Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN JAWAPAN SET 1

Kesan apabila berlaku banjir:

1. air banjir bercampur lumpur bersatu dengan air longkang dan sampah sarap akan
mengundang pelbagai penyakit
2. Air banjir yang tercemar akan menyebabkan sistem badan terganggu.
3. kanak-kanak yang bermain banjir terdedah kepada risiko kecederaan kerana terkena
benda tajam.
4. kanak-kanak boleh dibawa arus deras dan kelemasan.
5. sampah sarap dari kawasan rendah akan menjadi tempat tumpuan binatang berbisa
yang amat berbahaya
6. banjir akan menyebabkan mangsanya menghadapi tekanan emosi.
7. Banjir menyebabkan harta benda rosak.
8. kes kecurian juga sering berlaku ketika penghuninya berada di pusat pemindahan
banjir.
CADANGAN JAWAPAN SET 2

Faktor berlakunya jenayah ragut di Malaysia :

1. keadaan mangsa mendorong jenayah ragut berlaku


2. mangsa ragut sering berjalan bersendirian
3. suasana sekeliling menggalakkan jenayah ragut
4. mangsa leka atau lalai ketika berada di tempat awam
5. peragut berasa bahawa mereka mempunyai ruang untuk melarikan diri
6. ketagihan dadah dan kesempitan hidup mendorong mereka meragut
7. fizikal wanita yang lemah dan seringkali membawa beg tangan semasa
berjalan,menjadikan mereka sasaran utama peragut

CADANGAN JAWAPAN SET 3

Cara-cara untuk mengurangkan kemalangan jalan raya:

1. Pihak berkuasa mengetatkan peraturan dan undang-undang jalan raya.


2. Kita mestilah menganjurkan kempen keselamatan jalan raya.

3. Pendidikan keselamatan jalan raya yang dilaksanakan di sekolah merupakan


langkah yang efisien
4. pengguna jalan raya mestilah memastikan keadaan kenderaan mereka berada
dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
5. Keadaan jalan raya yang mesti dipastikan berada dalam keadaan yang selamat.
6. Pengguna jalan raya berada pada tahap mental dan fizikal yang baik ketika
menggunakan jalan raya

7. Pengguna diingatkan juga supaya berehat seketika jika berasa letih atau mengantuk.
PANDUAN PEMARKAHAN

BAHAGIAN C (15 MARKAH)

 Bahasa dinilai secara tanggapan (impression)


 Tandakan kesalahan Bahasa sebagaimana penandaan karangan (tiada potongan
markah bagi kesalahan ejaan).
 Tandakan () pada setiap isi.
 Baca dan periksa setakat 100 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
 Buat garisan panjang selepas 100 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
 Murid menjawab dalam perenggan, periksa seperti biasa.
 Walaupun isi kurang Bahasa diperiksa seperti biasa.
 Jawapan murid dalam catatan, berikan markah penuh untuk isi markah maksimum
untuk bahasa ialah 6 markah sahaja.
 Jika isi disalin secara terpilih dan dibuat dalam bentuk catatan (poin), markah isi
seperti biasa tetapi maksimum Bahasa ialah 2 markah.
 Jika murid menyalin petikan markah isi akan ditolak 50 peratus dan markah
maksimum bahasa ialah 1 markah.
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
 Bahasa baik dan lancar.
 Berupaya menggunakan ayat sendiri.
CEMERLANG 5  Pemilihan kata yang tepat.
 Ayat yang garamatis.
 Penanda wacana yang sesuai.
 Ejaan dan tanda baca yang betul.
 Bahasa masih baik dan masih lancar.
 Masih berupaya mengguna ayat
sendiri.
 Pemilihan kata yang terhad.
BAIK 3-4  Ayat yang masih gramatis.
 Penanda wacana masih sesuai.
 Terdapat kesalahan ejaan dan tanda
baca yang minimum.
 Bahasa kurang lancar.
 Terdapat kesalahan yang ketara dalam
MEMUASKAN 2 ayat, ejaan dan tanda baca.
ATAU
 Menyalin ayat daripada petikan asal
secara terpilih.
 Keseluruhan jawapan menggambarkan
PENGUASAAN 1 penguasaan Bahasa yang lemah.
MINIMUM Menyalin secara terus daripada
petikan.

KRITERIA MARKAH ISI


BILANGAN ISI MARKAH
5 9 – 10
4 7–8
3 5–6
2 3–4
1 1–2

CARA MENULIS MARKAH

a) Isi = 10
Bahasa = 05
Jumlah = 15

b) Isi = 10
Bahasa = 02*(salin isi secara terpilih)
Jumlah = 12

c) Isi = 09*(Isi tidak lengkap)


Bahasa = 03
Jumlah = 12

d) Isi = 09*(-50%) 04
Bahasa = 01*(salin petikan)
Jumlah = 05

Anda mungkin juga menyukai