Anda di halaman 1dari 1

Bahagian B (ulasan)

Gambar menunjukkan cara-cara menjaga alam


sekitar. Antaranya, kita mestilah membuang sampah
ke dalam tong sampah supaya tidak bertaburan di
merata-rata tempat. Selain itu, kita perlulah
menyapu sampah di kawasan rumah agar sentiasa
bersih. Seterusnya, kita haruslah menanam semula
pokok-pokok untuk menghijaukan bumi kita. Akhir
sekali, kita tidak boleh membakar sampah secara
terbuka kerana akan menyebabkan pencemaran
udara. Kesimpulannya, kita wajarlah menjaga alam
sekitar untuk kesejahteraan hidup.

Anda mungkin juga menyukai