Anda di halaman 1dari 2

SEJADAH RINDU (NOTA)

TEMA
ketuhanan dan ketaatan kepada perintah agama. Contohnya, penyajak insaf akan dosa-dosanya dan memohon keampunan
kepada Tuhan. Beliau bertaubat untuk tidak mengulangi dosanya dan memohon agar Tuhan menunjukkan jalan yang benar
kepadanya.

SAJAK MAKSUD
Terkedu aku Penyajak termenung di atas sejadah sewaktu
di sejadah rindu mengungkapkan kalimah syahdu/ sedih hingga menyentuh
mengungkap kalimah syahdu hatinya dan menjadikan dia menginsafi akan dosa-dosanya
bait bicara tersentuh kalbu yang lalu.
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang dahulu
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan Dengan rasa rendah diri, penyajak memohon kepada
kupohon kembali nafas kehidupan Tuhan agar diberi keampunan sebelum beliau meninggal
dalam keterhadan dan keterbatasan insan dunia seperti yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan
Air mata menjadi saksi Dengan iringan air mata dan hati yang ikhlas sebagai bukti,
keikhlasan menjadi bukti penyajad sujud dan melafazkan taubat dalam keadaan
akhirnya yang sebak/ sedih dan dalam keadaan yang hening/ sunyi
aku sujud menghadap Ilahi dan sepi.
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti
Hati ini luluh Hati penyajak sedih/ luluh dan jiwanya tersentuh dengan
jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta kepada Tuhan yang disusun dengan rapi
ayat-ayat cinta disusun kukuh sewaktu memohon keampunan kepada Tuhan serta
di sejadah rindu yang lusuh berasa amat gemuruh.
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh
Ungkapan doa pada yang Esa Penyajak berdoa kepada Tuhan agar menerima dan
izinkan aku menjadi manusia mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat
yang taat sentiasa akan perintah Tuhan. Dia juga sedar bahawa dunia ini
pada perintah Maha Kuasa hanyalah sementara.
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

 *versi lagu (rangkap 1 – 4)


PERSOALAN

 keinsafan atas dosa-dosa lalu yang menghantui kehidupannya. Contohnya, penyajak berasa sedih dan
bertaubat atas dosa yang telah dilakukannya dahulu.
 pengharapan keampunan manusia kepada Tuhannya sebelum dia meninggal dunia. Contohnya,
penyajak memohon keampunan kepada Tuhan atas segala dosanya sebelum dia meninggal dunia
nanti.
 keikhlasan dalam memohon keampunan kepada Tuhan. Contohnya, penyajak memohon keampunan
atas dosanya kepada Tuhan dengan linangan air mata dan penuh keikhlasan.
 taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, Penyajak bertaubat memohon
keampunan hingga menitiskan air mata.
 berserah dan memohon keampunan hanyalah kepada Tuhan yang Esa. Contohnya, penyajak
memohon keampunan dan berdoa kepada Tuhan agar kesalahannya diampunkan.
 dunia hanya bersifat sementara. Contohnya, penyajak menyedari bahawa dunia ini hanya sementara
dan tidak kekal untuk selama-lamanya.

PENGAJARAN/GiGIH

Kita hendaklah/ haruslah/ mestilah……

 segera insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu supaya kita tidak menjadi manusia yang rugi di akhirat
kelak.
 berusaha dengan gigih serta tidak berputus asa untuk mendapatkan keampunan daripada Tuhan.
 memohon keampunan dengan penuh keikhlasan agar dosa-dosa yang lalu akan diampunkan oleh
Tuhan.
 taat kepada pencipta supaya kita sentiasa sedar diri dan berusaha mendapatkan keampunan daripada
Allah.
 sedar bahawa dunia ini hanya sementara supaya kita sedar dan tidak melakukan dosa semasa hidup
kita.
 menyedari kesalahan kita dan kembali semula ke jalan yang diredai Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai