. Aneh. Sepatutnya aku yang perlu bertanya. Apa tu? You tak perlu tahu, jawabnya sambil kembali mencapai bong ungu, mempamerkan sisi dagunya kepada pandanganku. Entah berapa ketika dia asyik dengan aktivitinya, aku mula bosan. Menepis tangannya perlahan dan bingkas bangun ke katil. Katil kayu dengan cadar kemas, andai kata aku tidak kenal dia, akan aku katakan ini syurga seorang wanita. Terbaring aku di situ memandang kipas siling. Mula mengiring ke kiri melihat almari pakaian berwarna coklat gelap. Baju kemas tergantung. Jeans dilipat tersusun. Mungkin begitu lama aku termenung, katil sedikit beralun, dipusingkan badan, lelaki tadi sudah di sisi. Satu kucupan hinggap ke dahi sebelum turun ke bibir. Bauan aneh mula menjengah deria. Sedikit menggigit sebelum dia berhenti dan terus menarik tubuh aku ke dalam rangkulannya. Teman I tidur malam ini, pintanya perlahan seakan anak kecil. Rangkulan makin kejap. Yang pasti, harapan aku untuk bersamanya malam ini sedikit musnah. Tidak mengapalah, asalkan aku berada dalam pelukan. Harry. Nama moden untuk seorang lelaki moden. Kehidupannya diatur mudah oleh takdir. Hidup mewah. Kereta, penthouse, wang. Semua dibekalkan keluarga. Hidup di ibu kota, menuntut di kolej swasta yang entah berapa kali mengulang subjek. Rantai emas di leher. Telinga bertindik. Bergelang jed ukir. Perokok tegar. Pemabuk berkala. Pemandu berbahaya. Penagih kritikal. Tidur malam aku tidak pernah lena sejak dia hadir dalam hidup aku. Telefon bimbit sentiasa di tepi bantal, takut-takut mendapat panggilan darinya. Pernah sekali terlalu mabuk sehingga hilang punca. Rakannya yang aku tidak pernah kenal membuat panggilan pukul dua pagi memohon aku hantarkan dia pulang. Memandu aku dari Kuala Lumpur pulang ke Sri Kembangan tanpa lesen. Mengangkut tubuh longlai sedikit berisi itu memanjat tangga penthouse di tingkat dua separa mampus. Dibersihkan mulut yang bersisa muntah. Disalinkan pakaian yang lebih selesa. Ditidurkan seperti bayi baru lahir. Pernah sekali telefon aku berdering lagi pagi-pagi buta. Harry memandu di bawah pengaruh apa aku tidak tahu. Yang pasti, pembahagi jalan di Lebuhraya Persekutuan dihentam selamba. Aku keluar lagi menahan teksi, membawa pulang lelaki berdarah

dahi dengan kereta separa remuk dan cermin hadapan retak. Pulang ke rumah, keluar semula ke kedai serbaneka 24 jam membeli peti kecemasan. Mencuci luka dengan penuh sebak di dada. Esok pagi, ketika dia tidur lagi, aku mula mencari kedai servis kereta dan menderu mencari perkakas kereta remuk itu. Pernah sekali tidur aku terganggu. Bunyinya cemas, aku terus bersiap. Dia datang dengan Myvi merah tanpa cerita. Perjalanan ke Sri Kembangan sunyi. Hendak bertanya aku pun segan. Tiba di rumah dia terus ke hadapan televisyen. Bila aku tanya mengapa, Teman I tengok TV, jawapan yang aku terima. Pernah juga sekali, diambilnya aku dari kuliah ketika awal pagi. Dibawa ke suite hotel mewah di tengah kota. Kurung sutera putih di atas katil disuakan kepada aku. Arahan ringkas aku turut. Usai berbaju kurung, dibawanya aku turun ke dewan besar. Sambutan majlis pertunangan kakaknya menjadi sedikit kecoh dengan kehadiran aku. Ibunya memandang aku dengan senyuman tetapi rata- rata ahli keluarga yang lain sedikit kehairanan. Bapanya datang menghampiri. Dia tak pernah bawa mana-mana perempuan bertemu keluarga sebelum ini. Aku tidak pernah tahu siapa aku dalam kamus hidup Harry. Dia tidak pernah mengucap kata sayang padaku. Sebenarnya aku tidak pernah tahu apakah perasaannya. Tidak berperasaan sepanjang masa. Entah apa yang difikirkan, aku tidak boleh selami. Harry sesat dalam labyrinth buatan hati sendiri. Dan walau bagaimana caranya dia menyembunyi perasaan, dia tetap pari-pari aneh yang datang mengganggu tidur-tidurku. Dan aku tidak pernah kesal tinggalkan mimpi indah hanya untuknya walau dia datang dengan seribu mimpi buruk.

