Anda di halaman 1dari 11

PERIBAHASA MENENGAH 1

1. Air dicencang tiada putus  Perbalahan antara saudara-mara tidak akan


berpanjangan kerana akhirnya mereka akan
berbaik-baik semula.

2. Bagai harimau beranak  Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang


muda dan sebagainya.

3. Bagai itik berebutkan A. Perbalahan kerana sebab yang terlalu kecil.


tembolok B. Perbalahan kerana makanan atau keuntungan
yang sedikit.

4. Bagaimana acuan begitulah A. Seseorang anak itu akan menurut sifat dan
kuihnya perangai ibu bapanya.
B. Keadaan sesuatu itu menurut asalnya.

5. Bagai Belanda minta tanah  Hal orang yang tamak; diberi sedikit hendak
banyak, diberi banyak hendak semuanya.

6. Bagai kaduk naik junjung  Orang yang hina apabila mendapat


keistimewaan (mendapat pangkat) akan menjadi
mengada-ngada.

7. Bagai ayam bertelur  Hal seseorang yang hidupnya senang, tiada


di padi khuatir akan kekurangan apa-apa.

8. Bagai hujan jatuh ke pasir  Kebaikan yang sia-sia (tidak berbalas).

9. Bagai tikus membaiki  Seseorang yang cuba membaiki sesuatu yang


labu tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya.

10. Belakang parang pun jikalau A. Seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar
diasah nescaya tajam betul-betul akan menjadi pandai.
B. Orang yang sabar dan setia, jika dihasut boleh
juga menjadi jahat.

11. Berhakim kepada  Meminta pengadilan kepada seseorang yang


beruk tamak, akhirnya kedua-dua pihak akan
mengalami kerugian.

12. Bukannya diam penggali  Diam seseorang yang berilmu itu berfikir,
berkarat, melainkan diam ubi sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia
berisi sahaja.

@ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 1


13. Busut juga ditimbu oleh A. Orang kaya juga yang bertambah kekayaannya.
anai-anai B. Orang yang pernah bersalah juga yang dituduh
jika berlaku sesuautu kejahatan.

14. Garam jatuh di air  Seseorang yang sangat cepat menerima dan
mudah memahami sesuatu nasihat atau
pengajaran yang diberikan kepadanya.

15. Ibarat bunga dedap,  Tidak guna seseorang itu cantik molek jika dia
sungguh merah tidak berbudi bahasa yang mulia.
berbau tidak
16. Melepaskan anjing tersepit  Menolong orang yang tidak tahu membalas budi,
melainkan kadang-kadang membalas dengan
perbuatan jahat.

17. Melepaskan batuk di tangga  Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak


bersungguh-sungguh.

18. Ringan tulang, berat perut  Jika rajin dan tekun berusaha melakukan
sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki.

19. Sebab buah dikenal  Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat
pohonnya mengetahui atau mengenali watak dan asal
seseorang.

20. Seperti labah-labah  Perihal kasih sayang yang mendalam sekali


cinta kepada telurnya sukar diceraikan.

21. Seperti pucuk yang layu A. Memperoleh barang yang sangat diharapkan.
disirami hujan B. Orang yang susah memperoleh kesenangan,
atau orang yang sakit beroleh penawar.

22. Seperti tikus jatuh ke beras A. Orang yang mendapat kedudukan yang mewah.
B. Seseorang yang beroleh kekayaan atau
keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya
kepada orang lain.

23. Seperti harimau  Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan


menyembunyikan kukunya pengetahuan dan kebolehannya.

24. Seperti ketam menyuruh  Tiada berguna menasihati orang lain, kalau
anaknya berjalan betul kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang
dinasihatkannya itu.

25. Takut titik lalu tumpah  Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya
mendapat kerugian besar.

@ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 2


PERIBAHASA MENENGAH 2
1. Air yang dingin juga yang  Perkataan yang lembut juga yang dapat
dapat memadami api mendinginkan hati orang yang sedang marah.

2. Bagai unta menyerah diri  Orang yang terlalu bodoh dan terlalu lurus
yang menjadi mangsa orang yang lebih pintar
dan cerdik.

3. Bagai kerakap di atas batu, A. Perihal seseorang yang hidup dalam


hidup enggan mati tak mahu kemiskinan dan melarat.
B. Perihal seseorang yang telah lama mengidap
penyakit.
C. Tanaman yang tidak tentu hidup-matinya.

