Anda di halaman 1dari 5

SAJAK SEJADAH RINDU

(Karya Mohd Haikal Bin Aminuddin)

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan

Kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan KOSA KATA
moga terbuka ruang keampunan a) Sejadah
sebelum saat aku dinisankan b) Terkedu
di masa yang Kautetapkan. c) Mengungkap
d) Kalimah
Air mata menjadi saksi e) Syahdu
keikhlasan menjadi bukti f) Merekah
akhirnya g) Dosa
aku sujud menghadap Ilahi h) pacaindera
di keheningan yang sepi i) Keterhadan
lafaz taubat mengiringi j) Keterbatasan
nafas sebak kian mengikuti. k) Dinisankan
l) sujud
Hati ini luluh m) Ilahi
jiwa yang kaku tersentuh n) Keheningan
ayat-ayat cinta disusun kukuh o) Lafaz
di sejadah rindu yang lusuh p) Taubat
kemaafan yang kupohon sungguh q) Luluh
dari Pencipta dalam gemuruh. r) Lusuh
s) Gemuruh
Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa GAYA BAHASA
pada perintah Maha Kuasa a.
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara. b.

c.

d.
MAKSUD

RANGKAP 1
Penulis menangis sewaktu sujud di atas kain sejadah sambil membaca ayat-ayat suci dalam
sembahyang yang didirikannya. Pada waktu itu, dia yang khusyuk bersembahyang dikuasai rasa
insaf yang sudah lama terpendam mula terbit di dalam hati. Hal ini terjadi demikian kerana penulis
teringat akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya sejak dahulu.

RANGKAP 2
Dengan penuh keinsafan di dalam hati, penulis tetap bersyukur kerana dia mendapat peluang hidup
yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Penulis juga sedar bahawa
hidupnya semakin terbatas dan terhad kerana usianya semakin lanjut. Oleh hal yang demikian,
penulis berharap agar Tuhan mengampunkannya sebelum dia menemui ajal pada waktu yang
ditetapkan oleh-Nya.

RANGKAP 3
Sewaktu bersujud di atas tikar sembahyang, penulis mengalirkan air mata keinsafan dan ikhlas
memohon keampunan daripada-Nya. Dalam kesepian dan kesunyian diri pada usia tua itu, penulis
juga meluahkan rasa insaf dan taubatnya kepada Tuhan melalui doa yang dipanjatkannya dalam
sembahyang yang didirikan. Pada masa yang sama, penulis berasa sebak atas segala-galanya
yang terjadi kerana banyak dosa yang telah dilakukannya sebelum ini.

RANGKAP 4
Penulis berasa bahawa perasaannya sedih sekali dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang
makin galak menguasai sanubarinya. Oleh sebab itu, dia terus memanjatkan doa di atas tikar
sembahyang yang sudah lama digunakannya. Penulis meminta maaf dengan bersungguh-sungguh
daripada Tuhan yang Maha Berkuasa agar mendapat keampunan demi meneruskan sisa-sisa
hidupnya yang tidal lama lagi akan menemui Pencipta.

RANGKAP 5
Penulis berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa agar dia menjadi manusia yang taat akan didikan
agama. Selain itu, penulis juga berjanji akan mengikut segala perintah Tuhan yang Maha Berkuasa.
Hal ini penting agar dia tidak akan lupa untuk mengingatkan diri bahawa kita hidup untuk sementara
waktu sahaja.

TEMA DAN PERSOALAN

Tema sajak ini ialah ketuhanan dan ketaatan seseorang kepada agama. Hal ini dapat dibuktikan
oleh penyajak yang berasa insaf ketika mendekatkan diri kepada Tuhan. Apabila mengabdikan diri
kepada Tuhan, dia berharap agar dosa-dosanya dapat diampunkan sebelum dia meninggal dunia.

Persoalan
(a) Keinsafan seseorang yang banyak berdosa.
(b) Kepentingan mendirikan sembahyang.
(c) Kepentingan didikan agama
(d) Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan.
(e) Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa.
e. NIlai Murni dan Pengajaran
f.
1. Nilai :

Pengajaran:

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

2. Nilai :

3. Nilai :

g. SOALAN PEMAHAMAN:
1. Apakah maksud rangkai kata merekah keinsafan di hati yang beku?
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
2. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu segera bertaubat daripada kesalahan yang
dilakukan?
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

3. Huraikan dua persoalan dalam sajak tersebut

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

h.
i.
j. 1. Bahasa Arab :
k. i. kalimah rangkap 1, baris 3
l. ii. Ilahi rangkap 3, baris 4.
m. iii. taubat rangkap 3, baris 6.
n.
o. 2. Inversi :
p. i. terkedu aku rangkap 1, baris 4. Sepatutnya : Aku terkedu.
q. ii. moga terbuka ruang keampunan rangkap 2, baris 4. Sepatutnya :
Ruang keampunan moga terbuka.
r.
s. 3. Metafora :
t. i. sejadah rindu rangkap 1, baris 2.
u. ii. merekah keinsafan rangkap 1, baris 4.
v. iii. nafas kehidupan rangkap 2, baris 2.
w.
x. 4. Sinkof :
y. i. dosaku rangkap 1, baris 6.
z. ii. kupohon rangkap 2, baris 2.
aa. iii. kautetapkan rangkap 2, baris 6.
ab.
ac. 5. Resposi :
ad. i. Air mata menjadi saksi
ae. keikhlasan menjadi bukti
af.
ag. E. NILAI:
ah. i. keinsafan - penyajak menginsafi segala dosa-dosanya yang lalu.
ai. ii. kegigihan - penyajak bersungguh-sungguh dan gigih memohon keampunan kepada Tuhan.
aj. iii. keikhlasan - penyajak bertaubat dengan penuh ikhlas hingga menitiskan air mata.
ak. iv. ketaatan - penyajak taat kepada Pencipta dan hanya memohon keampunan daripada-Nya.
al. v. Kesedaran - penyajak sedar akan dosa-dosanya yang lalu serta menyedari bahawa dunia ini
hanya sementara.
am.
an.
ao. F. PENGAJARAN:
ap. Kita hendaklah/ haruslah/ mestilah......
aq.
ar. i. segera insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu supaya kita tidak menjadi manusia yang rugi
di akhirat kelak.
as. ii. berusaha dengan gigih serta tidak berputus asa untuk mendapatkan keampunan daripada
Tuhan.
at. iii. memohon keampunan dengan penuh keikhlasan agar dosa-dosa yang lalu akan
diampunkan oleh Tuhan.
au. iv. taat kepada pencipta supaya kita sentiasa sedar diri dan berusaha mendapatkan
keampunan daripada Allah.
av. v. sedar bahawa dunia ini hanya sementara supaya kita sedar dan tidak melakukan dosa
semasa hidup kita.
aw. vi. menyedari kesalahan kita dan kembali semula ke jalan yang diredai Tuhan.
ax.
ay. 1penuh dengan penyesalan atas dosa yang lalu
az. 2tidak mengulangi kesilapan / dosa diampunkan oleh Tuhan / insaf akankesalahan yang
dilakukan / bimbang jika tidak sempat bertaubat dan terus bergelumang dengan dosa
ba.
bb.
bc.
bd.

Anda mungkin juga menyukai