Oleh Ramona Bunga

Penyakit Aneh di Negara PariZineSatuMalam Cerita ini bermula pada setiap satu malam yang begitu jarang berlaku di Negara Pari Zine yang di panggil "Satu Malam", dimana apabila tiba satu malam itu, kebanyakkan pari-pari akan terkena penyakit yang begitu sukar diubati iaitu Schizopherinia paranoid. Bertempat Hospital Sakit Jiwa Pari-Pari. Maka terjadilah, cerita Pari Zine Satu Malam. ****** Disebuah bilik berwana putih, terdapat dua ekor pari-pari sedang duduk di kerusi. Seekor doktor. Seekor pesakit. Mampukah doktor itu mengubati pesakitnya yang menghidap penyakit schizopherinia paranoid kali ini. Doczoukpari: Apa nama lu? Pariapa: Pariapa Doczuoukpari: Lu pari-pari jenis apa? Pariapa: Pari Apa Pun Tak Boleh. Doczoukpari: Lu tahu kenapa lu disini? Pariapa: Sebab kau paggil aku kemari? Kau nak bunuh aku ya?? Tak! Tak! Kau penculik!! Tolong!! Tolong!! Aku di culik!!!! Doczoukpari: Bawa bertenang!! Gua doktor lu! Pariapa: Doktor apa kau ni guna "gua" "lu" dengan pesakit??(muka penuh konfident kemudian kembali takut) Tak, tak akan lah... Tolonggg, samseng mengaku doktor culik aku, dah la badan ketot, muka empat segi. Tolong aku!!! Doczoukpari: Suka hati gua la nak guna apa pun. Gua nak bagitahu, lu terkena penyakit Schizopherinia paranoid. Si Pariapa terdiam 5 minit, lalat kecil berterbangan dihadapan mereka. Pariapa: Sakit?? Aku?? Paranoid?? Aku terkena penyakit itu?? Pariapa tergelak sekuat hati, kemudia dia menangis melalak-lalak. Pariapa: Aku nak mati, aku selalu rasa semua tak nak kawan dengan aku, aku nak jadi penulis, tapi tulisan aku teruk sangat. Apa boleh buat dan memang jenis Pari Apa Pun Tak Boleh.

Si Doczoukpari hanya menjeling menyampah melihat gelagat Pariapa dengan kaca mata hitam yang tak berapa hitamnya, dengan pena yang dipegang, dan sebuah buku panjang untuk catitan, dia melonggarkan tai hitamnya, sayap putih tergerak sedikit. Doczoukpari: Sabar! Mula-mula kau akan berparanoid dengan fikiran sendiri. Cuba bawak bertenang. Ini kan perkara biasa pada malam "Satu Malam". Pariapa: Tak! Tak! Aku tak boleh, tengok sayap aku ni (sambil gerak-gerakkan sayap). Sayap aku tak cantik, aku rasa susah nak terbang untuk ke mana-mana,aku .. teruk .. aku... Aku nak menangis. Huaaaa~~!!!!

Doczoukpari hanya mengeluh melihat pesakitnya. Menahan binggitan tangisan si Pariapa. Rasa meluat kian bertambah. Sebenarnya, Doczoukpari sedang menghadapi tekanan perasaan apabila berhadapan hampir 1,927 pesakit paranoid yang perlu diberi rawatan seperti ini, antaranya adalah Pariwhite, Paritipus, Paribertukar, Parilucy dan banyak lagi. Setiap pesakit akan bertambah apabila Negara Pari Zine menjelang malam "Satu Malam". Makin banyak lah yang datang untuk mendapatkan rawatan dari Doczoukpari. 'Pappp~~!!' Dengan pantas buku yang dipegang diketuk kuat pada kepala Pariapa. Pariapa terduduk diam, begitu juga dengan sayapnya. Doczoukpari mencatat sesuatu pada kertas putihnya. Pariapa: Doc dengar tak? (ketakutan) Docpari: Apa?? Pariapa: Doc dengar tak?? Bunyi ketukkan tu, ada suara pari menangis, hantu pari. Doc dengar tak doc!! Doczoukpari terdiam melihat gelagat Pariapa yang berauditory halusinasi. Doczoukpari: Sudah peringkat kedua, Psikosis. Doczouk membiarkan Pariapa ketakutan. Air mata mencurah-curah ke pipinya sambil menunggu peringkat yang terakhir yang perlu diambil tindakkan segera. 16 minit kemudian, Kelakuan Pariapa berubah, dia mendiamkan diri. Mukanya mula berubah ganas. Menunjukkan penyakit Schizopherinia pula yang muncul. Peringkat terakhir.

Pariapa: Aku bagi kau 5 minit untuk kau keluarkan aku dari bilik mayat ni!! Suara Pariapa menjerit keluar. Badannya terbang dengan pantas dan ditenung muka Doczoukpari dengan muka yang sangat bengis. Doczoukpari hanya menjeling. Kemudian dia tersenyum kecil, keningnya diangkat sedikit. Seperti muka yang dia selalu buat apabila bergambar. Kemudian, Doczoukpari dengan pantas menolak tubuh Pariapa hingga terbaring ke lantai, kemudian menikam dada Pariapa mengunakan pen ditangannya dengan laju sekuat hati melepaskan segala tekanannya. Casskk!! Casskkk!! Caasskk!! Setelah puas menikam Pariapa sehingga mati, darah berwarna hijau membanjiri bilik putih itu. Doczoukpari terduduk puas. Doczoukpari: Rasakanlah, puas hati aku dapat menikam setiap seekor pari yang datang pada tiap-tiap malam "Satu malam" ini. Selesai dendam.

Oleh Linda Zizan

Fay Fay stood stiff, barely breathing, staring emptily at the world outside her window. Translucent tiny molecules coursing down her blotchy cheeks like a hundred shattered pearls. Her sun kissed face pale like a dead surya. Her shaky hands, gripping the letter from the Authority of Verification and Registration of Ethereal Beings is smeared with her maiden's blood. It was not from the paper cut. She cut herself. She is aware that any minute now she may no longer be able to stand, let alone breathe. Fay walks away from the window and sit in the corner of her bed. Tears haven't quite quitting running down her eyes granting her a blurry vision of things around her. Her eyes then catch a forbidden object on the floor, near her tiny left foot. A brand new horseshoe. Somebody with a wicked sense of humour had flung the horseshoe from the street straight into her hut. Fay bends down and picks the cold iron. Her palm burns. An agonising expression of dreadful pain spread all over her face but Fay grips the iron in her hand as hard as she could possibly afford. She is now witnessing the whole process of her own death. A fairy who has just been officially disowned by whom she always thought as her species; The Fairies. Because she is a fairy , born to a pair of demoted angels. Fay closes her eyes and picturing the faces of her dearest parents. Her blood and tears mould into crystals.Two seconds later she bursts into thousands tiny gold dust. And the crowds outside cheered in pure delight..

By Qiez Medusa Ar

Sistem Sayap berkepak empat dikipas laju menerjah angin malam menuju ke sebuah rumah rakyat marhaen. Dia mendarat elok di atas bumbung lalu menyelinap masuk melalui jendela yang terbuka. Sekujur tubuh pemuda sedang nyenyak tidur di atas kamarnya, berdengkur. Kayu saktinya dihala ke arah pemuda itu sambil menyebut sebait jampi serapah. Piap! Pemuda itu terkejut, bangun dari perbaringannya. Rahangnya sedikit jatuh melihat makhluk bertubuh manusia bersayap berkepak empat. Dia menenyeh kedua-dua belah matanya. Pejam. Celik. Pejam. Celik. Bukan mimpi. Makhluk itu mengeluarkan sebuah buku nota yang bertajuk HARAPAN di hadapannya. " Nama kau Aloysius berbapakan Cinnaux. Ada betul? " Dia mengangguk dengan dahi yang berkeriut seribu. " Kau berharap menghapuskan sistem, bukan? " Dia mengangguk laju, kelu. " Akan ditunaikan dalam detik 30 minit akan datang, tapi syaratnya cuma satu, bersabarlah dalam 10 hari, jika langgar, nyawa kau sebagai galang ganti. Ada faham? " Dia cuba bersuara tetapi lidah keras untuk berkata-kata. " Nama aku, Alexial. " Ujarnya untuk kali terakhir lalu menghilangkan diri di balik jendela. Aloysius masih kelu dan tidak berganjak. Minggu lepas, dia berlutut di hadapan tugu negara, mengharapkan sistem dihapuskan demi keamanan sejagat. Jika benar apa yang dikatakan makhluk itu, dunia kini tiada sistem, atau itu semua cuma tipu dusta. Dia menyorot bantalnya mahu melelapkan mata menyambung tidur yang terganggu. Dari jendela terpancar sinar subuh menyapa matanya. Dahinya berkerut. Gila laju masa bergerak. Diperhatinya jam meja masih menunjukkan pukul dua pagi. Aloysius bangkit dari perbaringan menuju ke jendela. Matahari sudah mulai menunjukkan dirinya menerangi dunia. Matanya mencerun. Dia segera bertukar pakaian lalu keluar dari rumah menuju ke pekan yang kedengaran dari jauh huru-hara. Usai tiba di pekan, dia melihat manusia sedang memecah rumah kedai-rumah kedai dan merompak stok jualan mereka. Lengan seorang gadis yang sedang menjinjing beg penuh dengan hasil rompakan dipaut. " Apa gila kau merompak tak tentu hala ni hah?! " Tengking Aloysius. Satu tamparan hinggap di pipinya. Terkujat dia di situ. " Sekarang, merompak dah dihalalkan. Kau siapa nak halang. Heh. " Pautan tangan dilepaskan. Dia menghilangkan diri di balik gerombolan manusia yang tengah meranapkan pekan. Gila. Tak mungkin semua ini berlaku. Dia berlari menuju ke rumah memadangkan ia tempat paling selamat kini. Usai berada di hadapan rumahnya, dia terkebil-kebil melihat pintu yang telah berkopak, luluh. Terkecah-kecah Aloysius mencari keluarganya. Di ruang tamu rumah, tiga kujur tubuh tak berkepala yang

bergelimpangan menyebalkan hatinya. Dia melutut. Aku cuma nak hapuskan sistem. Bukan ini yang aku minta. Buku lima dikepal keras. Lantai menerima tumbukan bertalu-talu. " Dah hilang sabar? " Dia terkujat. L:idah kelu. " Baru lima jam dah sasau. Jadi, nyawa kau milik aku. " Aloysius menggeleng. Lidah kelu. Alexial mendekatinya lalu menerobos dadanya. Jantung direntap keluar, Roh Aloysius yang sedang memisahkan dirinya dari jasad turut direntap lalu dimasukkan ke dalam tabung uji bergabus. Badan Aloysius terkulai layu, rebah tersembam. Jantung yang direntap Alexial diletakkan dalam kotak ais kecil khas untuk meletakkan organ derma ke hospital yang memerlukan. Roh yang telah diperangkapkan tadi Alexial hirup laju menambahkan lagi bilangan nyawa di dalam jasadnya. Dia kemudiannya menyentuh kedua-dua belah dadanya lalu mengeluarkan sinar, berkata, " Sedangkan neraka dan syurga itu terbina dari sistem, hahaha! "

