Anda di halaman 1dari 4

KATA ADJEKTIF & FRASA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF (KA)


1. Kata adjektif / sifat berfungsi untuk menerangkan sifat / kebendaan suatu kata / frasa nama.
Contohnya:

* Kepalanya botak. (FN) (KA)

2. Terdapat 10 jenis kata adjektif, iaitu:

keadaan / sifat - warna - ukuran - bentuk - waktu - cara - jarak - perasaan -


pancaindera - kekerapan -

sihat, alim, adil


biru, hijau, merah tebal, renek, panjang bulat, bujur, bundar suntuk, silam, pantas sopan, hati-
hati, kasar jauh, dekat, nyaris sayu, belas, gembira acap, merdu, wangi acap, sering, jarang

3. Imbuhan se-, ter-, dan ke-...-an ialah imbuhan pembentuk kata adjektif yang membawa
maksud perbandingan. Contohnya:

 *  baik -
 *  baru -
 *  anak -

sebaik
terbaru keanak-anakkan

4. Kata adjektif boleh disertai dengan kata bantu dan kata penguat sebagai kata
keterangannya.

FRASA ADJEKTIF (FA)

1. Terbina daripada kata adjektif sebagai kata intinya dan boleh diperluas dengan

penggunaan kata bantu dan kata penguat.

2. Berfungsi sebagai predikat ayat atau boleh juga sebagai subjek ayat dengan

mendukung fungsi sebagai frasa nama. Contohnya:

1. (a)  Ali bijak.

(FA)

2. (b)  Biru warna pilihan saya. (FA)


KESALAHAN UMUM FRASA ADJEKTIF

1. Kata adjektif bersifat pernyataan perasaan, oleh itu tidak boleh menerima akhiran –
kan.

Contohnya:

1. (a)  Saya bencikan awak. ( ̊)


2. (b)  Saya benci akan awak. ( ̧)
2. Kata sendi tidak boleh dilenyapkan antara kata adjektif berpenyataan perasaan
dengan frasa nama. Contohnya:
1. (a)  Saya suka limau. ( ̊)
2. (b)  Saya suka akan limau. ( ̧)
3. Dua kata penguat tidak boleh hadir serentak di antara kata adjektif. Contohnya:
1. (a)  Dia paling pandai sekali. ( ̊)
2. (b)  Dia paling pandai. ( ̧)
3. (c)  Dia pandai sekali. ( ̧)

4. Kata adjektif berawalan ter- yang bermaksud paling tidak perlu ditegaskan lagi
dengan kata penguat. Contohnya:
1. (a)  Anilah yang tercantik sekali di sini. ( ̊)
2. (b)  Anilah yang tercantik di sini. ( ̧)
5. Kata adjektif berawalan ter- yang bermaksud paling perlu diikuti dengan kata
sandang yang jika berfungsi sebagai predikat ayat. Contohnya:
1. (a)  Diana terpandai di kelasnya. ( ̊)
2. (b)  Diana yang terpandai di kelasnya. ( ̧)
6. Kata adjektif berawalan se- yang bermaksud sama dengan tidak perlu diikuti dengan
kata sendi dengan selepas. Contohnya:
1. (a)  Diana sebijak dengan Amalina. ( ̊)
2. (b)  Diana sebijak Amalina. ( ̧)
7. Kata ganda adjektif berirama yang bermaksud paling / sangat tidak perlu lagi disertai
dengan kata penguat sebelumnya. Contohnya:
1. (a)  Rumah itu hingar-bingar sekali. ( ̊)
2. (b)  Rumah itu hingar-bingar. ( ̧)
8. Kata ganda adjektif berapitan ke-...-an yang bermaksud seperti tidak boleh diawali
oleh kata seperti / agak / semacam lagi. Contohnya:
1. (a)  Air laut itu seperti kebiru-biruan. ( ̊)
2. (b)  Air laut itu kebiru-biruan. ( ̧)

KATA SENDI & FRASA SENDI


KATA NAMA

1. Merupakan suatu kata tugas yang terletak di hadapan kata nama.


2. Berfungsi sebagai sendi / penyambung antara kata nama dengan kata lain yang ada
perkaitan dalam ayat. Contohnya:

1. (a)  Ani pergi pasar. ( ̊)


2. (b)  Ani pergi ke pasar. ( ̧)
3. Berikut merupakankatasendidanfungsiyanglazimdigunakan.

