Anda di halaman 1dari 8

3.

1 CONTOH PERMAINAN BAHASA

Nama permainan Kemahiran Tujuan

: : :

Kotak Beracun Kemahiran lisan dan kemahiran membaca i) Menambah perbendaharaan kata murid-murid ii) Mengasah bakat berbahasa murid

Kandungan

Kosa kata jelajah, ganggu, naik, ceria Simpulan bahasa

Bahan pengajaran

: i. Kotak berbentuk segi empat tepat ii. Sampul iii. Kad- kad arahan iv. Radio

Bilangan murid Jenis aktiviti

: :

20 orang Kelas

21

Prosedur permainan

1. Murid diminta untuk duduk dalam satu bulatan besar.

Rajah 3: Susun atur murid semasa permainan dijalankan.

2. Guru menerangkan peraturan permainan. 3. Guru akan bergerak ke luar bulatan untuk bersedia menghidupkan radio dan lagu akan diputarkan. 4. Guru bebas untuk memberikan kotak beracun tersebut kepada mana-mana pelajar. 5. Murid dimintakan untuk menyerahkan kotak beracun itu kepada rakan di sebelahnya sementara lagu masih diputar dan ia dilakukan secara berterusan. 6. Apabila lagu diberhentikan, murid yang masih memegang kotak beracun akan diminta untuk mencabut soalan tersembunyi yang terdapat di dalam kotak beracun tersebut. 7. Jika murid tersebut berjaya untuk menjawab soalan yang dipilihnya, permainan akan diteruskan. 8. Sekiranya murid tidak berjaya menjawab soalan yang dipilih. Murid tersebut akan diminta untuk tampil ke tengah dan mengambil mana-mana sampul yang ada

22

dan mengikuti setiap arahan yang terdapat di dalam sampul dan permainan diteruskan.

Peraturan permainan

a) Murid diminta untuk menyerahkan kotak beracun tersebut kepada rakan yang berada di sebelahnya dengan kadar yang segera. b) Murid yang memegang kotak beracun ketika lagu diberhentikan perlu mencabut satu soalan dari dalam kotak tersebut dan berdiri untuk membaca soalan dengan suara yang kuat seterusnya menjawab soalan yang telah dicabutnya. c) Murid hanya diberi masa dua minit untuk membaca dan menjawab soalan dari kotak beracun. d) Murid yang gagal memberi jawapan yang tepat akan diberi lima sampul yang berlainan warna untuk dipilih sebagai dendaan. e) Setelah mengambil satu sampul daripada lima sampul tersebut. Murid tersebut diminta untuk mengikuti arahan yang terdapat dalam sampul tersebut dan melaksana setiap arahan yang diterima di tengah bulatan. f) Permainan akan berlangsung selama 20 minit.

23

LEMBARAN KERJA
1. Berikut ialah soalan yang terdapat di dalam kotak:

Soalan 1: Nyatakan dua peribahasa yang mengunakan perkataan buah.

Soalan 2: Nyatakan dua peribahasa yang mengunakan perkataan batu.

Soalan 3: Isi tempat kosong.

Ibu sedang ___________________ nasi.

Soalan 4: Isi tempat kosong.

Kakak ___________________ air sebelum membancuh kopi.

Soalan 5: Berikan perkataan sinonim bagi perkataan jelajah.

24

Soalan 6: Berikan perkataan sinonim bagi perkataan ganggu.

Soalan 7: Berikan perkataan antonim bagi perkataan naik.

Soalan 8: Berikan perkataan antonim bagi perkataan ceria.

Soalan 9:

Lengkapkan kata-kata hikmah berikut. Yang kurik itu kendi, _____________________, Yang baik itu budi, ______________________.

Soalan 10:

Berikan maksud simpulan bahasa ini. Berdiri di kaki sendiri.

25

2. Berikut ialah soalan yang terdapat di dalam sampul:

Arahan 1: (Berpantun) Anda dikehendaki untuk membaca dua rangkap pantun budi di bawah. Rosak pandan kerana padi, Rosak padi kerana bunganya; Rosak badan kerana budi, Rosak budi kerana orangnya.

Cahaya redup menyegar padi, Ayam berkokok mengirai tuah; Jikalau hidup tidak budi, Umpama pokok tidak berbuah.

Arahan 2: (Mereka cerita pendek) Anda dikehendaki untuk mereka satu cerita pendek berdasarkan gambar di bawah.

26

Arahan 3: (Berlakon) Anda dikehendaki memanggil seorang daripada rakan anda untuk menjayakan aktiviti ini. Setelah itu, anda diminta untuk melakonkan situasi berikut. Anda seorang doktor gigi yang sedang menasihati seorang pesakit anda yang mengalami kerosakan gigi yang teruk.

Dalam situasi ini, rakan anda bertindak sebagai pesakit yang degil.

Arahan 4: (Menyambung cerita) Anda dikehendaki untuk menyambung cerita di bawah agar menjadi sebuah cerita yang lengkap. Pada suatu malam yang hening, Kumarresan sedang belajar di biliknya. Sedang dia menelaah bukunya, tiba-tiba

27

Arahan 5: (Mendeklamasi sajak) Anda dikehendaki untuk mendeklamasikan sajak di bawah. Kawan lihat awan Kawan, lihat awan! Berjalan perlahan-lahan Ada macam gambar kuda Ada macam gambar bunga.

Kawan, lihat awan! Berkepul dan bergulung Ada macam rupa rumah Ada macam tanduk rusa.

Kawan, lihat awan! Melayang dan menari.

Kawan, lihat awan! Putih dan bersih. Ahmad Kamal Abdullah.

28

Anda mungkin juga menyukai