Oleh Lucifer

Si Pari Pari Angin menderu membelai pipi. Bulan kelihatan purnama, indah sekali memberi sinar kepada Kotaraya. Ada dua atau tiga tahi bintang yang dikesan Bisk sesudah senja tadi. Commet Halley mungkin. Sekali dalam 75 tahun. Menurut mitos Scottish, tahi bintang adalah roh-roh orang yang sudah mati. Ditambah lagi dengan kartika-kartika mengerdip sebagai latar menjadikan malam ini sebagai malam yang penuh ajaib. Begitu ajaib sehinggakan Bisk pilih untuk mati pada malam ini. Dia berdiri sambil memandang kebawah. Bangunan setinggi 13 tingkat ini memberi gerun kepadanya. Berdiri ditebing atap, dia tahu hanya dengan selangkah kaki sahaja lagi dia akan terjun dan bumi dan konkrit dibawah akan menyambutnya dengan tangan terbuka. Dia rasa sedikit takut. Ya, siapa tidak takutkan mati? Foto senyuman Asha ditatap lama. Digenggam sekuat rasa. Pilu. Seperti hatinya dihiris sembilu. "maafkan saya tuan, tetapi barahnya sudah mencapai tahap yang sukar diselamatkan." kata doktor pada hari ajal Asha. Arghh, mengapa dia yang kau pilih Tuhan? Airmatanya mula terbentuk dikelopak mata. Asha. Gadis berambut perang dan berhazel biru yang dia ketemui dua tahun yang lepas. Gadis itu ceria dan periang orangnya. Tambah lagi dengan sikap penyayangnya yang pasti membuatkan ramai lakilaki ingin merebutnya. Tetapi Asha tidak seperti gadis-gadis yang cantik diluar sana. Didalam hal ehwal percintaan, dia begitu jujur. Membuatkan Bisk berasa amat bertuah punyai teman seperti dia. Bisk masih ingat, hari pertama dia meluahkan rasa perasaan dibawah pepohon filicium. Saat itu, bulan berpurnama juga. Cahaya-cahaya daripada tiang lampu memberi rasa yang menyengat perasaan. Berjalan sambil berbual-bual. "Kau tahu Asha, sebenarnya hatiku sudah lama berpaut pada engkau." Asha terdiam sejenak. Berhenti sambil memandang mata Bisk. "benar katamu?" sekadar menduga. "Setulus hati dan sejujur lidah boleh berbicara. Asha, terimalah aku didalam hidupmu. Aku berjanji akan menjadi lelaki yang baik. Aku akan sentiasa berada disisimu tak kira ruang dan masa." kata Bisk penuh harapan. Dia memang maksudkannya. Asha memegang pipinya dan mencium bibirnya buat seketika.

"Ya, aku akan jadi pari-pari buatmu." jawab Asha sambil memberikan senyuman yang termanis dia pernah lihat. Magik. Bisk tersedar daripada lamunan yang menghantui. Dia menarik nafas dan hembus beberapa kali. Dia mahu terjun dan mati. Dia mahu ketemu Asha disyurga kelak. Dia sudah putus dengan katanya. Kaki kirinya maju kedepan dan dia~ Tarikan graviti menariknya dengan pantas sekali. Badannya jatuh melayang pada kelajuan yang sangat tinggi. Dadanya berombak-ombak melihat simen jalanraya yang semakin menghampir. Dia memejam mata. Berdoa. Minta dibuang rasa resah dengan segera dan agar sakitnya tidak terlalu dirasa.

Tiba-tiba, ada sepasang tangan menyambut Bisk dari belakang. Badannya terapung dan dia dibawa keatas semula, lalu dia diturun dengan selamat diatas atap bangunan tadi. Jutaan soalan menujah otak Bisk. Apa malaikat apa syaitan yang datang? Dia pandang kebelakang, dan alangkah terkejut melihat Asha yang menyelamatkan nyawanya tadi. Tetapi kali ini Asha kelihatan sedikit berbeza. Dia bergaun putih dan mukanya berseri. Indah. Dan satu lagi hal yang membingungkan Bisk adalah, Asha bersayap! "Bisk, aku suduah langgar undang-undang untuk memasuki urusan manusia. Tetapi aku tidak mahu kau mati sia-sia." Asha bersuara. Lunak. Merdu. Itu suara Asha. Memang dia. "Asha?" tergamam. "Ya Bisk, aku bersusuk pari-pari. Aku bukan lagi manusia seperti biasa. Kematian mengubah aku menjadi seperti ini. Apa yang kau cuba buat?" soalnya. "Aku cuma mahu ketemu kau semula Asha. Ingat janji aku tempoh hari? Aku akan sentiasa menemani kau tak kira dimana." bilang Bisk. Asha menggeleng kepala. "Bisk, bukan itu. Aku tidak mahu kau mati. Aku mahu kau hidup. Meski duniaku dengan kau sudah jauh berbeza, ruang dan masa tidak memisahkan kita. Aku ada dekat dengan kau sebenarnya, setiap masa. Aku sangat merindui masa kita bersama." ujarnya panjang. Suaranya lemah.

