Anda di halaman 1dari 8

Kesalahan Frasa Adjektif

Penggunaan kata adjektif dengan kata penguat Kata penguat tidak diperlukan bagi kata adjektif berimbuhanter- yang menunjukkan maksud paling. Contoh ayat: a) Anyaman tikar mengkuang itu sungguh halus sekali.BETUL Anyaman tikar mengkuang itu sungguh halus. BETUL Anyaman tikar mengkuang itu halus sekali. BETUL b) Kereta api peluru ialah kereta api yang terpantas sekali di dunia. SALAH Kereta api peluru ialah kereta api yang terpantas di dunia.BETUL Kereta api peluru ialah kereta api yang pantas sekali di dunia. BETUL Penggunaan imbuhan ter- dengan kata adjektif sebagai predikat Kata adjektif berimbuhan ter- tidak boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat.Oleh sebab itu, kata penguat perlu diletakkan sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif mengikut kesesuaiannya. Contoh ayat: a) Makmal itu terbesar. SALAH Makmak itu sangat besar. BETUL b) Minyak wangi itu terharum. SALAH Minyak wangi itu sangat harum. BETUL Penggunaan kata sendi nama dengan kata adjektif Kata adjektif yang bersifat emotif yang hendak diperluas dalam ayat perlu disertai kata sendi nama. Contoh ayat: a) Ibu amat kasih anaknya. SALAH Ibu amat kasih akan anaknya. BETUL b) Maya sangat sayang anak patungnya. SALAH Maya sangat sayang akan anak patungnya. BETUL

Kesalahan Kata Pemeri


Penggunaan ialah dan adalah Kata ialah merupakan kata pemeri yang digunakan di hadapan kata nama.Kata adalah pula ialah kata pemeri yang digunakan di hadapan kata sendi nama dan kata adjektif. Contoh ayat: a) Hussein adalah bapa Azman. (SALAH) Hussein ialah bapa Azman, (BETUL) b) Rumahnya ialah besar. (SALAH) Rumahnya adalah besar. (BETUL) c) Hadiah ini ialah untuk ibu. (SALAH) Hadiah ini adalah untuk ibu. (BETUL)

Bentuk tunggal

KKTT mandi gugur runtuh berehat bergurau berbaring bersolek melecur membiak menyanyi mendarat terhumban tersorok tersenyum berguguran berkibaran bertaburan berpandangan KKT menulis membasuh mengambil

Contoh Ayat (a) Nenek sedang mandi di perigi. (b) Buah durian itu belum gugur. (c) Bukit itu runtuh pada pagi semalam. (a) Mereka berehat di bawah pokok. (b) Salleh suka bergurau dengan adiknya. (c) Ayah berbaring di atas tikar. (d) Mary bersolek di dalam biliknya. (a) Jari budak itu melecur kerana terkena bara api. (b) Kulat membiak di tempat yang lembap. (c) Aini menyanyi sambil menari. (d) Kapal terbang itu sedang mendarat. (a) Lori itu terhumban ke dalam sungai. (b) Bukunya tersorok di dalam almari. (c) Zamri tersenyum kepada Nabila (a) Dedaun kering itu berguguran ditiup angin. (b) Bendera sekolah berkibaran di puncak tiang. (c) Padi-padi itu bertaburan kerana dikais ayam. (d) Mereka terkejut dan saling berpandangansetelah mendengar bunyi yang ganjil itu. Objek surat kasut pen Contoh ayat (a) Hairi sedangmenulis surat kepada kakaknya. (b) Osman membasuhkasut di bilik air. (c) Dia mengambil pen saya. (a) Orang ramai bergotongroyongmemperbesar jalan di kampung mereka. (b) Gadis itumemperindahgubahan bunganya. (c) Petani-petani diseru agarmemperbanyaktanaman untuk menambahkan hasil. (a) Cikgu Azlimenghadiahkanbuku cerita kepada Hamzah. (b) Dia mengeposkansurat kakaknya di pejabat pos. (c) Ibu menidurkan adik di dalam buaian. (a) Ayah sedangmembaiki rumah. (b) Doktor sedangmengubati luka di kaki Gopalan. (c) Nenek Aisyahmenziarahisaudaranya di Kulim. (a) Bahrin seringmemper-

