Anda di halaman 1dari 2

PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 5

BIL PERIBAHASA MAKSUD PERIBAHASA


1. lintah darat orang yang mengenakan bunga yang tinggi
atas pinjaman yang diberikan
2. bagai aur dengan tebing saling membantu antara satu sama lain
3. anak dagang orang luar yang menetap di sesuatu tempat
4. hujan emas di negeri orang, hujan batu di Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya
negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri negeri orang, namun negeri sendiri juga
yang lebih baik
5. kalau takut dilambung ombak, jangan Jika takut akan susah, jangan dibuat
berumah di tepi pantai sesuatu pekerjaan
6. indah khabar dari rupa Perkhabaran yang dibesar-besarkan
daripada keadaan yang sebenar
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama Susah dan senang dirasai bersama-sama
dicecah
8. bukit sama didaki, lurah sama dicecah Perhubungan yang sangat akrab, senang
susah bersama
9. kacang lupakan kulit tidak mengenag budi

10. di mana bumi dipijak, di situ langit kita hendaklah mengikut adat dan peraturan
dijunjung di tempat kita tinggal
11. masuk kandang kambing mengambek, Menyesuaikan diri dengan tempat dan
masuk kandang kerbau menguak keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji kesilapan yang dilakukan oleh orang lain,
pecah semua tetapi orang lain yang menerima akibatnya
13. memerah otak berfikir atau belajar dengan kuat
14. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan jika kita berusaha bersungguh-sungguh, kita
dapat sagunya akan mendapat hasilnya

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke seseorang itu hendaklah berani bersusah


tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- dahulu sebelum memperoleh kesenangan
senang kemudian
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang sesuatu perkara atau benda tidak akan
pipih tidak datang melayang datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit sabar mengejar sesuatu lama-lama berhasil
juga
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan terlalu banyak pada sesuatu masa
19. bulat air kerana pembentung, bulat kata sepakat didapati melalui rundingan
manusia kerana muafakat
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita keuntungan yang diharapkan tidak
kendong pula berciciran diperoleh, sedangkan yang ada hilang
21. mencari jalan berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu
perkara
22. biar mati anak, jangan mati adat sekiranya anak sendiri melanggar adat, dia
patut dihukum
23. sediakan payung sebelum hujan berhati-hati sebelum ditimpa masalah
24. berbesar hati bangga
25. anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua
atau keluarga
26. tuan rumah tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung adat yang lama tetap diamalkan di samping
budaya hidup baharu
28. batu penghalang halangan
29. untung anak lelali cari-carikan,untung orang lelaki yang merisik bakal isterinya
anak perempuan nanti-nantikan
30. bagai ikan pulang ke lubuk kembali ke tempat asal

Anda mungkin juga menyukai