KATA NAMA
1) Kata yang menamakan manusia, benda, haiwan, tumbuhan, tempat dan konsep /
abstrak.
2) Tiga jenis kata nama, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.
3) Kata nama am ialah kata yang menamakan sesuatu secara umum. Lazimnya ditulis
dengan huruf kecil. Contohnya, pekedai, pakaian, buaya, cendawan, tasik dan gas.
4) Kata nama khas ialah kata yang menamakan sesuatu secara khas / khusus. Huruf
awalnya ditulis dengan huruf besar. Contohnya, Ah Keat, Orlando, Sang Buaya,
Rafflesia, Taman Permai dan Proton Saga.
A) FRASA NAMA
1) Frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai kata inti dan boleh terbina daripada
satu atau lebih perkataan.
2) Dalam ayat, frasa nama boleh terdiri daripada subjek, predikat atau objek. Contohnya,
(i) Ahmad menonton televisyen
(subjek) (objek)
(ii) Ahmad abang Azli
(predikat)
KESALAHAN UMUM KATA NAMA & FRASA NAMA
1) Kata nama tidak perlu digandakan selepas kata bilangan yang membawa maksud
jamak / kumpulan.
(a) Banyak sayur-sayuran ada dijual di situ. ()
(b) Sayur-sayuran ada dijual di situ. (✓)
(c) Banyak sayur ada dijual di situ. (✓)
(d) Kaum petani-petani itu sedang membajak sawah. ()
(e) Kaum petani itu sedang membajak sawah. (✓)
(f) Petani-petani itu sedang membajak sawah. (✓)
2) Kata nama di bahagian subjek tidak perlu diulangi jika predikatnya terdiri daripada kata
adjektif yang digandakan.
(a) Bunga-bunga itu cantik-cantik belaka. ()
(b) Bunga itu cantik-cantik belaka. (✓)
(c) Bunga-bunga itu cantik belaka. (✓)
3) Sesuatu frasa nama mestilah berhukum D – M, iaitu unsur diterangkan mesti mendahului
unsur menerangkan. Hanya nama-nama jawatan dikecualikan daripada hukum ini.
Contohnya:
(a) Menteri Perdana ()
(b) Perdana Menteri (✓)
2) Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan atau diawali dengan kata
bilangan yang menunjukkan banyak. Contohnya:
(a) Mereka-mereka itu telah pun makan nasi. ()
(b) Mereka itu telahpun makan nasi. (✓)
(c) Semua mereka sudah tidur. ()
(d) Mereka sudah tidur. (✓)
3) Kata ganti nama diri ia dan mereka tidak boleh digunakanuntuk binatang, benda dan
konsep.
4) Kata ganti nama diri ia tidak boleh berfungsi sebagai objek kepada kata sendi, kata kerja
transitif, atau pelaku kepada kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya:
(a) Surat ini untuk ia. ()
(b) Surat ini untuknya. (✓)
(c) Beg ini dibeli oleh ia. ()
(d) Beg ini dibeli olehnya. (✓)
5) Kata ganti nama diri ia dan nya tidak boleh diserangkaikan menjadi ianya dalam ayat.
6) Kata ganti nama diri singkat tidak boleh dijarakkan dengan kata yang mendampinginya.
(III) KATA GANTI TANYA
1) Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
2) Digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat, dan bilanga.
Contohnya apa, berapa, bila, mana, dan siapa.
2. Kata hubung kerana tidak boleh hadir selepas kata sendi oleh sebaliknya hanya perkataan
sebab yang patut hadir kerana sebab adalah kelas kata nama dan untuk membentuk
frasa sendi, kata sendi mestilah diikuti oleh kata nama. Contohnya:
(a) Oleh kerana sakit, dia ke klinik. ()
(b) Oleh sebab sakit, dia ke klinik. (✓)
3. Kata hubung hingga, sampai dan sehingga tidak memerlukan kata sendi ke selepasnya.
Contohnya:
(a) Saya tunggu awak hingga ke petang. ()
(b) Saya tunggu awak hingga petang. (✓)
4. Hanya kata hubung bahawa boleh hadir sebagai komplemen selepas kata kerja transitif,
kata adjektif dan sebelum kata nama. Contohnya:
(a) Dia memberitahu yang dia akan ke sini.
(b) Dia memberitahu bahawa dia akan ke sini.
PENGIMBUHAN AKTIF
1. Pengimbuhan aktif ialah pengimbuhan yang membentuk ayat aktif.
2. Terdapat dua jenis ayat aktif, iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
3. Ayat aktif transitif dibentuk oleh kata kerja transitif aktif, manakala ayat aktif tak
transitif dibentuk oleh kata kerja tak transitif aktif.
2. Objek yang hadir selepas kata kerja berimbuhan meN-…-i lazimnya adalah objek
bernyawa. Contohnya:
(a) Ibu menyuapkan adik nasi. ()
(b) Ibu menyuapi adik nasi. (✓)
3. Jika yang hadir selepas kata kerja berimbuhan meN-…-i itu adalah objek yang tidak
bernyawa, ayat yang dibina itu adalah bermaksud memberatkan pelaku dan bukan
perbuatan yang dilakukannya. Contohnya:
(a) Dia menyikatkan rambut. ()
(b) Dia menyikati rambut. (✓)
2. Imbuhan pembentuk kata kerja transitif tidak boleh digugurkan dalam binaan ayat aktif.
Contohnya:
(a) Ayah sedang cat rumah. ()
(b) Ayah sedang mengecat rumah. (✓)
3. Kata selain kata/frasa nama tidak boleh hadir selepas kata kerja transitif. Contohnya:
(a) Kami mencari akarnya tadi. ()
(b) Kami mencarinya tadi. (✓)
KATA KERJA TRANSITIF (FKT)
1. Frasa kerja transitif terbina daripada kata kerja transitif sebagai kata intinya.
2. Frasa kerja transitif memerlukan objek selepasnya. Contohnya:
* Saya menggubah bunga.
(KKT) (objek)
(FKT)
2. Kata nafi bukan tidak boleh bertindak sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja
transitif kecuali dalam konteks pertentangan maklumat. Contohnya:
(a) Kami bukan memancing ikan. ()
(b) Kami tidak memancing ikan. (✓)
(c) Kami bukan memancing ikan atau berenang. ()
(d) Kami bukan memancing ikan, tetapi berenang. (✓)
KATA KERJA TAK TRANSITIF
1. Kata yang menerangkan perbuatan pelaku terhadap diri sendiri.
2. Terbina daripada pengimbuhan meN-, beR-, dan teR-.
3. Tidak diikuti oleh objek tetapi boleh diikuti oleh unsur penerang atau pelengkap.
Contohnya:
(a) Ali menyanyi. (tanpa penerang)
(b) Ali menyanyi dengan nyaring. (dengan penerang)
(c) Ali bermodalkan suaranya yang merdu. (dengan pelengkap)
3. Sesetengah kata kerja tak transitif seperti naik dan masuk tidak perlu diikuti oleh kata
sendi nama. Contohnya;
(a) Mereka masuk ke persatuan itu. ()
(b) Mereka masuk persatuan itu. (✓)
FRASA KERJA TAK TRANSITIF
1. Frasa kerja tak transitif tidak memerlukan objek selepasnya.
2. Kata intinya terdiri daripada kata kerja tak transitif yang terdiri daripada kata kerja
dasar dan yang berimbuhan meN-, beR-, dan teR-.
3. Frasa kerja tak transitif terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja tak transitif
dengan pelengkap dan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap.
4. Frasa kerja tak transitif dengan pelengkap seperti menjadi, berapitan beR-…-kan yang
diikuti oleh kata nama selepasnya. Contohnya:
* Bermandikan embun.
(KKTT) (pelengkap)
5. Fasa kerja tak transitif tanpa lengkap diikuti oleh unsur penerang selepasnya atau tanpa
unsur penerang selepasnya. Contohnya:
* bersiul. (tanpa penerang)
* bersiul dengan riangnya. (dengan penerang)
2. Kebanyakan soalan yang berkaitan dengan kata kerja pasif disoal dalam slot soalan
penggunaan kata dan kesalahan umum tatabahasa bagi perkataan yang digariskan. Untuk
ulasan PMR, sila rujuk imbuhan pasif.
FRASA KERJA PASIF
1. Kata intinya terbina daripada kata kerja pasif.
2. Jenis frasa kerja pasif adalah mengikut jenis kata kerja pasif,iaitu:
(a) Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua. Contohnya:
(i) Buku itu saya baca.