4. Baru hendak bertunas, sudah  Ibarat orang yang berniaga baru mendapat
dipetik lama-lama matilah keuntungan sedikit sudah berbelanja besar,
pokoknya akhirnya habislah modal.

5. Batu yang bergolek di dalam A. Orang yang selalu bertukar kerja tidak akan
sungai itu tiada dihinggapi lumut mencapai kejayaan dalam kerjayanya dan
sukar untuk menjadi seorang yang kaya.
B. Orang yang selalu menambah pengetahuannya
tidak dapat ditipu orang.

6. Berkerat rotan berpatah arang  Putus perhubungan yang tidak dapat


disambung semula.

7. Besar pasak dari tiang  Berbelanja lebih besar daripada pendapatan


yang diperolehi.

8. Biduk lalu kiambang bertaut  Perselisihan faham yang berlaku antara


saudara-mara tetapi pada masa kemudian
dapat berbaik-baik semula.

9. Bodoh-bodoh sepat, tiada makan A. Walaupun seseorang itu bodoh tetapi dia masih
pancing emas tahu memilih yang mana baik atau yang mana
buruk untuk dirinya.
B. Orang bodoh yang mendapat kecelakaan
kerana berpura-pura bersikap seperti orang
pandai.

10. Jadi umang-umang A. Orang yang menyamar kerana sesuatu


muslihat.
B. Barang yang sama jika berlainan keadaannya
maka berlainanlah pula namanya.

@ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 3


11. Jauhari juga yang mengenal  Orang yang bijaksana jua yang mengetahui
manikam keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia
dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu
barang.

12. Kalau kail panjang sejengkal,  Jika ilmu atau kebolehan kita sedikit,
jangan lautan hendak diduga janganlah kita cuba berbuat (melawan dll)
orang atau sesuatu yang besar.

13. Kalau tidak ada helang,  Seseorang yang bertindak mengaku bahawa
belalang menjadi helang dirinya seorang yang bijak serta pandai
apabila dia mendapati tidak ada lagi orang
yang lebih bijak dan pandai di tempat itu.

14. Kecil jangan disangka anak,  Pengetahuan dan kelebihan itu tidak
besar jangan semestinya khusus pada orang-orang tua
disangka bapa sahaja tetapi ada juga pada orang-orang
muda.

15. Lidah bercabang  Selalu berubah-ubah dan tidak dapat


bagai biawak dipercayai kata-katanya.

16. Laksana wau melawan angin A. Kehendak orang atasan atau orang yang
berkuasa tidak dapat dihalang oleh orang
bawahan ataupun orang yang lemah, jika
dilawan binasalah diri.
B. Membuat pekerjaan yang tidak mungkin
terkerjakan.

17. Pipit pekak makan berhujan  Seorang yang sangat rajin dalam sesuatu
pekerjaan, tiada peduli akan bahaya yang
akan timbul pada dirinya.

18. Seperti api dalam sekam  Perihal perbuatan yang disembunyikan tiada
ketara pada orang atau berlaku secara diam-
diam.

19. Seperti gergaji bermata dua  Orang yang berpura-pura berbuat baik kepada
dua belah pihak sehingga beroleh keuntungan
daripada kedua-duanya.

20. Seperti seludang menolak  Megahkan atau menyombongkan diri.


mayang
21. Seperti gunting makan di A. Seseorang yang tiada disangka, tetapi dengan
hujung sembunyi-sembunyi dan perlahan-lahan dia
melakukan perbuatannya.
B. Orang yang bijak mengeluarkan kata-kata yang
tajam (pedas) tetapi tidak terasa oleh orang
lain.

@ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 4


22. Terlepas dari mulut buaya,  Terhindar daripada kemalangan/ musibah kecil
masuk ke mulut harimau lalu menghadapi kemalangan/ musibah lebih
besar.

23. Tong kosong nyaring A. Seseorang yang bodoh itu biasanya banyak
bunyinya cakapya.
B. Orang yang sombong, bercakap besar tetapi
tidak berisi/ tidak bererti.
24. Tumbuk rusuk  Memberi wang rasuah

25. Umpama air digenggam tiada  Orang yang sangat kikir/ bakhil tidak sedikit
tiris terbuka tangannya untuk menolong orang
yang hidup sengsara.

@ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 5


PERIBAHASA MENENGAH 3

1. Air pun ada pasang surutnya  Keadaan hidup seseorang tidak tetap, ada kalanya
senang ada kalanya susah.

2. Ayam terlepas tangan  Orang yang membuat perbuatan yang ditegah


berbau tahi akhirnya mendapat malu.

3. Berapa berat mata  Sesusah-susah orang yang melihat penderitaan


memandang, berat seseorang itu tentulah tidak sama dengan
lagi bahu memikul penanggungan orang yang menderita itu sendiri.

4. Belum duduk berlunjur dahulu A. Menganggap sudah memperoleh atau memiliki


sesuatu perkara yang belum pasti dimiliki atau
dikuasai.
B. Orang yang cepat-cepat marah walaupun orang
yang dimarahi belum tentu terbukti kesalahannya.

5. Belayar bernakhoda,  Sesuatu pekerjaan besar yang hendak dilakukan


berjalan dengan yang eloklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yang
tahu, berkata dengan memang ahli dalam perkara itu supaya selamat.
yang pandai
6. Besar periuk besar  Orang yang berpendapatan besar, besar juga
keraknya perbelanjaannya.

7. Biar putih tulang, jangan putih A. Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik
mata kita walaupun nyawa kita terancam.
B. Lebih baik mati daripada menanggung malu.

8. Bertelingkah bagai antan di  Orang yang sama sepekerjaan itu, jikalau


lesung berselisihan dan berkecil hati, jadi rosaklah
pekerjaannya.

9. Burung terbang dipipiskan lada  Merancang sesuatu yang belum pasti diperolehi.

10. Cakap siang pandang-  Berhati-hati semasa bercakap dengan orang


pandang, cakap malam kerana percakapan yang sembarangan boleh
dengar-dengar membawa akibat yang buruk.

11. Ditatang bagai minyak yang  Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.
penuh
12. Gajah berak besar,  Hendak meniru-niru perbuatan orang besar atau
kancil pun hendak kaya, akhirnya diri sendiri binasa.
berak besar
13. Gajah sama gajah  Peperangan atau perselisihan yang berlaku antara
berjuang, pelanduk dua pihak yang berkuasa menyebabkan rakyat
mati di tengah-tengah yang binasa atau menderita.

@ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 6


14. Jika ular menyusur akar, tidak  Orang besar atau mulia tidak akan hilang
akan hilang bisanya martabatnya jika ia merendahkan dirinya

sekalipun.

15. Ingat sebelum kena, jimat  Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan
sebelum habis terpedaya dan habis harta dengan percuma.

16. Kuat ketam kerana sepit, kuat  Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelebihan
burung kerana sayap masing-masing.

17. Menegakkan benang A. Menahankan sesuatu perkara yang sebenarnya


basah tidak dapat dipertahankan lagi.
B. Mengerjakan pekerjaan yang mustahil berhasil.

18. Menconteng arang di muka  Melakukan sesuatu perbuatan buruk yang boleh
memberi aib atau mencemarkan nama baik ibu
bapa atau keluarga.
19. Rumah sudah pahat berbunyi A. Mencela atau bersungut tentang sesuatu yang
sudah siap.
B. Mengemukakan keterangan baru atau saksi baru
setelah sesuatu diputuskan oleh hakim.

20. Sesat di hujung jalan, balik ke A. Sesuatu perkara yang telah terlanjur dibuat salah,
pangkal jalan hendaklah dibetulkan dengan dibuat semula dari
awal.
B. Jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu
mesyuarat hendaklah diselidiki kembali pokok
persoalannya, supaya dapat pertimbangan yang
baik.

21. Seperti buah padi, makin  Orang yang bangsawan dan budiman serta
berisi makin rendah; jangan berilmu itu makin tinggi martabatnya makin dia
seperti lalang, makin lama merendah diri; bukannya seperti orang yang tiada
makin tinggi berbudi dan jahil, apabila diperolehinya sesuatu
kelebihan, di apun sombong.

22. Sedencing bagai besi,  Mengerjakan sesuatu bersama-sama, baik ringan


seciap bagai ayam mahupun berat.

23. Seperti embun di hujung  Sesuatu perkara yang tidak kekal dan segera
rumput hilang.

24. Seperti orang buta A. Berada dalam kesukaran.


kehilangan tongkat B. Orang bodoh, tiada pula berusaha dalam apa yang
dilakukannya sehingga menjadi sesat kehidupannya.