Bisk merapati Asha. Cuba menyentuh wajahnya. Kulitnya serasa licin seperti kain sutera. Dan matanya masih berhazel biru. Ada sesuatu mengigit Bisk dari dalam. Perasaan yang bercampur-baur sedih, gembira, dan syukur. :Bisk, maaf aku tidak boleh lama. Tetapi ingat kataku ini, teruskan hidup. Aku akan sentiasa menunggumu." Perlahan-lahan, cahaya pada tubuhnya semakin malap. "Asha, aku tidak tahu samada ini benar-benar kau, atau ini roh, atau khayalan sematamata, tetapi aku sangat bersyukur untuk melihat kau lagi." kata Bisk perlahan. Asha tersenyum haru. Senyuman yang bisa menguntumkan jiwa Bisk setiap kali dia melihatnya. Akhirnya, cahaya pada tubuh Asha lenyap dan seperti pasir-pasir yang ditiup angin, dia hilang begitu sahaja, meninggalkan Bisk yang terpinga-pinga. Ya, malam itu sememangnya malam yang ajaib.

Oleh Johan Radzi

Hikayat Raja Bukit, Tuan Segala Perang Satu zaman rakyatnya menyembah dewa-dewi dan semangat hutan. Hutan tebal dengan berjuta mergastua puaka, sejuta makna hendak dicari, sejuta penawar mujarab segala pahit sakit dan terus satu jenis yang terus buat hutan ini lebih gelap dari kabus yang menyelimuti lembah subur ini, yang membuat ramai yang hilang dikala mega merah belum tengelam di ufuk langit. Pari-pari yang beranak- ibu diseru dari segala jenis bayang yang pegun dan yang bergerak. Hari terus gelap, pedulikan segala yang inginkan mentari terus di langit. Segala hidup legamnya malam, segala gelak tarinya berpaksikan Bunga Utama, satu jenis pohon tua dari turunnya leluhur manusia. Bunga Utama ada tumbuh di setiap penjuru lembah, senantiasa berbunga sepanjang dua belas purnama dan hanya sekurun sekali ianya berbuah, buahnya berwarna biru langit berbintik gemilang bagai kejora, katanya Ibu Pertama, ini buah penawar mati, jadinya gila semua raja dibuat makjun panjang umur. Pernah sekali, turun seribu panglima dengan tombak dan baju besi lamellar mencari buah Bunga Utama untuk maharaja benua, namun maharaja itu mati keracunan raksa. Bunga Utama, tercemar dan mencemar, aroma yang jahat lagi mengamit mulut untuk laparkan daging, dimana segala jenis sihir itu ditumpu, nasihat Ibu Pertama, jangan semua anak yang masih punya mana dekat seratus hasta dengan Bunga Utama itu, takut termakan sakti. Setiap malam satu ekstasis dihadapan Bunga Utama diimamkan Ibu Pertama dimula dengan gilai ketawa Ibu-Ibu. Menyeru segala sakti turun dari atas gunung, tengah laut dan dari lembah sendiri menari bersama menumpu atua, mengingati kejadian dan menyambut kesuburan semoga tahun nanti baik agarnya. Setiap seribu purnama akan diadakan satu upacara gameo, Anak dengan setiap ketua suku untuk menghormati keamanan kosmos, anak yang paling atua-nya dan paling baik charisnya akan disamakan dengan ketua suku sebagai hetairismos. Anak itu akan terkeluar dari bulatan dan sukunya terus menjadi suku hetairismosnya, dua suku menjadi satu terus aman kosmos. Tinggal sepuluh purnama gameo, dua ratus tahun dari buah Bunga Utama. Lahir seorang anak dari batu sungai, mata air dan pohon dedalu, mater sejuk, sayapnya cenderawasih pelangi dan bersemangat rama racun Jurang Selatan. Anak ini bukan anak yang jinak, buas perilakunya, sentiasa bermain dengan satir yang bujang setiap malam. Anak itu mana langsung tertitis kerna bermain dengan satir. Tapi atua-nya gemilang, Ibu Pertama sendiri turun menyambut anak itu. Katanya, ini anak yang akan mengubah kosmos.

