Anda di halaman 1dari 8

JENIS-JENIS AYAT

TATABAHASA
(Jenis-jenis Ayat)

Empat jenis ayat terdapat dalam Bahasa Melayu yang ditentukan oleh intonasi atau lagu bahasa
serta tujuan penuturannya.

1. Ayat Penyata
Menyatakan sesuatu hal.
Abdullah sedang tidur.
Norlia membeli makanan dari kedai itu.
Musa menjadi pegawai polis
.

2. Ayat Tanya

- Ayat tanya dengan kata tanya.


- Ayat tanya tanpa kata tanya

Menanyakan sesuatu hal dan ayatnya diakhiri dengan tanda tanya.


(?)
Ayat tanya dengan kata tanya
Apa benda itu?
Siapakah yang patut saya temui.
Ayat tanya tanpa kata tanya
Rumah kamu di Melaka?
Kamal ke Langkawi?

3. Ayat Perintah
a. Ayat suruhan
b. Ayat larangan
c. Ayat silaan
d. Ayat permintaan

Memerintah seseorang untuk melakukan sesuatu

Ayat suruhan
Engkau tunggu dia di sini
Ayat larangan
Jangan tidur di sini
Ayat silaan
Silalah makan dahulu.
Ayat permintaan
Harap jangan berhenti di sini.

4. Ayat Seru

Melahirkan perasaan dan ayatnya diakhiri dengan tanda seru ( ! )


Aduh, bisanya!
Wah, tingginya bangunan itu!

latihan
Tentukan jenis ayat di bawah :
1.Aduh, sakit kepalaku ini!
2.Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia.
3.Harap hadirin bersabar seketika.
4.Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
5.Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
6.Kampung saya bernama Kampung Aman.
7.Biarkan sahaja mereka bermain di situ .
8.Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali ?

LATIHAN 2
Tukarkan ayat penyata di bawah kepada ayat tanya tanpa mengubah maksud
asalnya .

(i) Ibu bapa perlu sentiasa memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
kepada ada anak – anak agar mereka tidak berasa tersisih.
(ii) Majalah ini diterbitkan di New York.
(iii) Kita perlu bersenam sekurang – kurangnya seminggu sekali.
(iv) Syarikat telekomunikasi itu kepunyaan Dato’ Malik.
(v) Mereka berlepas ke Mekah petang tadi.

LATIHAN 3
Baca ayat – ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat – ayat tersebut dan
klafikasikannya sama ada ayat – ayat itu ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan,
atau ayat permintaan.
(i) Awak siapkanlah kerja itu sekarang.
(ii) Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
(iii) Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai polis yang berdekatan.
(iv) Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu.
(v) Engkau tunggu dia di rumah.

LATIHAN 4
Baca ayat – ayat di bawah ini dengan teliti. Klafikasikan ayat – ayat tersebut kepada
jenis – jenis ayat utama dalam bahasa Melayu.

(i) Mulai saat ini usahlah engkau pedulikan aku lagi.


(ii) Amboi, cantiknya baju baru awak !
(iii) Mengapakah awak muram saja hari ini?
(iv) Pihak Kastam berjaya menumpaskan satu sindikit penyeludupan beras
semalam.
(v) Pokok di hadapan sekolah itu telah ditebang oleh Pak Maon.
LATIHAN 5
Baca ayat di bawah dengan teliti. Klasifikasikan ayat–ayat tersebut kepada jenis-
jenis ayat utama dalam bahasa Melayu.
(i) Mengapakah manusia sering mengabaikan kebersihan?
(ii) Syabas, engkau telah menang!
(iii) Tolong selesaikan tugasan ini.
(iv) Negeri Johor memang terkenal dengan tarian kuda kepang.
(v) Dengan siapakah anak En. Malik berkahwin?