25. Tukang tidak  Orang yang cerdik, sayang kepada segala macam
membuang kayu orang kerana masing-masing ada gunanya.

@ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 7


PERIBAHASA MENENGAH 4
1. Ambil patinya, buangkan hampasnya  Daripada tiap-tiap cerita/perkara janganlah
hiraukan yang salah/buruk, ambil sahaja yang
baik/betul.

2. Baik membawa resmi  Seseorang itu hendaklah selalu merendah diri


ayam betina dalam tutur kata dan perbualan supaya tidak
dibenci oleh orang lain dan selamat dalam hidup.

3. Berjalan peliharakan kaki, bercakap  Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah


peliharakan lidah sentiasa berhati-hati.

4. Besar kapal besarlah  Makin besar darjat/perniagaan seseorang,


gelombang makin besar pula bencana/kerugian yang dapat
menimpanya.

5. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni  Bermuafakat dalam sesuatu perkara agar senang
atau susah sama-sama dirasai.

6. Bulat air oleh pembuluh,  Melalui perbincangan/perundingan dapatlah


bulat kata oleh muafakat dicapai kata sepakat untuk melakukan sesuatu
tindakan/usaha.

7. Daun dapat dilayangkan,  Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan
getah jatuh ke perdu juga kasih kepada anak orang.

8. Dalam menyelam, cetek bertimba  Jika tidak mendapat hasil/rezeki yang banyak,
yang sedikit pun memadai.

9. Di padang orang berlari, di padang  Tabiat orang yang tamak, mahu menerima
sendiri berjingkit pemberian orang sahaja, tetapi memberi dia
sekali-kali tidak mahu.

10. Hilang adat tegal muafakat  Sesuatu adat yang telah berakar umbi dapat
diubah jika ada persetujuan orang ramai.

11. Ikan terkilat jala pun tiba  Orang yang cepat menangkap maksud cakap
orang lain, sebelum habis diperkatakan sudah
dapat dijawabnya.

12. Jika tidak dipecah ruyung, di mana  Tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang
boleh mendapat sagunya gigih.

13. Jika kerbau dipegang talinya, jika  Seseorang itu wajib menepati sesuatu yang telah
manusia dipegang mulutnya dijanjikannya.

14. Jong pecah yu kenyang  Kerugian yang dialami oleh orang-orang atasan
tidak memberi sebarang faedah kepada orang
kebanyakan.
 Dalam keadaan kekacauan, ada orang yang

@ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 8


mendapat faedah.

15. Kail sebentuk umpan seekor, sehari  Melakukan sesuatu dengan tidak cukup
putus sehari hanyut persediaan bagi menghadapi segala
kemungkinan seperti berniaga dengan modal
alang kepalang.

16. Kalau gajah hendaklah dipandang  Sesuatu perkara itu perlu disiasat dahulu dengan
gadingnya, kalau harimau hendaklah teliti dan tidak boleh setakat mendengar cakap-
dipandang belangnya cakap orang sahaja.

17. Kalau tak ada berada, takkan tempua  Tentu ada sebabnya sesuatu hal berlaku
bersarang rendah walaupun sebabnya itu tersembunyi.

18. Keras-keras kerak nasi, kena air  Sekeras-keras hati seseorang itu bila dipujuk dan
lembut juga dinasihati akan lembut juga.

19. Kilat di dalam kilau, kabus di dalam  Dalam tutur kata dan tingkah laku seseorang ada
hujan tersimpul beberapa kehendak hati.

20. Laut mana yang tidak berombak,  Manusia tidak sunyi daripada melakukan
bumi mana yang tidak ditimpa kesalahan dan kesilapan.
hujan
21. Meski tertimbun dalam tanah, namun  Seseorang yang berbudi baik itu sekali pun
teras timbul juga dalam melarat tetap berbudi dan berhati mulia.
 Meskipun kebenaran itu belum terang, lambat
laun akan menjadi kenyataan juga.

22. Muka berpandangan, budi kedapatan  Seseorang yang mengetahui perbuatan jahat
kasih bagai selama jua orang lain terhadap dirinya tetapi tidak
menghiraukannya.

23. Pelepah bawah luruh,  Tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga
pelepah atas jangan gelak sudahnya, baik tua, muda ataupun anak-anak
kecil.

24. Quran buruk  Orang tua yang banyak pengalaman tidak wajar
disia-siakan walaupun buah fikirannya tidak
dapat digunakan lagi.

25. Rosak badan kerana penyakit, rosak  Penyakit yang dihidapi itu boleh merosakkan
bangsa kerana laku keelokan rupa kita, begitu juga kelakuan yang
keji itu boleh merosakkan nama baik bangsa kita.

@ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 9


PERIBAHASA TAMBAHAN UNTUK
BAHASA MELAYU LANJUTAN
1. Di mana bumi dipijak, di situ A. Apabila kita menetap di sesebuah negeri
langit dijunjung (kampung, masyarakat dll), kita perlulah
mematuhi peraturan dan undang-undang di
tempat tersebut.
B. Segala suruhan atau nasihat dituruti dan
dikerjakan dengan sepenuh hati.

2. Lain padang lain belalang,  Lain negeri lain adat resam dan lain cara
lain lubuk lain ikannya pemerintahannya.

3. Bagaimana bunyi gendang, A. Bagaimana perintah, begitulah yang harus


begitulah tarinya dituruti.
B. Bagaimana perbuatan/ perkataan, demikianlah
balas jawapannya.

4. Seperti anak ayam  Sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau
kehilangan ibu berpecah-belah akibat kehilangan pemimpin
atau tempat tumpuan dan pengharapan.

5. Seperti mentimun dengan  Orang yang lemah dan bodoh kalau diserang
durian, menggolek rosak atau menyerang orang yang berani dan pintar
kena golek binasa akan menerima kekalahan juga.

6. Bagai langau di ekor gajah A. Orang yang selalu mengikut kemahuan orang
besar atau orang yang pandai.
B. Orang yang mengikut-ikut pada seseorang
kerana kemanjaannya.

7. Kerja raja dijunjung,  Kerja sendiri boleh dibuat di samping


kerja sendiri dikelek membuat kerja orang lain.

8. Sekali air bah, sekali pasir  Apabila bertukar ketua atau pemerintah di
berubah; sekali air gedang, sekali dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun
tepian berganjak berubah juga.

9. Seperti gajah masuk kampung A. Seseorang yang berkuasa dapat melakukan


sekehendak hatinya di kalangan orang yang
lemah dan tiada siapa yang boleh menahannya.
B. Orang yang berkuasa masuk ke dalam
sesebuah kumpulan orang yang lemah dan
dapat melakukan sekehendak hatinya dan tidak
ada seorang pun yang berani menegurnya.

@ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 10


10. Seperti limau masak  Hukuman atau peraturan yang tidak adil
sebelah, perahu karam kerana orang yang ada kedudukan atau
sekerat kekayaan dikecualikan.
11. Hidup kayu berbuah, hidup  Seseorang yang hidup di dunia ini mestilah
manusia berjasa berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa
kepada orang lain.
12. Hidup dikandung adat, mati  Waktu hidup mestilah mengikut peraturan,
dikandung tanah adat dan undang-undang termasuk hokum
Tuhan, setelah mati terserahlah kepada
Tuhan.

13. Hutang emas dapat dibayar,  Budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan
hutang budi dibawa mati wang dan harus diingat seumur hidup.

14. Ikut hati mati, ikut rasa binasa,  Orang yang mengikutkan hawa nafsunya
ikut mata leta akhirnya akan binasa.

15. Asal besi pengapak kayu,  Asal atau darjat seseorang ditentukan pada
asal emas menjadi penduk tingkah lakunya.

16. Seperti melukut di tepi gantang,  Seseorang yang tidak dianggap penting oleh
keluar tidak mengurangi, masuk orang lain dan dianggap tidak berguna kepada
tidak memenuhi masyarakat. Adanya dia tidak mempunyai
apa-apa erti.

17. Seperti menghela rambut A. Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan


dalam tepung, rambut jangan sesuatu masalah.
putus tepung jangan berserak B. Menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya,
sehingga kedua-dua belah pihak berasa puas.

18. Tangan mencencang bahu  Jika kita yang membuat kesalahan, kitalah
memikul yang harus menanggung akibatnya.

19. Mengata dulang paku serpih,  Mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk
mengata orang awak yang lebih daripada orang yang dicela.

20. Pelanduklah melupakan jerat, A. Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya
jerat tidak melupakan tetap mengancam.
pelanduk B. Orang yang menganiaya orang lain kerap lupa
akan perbuatannya, tetapi orang yang dianiaya
tetap ingat perbuatan itu.

@ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 11

Anda mungkin juga menyukai