berawalan beR-

berawalan meN-

berawalan teR-

berapitan ber-...-an

Bentuk

berawalan meN-

memperbesar memperindah memperbanyak berawalanmempeR-

jalan gubahan tanaman

berapitan meN-...-kan

menghadiahkan mengeposkan menidurkan

buku surat adik

berapitan meN-...-i

membaiki mengubati menziarahi

rumah luka saudara

berapitanmempeR-

memperkudakan

adik

...-kan

memperdengarkan bacaan memperbahaskan isu

berapitanmempeR...-i

memperingati mempersuami

kudakanadiknya. (b) Qari dari Iraq itu sedangmemperdengarkanbacaan AlQuran. (c) Guru-guru itu sedangmemperbahaskanisu semasa. kemerdekaan (a) 31 Ogos ialah cuti umum pemuda sebagaimemperingatikemerdekaan negara. (b) Gadis itu mempersuami pemuda yang kaya-raya.

Kesalahan Frasa Kerja


Penggunaan frasa kerja aktif tak transitif Kata kerja tak transitif berapitan berkan tidak boleh diikuti oleh kata sendi nama kerana akhiran -kan sudah merupakansingkatan kata sendi nama akan yang dapat mewakili kata sendi nama yang lain seperti pada,dengan,dan tentang. Contoh ayat: a) Cincinnya bertatahkan akan permata. SALAH Cincinnya bertatahkan permata. BETUL b) Berbekalkan pada semangat yang ada, dia meneruskan hidupnya. SALAH Berbekalkan semangat yang ada dia meneruskan hidupnya.BETUL Penggunaan frasa kerja aktif transitif Frasa kerja aktif transitif tidak perlu disisipkan dengan kata lain antara kata kerja berkenaan dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh ayat: a) Pihak ibu bapa sudah mengetahui tentang perkara itu.SALAH Pihak ibu bapa sudah mengetahui hal itu. BETUL b) Penduduk kampung akan mengetengahkan tentangcadangan itu kepada pihak atasan. SALAH Penduduk kampung akan mengetengahkan cadangan itu kepada pihak atasan. BETUL Penggunaan kata kerja pasif Frasa kerja pasif ialah kata kerja yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat pasif.Frasa kerja pasif diri pertama dan diri kedua perlu diletakkan di hadapan kata kerja tanpa imbuhan awalan di-. Contoh ayat: a) Majalah itu sudah dibaca oleh saya. SALAH Majalah itu sudah saya baca. BETUL b) Masalah itu perlu diselesaikan oleh anda. SALAH Masalah itu perlu anda selesaikan. BETUL c) Surat itu dibaca oleh kami? SALAH Surat itu kami baca? BETUL Kata-kata lain tidak boleh disisipkan antara kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan kata kerja pasif. Contoh ayat:

a) Majalah itu saya sudah baca. SALAH Majalah itu sudah saya baca. BETUL b) Surat itu kamu sudah baca? SALAH Surat itu sudah kamu baca? BETUL Frasa kerja pasif diri ketiga pula perlu diletakkan di belakang kata kerja dengan imbuhan didan kata sendi namaoleh.Oleh boleh dikekalkan atau digugurkan penggunaannya. Contoh ayat: a) Lauk itu ibu masak. SALAH Lauk itu dimasak oleh ibu. BETUL Lauk itu dimasak ibu. BETUL b) Pokok durian itu ayah tanam. SALAH Pokok durian itu ditanam oleh ayah. BETUL Pokok durian itu ditanam ayah. BETUL