LATIHAN 6
Bina satu ayat dengan menggunakan jenis ayat yang diberikan.
(i) Ayat tanya
(ii) Ayat seru
(iii) Ayat perintah
(iv) Ayat penyata
(v) Ayat tanya dengan kata tanya

LATIHAN 8

Tukarkan ayat tanya kepada ayat penyata tanpa mengubah maksud asal.
(i) Di manakah Norlia membeli pakaian tadi?
(ii) Surat itukah yang dibaca oleh Ahmad?
(iii) Puan Mariam suri rumah?
(iv) Siapa gurunya?
(v) Manakah yang dipilih olehnya?
LATIHAN 9

Kenal pasti jenis ayat – ayat di bawah dan nyatakan jenisnya.

(i) Tikus semakin banyak di bendang Pak Samad kerana hanya padinya sahaja yang
menjadi pada tahun ini.
(ii) “Mengapa kamu tidak dating ke padang permainan semalam?” tanya Afiq kepada
Adib.
(iii) “Cepat buka pintu ni! Ada anjing gila kat luar rumah,”jerit adik.
(iv) “Wah pandainya awak lukis kain ini!’’ puji samad kepada Wati.
(v) “Tolong buka kasut setiap kali masuk perpustakaan,” kata pengawas itu.

LATIHAN 10

Bina satu ayat berdasarkan jenis ayat yang diberikan di bawah.


i. Ayat silaan
ii. Ayat larangan
iii. Ayat permintaan
iv. Ayat suruhan
v. Ayat permintaan

Ayat dan jenis-jenisnya

* Ayat merupakan peringkat yang tertinggi dalam sistem bahasa.


* Ayat yang lengkap dan sempurna mestilah terdiri
daripada subjek dan predikat.
* Contoh ayat:
Kami (subjek)
menonton televisyen (predikat)
Kami menonton televisyen.
Rosliza (subjek)
guru sekolah (predikat)
Rosliza guru sekolah.
* Antara jenis-jenis ayat ialah:
Contoh ayat
1. Wah, besarnya rumah itu!
2. Cis, terimalah tikaman ku ini!
3. Aduh, sakitnya kaki aku!
4. Syabas, kamu telah berjaya!
5. Eh, Aziah rupanya!
Contoh ayat suruhan.
1. Buang sampah yang bertaburan itu ke dalam tong sampah.
2. Pergi beratur di sana.
3. Ambil buku ini dan masukkan ke dalam beg.

Contoh ayat larangan.


1. Jangan bermain di tepi sungai itu kerana airnya deras.
2. Usah kau tanya ke mana aku pergi.

Contoh ayat silaan.


1. Sila datang ke rumah saya pada hari Sabtu ini.
2. Jemput makan hidangan yang disediakan di atas meja itu.

Contoh ayat permintaan.


1. Tolong hantar juadah ini ke rumah Puan Kamariah.
2. Minta tuan-tuan dan puan-puan datang awal kerana taklimat akan
dimulakan tepat pada masanya.

Cuba selesaikan latihan di bawah.


Tuliskan jenis-jenis ayat bagi setiap ayat di bawah dalam
ruangan yang disediakan.
1. Jangan bermain mercun, nanti terbakar tangan. (______)
2. Bumbung rumah itu rosak kerana dihempap pokok kelapa.
(____________)
3. Wah, cantiknya bunga-bunga di taman itu! (___________)
4. Lima orang pelajar telah terbunuh dalam kemalangan yang
mengerikan itu. (____________)
5. Sila tinggalkan tempat ini dengan segera. (__________)
6. Tolong belikan saya sebungkus nasi lemak di gerai itu.
(____________)
7. Sila isi borang permohonan itu dengan lengkap. (_______)
8. Ah, aku tidak mahu bersubahat dengan kamu! (_________)
9. Usah difikirkan perkara itu lagi. (___________)
10. Murid-murid itu sedang tekun membaca buku di perpustakaan.
(___________)

Adakah anda dapat menjawab semua soalan dengan tepat? Untuk


kepastian, sila rujuk jawapan di bawah......
1. Ayat larangan
2. Ayat penyata
3. Ayat seruan
4. Ayat penyata
5. Ayat silaan
6. Ayat suruhan
7. Ayat silaan
8. Ayat seruan
9. Ayat larangan
10. Ayat seruan

Anda mungkin juga menyukai