(KGND1) (KKP)
2. Memberikan awalan di- pada kata kerja pasif sebelum kata ganti nama diri pertama
dan kedua. Contohnya:
(a) Foto itu diambil oleh saya. ()
(b) Foto itu saya ambilkan. (✓)
3. Tidak boleh menghadirkan kata sandang nya selepas kata kerja pasif diri pertama dan
kedua. Contohnya:
(a) Foto itu saya ambilkannya untuk awak. ()
(b) Foto itu saya ambilkan untuk awak. (✓)
4. Tidak boleh merangkaikan kata ganti nama diri ketiga dengan kata kerja pasif yang
mengalami pengguguran awal meN-. Contohnya:
(a) Foto itu Encik Khoo cuci. ()
(b) Foto itu dicuci oleh Encik Khoo. (✓)
5. Frasa kerja pasif diri pertama, kedua dan ketiga tidak menerima kata nafi bukan kecuali
maklumatnya terdapat pertentangan maksud. Contohnya:
(a) Foto itu bukan saya ambil ataupun Ani. ()
(b) Foto itu bukan saya ambil, tetapi Ani. (✓)
KATA ADJEKTIF & FRASA ADJEKTIF
3. Imbuhan se-, ter-, dan ke-…-an ialah imbuhan pembentuk kata adjektif yang membawa
maksud perbandingan. Contohnya:
* baik - sebaik
* baru - terbaru
* anak - keanak-anakkan
4. Kata adjektif boleh disertai dengan kata bantu dan kata penguat sebagai kata
keterangannya.
FRASA ADJEKTIF (FA)
1. Terbina daripada kata adjektif sebagai kata intinya dan boleh diperluas dengan
penggunaan kata bantu dan kata penguat.
2. Berfungsi sebagai predikat ayat atau boleh juga sebagai subjek ayat dengan
mendukung fungsi sebagai frasa nama. Contohnya:
(a) Ali bijak.
(FA)
2. Kata sendi tidak boleh dilenyapkan antara kata adjektif berpenyataan perasaan dengan
frasa nama. Contohnya:
(a) Saya suka limau. ()
(b) Saya suka akan limau. (✓)
3. Dua kata penguat tidak boleh hadir serentak di antara kata adjektif. Contohnya:
(a) Dia paling pandai sekali. ()
(b) Dia paling pandai. (✓)
(c) Dia pandai sekali. (✓)
4. Kata adjektif berawalan ter- yang bermaksud paling tidak perlu ditegaskan lagi dengan
kata penguat. Contohnya:
(a) Anilah yang tercantik sekali di sini. ()
(b) Anilah yang tercantik di sini. (✓)
5. Kata adjektif berawalan ter- yang bermaksud paling perlu diikuti dengan kata sandang
yang jika berfungsi sebagai predikat ayat. Contohnya:
(a) Diana terpandai di kelasnya. ()
(b) Diana yang terpandai di kelasnya. (✓)
6. Kata adjektif berawalan se- yang bermaksud sama dengan tidak perlu diikuti dengan
kata sendi dengan selepas. Contohnya:
(a) Diana sebijak dengan Amalina. ()
(b) Diana sebijak Amalina. (✓)
7. Kata ganda adjektif berirama yang bermaksud paling / sangat tidak perlu lagi disertai
dengan kata penguat sebelumnya. Contohnya:
(a) Rumah itu hingar-bingar sekali. ()
(b) Rumah itu hingar-bingar. (✓)
8. Kata ganda adjektif berapitan ke-…-an yang bermaksud seperti tidak boleh diawali oleh
kata seperti / agak / semacam lagi. Contohnya:
(a) Air laut itu seperti kebiru-biruan. ()
(b) Air laut itu kebiru-biruan. (✓)
KATA SENDI & FRASA SENDI
KATA NAMA
1. Merupakan suatu kata tugas yang terletak di hadapan kata nama.
2. Berfungsi sebagai sendi / penyambung antara kata nama dengan kata lain yang ada
perkaitan dalam ayat. Contohnya:
(a) Ani pergi pasar. ()
(b) Ani pergi ke pasar. (✓)
3. Kata sendi akan tidak boleh digugurkan di antara kata kerja tunggal dengan kata nama.
Contohnya:
(a) Biar dia kenal diri sendiri. ()
(b) Biar dia kenal akan diri sendiri. (✓)
4. Kata sendi demi dan untuk tidak boleh hadir serentak dalam ayat kerana dianggap lewah.
Contohnya:
(a) Dia berusaha demi untuk kejayaannya. ()
(b) Dia berusaha demi kejayaannya. (✓)
5. Kata sendi tentang dan mengenai tidak boleh bertukar ganti sewenang-wenangnya.
Contohnya:
(a) Dia tahu mengenai perkara itu. ()
(b) Dia tahu tentang perkara itu. (✓)
6. Frasa sendi di dalam atau di antara hanya digunakan bagi frasa nama yang berpengertian
tempat atau ruang. Contohnya:
(a) Buku itu dalam laci meja. ()
(b) Buku itu di dalam laci meja. (✓)
7. Kata sendi dari tidak boleh hadir selepas kata sendi semenjak atau sejak kerana
membawa maksud lewah. Contohnya:
(a) Sejak dari tadi dia ada di situ. ()
(b) Sejak tadi dia ada di situ. (✓)
8. Kata sendi pada unsur kedua dalam ayat majmuk tidak boleh digugurkan jika
dihubungkan dengan kata hubung dan atau atau secara pilihan. Contohnya:
(a) Awak ingin bertemu dengan dia atau saya? ()
(b) Awak ingin bertemu dengan dia atau dengan saya? (✓)
9. Kata sendi pada unsur kedua dalam ayat majmuk tidak boleh digugurkan jika kata
tersebut adalah ke. Contohnya:
(a) Kita mahu ke sana atau sini. ()
(b) Kita mahu ke sana atau ke sini. (✓)
10. Kata sendi pada unsur kedua tidak boleh digugurkan jika kata sendi tersebut adalah ke
dan tidak berkata hubung. Contohnya:
(a) Lajim berjalan ke sana sini. ()
(b) Lajim berjalan ke sana ke sini. (✓)
PERIHAL AYAT
AYAT TUNGGAL
1. Ayat tunggal dikenali juga sebagai ayat selapis yang terdiri daripada satu subjek dan
satu predikat.
2. Ayat tunggal boleh dibina dalam bentuk ayat bersusunan biasa dan bersusunan
songsang.
AYAT MAJMUK
1. Ayat majmuk terbina daripada beberapa ayat tunggal. Oleh itu, dalam ayat majmuk
terdapat dua atau lebih subjek atau predikat.
2. Ayat-ayat tunggal tersebut dihubungkan dengan kata hubung bagi membentuk ayat
majmuk.
3. Jenis-jenis ayat amjmuk ialah:
(a) Ayat Majmuk Gabungan
1. Ayat-ayat tunggalnya dihubungkan dengan menggunakan kata hubung
gabungan seperti dan, atau, lalu, tetapi, kecuali dan lain-lain.
2. Ayat-ayat tunggal yang digabungkan adalah bersifat setara. Contohnya:
(a) Ani ke dapur.
(b) Liza ke dapur.
(c) Ani dan Liza ke dapur.
(ayat majmuk)
AYAT TERGANTUNG
Merupakan binaan ayat yang tidak dapat ditentukan dengan jelas subjek dan predikatnya atau
tidak mempunyai subjek atau predikat. Contohnya:
(a) Melukis yang menjadi kegemaran saya. ()
(b) Melukislah yang menjadi kegemaran saya. (✓)
RAGAM AYAT
AYAT AKTIF
1. Terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
(a) Ayat aktif transitif:
• Mengutamakan subjek sebagai pelaku dan objek sebagai penderita.
• Kata kerjanya terdiri daripada kata kerja transitif berimbuhan meN-, meN-
…-kan, meN-…-i, mempeR-, mempeR-…-kan atau mempeR-…-i.
Contohnya:
Taha membaling batu.
subjek KKT objek
4. Ayat pasif berimbuhan pasif teR- dan beR- mengutamakan objek sebagai penderita,
sementara bagi yang berimbuhan ke-…-an, pelaku menjadi penderita. Contohnya:
(a) Hidangan itu telah terhidang.
(b) Buah mangga itu belum berjolok.
(c) Kami ketinggalan bas.