Anda di halaman 1dari 5

NOTA KOMSAS TINGKATAN 5

(*baca setiap topik dengan teliti untuk menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun)
SAJAK – SEJADAH RINDU (Mohd. Haikal Aminuddin)

1. MAKSUD

RANGKAP 1
Penulis menangis sewaktu sujud di atas kain sejadah sambil membaca ayat-ayat suci dalam
sembahyang yang didirikannya. Pada waktu itu, dia yang khusyuk bersembahyang dikuasai rasa
insaf yang sudah lama terpendam mula terbit di dalam hati. Hal ini terjadi demikian kerana penulis
teringat akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya sejak dahulu.

RANGKAP 2
Dengan penuh keinsafan di dalam hati, penulis tetap bersyukur kerana dia mendapat peluang hidup
yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Penulis juga sedar bahawa hidupnya
semakin terbatas dan terhad kerana usianya semakin lanjut. Oleh hal yang demikian, penulis
berharap agar Tuhan mengampunkannya sebelum dia menemui ajal pada waktu yang ditetapkan
oleh-Nya.

RANGKAP 3
Sewaktu bersujud di atas tikar sembahyang, penulis mengalirkan air mata keinsafan dan ikhlas
memohon keampunan daripada-Nya. Dalam kesepian dan kesunyian diri pada usia tua itu, penulis
juga meluahkan rasa insaf dan taubatnya kepada Tuhan melalui doa yang dipanjatkannya dalam
sembahyang yang didirikan. Pada masa yang sama, penulis berasa sebak atas segala-galanya yang
terjadi kerana banyak dosa yang telah dilakukannya sebelum ini.

RANGKAP 4
Penulis berasa bahawa perasaannya sedih sekali dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang
makin galak menguasai sanubarinya. Oleh sebab itu, dia terus memanjatkan doa di atas tikar
sembahyang yang sudah lama digunakannya. Penulis meminta maaf dengan bersungguh-sungguh
daripada Tuhan yang Maha Berkuasa agar mendapat keampunan demi meneruskan sisa-sisa
hidupnya yang tidal lama lagi akan menemui Pencipta.

RANGKAP 5
Penulis berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa agar dia menjadi manusia yang taat akan didikan
agama. Selain itu, penulis juga berjanji akan mengikut segala perintah Tuhan yang Maha Berkuasa.
Hal ini penting agar dia tidak akan lupa untuk mengingatkan diri bahawa kita hidup untuk sementara
waktu sahaja.

2. TEMA DAN PERSOALAN


Tema sajak ini ialah ketuhanan dan ketaatan seseorang kepada agama. Hal ini dapat dibuktikan oleh
penyajak yang berasa insaf ketika mendekatkan diri kepada Tuhan. Apabila mengabdikan diri
kepada Tuhan, dia berharap agar dosa-dosanya dapat diampunkan sebelum dia meninggal dunia.

3. Persoalan

(a) Keinsafan seseorang yang banyak berdosa.


(b) Kepentingan mendirikan sembahyang.
(c) Kepentingan didikan agama
(d) Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan.
(e) Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa.

4. GAYA BAHASA

(a) Metafora
Buktinya, di sejadah rindu

(b) Bahasa asing, bahasa Arab


Buktinya, mengungkap kalimah syahdu
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
aku sujud menghadap Ilahi
lafaz taubat mengiringi

(c) Pengulangan kata


Buktinya, di sejadah rindu
di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh

(d) Sinkope
Buktinya, mengenang dosaku yang terdahulu
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang Kautetapkan
kemaafan yang kupohon

(e) Responsi
Buktinya, izinkan aku menjadi manusia
agar aku tidak lupa

5. NILAI MURNI

(a) Keinsafan
(b) Kepercayaan kepada Tuhan
(c) Rasional
(d) Kesyukuran
(e) Ketaatan
(f) Hemah tinggi
(g) Keikhlasan
(h) Kejujuran
(i) Keberanian

6. PENGAJARAN

(a) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.
(b) Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa.
(c) Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin
tua.
(d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan
kepada kita.
(e) Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan.
(f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat
memberikan ketenangan hidup.
(g) Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi
lebih tenang.
(h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.
(i) Kita mestilah berani menghadapi segala cabaran dalam kehidupan demi ketenangan hidup pada
usia tua

SOALAN SPOT
1. Berikan maksud dunia ini hanya bersifat sementara.
•dunia ini tidak kekal

2. Berikan maksud sebelum saat aku dinisankan.


•sebelum penyajak meninggal dunia

3. Berdasarkan sajak di atas, apakah harapan penyajak semasa berdoa kepada Yang Maha
Esa?
•berharap agar dirinya sedar bahawa dunia ini bersifat sementara.

4. Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas, nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan


penyajak benar-benar insaf.
•penyajak menitiskan air mata/penyajak benar benar ikhlas untuk bertaubat

5. Apakah maksud rangkai kata saat aku dinisankan dalam rangkap kedua sajak di atas?
•ketika penyajak meninggal dunia

6. Pada pendapat anda,apakah perkara perkara yang perlu dilakukan sementara kita hidup di
dunia yang bersifat sementara ini? Nyatakan tiga perkara itu. ( KBAT )
•keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup
•keikhlasan dalam memohon keampunan tuhan
•kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara

7. Sebagai seorang pelajar,apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan
anda yang telah insaf daripada kesalahannya? ( KBAT )
•memberikan kata kata semangat dan dorongan
•untuk mendapatkan khidmat nasihat
•melupakan segala kesilapan yang lalu dan dibuat olehnya

8. Pada pendapat anda,mengapakah masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah
insaf daripada kesalahannya? ( KBAT )
•masyarakat tidak berasa yakin bahawa mereka benar benar insaf
•masyarakat untuk memandang serong terhadap mereka

9. Pada pendapat anda,apakah sebab sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa dosanya
yang lalu? ( KBAT )
•supaya mendapt keampunan daripada tuhan sebelum meninggal dunia
•agar seseorang itu tidak melupai taubatan daripada dosa dosanya yang lalu
10. Pada pendapat anda,selain memohon ampun kepada tuhan,apakan cara lain yang boleh
dilakukan untuk membuktikan bahawa kita telah insaf atas kesalahan yang dilakukan?
( KBAT )
•berazam tidak mengulangi kesilapan tersebut
•sentiasa mencontohi orang yang baik seperti ritaz dan guru

11. Pada pendapat anda, mengapakah manusia sering lupa dan mengabaikan perintah tuhan?
( KBAT )
•terleka dengan kemewahan dunia
•tidak tetap dalam mengamalkan ajaran dan perintah tuhan

12. Pada pendapat anda,mengapakah seseorang yang melakukan kesalahan dan dosa perlu
memohon keampunan daripada tuhan? Nyatakan tiga sebab anda.
•segala dosa dan kesalahan diampun oleh tuhan
•agar tuhan meringankan hukuman ke atasnya semasa di dalam mahkamah

13. Terdapat segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi selepas itu kembali
semual melakukan kesilapan tersebut. Pada pendapat anda,mengapakah keadaan sedemikian
berlaku? ( KBAT )
•terpengaruh dengan rakan rakan
•kurang bimbingan daripada pihak lain

14. Nyatakan Dua Persoalan

(a) Keinsafan seseorang yang banyak berdosa.


(b) Kepentingan mendirikan sembahyang.
(c) Kepentingan didikan agama
(d) Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan.
(e) Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa.

15. Nyatakan Dua Nilai

(a) Keinsafan
(b) Kepercayaan kepada Tuhan
(c) Rasional
(d) Kesyukuran
(e) Ketaatan
(f) Hemah tinggi
(g) Keikhlasan
(h) Kejujuran
(i) Keberanian

16. Nyatakan Dua Pengajaran

(a) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.
(b) Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa.
(c) Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin
tua.
(d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan
kepada kita.
(e) Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan.
(f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat
memberikan ketenangan hidup.
(g) Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi
lebih tenang.
(h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.
(i) Kita mestilah berani menghadapi segala cabaran dalam kehidupan demi ketenangan hidup pada
usia tua

17. Nyatakan Dua Gaya Bahasa

(a) Metafora
Cth: - Buktinya, di sejadah rindu

(b) Bahasa asing, bahasa Arab


Cth: - Buktinya, mengungkap kalimah syahdu
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
aku sujud menghadap Ilahi
lafaz taubat mengiringi

(c) Pengulangan kata


Cth : - Buktinya, di sejadah rindu
di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh

(d) Sinkope
Cth : - Buktinya, mengenang dosaku yang terdahulu
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang Kautetapkan
kemaafan yang kupohon

(e) Responsi
Cth : - Buktinya, izinkan aku menjadi manusia

Anda mungkin juga menyukai