Kesalahan Kata Kerja


Penggunaan kata kerja transitif tanpa imbuhan Kata kerja transitif biasanya mempunyai imbuhan awalan me-kecuali beberapa kata seperti makan dan minum. Contoh ayat: a) Khairuddin sedang pandang lukisan yang tergantung pada dinding itu. (SALAH) Khairuddin sedang memandang lukisan yang tergantung pada dinding itu. (BETUL) Penggunaan kata kerja tak transitif tan imbuhan Kata kerja tak transitif perlu mempunyai imbuhan sama adame-,ber-,atau ter-. Contoh ayat: a) Anaknya sedang tangis. (SALAH) Anaknya sedang menangis. (BETUL) b) Mereka lari di sekeliling rumah. (SALAH) mereka berlari di sekeliling rumah. (BETUL) c) Dia senyum apabila diusik. (SALAH) dia tersenyum apabila diusik. (BETUL) Penggunaan kata kerja transitif berapitan me-I dan me-kan Kata kerja berapitan me-I digunakan untuk menunjukkan maksud sesuatu yang kena pada pembuatnya.Kata kerja transitif berapitan me-kan digunakan untuk menunjukkan maksud objek yang kena pada pembuatnya. Contoh ayat: a) Mahmud mendekatkan lembaga itu. (SALAH) Mahmud mendekati lembaga itu. (BETUL) b) Guru itu menjatuhi hukuman rotan kepada pelajar yang nakal itu. (SALAH) Guru itu menjatuhkan hukuman rotan kepada pelajar yang nakal itu. (BETUL) c) Ibu menghadiahkan kakak seutas rantai. (SALAH) Ibu menghadiahi kakak seutas rantai. (BETUL) Ibu menghadiahkan seutas rantai kepada kakak. (BETUL)

Kesalahan Kata Sendi Nama


Penggunaan di dan pada Kata di ialah kata sendi naman yang digunakan untuk menunjukkan tempat.Kata sendi nama pada ialah kata yang digunakan untuk merujuk manusia, benda,binatang, dan masa. Contoh ayat: a) Gelas itu terletak pada atas rak. (SALAH) Gelas itu terletak di atas rak. (BETUL) b) Ayah pulang dari kebun di waktu petang. (SALAH) ayah pulang dari kebun pada waktu petang. (BETUL) Penggunaan dari dan daripada Kata sendi dari digunakan untuk menunjukkan masa dan tempat.Kata daripada ialah kata sendi nama yang digunakan untuk merujuk manusia,perbandingan,asal-usul,benda abstrak, dan keanggotaan. Contoh ayat: a) Abang ke rumah kawannya sejak daripada pagi tadi.(SALAH) Abang ke rumah kawannya sejak dari pagi tadi. (BETUL) b) Dia berasal daripada Kuala Kangsar. (SALAH) Dia berasal dari Kuala Kangsar. (BETUL) c) Hadi ini dari ibu. (SALAH) Hadiah ini daripada ibu. (BETUL) d) Baju ini diperbuat dari sutera. (SALAH) Baju ini diperbuat daripada sutera (BETUL) e) Buku ini lebih tebal dari buku saya. (SALAH) Buku ini lebih tebal daripada buku saya. (BETUL) f) Dari perbialan itu, saya dapat tahu sikapnya. (SALAH) Daripada perbualan itu, saya dapat tahu sikapnya. (BETUL) g) Hanya seorang wakil dari ibu bapa hadir dalam mesyuarat itu. (SALAH) Hanya seorang daripada wakil ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat itu. (BETUL) Penggunaan ke dan kepada Kata sendi nama ke digunakan untuk menunjukkan tempat, masa, dan benda konkrit yang tidak bernyawa.Kata kepadaialah kata sendi nama yang digunakan untuk benda-benda yang bernyawa dan abstrak. Contoh ayat: a) Pengunguman banjir itu disampaikan dari semasa kepadasemasa. (SALAH) Pengunguman banjir itu disampaikan dari semasa kesemasa. (BETUL) b) Dia hendak mengirimkan wang ke ibunya di kampung.(SALAH) Dia hendak mengirimkan wang kepada ibunya di kampung.(BETUL) Penggunaan untuk dan bagi Kata sendi nama untuk digunakan untuk merujuk kepada sesustu yang ditentukan. Dalam keadaan ini kata untuk tidak boleh diganti denmgan bagi. Contoh ayat: a) Bunga itu dihadiahkan khas bagi ibu. (SALAH) Bunga itu dihadiahkan khas untuk ibu. (BETUL)

Penggunaan tentang dan mengenai Kata sendi nama tentang digunakan untuk merujuk kepada hal yang dibicarakan.Oleh sebab itu kata tentang tidak boleh diganti dengan mengenai. Kata mengenai membawa maksud terkena pada sesuatu. Contoh ayat: a) Mereka berbincang mengenai isu semasa. (SALAH) Mereka berbincang tentang isu semasa. (BETUL) Penggunaan dalam dan di dalam Kata sendi dalam digunakan untuk merujuk kepada tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.Kata di dalam pula merujuk tempat yang ada ruang atau jarak. Kata dalam tidak boleh digantikan dengan di dalam. Contoh ayat: a) Mereka tidak sependapat di dalam hal itu. (SALAH) Mereka tidak sependapat dalam hal itu. (BETUL) Penggunaan antara dan di antara Kata sendi nama antara digunakan untuk merujuk tempat yang tiada ruang atau jarak.Kata antara tidak boleh digantikan dengan di antara. Contoh ayat: a) Persetujuan telah dicapai di antara kedua-dua pihak.(SALAH) Persetujuan telah dicapai antara kedua-dua pihak. (BETUL)

Kesalahan Kata Ganti Nama


Penggunaan kata ganti diri Mereka Kata ganti nama diri ketiga mereka bermaksud bilangan yang banyak atau jamak.Oleh itu kata mereka tidak perlu ditulismereka-mereka untuk menunjukkan maksud bilangan yang lebih daripada seorang. Contoh ayat: a) Mereka-mereka yang tidak hadir ke sekolah akan dikenakan tindakan disiplin. (SALAH) Mereka yang tidak hadir ke sekolah akan dikenakan tindakan disiplin. (BETUL) Penggunaan kata ganti dia dan beliau Kata ganti nama diri ketiga dia digunakan untuk merujuk orang biasa sahaja.Kata beliau ialah kata ganti nama diri ketiga yang digunakan untuk merujuk orang yang dihormati, berpangkat,atau mempunyai kedudukan yang tinggi misalnya Perdana Menteri,menteri,ibu bapa,guru,pemimpin, dan sebagainya. Contoh ayat: a) Dia disanjung oleh masyarakat kerana jasa yang begitu besar.. (SALAH) Beliau disanjung oleh masyarakat kerana jasanya yang begitu besar. (BETUL) b) Beliau diberkas oleh polis kerana menceroboh rumah jirannya. (SALAH) Dia diberkas oleh polis kerana mencerobohi rumah jirannya.(BETUL) Penggunaan kata ganti kami dan kita Kata ganti nama pertama kami dan kita menunjukkan maksud banyak atau jamak. Kata kami digunakan untuk menunjukkan maksud saya dan dia, manakala kata kita digunakan untuk menunjukkan saya dan awak. Contoh ayat: a) Kita hendak pergi ke tandas sekarang kata budak-budak itu kepada Cikgu Manaf. (SALAH)

