Anda di halaman 1dari 18

ANTOLOGI

SEJADAH RINDU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU

• KUPASAN SAJAK SEJADAH


KUPASAN
RINDU SAJAK
SEJADAH RINDU
Oleh :Cikgu Norani
MAKSUD RANGKAP PERTAMA

Terkedu aku di sejadah rindu


mengungkap kalimah syahdu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu

Penyajak seperti kehilangan kata-kata ketika


berada dalam keadaan beribadat /
bermunajat / bermuhasabah diri / mengadu
kepada Tuhan sambil mengucapkan
perkataan yang memuji kebesaran Ilahi.
Kesedaran tentang kesilapan / kesalahan yang
lalu muncul satu demi satu dalam kalbu yang
selalu tertutup
MAKSUD RANGKAP KEDUA
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan

Menerusi segala deria kuniaan Ilahi, penyajak


merayu dipulihkan jalan yang benar walaupun
akur tentang kekurangannya sebagai manusia
biasa. Penyajak mengharapkan taubatnya
diterima sebelum dia mati)
MAKSUD RANGKAP KETIGA
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

(Penyajak menangis dengan


sesungguh hati sehingga dia
menyerah diri kepada Tuhan.
Dalam suasana bening,
penyajak teresak-esak
meluahkan keinsafan diri
MAKSUD RANGKAP KEEMPAT
Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Penyajak benar-benar berasa dirinya


kosong dan ego dirinya musnah. Dia
memuji-muji keagungan Allah di hamparan
tempat dia berdoa sekian lama. Dia
memohon keampunan yang tuntas
terhadap Tuhan dengan penuh gementar)
MAKSUD RANGKAP KELIMA
Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

Permintaan penyajak terhadap Tuhan


yang Esa agar dia menjadi hamba yang
patuh sepanjang hayat, juga supaya dia
tidak alpa akan nikmat kehidupan
yang fana / tidak kekal)
TEMA

Tema sajak ini ialah ketuhanan dan


ketaatan seseorang kepada agama. Hal
ini dapat dibuktikan oleh penyajak yang
berasa insaf ketika mendekatkan diri
kepada Tuhan. Apabila mengabdikan diri
kepada Tuhan, dia berharap agar dosa-
dosanya dapat diampunkan sebelum dia
meninggal dunia.
PERSOALAN

Ketaatan kepada Tuhan.

Penyajak ikhlas  dan taat


menunaikan solat kerana Allah
dan sedar bahawa dunia ini tidak
akan kekal selama-lamanya
PERSOALAN
Keinsafan dan keazaman untuk
menjadi insan yang lebih baik.
      
Penyajak bersungguh-sungguh
mohon keampunan daripada Allah
kerana insaf akan dosa- dosanya
yang lalu. Dia berazam untuk
menjadi insan yang lebih baik
selagi    hayat dikandung badan
PERSOALAN

Kepentingan Pendidikan agama .


Insan yang mempunyai
pendidikan agama akan sentiasa
memahami tujuan kehidupan.
Dia sentiasa mengelakkan diri
melakukan dosa kerana takut
akan kemurkaan Allah
PERSOALAN

Pengabdian Kepada Allah


Penyajak seorang yang rajin
menunaikan solat termasuk solat
sunat taubat . Dia sentiasa
mengabdikan diri kepada Allah
dengan sepenuh jiwa raga.
GAYA BAHASA

Pemilihan Diksi
Penggunaan Bahasa Puitis
❑Mengungkap kalimah syahdu
❑bait bicara tersentuh kalbu
❑Di keheningan yang sepi

Bahasa Perbandingan metafora


❑Sejadah Rindu
❑Nafas kehidupan
❑Ayat-ayat cinta
GAYA BAHASA

Unsur Perulangan Bunyi aliterasi


Pengulangan bunyi konsonan b
❑Bait bicara tersentuh kalbu

Unsur perulangan bunyi asonansi


Pengulangan bunyi vokal a
❑Ungkapan doa pada yang esa

Sinkope-singkatan kata
❑Dosaku
❑Kau tetapkan
NILAI

Nilai keinsafan:
Penyajak insaf atas kesalahan
yang pernah dilakukannya.

2) Nilai ketaatan kepada Tuhan


Penyajak taat akan Tuhan
dengan melaksanakan ibadah
yang  diperintahkan.
NILAI

Nilai keimanan:
Penyajak percaya kepada Tuhan dan
memohon keampunan daripadaNya
atas dosa-dosaNya.

Nilai kesungguhan:
Penyajak bersungguh-sungguh
meminta keampunan daripada Tuhan
dan berdoa agar dia sentiasa taat
akan perintahNya.
PENGAJARAN

❑ Kita mestilah insaf akan


kesilapan diri dan kembali
kepada jalan hidup yang
sebenar.
❑ Kita mestilah percaya bahawa
adanya kita di bumi ini kepada
kuasa Tuhan yang Maha Esa.  
PENGAJARAN

❑ Kita mestilah bersyukur kepada


Tuhan atas segala nikmat dan
peluang hidup yang dikurniakan 
kepada kita.
❑ Kita mestilah taat akan didikan
agama dan mengamalkan ajaran
agama dengan penuh ketakwaan.
TERIMA KASIH
SELAMAT MENGULANG KAJI
S
E
SELAMAT MENGULANG KAJI
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai