Anda di halaman 1dari 1

KESALAHAN BAHASA-KATA GANTI NAMA

A. Dalam petikan di bawah ini, terdapat empat kesalahan kata ganti nama diri. Gariskan empat kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
petikan itu semula.

Raja Inderapura amat dukacita melihat keadaan negerinya yang sedang dilanda sejenis wabak
penyakit. Banyak rakyat beliau yang mati akibat wabak tersebut.

“Apatah daya aku untuk menghalang wabak ini?” keluh baginda.

“Ampun tuanku, hamba mendengar khabar bahawa ada seorang tabib yang cukup handal di
negeri seberang. Molek rasanya tuanku mendapatkan khidmat mereka,” sembah Datuk Bendahara.

“Jika benar kata Datuk Bendahara, hantarlah utusan ke negeri seberang untuk mendapatkan
bantuan tabib itu,” titah Raja Inderapura.

(i) beliau - baginda (ii) aku - beta


(iii) hamba - patik (iv) mereka - beliau

Hujan sejak dua hari yang tidak henti-henti mencurah telah menyebabkan paras air sungai
melimpah keluar dari tebing. Halaman rumah Pak Seman telah dinaiki air. Baginda berasa sangat gelisah.
Orang ramai sudah memindahkan barang kita ke balai raya. Pak Seman mengarahkan ahli keluarganya
mengemaskan barang-barang penting. Air semakin meninggi. Di celah-celah lantai sudah terlihat air yang
berkelodak. Kalian semakin cemas kerana bot penyelamat belum tiba. Air begitu pantas meninggi.
Akhirnya, bot penyelamat telah tiba dan membawa mereka sekeluarga ke pusat pemindahan banjir.
Walaupun berhimpit-himpit di pusat pemindahan banjir itu, semua orang bersyukur kerana tiada
kemalangan jiwa. Isteri Pak Seman, Mak Sukin membantu orang kampung memasak dengan
menggunakan kawah. Selepas air surut, penduduk kampung membantu Pak Seman mendirikan dapurnya
yang rebah. Pak Seman begitu terharu dengan sikap masyarakat kampung ianya.

(v) Baginda - dia (vi) kita - mereka


(vii) Kalian - mereka (viii) Ianya – kampungnya

B. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan kata ganti nama diri. Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Mereka-mereka yang hendak menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka boleh mendapatkan
borang penyertaan daripada Cikgu Khairuddin.

Mereka

(ii) “Saya berharap agar negara aman dan damai” titah Sultan Makmur.

Beta

(iii) “Kami mesti memenangi perlawanan ini”, kata ketua pasukan kepada para pemainnya.

Kita

Anda mungkin juga menyukai