Kami hendak pergi ke tandas sekarang kata budak-budak itu kepada Cikgu Manaf. (BETUL) Penggunaan kata ganti ia dan ianya Kata nya tidak boleh bergabung dengan kata ia menjadiianya. Kata ganti nama diri ketiga ia hanya digunakan untuk merujuk kepada manusia sahaja. Contoh ayat: a) Ianya dating dari Kuala Lumpur. (SALAH) Ia datang dari Kuala Lumpur. (BETUL) b) Anjing itu mati kerana ianya dilanggar lori. (SALAH) Anjing itu mati kerana dia dilanggar lori. (SALAH) Anjing itu mati kerana dilanggar lori. (BETUL)

Kesalahan Kata Hubung


Penggunaan apabila dan bila Apabila ialah kata hubung manakala bila ialah kata Tanya.Oleh itu penggunaan apabila tidak boleh digantikan dengan bila dan sebaliknya. Contoh ayat: a) Dia tersenyum bila melihat telatah anaknya. (SALAH) Dia tersenyum apabila melihat telatah anaknya. (BETUL) Penggunaan kerana dan sebab Kata kerana ialah kata hubung manakala sebab ialah kata nama.Kata sebab boleh berfungsi sebagai kata hubung jika didahului kata oleh menjadi oleh sebab. Contoh ayat: a) Dia tidak dapat datang sebab kakinya sakit. (SALAH) Dia tidak dapat datang kerana kakinya sakit. (BETUL) b) Dia tidak dapat datang oleh karana kakinya sakit. (SALAH) Dia tidak dapat datang oleh sebab kainya sakit. (BETUL)

Kesalahan Kata Bilangan


Penggunaan berbagai,berbagai-bagai,pelbagai,bermacam,bermacammacam,berjenis,danberjenis-jenis. Kata bilangan yang betul untuk menunjukkan maksud banyak atau jamak ialah berbagaibagai,pelbagai,bermacam-macam,dan berjenis-jenis. Contoh ayat: a) Terdapat berbagai jenis makanan di restoran itu. (SALAH) Terdapat bermacam jenis makanan di restoran itu. (SALAH) Terdapat berbagai-bagai jenis makanan di restoran itu.(BETUL) Terdapat bermacam-macam jenis makanan di restoran itu.(BETUL) Terdapat pelbagai jenis makanan di restoran itu. (BETUL) Penggunaan setengah,setengah-setengah dan sesetengah. Kata bilangan sesetengah dan setengah-setengahmenunjukkan maksud sebilangan daripada sesuatu.Kata bilangan setengah ialah kata bilangan bagi pecahan. Contoh ayat: a) Setengah orang suka tinggal di bandar. (SALAH) Sesetengah orang suka tinggal di bandar. (BETUL) Setengah-setengah orang suka tinggal di bandar. (BETUL) Penggunaan para dan para-para Kata bilangan para menunjukkan maksud semua.Para-paraialah kata nama yang menunjukkan maksud rak. Contoh ayat:

a) Para-para pelajar haruslah bijak menguruskan masa.(SALAH) Para pelajar haruslah bijak menguruskan masa. (BETUL) Penggunaan beribu dan beribu-ribu Kata bilangan beribu-ribu menunjukkan maksud banyak.Beribu ialah kata nama yang menunjukkan maksudmempunyai ibu. Contoh ayat: a) Beribu orang telah dipindahkan akibat banjir. (SALAH) Beribu-ribu orang telah dipindahkan akibat banjir. (BETUL) Penggunaan kedua dan kedua-dua Kata bilangan kedua-dua menunjukkan maksud himpunan.Kata bilangan kedua menunjukkan maksud tingkat sesuatu. Contoh ayat: a) Kedua orang pencuri itu telah ditangkap. (SALAH) Kedua-dua orang pencuri itu telah ditangkap. (BETUL) Penggunaan kata bilangan dengan penjodoh bilangan Kata bilangan tidak tentu tidak perlu disertakan penjodoh bilangan kecuali beberapa. Contoh ayat: a) Tiap-tiap orang peserta bengkel perlu menyatakan pendapat. (SALAH) Tiap-tiap peserta bengkel perlu menyatakan pendapat.(BETUL).

Anda mungkin juga menyukai