Setiap malam dia terus bersama satir-satir itu. Dihujung lembah itu, seorang tua mengaji segala kitab-kitab lama, seumur dengan batu-batu sungai. Puaka tua itu jagoan lembah itu, tiada sebarang puaka berani membuka gelangang dengan Sang Yazmat. Mater Panas, atua keras, kakinya enam dan hujung tanduk hingga hujung ekornya sepanjang lembah, semangatnya seribu jenis api yang tertiup angin. Datangnya seorang muda ingin menuntut ilmu, datangnya dari keluarga besar, dari suku yang kuat angkatan tenteranya, tidak pernah kalah gelangang mahupun perang, ramai anak lelaki yang gagah dan kotanya diperbuat dari kaca. Jalanlah dia seorang sendiri ekstasis tanpa senjata, tanpa baju besi, bogel mencari ilmu. Menyusurilah anak teruna itu turun ke lembah gelap itu. Sampainya pemuda itu dengan disambut keras si tua, terhunus pencak memecah aman, Yazmat mengaum terus menguak sayap sambil menghentak enam tumit ke bumi. Siapa kau? Tiada siapa Aku Tua, penjaga kita seribu zaman. Puaka Yazmat jadi suruhan Saya hanya musafir mencari ilmu Yazmat masuk kedalam anak mata pemuda itu diselami kalbu dan mencari niat dengki mahupun takbur, tidak dijumpai. Puaka itu hanya diam dan terus mempamerkan sebilah pedang, secupak beras dan junjung sirih. Dipilih seguni beras lalu si tua itu mengangguk setuju dan diberinya kitab pertama buat bacaan, Seribu hikayat raja-raja gelandangan. Sinar seribu warna dan guruh petir terus menyabung, Seribu malam pemuda itu bertapa mencari ilmu dan ilham untuk dibawa pulang buat orang disana nanti. Satu malam, pemuda itu diajak si tua itu bersama mengikuti upacara gameo antara Raja Om Ngajat Sari Seribu Petir, Raja Laut Timur dan Anak Sri Padma, anak teratai sama nuri bukit. Temasya berlangsung tujuh malam dengan jamuan di-raja dan persembahan dayang istana. Asyik si pemuda dan ditanyakan soalan kepada si tua. Aku mahu gameo, aku mahu jadi hetairismii Kau bukan ketua suku

Senyap dan terpendam lalu dukacitalah pemuda itu mengenang negeri yang sedang tenat mencari Raja Muda dalam perang kerabat. Lagi belum terwahyu lagi sakti atua. Perkuatkanlah lagi amalan dan budi bahasa dilembutkan lagi, keras buku lima dan lembut lidah jadikan seorang itu raja. Ajaran terakhir si tua itu setelah seribu malam bertapa adalah berjalan-jalan di lembah itu berekstasis dengan membawa si biji telur dan diarah ia telur itu kembali dengan selamatnya. Pergilah dia, pemuda ke lembah dimana satir, naga dan pari-pari menari menyembah Bunga Utama. Sampailah dia ke lubang naga, ternampak seekor harimau tersepit dalam perangkap lubang naga, dibebaskanlah harimau itu. Membalas budi dilucutkan belangnya menjadi baju besi lamellar separa plat berbelang harimau buat hadiah, larilah pulang tanpa belang. Nampaklah pemuda itu anjing lapar, dipotong jari kelingking buat alas perut anjing itu, terus anjing itu rompongkan bumi lalu digongong tulang pinggul gergasi buat belantan. Satir terkenal dengan licik pergerakan dan kembiri pasak dengan sabit tak boleh dia, satir ini dengan laki lalu berbunuh mereka. Turun Dewa Bukit mencari anaknya yang lari disorok satir, anak bongsu masih dengan mana jadi bekas satir melepas rindu. Diwahyu arah ke sarang satir lalu menyamarlah pemuda itu menjadi rusa betina supaya menjadi umpan, ketua suku satir terliur menunggu jamuan rusa terus gemilang lagi cemerlang jayanya anak Dewa Bukit dengan mananya. Dianugerahkan nama Raja Bukit, Tuan segala perang. Terdengar cerita raja baru itu fasal Buah Bunga Utama kenallah ia makjun panjang umur, pernah dititah segala raja mencari ramuan dari Bunga Utama tapi tiada yang cemerlang, semua raja itu mati keracunan. Raja Bukit resmi semua raja, angkuh bertemu Malik Maut tapi semua sudah mati di hakim Dewa Langit Bawah. Berjalanlah raja baru nobat mencari Bunga Utama, terdengar Ibu Pertama khabar raja baru dinobat Dewa Bukit terus diarah gameo tinggal sepuluh purnama diarah Anak Sri Laksmi, anak Laut Timur sama tombak Raja Laut Timur, pari-pari atuanya gemilang bagai delima terpancar mentari. Tidak diterima gameo itu dihayun belantan tulang gergasi itu porak-peranda bulatan pari-pari, berterbanganlah rambang segala ibu dan anak lari tinggalkan Bunga Utama Selatan. Gila amuk raja itu terus anak panah merobek pecah baju besi. Sinar cemerlang sayap pelangi iras cenderawasih, Anak Wira Sri Alam, anak batu sungai, mata air sama pohon dedalu. Raja zalim, Raja disanggah Terluka hatinya racun atua anak itu mananya dijoli satir kerna terkena sakti Bunga Utama yang mengajak sekalian bangkit nafsunya. Terhuyung jalan raja lalu baju besi terlucut dan jatuh ke bumi belantan itu.

Sayang mula berpucuk tunggu tercita bibir Dirawat anak itu setelah rebahnya raja kerna bongkak, ziarah Dewa Bukit beri amanat, Sakti Raja, Sakti Rakyat Terbangunlah raja dari sawan turunya wahyu, tunduk malulah raja itu menghadap Ibu Pertama dan Anak Wira Sri Alam, dipinta gameo si penunduk raja dan dianugerah sepotong buah Bunga Utama yang dijeruk buat keturunan itu panjang seribu dinasti. Pulang raja dan ibu itu keluar lembah sehabis upacara dihadapan Bunga Utama dan Ibu Pertama, disapa Yazmat dengan kasar. Hoi, laki bini, mana amanat si tua?,dengan kasar sampuknya puaka itu. Disepak puaka itu tercabut taringnya menjadi pedang menusuk bumi, dimuntahkan raja itu telur amanat lalu di baling ke laut, terjadilah pulau dan dinamakan pulai itu Panji Paksi. Diwahyukan amanat terakhir si tua fasal, Adat Istana, Adat suku. Pulanglah laki bini ke negeri pertiwi Raja Bukit, menjadilah keturunannya aman sejahtera. Tamat.

Oleh Abu Abbas

Penyampai Hajat Kiki berdiri di bumbung apartmen dua puluh tingkat. Mengenangkan nasib. Dari kecil lagi orang anggap dia anak angkat mak dan ayah. Namanya saja Kiki. Bunyi comel. Tapi hakikatnya, Kiki berkulit gelap. Rambutnya kerinting. Tubuhnya kurus sekeping. Lain benar dengan mak, ayah, abang dan kak long. Mereka berkulit putih gebu. Bertubuh mantap. Berambut lurus. Dan jangan ingat mereka beri sokongan moral pada Kiki. Kiki rasa terasing benar. Sudah beberapa kali Kiki ke bumbung ini untuk terjun. Setiap kalinya Kiki kecut. Kiki gayat. Kiki bayangkan tubuhnya yang berdener dengan darah, kepala pecah otak terabur jika diteruskan juga nawaitu yang satu. Di satu sudut kota terbang tubuh biru berkilat-kilat emas. Angin malam dibelah selamba. Di tangannya dia memegang sebekas popcorn yang dia pinjam dari sebuah rumah manusia. Minggu depan jika gajinya masuk dia akan ganti semula popcorn itu. Dalam terbangnya yang fiiiiuuuu fiiiiuuuuu whooooooooooossshhh itu telinganya menangkap satu hajat. Mengingatkan komisyen yang akan diberi jika merealisasikan sebuah hajat (dalam iklan pekerjaannya dia dijanjikan enam dolar Amerika untuk setiap hajat) dia terbang rendah. Dia sampai di bumbung apartmen dua puluh tingkat tadi.

Hai, hai, hai. Kamu panggil aku? katanya dengan mulut penuh popcorn lalu terkeluar
sesuatu yang berbunyi semacam "hoifffhauuffuoommphankhhkouff" Kiki pandang dengan penuh curiga. "Telan dulu popcorn itu baru bercakap." Dia angguk. "Ah maaf, tadi aku mahu tanya adakah kamu panggil aku?" "Eh, kamu pun aku tidak kenal. Masakan aku mahu panggil kamu." Kiki yang tadi berdiri sudah terbaring pandang langit. "Aku mahu kenalkan diri pun payah. Di dunia aku tiada dicipta passport atau IC. Juga tiada tivi. Sebab itu setiap malam aku turun untuk menonton. Tapi jawatan aku ialah Penyampai Hajat!" Bunyi cengkerik. "Okey. Kalau tidak percaya cuba hajatkan sesuatu. Aku akan segera tunaikan hajat kamu." Kiki pandang dia. "Kamu pernah dengar cerita Anak Itik Yang Hodoh?"

Geleng. "Ceritalah." Dan kamu semua tentu tahu cerita Anak Itik Yang Hodoh? Setelah besar jadi seekor angsa cantik? Kiki cerita penuh perasaan. Dia kata dia hodoh sejak kecil. Sudah besar pun hodoh juga. "Kan bagus jika jadi seperti dalam cerita Anak Itik Yang Hodoh itu. Bertuah benar dia." ujar Kiki. "Kamu boleh kan tunaikan hajat aku?" "Boleh saja! Itu kan kerja aku. Gini, kamu pejam mata." Kiki pejam mata. "Kamu jangan intai-intai ya." Dengan beberapa ayat dan beberapa lambaian bekas popcorn, Kiki bertukar. Dia senyum, puas hati dengan kerjanya. Pasti pulang nanti dapat komisyen enam dolar. "Kamu puas hati kan?" "Hooooung!! Hooounggg!!!" jawab angsa putih itu. Dia anggap Kiki puas hati. Dia terbang pergi. Oleh Martini Muaz

