Anda di halaman 1dari 3

PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 , 5 DAN 6 1

BIL PERIBAHASA MAKSUD

1 Alah membeli menang memakai Barang yang baik ataupun berkualiti memang
mahal, tetapi dapat bertahan lama.

2 Alang-alang berdakwat,biar hitam Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga


selesai.

3 Ayam tambatan Orang yang dianggap hebat dan menjadi harapan


untuk membawa kejayaan ataupun kemenangan
dalam sesuatu perlawanan

4 Bagai aur dengan tebing Hubungan yang rapat antara sama sama yang
lain dan saling membantu

5 Bagai bulan jatuh ke riba Mendapat untung atau rezeki besar.

6 Bagaimana acuan begitulah kuihnya 1. seseorang anak itu akan menurut budi dan
perangai ibu bapanya 

2. keadaan sesuatu itu menurut asalnya

7 Berat mata memandang berat lagi bahu


yang memikul Beban yang ditanggung oleh seseorang yang
menderita kesakitan atau kesusahan adalah lebih
berat daripada orang lain yang melihatnya.

8 Berat sama dipikul ringan sama dijinjing Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan
sesuatu.

9 Berpantang maut sebelum ajal Berani menempuh atau menegakkan keadilan


atau kebenaran sebelum pergi

10 Besar hati
bergembira atau berbangga akan sesuatu

11 Bersatu teguh, bercerai roboh


1. Sekiranya kita bersatu dan berkerjasama maka
kita dapat berjaya atau menang. Tetapi sekiranya
kita berselisih dan bergaduh antara satu sama
lain, maka kita akan kalah.

12 Biar putih tulang jangan putih mata


Lebih baik mati berjuang daripada menanggung
malu kerana menyerah kalah.

13 Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud 1 : Mengharungi kesenangan dan
kesusahan bersama-sama.
Maksud 2: Muafakat. Seia. Sekata.
Perhubungan yang sangat akrab, senang susah
bersama
PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 , 5 DAN 6 2

14 Bulat air kerana pembetung, bulat Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
manusia kerana muafakat

15 Bulat hati
ikhlas; tetap hati dan sugguh-sungguh;
mengambil keputusan yang muktamad tentang
sesuatu perkara; kuat azam atau kemahuan untuk
membuat sesuatu.

16 Di mana ada kemahuan, di situ ada


jalan. Sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu
perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita
pasti akan berjaya menyelesaikannya.

17 Di mana bumi dipijak di situ langit Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita
dijunjung diami atau tinggal

18 Harimau mati meninggalkan belang,


manusia mati meninggalkan nama Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat
meninggalkan nama jahat.

19 Hujan emas di negeri orang, hujan batu Sesuatu itu memang baik di kampung halaman
di negeri sendiri sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.

20 Ibarat aur dengan tebing


Hubungan yang rapat antara sama sama yang
lain dan saling membantu

21 Kais pagi makan pagi, kais petang


makan petang Orang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup
untuk makan pada hari itu sahaja.

22 Langkah seribu
cabut lari dengan cepat kerana ketakutan
23 Malang tidak berbau
Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

24 Melentur buluh biarlah dari rebungnya


Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

25 Menara gading
Puncak kejayaan ( Universiti )

26 Muafakat membawa berkat


sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan
bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik.

27 Otak cair
Orang yang cerdik
28 Pasang telinga
Orang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup
PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 , 5 DAN 6 3

untuk makan pada hari itu sahaja.

29 Peliharalah yang lama pelajarilah yang


baharu Adat yang lama tetap diamalkan di samping
budaya hidup yang baharu

30 Seperti kacang lupakan kulit


Orang yang melupakan asalnya atau orang yang
pernah menolongnya setelah mendapat
kesenangan.

33 Tak lapuk di hujan, tak lekang dek panas Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap
utuh.

34 Umpama tikus jatuh ke beras


Perasaan suka dan senang sekali kerana beroleh
keuntungan ataupun rezeki.

35 Yang bulat tidak datang bergolek, yang Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
pipih tidak datang melayang

36 Yang lama dikelek, yang baharu


didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di
samping budaya hidup yang baharu.

Anda mungkin juga menyukai