1. (a)  di
2. (b)  ke
3. (c)  dari
4. (d)  kepada
5. (e)  daripada
6. (f)  pada
7. (g)  tentang
8. (h)  mengenai
9. (i)  akan, kepada, terhadap

= tempat dan arah


= tempat, arah dan masa
= waktu, arah dan tempat
= arah yang merujuk kepada manusia
= unsur abstrak, asal sesuatu, orang perbandingan

dan keanggotaan
= masa, tempat bagi sesuatu perbuatan, abstark dan

manusia
= hal yang diperkatakan
= merujuk kena pada sasaran
= pernyataan perasaan / sikap selepas kata adjektif

FRASA SENDI

1. Kata intinya ialah kata sendi.


2. Berfungsi sebagai predikat ayat.
3. Boleh diperluas dengan menambahkan unsur keterangan sebelum dan selepasnya.

Contohnya:
Buku itu di atas meja. (frasa sendi)

* atas = kata arah yang menjadi keterangan kepada kata sendi di.

KESALAHAN UMUM FRASA SENDI

1. Kata sendi memerlukan kata nama selepasnya. Oleh itu, penggunaan oleh kerana

adalah salah kerana kerana ialah kelas kata hubung. Kata yang sesuai digunakan
ialah
oleh sebab.

2. Kata sendi yang merujuk kepada pernyataan sikap / perasaan tidak boleh ditiadakan
di

antara kata adjektif dengan kata nama. Contohnya:

1. (a)  Saya suka aiskrim ini. ( ̊)


2. (b)  Saya suka akan aiskrim ini. ( ̧)
3. Kata sendi akan tidak boleh digugurkan di antara kata kerja tunggal dengan kata
nama. Contohnya:
1. (a)  Biar dia kenal diri sendiri. ( ̊)
2. (b)  Biar dia kenal akan diri sendiri. ( ̧)
4. Kata sendi demi dan untuk tidak boleh hadir serentak dalam ayat kerana dianggap
lewah. Contohnya:
1. (a)  Dia berusaha demi untuk kejayaannya. ( ̊)
2. (b)  Dia berusaha demi kejayaannya. ( ̧)

5. Kata sendi tentang dan mengenai tidak boleh bertukar ganti sewenang-wenangnya.
Contohnya:
1. (a)  Dia tahu mengenai perkara itu. ( ̊)
2. (b)  Dia tahu tentang perkara itu. ( ̧)
6. Frasa sendi di dalam atau di antara hanya digunakan bagi frasa nama yang
berpengertian tempat atau ruang. Contohnya:
1. (a)  Buku itu dalam laci meja. ( ̊)
2. (b)  Buku itu di dalam laci meja. ( ̧)
7. Kata sendi dari tidak boleh hadir selepas kata sendi semenjak atau sejak kerana
membawa maksud lewah. Contohnya:
1. (a)  Sejak dari tadi dia ada di situ. ( ̊)
2. (b)  Sejak tadi dia ada di situ. ( ̧)
8. Kata sendi pada unsur kedua dalam ayat majmuk tidak boleh digugurkan jika
dihubungkan dengan kata hubung dan atau atau secara pilihan. Contohnya:
1. (a)  Awak ingin bertemu dengan dia atau saya? ( ̊)
2. (b)  Awak ingin bertemu dengan dia atau dengan saya? ( ̧)
9. Kata sendi pada unsur kedua dalam ayat majmuk tidak boleh digugurkan jika kata
tersebut adalah ke. Contohnya:
1. (a)  Kita mahu ke sana atau sini. ( ̊)
2. (b)  Kita mahu ke sana atau ke sini. ( ̧)
10. Kata sendi pada unsur kedua tidak boleh digugurkan jika kata sendi tersebut adalah ke
dan tidak berkata hubung. Contohnya:
1. (a)  Lajim berjalan ke sana sini. ( ̊)
2. (b)  Lajim berjalan ke sana ke sini. ( ̧)

Anda mungkin juga menyukai