1001 Teladan. Ah, sial. Dah pukul 12 tengah malam. Aku kena pulang segera. " Puteri, saya kena balik dulu." bilang Jimi. Dengan segera Jimi tinggalkan segera villa itu. Dia takut bapa tirinya akan mengamuk. Parti malam itu terus berlangsung. Muzik elektro berkumandang. Semua tamu menari. Jimi benar sudah jatuh cinta dengan Puteri, anak seorang kuasawan. Majlis hampir tamat. "eh, siapakah pemilik hati yang segar ini" jerit Puteri pada tetamunya. Puteri tak dapat mengecam pemiliknya kerana terlalu ramai jejaka bodoh yang memberi hati padanya. Bukan apa, seperti kebiasaan hati yang ditinggalkan akan dibuang tapi tidak pada malam itu. Puteri ingin sangat mencari pemilik hati itu. *poooft(muncul pari-pari semalam) " Kenapa kau tinggalkan hati itu. Puteri mendesak bapanya untuk membuat pencarian hati yang ditinggalkan esok. Mustahil kau dapat pikat puteri dengan cara celaka kau tu. Bodoh. Kau lupa ke kau tu pari-pari? Bahaya bercinta dengan anak orang berpengaruh yang makan rasuah.HARAM. " jelas Bobi, pari-pari gemuk gedempol sambil menggaru bontotnya. Bobi bilang lagi jika Jimi tak ambil semula hati itu sebelum hari esok, kuasa pariparinya akan ditarik balik. Hari yang dijanjikan sudah tiba. Jimi tak punya kuasa paripari lagi. Dia tak bisa terbang bebas. Tak mampu lagi menarik bulan. Tak mampu lagi untuk mencipta fantasi. Semuanya hilang begitu sahaja. Jimi tak mahu tinggalkan dunia pari-pari. Dia tak mahu hidup di dunia sebagai manusia yang tamak, punya pangkat dan makan rasuah dengan alasan menjaga keamanan. Dia tak mahu. "kau mahu jadi pari-pari ya. Kancil empat roda tu bagi aku dan aku akan hadiahkan kau benih ajaib. Kau kena tanam benih ni dan ia akan membesar . Petik daunnya dan sedut asap yang terhasil. Macam pertama kali kau nak jadi pari-pari dulu"bilang Bobi. Tanpa buang masa pertukaran itu dilakukan. *plup(bobi hilang) Jimi melempar biji benih itu di halaman rumah. sekelip mata sahaja benih itu bercambah besar menjadi pokok yang gergasi. Jimi panjat pokok itu hingga ke puncak. Daun itu dibakar. Asap berkepul-kepul. Segalanya berputar. Jimi mula rasa dirinya pari-pari pada sedutan yang ketiga. Jimi punya sayap bersama sut getah berwarna hijau berserta mini skirt. Dia terjun dari puncak pokok itu dan terus terbang. Terbang di dunia sendiri dengan bebas. tanpa CINTA. Oleh Syafiq Mohamad.

Para Pari

Nathan, seorang pari-pari pencen sedang melabon di atas kerusi malas sambil berkirakira mahu turun beli Whopper. Jika diamati betul-betul, belakang Nathan tiada berkepak. Kenapa? Ini adalah kerana 5 tahun sudah kepaknya telah digergaji Isteri yang bengang dengan skandal fornikasinya bersama teman sepejabat. Jangkitan teruk menyebabkan Nathan terpaksa bersara awal. Sampai sekarang belakang Nathan berkudis. Pampasan? Salap penghilang gatal 4 kali sebulan cuma. Bulu pelepah kepak Nathan dicerai-cerai Isteri dan dijual pada sharikat bantal, 50 pence sekati kalau tak silap. Halonya mahal sedikit. Kerana ianya collector's item [baca : tidak semua pari-pari ada], sebiji boleh cecah 500 pound di pasaran gelap. Sambil-sambil menggaru belakang Nathan menoceng sendiri membayangkan Baby Rina yang terkangkang dalam uniform ketua soraknya. Di kaca tivi, Mawi baru sahaja menang akademi. Oleh Nasyrun

Pari pari susu pekat manis. Atoknya nak minum teh, terpaksa la neneknya bancuhkan. Masuk dapur neneknya tengok susu dalam peti ais dah habis. Neneknya ambil tin baru, ketuk ketuk dengan pisau. pap! Satu lubang terbuka lepas neneknya ketuk belakang pisau. Sewaktu hendak menuang susu pekat manis ke dalam cawan tiba tiba, secara magisnya tin susu pekat manis tersebut berasap ungu. Lalu keluarlah seekor pari pari comel dengan kepak cantik yang diperbuat daripada susu pekat manis berterbangan mengelilingi neneknya. Sambil bernyanyi, si pari pari menerangkan pada neneknya yang dia terperangkap dalam tin susu tersebut sewaktu sedang bermain main di kilang susu nun jauh di utara kampung. Adalah dalam lima purnama dia bermaustatin dalam tin susu tersebut sampai telah bersebati tubuh badannya dengan susu pekat manis. Jadi disebabkan neneknya telah membebaskan pari pari, maka berhak lah neneknya sekeluarga mendapat satu permintaan khas sebagai ganjaran. Minta lah apa sahaja. Neneknya angkat jari tengah dan mengatakan farkyew kepada pari pari tersebut. Kata neneknya, sepatutnya keluar jin, bukan pari pari. Pari pari cuma tersenyum, katanya jin sekarang sudah pupus, banyak yang berlakon iklan tv. Minta lah cepat, nanti terlambat. Selepas menarik nafas tiga kali, neneknya mohon pari pari jadi susu pekat manis kembali. "aku nak buat teh pun tak senang"

Oleh Zoul Yazix

ZineSatuMalam
Sebuah karya pantas, padu dan padat.
http://zinesatumalam.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai