Anda di halaman 1dari 5

SYARAHAN

Tulis syarahan yang bertajuk Menghormati Warga Tua Tanggungjawab Kita.

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berusaha tuan guru besar, guru-guru, dan

rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk

Menghormati Warga Tua Tanggungjawab Kita.

Hadirin yang dihormati,

Setiap insan pasti akan melalui pelbagai peringkat usia. Yang muda lambat-laun akan

menjadi tua juga. Oleh itu, sebagai golongan muda hari ini, kita mestilah menghormati warga

tua. Hal ini demikian kerana pada suatu hari nanti kita pasti akan menggantikan tempat

mereka pula.

Warga tua telah banyak berjasa kepada negara. Mereka banyak mencurahkan tenaga

untuk membangunkan negara kita suatu masa dulu. Tanpa mereka kita tidak akan dapat

mengecap nikmat hidup dalam negara membangun seperti hari ini. Oleh itu, kita perlu

menghormati mereka agar kita tidak dianggap seperti kacang melupakan kulit.

Seterusnya, warga tua perlu kita hormati kerana mereka merupakan golongan yang

kaya dengan pengalaman hidup. Kita perlu sentiasa mendengar nasihat dan mendapatkan

pandangan daripada mereka dalam banyak perkara. Hal ini demikian kerana mereka lebih

dahulu makan garam daripada kita.

Selain itu, kita perlu menghormati warga tua untuk menyahut seruan kerajaan bagi

mewujudkan masyarakat penyayang. Hubungan yang erat dalam kalangan masyarakat ini

dapat menjamin kestabilan sosial negara.


Akhir kata, ingin saya tegaskan sekali lagi, hormatilah warga tua kerana menghormati

mereka merupakan tanggungjawab kita. Jika kita ingin dihormati, maka kita perlu

menghormati warga tua.

Sekian, terima kasih.


Kamu telah berjanji kepada kawan kamu untuk pergi ke rumahnya pada cuti penggal yang

9 akan dating. Kamu belum pernah lagi pergi ke rumahnya. Tulis sepucuk surat kepada kawan

kamu untuk bertanya bagaimana hendak ke rumahnya.

Anda mungkin juga menyukai