Anda di halaman 1dari 1

Contoh ayat suruhan. 1. Buang sampah yang bertaburan itu ke dalam tong sampah. 2. Pergi beratur di sana. 3.

Ambil buku ini dan masukkan ke dalam beg. Contoh ayat larangan. 1. Jangan bermain di tepi sungai itu kerana airnya deras. 2. Usah kau tanya ke mana aku pergi. Contoh ayat silaan. 1. Sila datang ke rumah saya pada hari Sabtu ini. 2. Jemput makan hidangan yang disediakan di atas meja itu. Contoh ayat permintaan. 1. Tolong hantar juadah ini ke rumah Puan Kamariah. 2. Minta tuan-tuan dan puan-puan datang awal kerana taklimat akan dimulakan tepat pada masanya.

Cuba selesaikan latihan di bawah. Tuliskan jenis-jenis ayat bagi setiap ayat di bawah dalam ruangan yang disediakan. 1. Jangan bermain mercun, nanti terbakar tangan. (______) 2. Bumbung rumah itu rosak kerana dihempap pokok kelapa. (____________) 3. Wah, cantiknya bunga-bunga di taman itu! (___________) 4. Lima orang pelajar telah terbunuh dalam kemalangan yang mengerikan itu. (____________) 5. Sila tinggalkan tempat ini dengan segera. (__________) 6. Tolong belikan saya sebungkus nasi lemak di gerai itu. (____________) 7. Sila isi borang permohonan itu dengan lengkap. (_______) 8. Ah, aku tidak mahu bersubahat dengan kamu! (_________) 9. Usah difikirkan perkara itu lagi. (___________) 10. Murid-murid itu sedang tekun membaca buku di perpustakaan. (___________)

Anda mungkin juga menyukai