Anda di halaman 1dari 2

Ulasan - Semangat Kejiranan

ULASAN 1
Cara-cara untuk memupuk keluarga bahagia ialah setiap anggota
keluarga seharusnya menjalankan peranan masing-masing. Hal ini dapat
memastikan sesebuah keluarga itu berfungsi. Sebagai contoh, isteri
menjaga hal ehwal rumah, manakala suami bekerja dan anak-anak pula
bersekolah. Sementelahan, ibu bapa juga patut menjadi pendengar yang
baik kepada anak-anak. Hal ini merupakan satu peluang keemasan bagi

anak-anak untuk meluahkan masalah, berbincang masalah dan akhirnya


bersama-sama menyelesaikannya. Sebagai tamsilan, sekiranya anak-anak
menghadapi masalah dalam pelajaran, ibu bapa boleh mendengar luahan
anak-anak dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk membantu
anak-anak.
(85 patah perkataan)

ULASAN 2
Cara-cara untuk memupuk semangat kejiranan ialah penduduk
seharusnya mengadakan aktiviti gotong-royong. Hal ini dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dan membolehkan mereka berkenalkenalan sesama penduduk. Sebagai contoh, semua penduduk
bekerjasama menyapu sampah, memotong rumput dan mencuci
longkang. Sementelahan, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjungmengunjungi dalam kalangan rakyat. Hal ini membolehkan kita
mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai
tamsilan, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita
bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu
penyakit atau ditimpa kemalangan.
(80 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai